Friday, May 18, 2012

JADIKAN LUBUK REZEKI JANGAN JADIKAN LUBUK MAKSIAT....NAK CARI YANG SETIA AGAK SUKAR...MUNGKIN TAK DITEMUI....SEBAB KELILING KITA SIBATU API...SERTA TENTERA2 SYAITAN BERKELIARAN...SANGKA DIRI BAIK TAPI SYAITAN BERMUKA MANUSIA...KEBANYAKKAN MANUSIA NI DENGKI KETENANGAN SESUATU KELUARGA...GEMBIRA DENGAN PORAK PERANDA RUMAHTANGGA ORANG...MEREKA TAK SEDAR BALASAN ALLAH AKAN SAMPAI JUA...BILA GILIRANNYA TIBA....KAWIN MUDA ELOK TERHINDAR DARI MAKSIAT...SYAITAN MENANGIS KERANA TAK DAPAT MENGODA....ORANG ISLAM PERLEKEH ISLAM ROSAK IMAN@AKIDAH...BOLEH JADI MURTAD JIKA IA MENGETAHUI...TAK TAHU BELAJAR...BELAJAR FARDU AIN ADALAH WAJIB...TAK BELAJAR BERDOSA LAH

‘Sini lubuk rezeki kami’

Oleh Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my

LAYAN...warga asing melayan pelanggan di Jalan Tar.
LAYAN...warga asing melayan pelanggan di Jalan Tar.
KUALA LUMPUR: “Sekarang saya hidup selesa berbanding ketika mula-mula menjejak kaki di Malaysia. Jalan Tar ini sudah menjadi lubuk rezeki saya dan rakan-rakan.
“Sepanjang menjalankan perniagaan, saya tidak berasa terasing kerana kebanyakan pekerja warga asing khususnya dari Pakistan,” kata peniaga yang mahu dikenali Sharif, 40-an yang menjalankan perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Tar).

Sharif yang berasal dari Pakistan berhijrah ke Malaysia selepas dipelawa rakannya 10 tahun lalu bagi mendapatkan pekerjaan dengan tujuan meringankan beban keluarganya yang hidup kemiskinan.
Katanya, pada awalnya dia diminta menjadi kuli dan gajinya ketika itu RM800 sebulan, manakala majikannya yang juga penduduk tempatan menyediakan tempat tinggal untuk dia dan rakan.

“Lama-kelamaan, majikan mula mempercayai kebolehan saya mengendalikan kedai kerana berjaya menarik pelanggan, sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.

“Disebabkan rajin, majikan mempercayai saya dan memajak kedai ini untuk diuruskan kerana dia perlu menumpukan beberapa kedai lain di sekitar bandar raya,” katanya ketika ditemui.

Sharif antara ribuan warga asing Pakistan dan Indonesia yang bekerja di Jalan Tar dan ketika tinjauan di lokasi itu mendapati hampir 90 peratus gerai disewakan kepada orang asing atau menggajikan pekerja asing sehingga melenyapkan identiti kawasan itu yang menjadi syurga beli-belah yang menawarkan pelbagai barangan tempatan dengan harga murah.

Pengunjung, Zaki Ahmad, 33, berkata, pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan tidak membiarkan keadaan ini berleluasa hingga menjadikan Jalan Tar dan Jalan Masjid India menjadi pusat warga asing.
“Saya seperti berada di Bandung apabila membeli-belah di sini, malah proses tawar-menawar ada kala terpaksa menggunakan bahasa mereka jika mahu mendapat perhatian. Pihak berkuasa perlu mengadakan pemantauan dan tindakan mengatasi kebanjiran warga asing yang berniaga di bazar sekitar dua lokasi ini” katanya.

Sementara itu, jurucakap imigresen berkata, pihaknya perlu menyemak status perniagaan di kawasan terbabit sebelum operasi dijalankan pihak penguatkuasaan berdasarkan aduan dikemukakan.

Pasangan kekasih maut angkara pemandu laju



KUALA LUMPUR: Gara-gara sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju dan terbabas masuk ke laluan bertentangan, sepasang kekasih yang menaiki sebuah kereta lain di laluan itu maut akibat dirempuh kereta berkenaan, malam kelmarin.
Difahamkan, kereta Honda Accord yang dipandu seorang lelaki dari Kajang ke pusat bandar raya hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan ketika tiba di jejambat Bulatan Sungai Besi, Jalan Loke Yew, di sini.

Kereta dipandu lelaki itu dipercayai merempuh bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang datang dari arah pusat bandar raya dinaiki pasangan terbabit menyebabkan kedua-dua kereta terbabit melintang jalan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian jam 11.45 malam itu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam dan bergegas ke tempat kejadian dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Pusat bagi mengeluarkan mangsa. “Pasangan terbabit maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala pemandu Honda Accord parah di kepala dan badan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau ketika dihubungi pemberita memberitahu mayat mangsa, Lee Kian Hoo, 30, dan Choo Pei Pei, 24, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Nyaris maut terkena palang tol



SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila terjatuh selepas terkena palang di laluan tol kereta ketika nekad meloloskan diri dari sekatan polis berhampiran Plaza Tol Batu 3, di Lebuhraya Persekutuan, di sini, semalam.
Bagaimanapun, biarpun sudah jatuh, penunggang berkenaan bingkas bangun mengangkat motosikalnya sebelum memecut melarikan diri ke ibu negara.

Itu antara adegan ketika operasi Ops Motosikal dilakukan cawangan Trafik Bukit Aman yang diketuai Pegawai Turus Penguatkuasa, Superintendan Hamzah Ahmad di sini, semalam.
Hamzah, ketika ditemui berkata, Ops Motosikal itu dijalankan berikutan penunggang dan pembonceng yang terbabit kemalangan jalan raya semakin meningkat.

“Penunggang motosikal kategori tertinggi yang dilaporkan dalam kemalangan maut. Operasi bersepadu ini dilakukan untuk mengesan kesalahan penunggang motosikal.

“Disebabkan golongan ini menjadi penyumbang terbanyak kepada kematian akibat kemalangan jalan raya, kami mahu mengambil tindakan agresif bagi mengurangkan angka kemalangan,” katanya.
 

Rumah baru isteri setia



GERIK: Selepas sekian lama mendiami rumah buruk bersama anak lelakinya yang cacat, seorang wanita warga emas yang mendapat jolokan ‘isteri bau syurga’ akhirnya bakal menerima rumah baru menjelang Ramadan ini.
Kisah wanita berkenaan, Saadiah Abdullah, 76, sebelum ini pernah dipaparkan media apabila dia dikatakan tetap setia menghantar makanan setiap hari ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik kerana terlalu merindui suaminya yang terkorban akibat serangan komunis kira-kira 37 tahun lalu.

Dengan kudrat yang semakin lemah, Saadiah masih meneruskan rutinnya mengayuh basikal sejauh lima kilometer setiap pagi dari rumahnya ke IPD Gerik, tempat arwah suaminya, Alias Nik Daud pernah bertugas ketika darurat sebelum maut akibat diserang hendap pada 28 Ogos 1975.
Saadiah yang ditemui semalam berkata, harapannya untuk memiliki rumah baru seolah-olah mimpi menjadi kenyataan selepas sekian lama tinggal di rumah usang berkenaan.

“Memang hati saya sebak melihat rumah pusaka yang banyak menyimpan kenangan bersama arwah suami sejak lebih 60 tahun lalu terpaksa dirobohkan.

“Namun, apakan daya, demi keselamatan saya dan anak, biarlah rumah kenangan itu digantikan rumah baru,” katanya pada majlis gotong-royong merobohkan rumah usangnya di Kampung Padang, Kuala Kenderong di sini, semalam.

Tepat jam 9.40 pagi, bahagian utama rumah Saadiah dirobohkan melalui gotong-royong disertai lebih 100 sukarelawan termasuk pegawai dan anggota dari IPD Gerik, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), pelatih Pusat Giat Mara Gerik serta penduduk kampung.

Sebahagian lagi rumah berkenaan tidak dirobohkan untuk dijadikan tempat berteduh sementara menunggu rumah baru itu disiapkan.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum dan Pengurus Giat Mara Gerik, Azmi Dahalan.

Abdul Manab berkata, rumah baru bernilai RM40,000 dan mempunyai tiga bilik itu akan dibina mulai Isnin depan selepas menerima peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Tendang lelaki cekik leher ibu

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

ARAU: Tindakan pantas seorang lelaki menendang penjenayah yang mencekik ibunya dalam cubaan samun di restoran miliknya di Kampung Padang Nyu, di sini, berjaya menyelamatkan wanita itu daripada disamun dan mengalami kecederaan serius.
Dalam kejadian jam 2.30 petang Selasa lalu, mangsa, Salasiah Said, 55, berdepan detik mencemaskan apabila dicekik seorang daripada dua lelaki yang tiba-tiba muncul dalam restorannya untuk menyamun.

Mangsa bernasib baik apabila jeritannya meminta tolong didengari anaknya, Othman Abdullah, 30-an yang berada tidak jauh dari situ.

Othman bergegas ke restoran dan terus menendang suspek di dada menyebabkan lelaki terbabit kelam- kabut melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kedua-dua suspek sebelum itu datang ke restoran mangsa dan memesan dua bungkus minuman teh o ais.

Wanita hamil dipaksa telan telur, jilat air kencing



SUNGAI SIPUT: “Mereka bukan saja menarik rambut saya, malah muka ditonyoh ke lantai selain dipaksa menjilat air kencing seorang daripada mereka,” kata seorang wanita mangsa rompakan, M Yugeswari, 22, selepas tiga penjenayah memecah masuk rumahnya, semalam.
Dia yang sarat hamil sembilan bulan juga mendakwa ditendang di perut oleh suspek yang seolah-olah gembira melihatnya diseksa.

Mangsa yang ditemui berkata, detik mencemaskan itu dilalui ketika dia tinggal bersendirian di rumahnya di Jalan Lintang, di sini, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Menurutnya, tiga lelaki berbadan besar itu muncul selepas menceroboh rumahnya melalui pintu belakang.


“Ketika itu saya berehat di ruang tamu dan terkejut apabila tiga lelaki tidak dikenali muncul sebelum mengugut tidak menjerit.

“Seorang daripada mereka yang bertopeng kemudian memegang tangan saya manakala dua lagi penjenayah menggeledah dan mencari barang berharga,” katanya.

Nyaris patah gigi

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan lima nyaris patah gigi selepas tergigit serpihan besi bercampur dengan nasi goreng kampung dibeli sebagai hidangan makan malam daripada restoran di Tampoi di sini, kelmarin.
Menceritakan kejadian, Zainureena Zainuddin, 17, berkata, dia singgah di restoran terbabit dan membungkus makanan berkenaan selepas membeli-belah bersama keluarga.

“Ketika mengunyah, saya tergigit objek keras dan menyangka ia ikan bilis. Bagaimanapun, saya terkejut mendapati ia serpihan besi dipercayai senduk.
“Gigi terasa sakit dan saya bersama bapa pergi semula ke restoran terbabit mengadukan perkara berkenaan kepada pemiliknya,” katanya ketika ditemui di Taman Damansara Aliff, semalam.

Sementara itu, jurucakap pengurusan restoran ketika dihubungi berkata, pihaknya kurang pasti sama ada kejadian berpunca daripada mereka atau sebaliknya.

“Semua peralatan yang kami gunakan baru dibeli,” katanya.

‘Jodoh saya sudah tiba’

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

BACHOK: “Walaupun pernikahan ini bakal menjadi buah mulut penduduk kampung, saya sanggup menghadapinya. Jodoh saya sudah tiba dan saya melakukannya demi keluarga,” kata seorang gadis berusia 16 tahun yang bergelar ‘pengantin remaja’ selepas bernikah dengan pasangannya berusia 18 tahun, malam tadi.
Gadis yang mahu dikenali sebagai Ekin itu berkata, dia yang berasal daripada keluarga miskin sanggup menjadi isteri kepada rakan sekampungnya yang dikenali sebagai Izat pada usia yang masih mentah walaupun sedar bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Saya anak sulung lima beradik dan adik bongsu saya baru berusia dua tahun.

“Demi keluarga, saya sanggup berkahwin pada usia muda supaya bebanan terpaksa ditanggung ayah lebih ringan apatah lagi dia sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, biarpun mengambil keputusan berkahwin, dia dan suaminya bakal berjauhan kerana suaminya itu kemungkinan melanjutkan pelajaran ke Perak selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Lelaki disyaki khalwat hayun parang elak ditahan



KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bagaikan dirasuk iblis apabila bertindak di luar batasan dengan menyerang sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang cuba menahannya atas kesalahan khalwat dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Tok Kaya, di sini, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian jam 9.20 malam, seorang anggota penguat kuasa nyaris ditetak apabila suspek berusia 27 tahun mengamuk sebaik menyedari kehadiran anggota pasukan terbabit di rumahnya.

“Operasi diketuai seorang pegawai bersama tujuh anggota penguat kuasa ke kediaman itu untuk menahan suspek yang mempunyai waran tangkap dalam satu kes khalwat sebelum ini.
“Kejadian berlaku apabila suspek dikenali sebagai Abang John tiba-tiba naik angin apabila pintu rumahnya diketuk ketika dia menonton televisyen bersama seorang wanita bukan mahram dipercayai teman wanitanya,” katanya.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, suspek yang bekerja sebagai peniaga menyorok dalam almari di rumah itu bagi mengelak dicekup.

Bagaimanapun, katanya, suspek tiba-tiba keluar dari almari itu melemparkan kata-kata kesat dan mengugut mahu menetak anggota penguat kuasa sambil meluru ke bahagian dapur untuk mendapatkan sebilah parang.

“Suspek kemudian menghayunkan parang berkenaan ke arah pasukan penguat kuasa menyebabkanseorang anggota wanita nyaris terkena tetakan itu.

“Bukan itu saja, suspek terus bertindak agresif apabila mengejar pasukan penguat kuasa terbabit dan merosakkan cermin van jabatan berkenaan dengan menggunakan senjata sama,” katanya.
Bimbang kejadian lebih buruk berlaku, semua anggota penguat kuasa bertindak melarikan diri dengan memecut van berkenaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini. Manoharan berkata, suspek ditahan jam 11.30 pagi semalam ketika minum di sebuah gerai di Jalan Hiliran, di sini, selepas mendapat maklumat daripada anggota Rakan Cegah Jenayah Terengganu mengenai kehadiran suspek di premis itu.

Terseliuh lepas diurut

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

PELABUHAN KLANG: Gara-gara bimbang dicekup pihak berkuasa, seorang lelaki sanggup menggadai nyawa apabila melompat keluar melalui tingkap sebuah rumah kedai dijadikan premis rumah urut haram yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks, di Jalan Kem, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang juga pelanggan di rumah urut itu terkejut dengan serbuan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Inspektor Chay Hu Yeen. Lelaki terbabit yang hanya memakai seluar jeans serta bertopi keledar bagaimanapun dapat ditahan di kawasan semak berhampiran rumah urut itu selepas dia tidak berdaya untuk melarikan diri akibat kaki kanannya terseliuh.

Pelanggan itu terpaksa diurut oleh pekerja premis itu untuk mengurangkan kesakitannya.
Sebelum kejadian itu, beberapa wartawan sudah memujuk lelaki tempatan berkenaan supaya tidak terjun, namun dia nekad terjun hingga kakinya terseliuh.

Menurut Chay, seramai tujuh tukang urut wanita warga asing, dua lelaki tempatan iaitu pelanggan dan seorang wanita penjaga premis warga Indonesia masing-masing berusia antara 30 hingga 40-an ditahan untuk soal siasat dalam serbuan itu. “Berdasarkan siasatan awal, tukang urut yang ditahan juga dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya berdasarkan penemuan beberapa keping kondom yang disorok di dalam kotak tisu.

“Rumah urut ini dipercayai sudah beroperasi secara haram sejak lima hingga enam bulan lalu dan memulakan kegiatan bermula jam 2 petang hingga awal pagi.

“Kebanyakan pelanggan terdiri buruh kasar tempatan dan warga asing yang tinggal berdekatan rumah urut berkenaan dan bayaran RM50 dikenakan bagi setiap khidmat urut serta tambahan tips untuk khidmat ‘ekstra’,” katanya.

Chay berkata, serbuan itu dilakukan berdasarkan risikan selama seminggu oleh anggotanya dan tindakan sita dikenakan kepada pemilik rumah urut itu.
Dalam serbuan berasingan, sepasukan anggota D7 IPK Selangor menahan enam wanita warga Thailand berusia antara 34 hingga 41 tahun termasuk seorang penjaga kerana menjalankan perniagaan rumah urut secara haram di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Intan 15, Jenjarom, Banting, dekat sini.

Usah perlekeh ajaran Islam

Oleh Dr Azwira Abdul Aziz

KETIKA Nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu pertama di Gua Hira’, baginda kembali ke rumah dalam keadaan penuh keresahan dan kegelisahan sehingga ummul mukminin Khadijah Khuwailid cuba menenangkan perasaan Baginda lalu berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan sekali-kali menghina kamu dengan keadaan ini, kerana sesungguhnya kamu menghubungkan silaturahim, kamu tidak mementingkan diri sendiri, kamu memuliakan tetamu dan kamu banyak melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat, maka mustahil Allah menghinakan kamu dengan apa yang kamu alami pada hari ini.”
Demikianlah bisikan, pujukan seorang isteri yang memahami keadaan suaminya yang kegelisahan. Baginda minta diselimutkan dalam keadaan menggigil ketakutan. Untuk menambah ketenangan baginda, Khadijah membawa baginda bertemu sepupunya, Waraqah bin Naufal.

Waraqah seorang yang lanjut usia dan banyak pengalaman, seorang ahli kitab yang beriman dengan kitab samawi yang diturunkan kepada nabi sebelum Nabi Muhammad.

Selepas diceritakan kepada Waraqah apa yang dialami di Gua Hira’, Waraqah berkata: “Inilah malaikat Jibril yang Allah turunkan kepada Nabi Musa sebelum kamu. Alangkah baiknya jika pada masa ini aku masih muda remaja. Alangkah baiknya aku masih hidup ketika kamu diperangi, dimusuhi dan dihalau kaum kamu.”


Mendengar kata-kata itu, baginda kehairanan. Kerana jika baginda diutuskan Allah sebagai manusia pilihan untuk menyampaikan ajaran agama yang benar, mengapa baginda harus diperangi dan dimusuhi. Lalu baginda bertanya: “Adakah benar aku akan dihalau dan diperangi?” Waraqah menjawab, “Ya, benar. Tidak ada seorang rasul sebelum kamu yang diutuskan, yang membawa ajaran sebagaimana ajaran yang dibawa oleh kamu, melainkan mereka diperangi dan dimusuhi. Jika aku sempat hidup pada zaman kamu diperangi nescaya aku akan tolong kamu dengan pertolongan yang sebenar-benarnya.”

Demikian kata-kata Waraqah kepada Rasulullah bagi menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab terpaksa dipikul dalam menjalankan misi dakwah Islam. Memang benar telahan dan firasat Waraqah itu. Sebaik saja nabi mula menyeru kaumnya kepada Islam, maka bermulalah penentangan, permusuhan hebat yang dilancarkan pihak tidak beriman


Musuh orang beriman

Pengajaran utama daripada kisah ini ialah Islam adalah agama dibenci orang yang tidak beriman. Agama yang dibawa nabi dan rasul terdahulu termasuk Nabi Muhammad akan dibenci.

Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad seorang yang baik, jujur dan amanah, diberi kepercayaan menjadi hakim ketika pertelingkahan di kalangan kaumnya, memuliakan tetamu, menyambung silaturahim, menolong orang susah, melakukan kerja-kerja kebajikan tetapi baginda tetap dimusuhi.

Baginda dimusuhi bukan kerana jubahnya, janggutnya, penampilan atau imejnya, tetapi kerana membawa risalah Islam dan tauhid, di mana jiwa manusia yang tidak beriman dan dikuasai oleh nafsu syahwat tidak boleh menerima syariat yang dibawa itu.


Islam tidak perlu diberi jenama baru

Kita tidak perlu menukar silibus pengajian Islam atau mengubah suai ajaran Islam dibawa Nabi kerana ia lengkap dan memenuhi ciri-ciri kesederhanaan (al-washathiyyah) yang diperlukan umat.

Jadi, jangan timbul perasaan bahawa Islam yang dibawa baginda agama yang ekstrem, belum cukup sederhana serta melampau. Sesiapa yang beranggapan sedemikian perlulah segera bermuhasabah dan menyemak kembali imannya dan segera bertaubat. Walaupun membawa Islam yang sederhana, baginda tetap diperangi dan dimusuhi.

Pada hari ini, pelbagai pihak cuba mengubah suai ajaran Islam yang dibawa Rasulullah. Allah telah menegaskan Islam sudah sempurna di dalam firmannya yang bermaksud:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku reda Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah al-Maidah, ayat 3)

Ini adalah penegasan Allah mengenai kesempurnaan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Jika agama yang sempurna ini masih tidak disukai atau dibenci, cuba kita gambarkan jika agama ini dinodai, dimanipulasi, diubah suai dan ditokok tambah dengan amalan-amalan bid’ah, tentulah lebih menjauhkan lagi jiwa manusia daripada Islam dan meningkatkan kebencian kepada Islam.

Oleh kerana itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad untuk meningkatkan dan memantapkan keimanan kepada Allah dalam diri kita sebelum kita menuding jari kepada orang lain.


Pelihara keaslian Islam

Marilah kita bermuhasabah diri supaya kita mempunyai iman yang mantap dan tidak menolak, mempertikai dan membenci ajaran islam. Jika kita tidak tingkatkan keimanan, nescaya lambat laun satu persatu ajaran islam akan kita pertikaikan di sana sini.

Kita akan merasa ia tidak sesuai dengan jiwa kita dan tidak lagi sesuai dengan zaman. Maka kita pun mengubah ajaran Islam mengikut selera kita kerana keimanan telah hilang dari hati.

Untuk mengembalikan kegemilangan Islam, kita perlu mulakan dengan diri kita terlebih dahulu supaya kita sendiri menjadi orang yang betul-betul mengimani ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi. Jangan sekali-kali memperlekehkan walau satu aspek daripada ajaran Islam. Sabda Nabi: “Jangan kamu perlekehkan perkara kebaikan sedikit pun walau sekadar senyuman kepada saudara kamu yang seagama.” (Riwayat Imam Muslim)

Apatah lagi kalau syariat itu berkaitan tauhid, hukum hakam, halal dan haram, hudud dan akhlak yang menjadi pengawal bagi perangai manusia, yang mengawal manusia daripada melakukan perkara maksiat dan haram di sisi Allah.

Jika sekadar senyuman Nabi Muhammad melarang kita memperkecilkannya, apatah lagi perkara haram, dosa besar seperti judi, arak, zina dan merompak.

Hendaklah kita menyedari hakikat bahawa Islam ini agama yang sempurna. Sebagai umat Islam kita tidak perlu bersusah payah mengubah penampilan dan imej Islam kita untuk disesuaikan dengan selera dan nafsu orang yang tidak beriman.

Mereka yang tidak beriman akan tetap juga memerangi Islam sebagaimana yang berlaku kepada Rasulullah. Kita tidak perlu mencukur janggut, membuang ketayap kononnya ingin bersederhana untuk menjaga hati orang yang tidak beriman.

Hakikatnya itu bukan sederhana, tetapi mengabaikan ajaran Islam. Selagi kita memegang ajaran Islam dan tauhid, memang lumrah kita akan dibenci dan tidak disukai oleh orang-orang yang jiwanya tidak beriman sama ada di kalangan orang Islam mahupun bukan Islam.

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, mulakan perubahan pada diri sendiri supaya komitmen dan iltizam kita terhadap Islam menjadi lebih teguh.


Penulis ialah Ahli Majlis Syura Sekretariat ILMU dan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM

Dalam serbuan itu, polis turut menahan empat lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 55 tahun dipercayai pelanggan.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Adzli Abu Shah berkata, ketika serbuan semua tukang urut sedang asyik melayan pelanggan di empat bilik yang terdapat di premis sambil dipantau penjaga rumah urut.

Katanya, rumah urut itu sudah beroperasi selama setahun dan pelanggan dikenakan caj sebanyak RM30 sejam perkhidmatan.

“Tilam, bantal dan peralatan lain yang digunakan untuk mengurut turut dirampas,” katanya.

No comments:

Post a Comment