Thursday, November 11, 2010

SETAN MEMANG ADA JANTAN BETINA...NI ADA YANG TAK TAHU DOSA..DAH DOSA TAPI TETAP BUAT GAK

19 'pelaris' spa, karaoke kena cekup



CEKUP...wanita warga asing yang ditahan, kelmarin.
CEKUP...wanita warga asing yang ditahan, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Seramai 19 wanita warga asing yang asyik melayan pelanggan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.
Serbuan mengejut dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur diketuai lima pegawai dan 16 anggota di pusat kecantikan serta kelab karaoke yang baru beroperasi beberapa bulan lalu.
Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat spa dan kecantikan di Jalan Bukit Bintang, kira-kira jam 7.30 malam kerana disyaki menjalankan aktiviti seks.

“Dalam serbuan mengejut oleh dua pegawai dan tujuh anggota itu, polis menahan enam tukang urut warga China serta seorang wanita Myanmar berusia 20-an hingga 30-an kerana tiada memiliki dokumen perjalanan



“Selain itu, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 57 tahun kerana melindungi dan membenarkan warga asing terbabit bekerja di premisnya tanpa permit. Tindakan saman akan dikenakan kepada pemilik premis terbabit kerana melanggar syarat lesen dengan menjalankan aktiviti urut badan sejak dua bulan lalu,” katanya

Razali berkata, dalam serbuan kedua kira-kira jam 9.45 malam di sebuah pusat karaoke dan hiburan, seramai 11 wanita Vietnam dan seorang wanita Filipina yang bekerja sebagai pelayan pelanggan ditahan.

“Ketika diserbu, semua wanita berusia 18 hingga 30 tahun itu bersama pasangan masing-masing dan ada yang cuba melarikan diri, namun gagal,” katanya


2 gadis setan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

SERDANG: Dua gadis yang berusia awal 20-an dikesan menjadi dalang kes pecah rumah siang hari dengan menjadikan beberapa rumah flat kos rendah di kawasan yang disewa mereka di daerah ini sebagai sasaran utama.
Malah, kedua-dua gadis terbabit yang juga penagih dadah tegar bekerjasama dengan teman lelaki masing-masing untuk menjalankan jenayah itu bagi menampung kos membeli dadah.

Sumber polis berkata, kumpulan empat geng pecah rumah itu diberkas selepas memecah masuk sebuah rumah di flat PKNS, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
“Sebaik masuk dengan mengumpul pintu, mereka menyelongkar rumah berkenaan sebelum melarikan barang berharga antaranya telefon bimbit dan wang tunai. Malah, suspek turut melarikan perkakas rumah termasuk tong gas.

“Semua barangan berkenaan disimpan di rumah sewa mereka yang terletak berhampiran,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari pemilik rumah berkenaan selepas pulang dari bekerja kira-kira jam 1 tengah hari

“Mangsa yang juga seorang warga Nepal berusia 26 tahun dan bekerja di kilang berhampiran rumahnya terkejut apabila mendapati kediamannya dipecah masuk sebelum melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berhampiran.

“Berdasarkan laporan awal, mangsa mendakwa kerugian lebih RM800,” katanya

Susulan itu, anggota polis menjalankan siasatan sebelum terserempak gadis terbabit dan pasangannya dalam keadaan mencurigakan. Berikutan itu, polis menahan semua mereka sebelum siasatan dilakukan di rumah disewa mereka.

“Hasilnya polis menemui semua barang berharga milik mangsa dan beberapa barangan lain serta perkakas yang digunakan bagi tujuan pecah rumah. Suspek yang disoal siasat mengaku semua barang dalam rumah itu hasil rompakan.

“Siasatan lanjut mendapati semua suspek berusia antara 18 hingga 28 tahun. Kedua-dua lelaki pasangan gadis terbabit berasal dari Sabah, manakala gadis itu warga tempatan.

“Semua suspek yang positif dadah ketika ujian air kencing direman dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun,” katanya


Erma kembali

Oleh Nor Akmar Samudin

KUALA LUMPUR: Pengarah Erma Fatima kembali ke pentas Natrah 2 selepas memikirkan kewajarannya melepaskan tanggungjawab mengarahkan pementasan teater muzikal kerana kecewa dengan kenyataan pengarang buku Natrah, Datin Fatini Yaacob.
Pada sidang media di Istana Budaya (IB), di sini, semalam, dia berkata, selepas membuat kenyataan meletakkan jawatannya pengarah teater itu, selama tiga hari dia tidak menjejakkan kaki ke IB. “Selama itu juga saya mengalami tekanan perasaan yang luar biasa. Saya nekad mengambil keputusan itu untuk memberi peluang kepada orang tertentu mengambil alih tugasan sebagai pengarah. “Bagaimanapun, apabila saya memikirkan semula keputusan itu, saya sudah melukakan hati seorang abang (Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani) dan mengabaikan harapan pelakon yang sedang giat berlatih untuk pementasan itu. Itulah yang saya fikirkan selama tiga hari menyendiri atas keputusan yang dibuat.

“Oleh itu hari ini (semalam) saya berada di sini (IB) untuk membuat kenyataan. Saya tidak kata Fatini salah atau dia betul. Dalam hal ini juga saya tidak bersalah dan atau saya pada jalan yang betul. Apa yang saya tahu pandangan seorang pengarah kreatif macam saya tidak sama dengan pemikiran seorang pengkaji sejarah. “Seorang penulis skrip juga tidak akan berkongsi pandangan sama dengan seorang penulis buku dan begitulah sebaliknya. Misalnya filem Titanic, ceritanya adalah mengenai kapal karam, tetapi konflik filem itu adalah kisah cinta. Jadi salahkah saya mengikut mentafsirkan cinta Natrah terhadap suaminya, Mansor Adabi dan kasih kepada ibu angkatnya, Che Aminah?. “Saya percaya Fatini terusik hatinya apabila dia membaca skrip Natrah yang pertama terutama ketika Natrah bermonolog. Gambaran Natrah pada ketika itu berusia 70 tahun juga mengenai gereja dan salib,” katanya.
Tambah Erma, sebagai pengarah dia berhak mempertahankan momentum jalan cerita Natrah 2. Barangkali kata Erma, apabila dia enggan mengubah pendiriannya itu terutama mengenai paparan gereja dan salib di pentas, Fatini menganggap pengarah tidak menghormatinya sebagai penulis buku.

“Sepatutnya kami kena saling menyokong antara satu sama lain. Apabila orang menonton pementasan Natrah 2, mereka tentu akan mencari buku pula bagi mengetahui sepenuhnya cerita Natrah. Malah, sebelum pementasan Natrah musim pertama, saya katakan pada Fatini cepat siapkan buku Natrah supaya boleh dijual ketika pementasan teater muzikal itu. “Bagi saya gereja dan salib itu lambang penjajahan Barat terhadap orang Islam. Apa yang saya laku dan paparkan dalam pementasan teater itu adalah perjuangan saya terhadap bangsa dan agama saya,” katanya.

Natrah 2 akan dipentaskan pada 25 November ini dengan mengekalkan Remy Ishak dan Maya Karin sebagai teraju utama.

No comments:

Post a Comment