Friday, May 18, 2012

NAK BERCERAI TU MUDAH...WALAUPUN MASANYA AGAK LAMA...ADAKAN MASA BERTENANG....DAH BERCERAI NAK CARI GANTI BUKAN MUDAH...MUNGKIN SERIK@FOBIA...NAK CARI YANG SOLEH DAN SOLEHA AMAT SUKAR...TAKWA LAGILAH PAYAH....ALLAH JODOHKAN LELAKI YANG BAIK DENGAN WANITA BAIK JUGA....BERDOALAH...INSYAALLAH

Adi Putra fail perceraian dua hari selepas pulang umrah


IKATAN perkahwinan Adi (kiri) dan Aida sejak 2006 kini sudah di penghujung.


KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon popular, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof pada 10 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Lebih mengejutkan, pelakon tersebut memfailkan perceraian ke atas isterinya yang dinikahi pada 14 April 2006 itu selepas dua hari pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah pada 8 Mei lepas.
Adi bagaimanapun menafikan kehadiran orang ketiga dan ketiadaan cahaya mata sebagai punca dia memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya.
Sehingga kini pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata kerana Aida mengalami keguguran sebanyak empat kali.
"Soal saya dapat petunjuk (mengenai kes perceraian) ketika mengerjakan umrah adalah antara saya dengan Allah.
"Apa yang boleh saya katakan, permohonan cerai ini kerana masalah dalaman saya dan isteri.
"Saya telah berfikir panjang sebelum menghantar permohonan cerai, malah isteri saya juga tahu mengenai perkara ini," ujar Adi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Peniaga dituduh hentak Stephanie



INILAH Kampung Tekek di Pulau Tioman yang menjadi lokasi Stephanie dibunuh sebelum rangkanya ditemui di sebuah gua.



KUANTAN - Pihak pendakwaan semalam membentangkan kes untuk mengemukakan keterangan mengenai kematian wanita Perancis, Stephanie Foray, 30, di Pulau Tioman tahun lalu akibat perbuatan dan tindakan tertuduh, Asni Omar, 37.
Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Tinggi Kuantan, Salim Soib, dalam ucapan pembukaan berkata, pihak pendakwaan akan mengemukakan Pakar Patologi Forensik bagi membuktikan kematian si mati mungkin akibat kesan hentakan tumpul ke kepalanya.
Selain itu, kata beliau, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan langsung mengenai keadaan serta bukti dokumen bagi mengaitkan tertuduh, seorang peniaga, dengan kesalahan yang dilakukan seperti terkandung dalam pertuduhan.

Akhbar Metro Ahad mohon maaf kepada etnik Penan

KUCHING - Metro Ahad semalam memohon maaf kepada masyarakat Sarawak khususnya etnik Penan yang tersinggung atau mengalami aib ekoran penyiaran artikel bertajuk Ibuku isteriku, bapaku suamiku," yang disiarkan Metro Ahad dan di dalam myMetro Online (www.hmetro.com.my) pada Ahad lepas.
Pada muka depan Metro Harian edisi Sarawak yang disiarkan semalam, Metro Ahad turut menarik balik sepenuhnya semua penyataan-penyataan yang terkandung di dalam artikel berkenaan.
"Metro Ahad juga mengakui ada beberapa salah faham dan kesilapan fakta dalam menerbitkan penyataan-penyataan di dalam artikel itu sehingga memberi gambaran salah yang mengaibkan orang Penan," kata akhbar tabloid bahasa Melayu itu dalam satu kenyataan maaf dan penarikan balik laporan itu.
Metro Ahad juga mengakui bahawa penyataan dalam artikel berkenaan dibuat tanpa merujuk ketua-ketua masyarakat Penan yang lebih arif mengenai adat resam etnik Penan. - Bernama

Mahkamah tolak tuntutan Sri Wani


Sri Wani yang didakwa suaminya merupakan seorang lelaki tidak hadir ke mahkamah semalam.


KUALA LUMPUR - Isteri ketiga bekas seorang dekan, Sri Wani Choo Abdullah terpaksa berputih mata apabila permohonan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang madu-madunya membuat gangguan ke atas dirinya ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan turut menolak bantahan awal pemohon (Sri Wani) terhadap kes faraq yang difailkan suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi di mahkamah yang sama dua tahun lalu.
Permohonan faraq atau membubarkan perkahwinan itu dibuat Bahrom setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 selepas mengesyaki isterinya seorang lelaki.
Abd. Walid sebelum itu menerima hujah peguam syarie Muhammad Hafiz Abd. Rashid yang mewakili Bahrom, 61, supaya membatalkan kedua-dua permohonan Sri Wani dengan alasan penyampaian kes oleh pemohon dibuat secara tidak teratur selain wanita itu gagal hadir ke mahkamah semalam.
Turut tidak hadir ialah peguam syarie Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani, 37.

'Hati saya sudah tiada untuk dia'


rita rudaini


KUALA LUMPUR - "Saya sudah tak ada hati untuk dia."Demikian tegas aktres Rita Rudaini Mokhtar, 36, berhubung pembatalan cerai yang dibuat oleh suaminya, Aidil Zafuan Abd. Razak.
Menurut Rita Rudaini, dia mempunyai sebab untuk berasa curiga dengan pembatalan cerai tersebut kerana ini bukan kali pertama dia mahu diceraikan, sebaliknya sudah berlaku sebanyak dua kali.
"Sebelum ini, saya hampir diceraikan sebanyak dua kali dalam tempoh setahun.
"Jadi saya bimbang, jika kami kembali menjadi suami isteri, akan terjadi perkara yang sama (cerai) buat kali ketiga pula," ceritanya.

FBI buru suami bunuh isteri



GAMBAR yang disiarkan polis pada Selasa lalu menunjukkan sebuah kereta Maserati yang pernah dipandu Jimenez.



CHICAGO - Pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memburu seorang lelaki, Arnoldo Jimenez yang didakwa membunuh isteri yang baru dikahwininya.
Jimenez meninggalkan mayat isterinya, Estrella Carrera dalam tab mandi di apartmen miliknya.
Wanita tersebut masih lagi memakai gaun perkahwinan.
Lebih 30 agensi penguat kuasa undang-undang menyertai misi untuk mengesan lelaki tersebut yang berkahwin secara rahsia dengan Carrera pada Jumaat lalu.
Pihak polis tidak mendedahkan negeri yang menjadi sasaran operasi memburu Jimenez.
"Kami akan mengikuti apa sahaja petunjuk yang kami dapat," kata seorang pegawai polis, Joseph Ford.
"Kami tidak akan berhenti mencarinya dan tidak akan membiarkan dia terlepas," katanya.
Pihak berkuasa mula mencari Jimenez sejurus selepas keluarga Carrera membuat laporan mengenai wanita tersebut selepas tidak mengambil semula dua orang anaknya pada hari Sabtu seperti yang dijanjikan.
Keluarga wanita itu juga gagal menghubungi Carrera dan Jimenez.
Polis kemudian dihubungi oleh keluarga Carrera menyebabkan apartmen wanita itu di Burbank diperiksa.
Menurut pihak polis, kes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah keganasan rumah tangga. - Agensi

'Bunga mayat' mekar di taman botani Honolulu


POKOK bunga mayat mengeluarkan bau yang busuk di Taman Botani Honolulu, Hawaii pada Selasa lalu.


HONOLULU, Hawaii - Pokok 'bunga mayat' mekar buat kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun di Taman Botani Honolulu di sini.
Seorang pekerja di taman itu, Scot Mitamura berkata, bau bunga itu cukup busuk.
"Baunya seperti bangkai tikus. Ia amat busuk," kata seorang penduduk, Isaiah Meheula-Lando. - Agensi

No comments:

Post a Comment