Sunday, November 7, 2010

TAKDIR KETENTUAN ALLAH...BERMACAM2 TAKDIR...DILUAR KEILMUAN KITA...MAKA BERTAQWALAH....

Ibu hamil 4 bulan hampir putus asa

Oleh Hadzlan Hassan

BANTUAN...Noraini menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Daerah Kemaman sebaik tiba di Pengkalan Marin Kemaman.
BANTUAN...Noraini menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Daerah Kemaman sebaik tiba di Pengkalan Marin Kemaman.
SELAMAT...Mohd Zulkifli bersama anak, Mohd Danial bersyukur terselamat dalam kejadian bot karam.
SELAMAT...Mohd Zulkifli bersama anak, Mohd Danial bersyukur terselamat dalam kejadian bot karam.
KEMAMAN: “Fikiran saya ketika itu kosong. Ada ketikanya saya sudah putus asa dan hanya ingatkan mati namun atas semangat serta dorongan rakan lain, kami bertahan dan akhirnya selamat.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakan yang membantu saya sekeluarga,” kata Noraini Sosilawati Saregar Soffian, 30, seorang daripada 16 mangsa sebuah bot yang karam ketika dalam perjalanan ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM), Dungun dari Pulau Tanggol, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang kelmarin ketika semua mangsa dalam perjalanan pulang ke tanah besar sebelum bot dinaiki mereka dihempas ombak hingga tenggelam selepas mengalami masalah enjin.

Noraini yang mengandung empat bulan terapung kira-kira 16 jam bersama anaknya, Mohd Danial Aiman Zulkifli, 4, dan suaminya, Mohd Zulkifli Mat Daud, 33.


Selain keluarga itu, 13 lagi mangsa yang turut mengalami pengalaman serupa. Mereka ialah Badrulhisham Shariman, 40; Sany Salman Mohd Kasim, 42; Muhamad Aman Muhami, 36; Azhar Ahmad, 45; Mazli Malik, 33; Loo Kit Choong, 54; Mohd Azharini Mohd Amin, 38; Ayud Haida Sulaiman, 34

Turut terbabit dua doktor, Dr Anis Shafina Mahfuz, 34, dan Dr Noraminah Abdullah, 29; dua wanita yang hanya dikenali sebagai Maria dan Aida, 22 selain jurumudi bot, Zul Fadly Yahya, 29.

Kecuali Noraini dan anaknya, semua mangsa yang datang dari Kuala Lumpur itu mempunyai kemahiran menyelam menyebabkan mereka tidak panik.

Selepas terapung-apung di laut selama kira-kira 16 jam, mereka ditemui dalam keadaan lemah oleh bot peronda PA52 Pasukan Gerakan Marin (PGM) kira-kira jam 10 pagi semalam.

Turut serta dalam gerakan mencari dan menyelamat ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta beberapa bot milik resort berhampiran sebaik maklumat kehilangan mangsa diterima kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Noraini yang ditemui di Hospital Kemaman, semalam berkata selain memikirkan keselamatan diri dan kandungannya, dia juga cukup risau mengenai keadaan Mohd Danial terutama apabila kanak-kanak itu mula merengek dan meminta makanan.


Rentung bersujud

Oleh Ibrahim Isa

MUSNAH...Rusidah dan Asaari melihat katil mangsa yang rentung dalam kebakaran, semalam.
MUSNAH...Rusidah dan Asaari melihat katil mangsa yang rentung dalam kebakaran, semalam.
Lenny dan Nur Sabihah.
Lenny dan Nur Sabihah.
BATU PAHAT: “Tolong mak, tolong Nini mak,” itulah jeritan akhir ibu tunggal, Lenny Mariyana Daud, 29, sebelum ditemui rentung dalam kedudukan bersujud sambil memeluk anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, 3, yang turut maut dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Lenny dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan buat beberapa saat disertai tangisan kuat Sabihah ketika cuba menyelamatkan diri dari biliknya.

Lenny yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua hujung tahun ini dipercayai gagal melarikan diri dengan anaknya melalui pintu dan tingkap bilik akibat asap tebal selain api marak.

Melihat api marak selain kesukaran menyelamatkan diri, Lenny dipercayai hanya mampu membongkok seperti bersujud sambil memeluk anaknya sebelum dua beranak itu ditemui rentung di sudut tepi katil oleh anggota Bomba dan Penyelamat, kira-kira jam 4 pagi.

Kakaknya, Ratna Dewi, 35, berkata Lenny pulang ke rumah selepas membawa ibu mereka, Saringatin Jalal, 65, berurut di kampung bersebelahan pada kira-kira jam 12 tengah malam

“Selepas itu, Lenny membasuh baju dan bersolat sebelum tidur di biliknya pada jam 1 pagi. Kira-kira setengah jam kemudian, ketika berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi hentakan kaki ke lantai.

“Pada mulanya, saya ingatkan dia mengigau dan tidak mengendahkan bunyi berkenaan, namun ia semakin kuat diikuti jeritan Nini meminta tolong serta tangisan anaknya.

“Saya dan ibu bergegas ke bilik dan membuka pintu, namun api marak menyebabkan kami gagal membawa mereka keluar,” katanya di lokasi kejadian, semalam.

Ratna berkata, tidak lama kemudian jeritan meminta tolong dan tangisan anak saudaranya itu tidak lagi kedengaran dan dia terus menjerit meminta enam lagi ahli keluarga yang lain menyelamatkan diri apabila melihat api semakin merebak.

Ratna berkata, abangnya cuba memadamkan api dengan menyimbah air di tingkap bagi membolehkan Lenny terjun menyelamatkan diri, namun api terlalu marak.

Sementara itu, adik bongsu mangsa, Seri Rusidah, 25, berkata, dia hanya sedar berkaitan kejadian apabila terdengar jeritan ibunya mengatakan rumah terbakar.

“Ketika itu saya dan suami, Asaari Mohd Muji, 26, nyenyak tidur sebelum pintu bilik di ketuk ahli keluarga yang meminta kami melarikan diri kerana rumah dijilat api.

“Saya bersama suami terus keluar untuk mendapatkan bantuan, malangnya apabila kembali, rumah sudah hangus manakala kakak serta anaknya gagal diselamatkan.

“Sayu hati kami melihat dua beranak berkenaan rentung dengan arwah kakak dalam keadaan bersujud memeluk arwah Sabihah,” katanya


Ibu bersikap pelik

Oleh Ahmad Saufi Mansor, Norfaisal Jahuri dan Nur Ain Musdad

DIKEBUMI...tiga jenazah dikebumikan di Tanah Perkubungan Islam Kampung Bukit Duyung, semalam.
DIKEBUMI...tiga jenazah dikebumikan di Tanah Perkubungan Islam Kampung Bukit Duyung, semalam.
JASIN: “Sebelum bertolak ke Marang, Jumaat lalu, umi (ibu) tiba-tiba menangis dan memeluk saya dengan erat sambil berpesan agar belajar rajin-rajin. Ibu juga nasihatkan saya supaya jangan abaikan solat.
“Saya pelik dengan sikap ibu dan langsung tidak menyangka rupa-rupanya ia pesanan terakhir umi kepada saya,” kata Nurhazimah Abu Hassan, anak bongsu Patimah Ramli, 46, yang mati dalam keadaan rentung bersama tiga saudaranya dalam kemalangan di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam apabila kereta Proton Persona dinaiki keempat-empat mangsa yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan di Marang, Terengganu bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan .

Selain Patimah yang juga bekas wartawan Berita Harian, tiga lagi mangsa dalam kemalangan itu ialah adik iparnya, Md Sharif Nani, 61, seorang pesara Jabatan Kerja Raya dari Taman Air Keroh Height, Air Keroh; isteri Md Sharif, Marinah Kambas, 60, dan anak saudara mereka, Rosli Mat Isa, 28


Nurhazimah, 10, berkata, kali terakhir dia dapat menghubungi ibunya pada kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu dan arwah memberitahu ketika itu dia berada di Kuantan

“Umi beritahu kalau tak dapat menghubunginya mungkin bateri telefon bimbitnya sudah habis. Malam tadi (kelmarin) sehingga pagi ini (semalam) saya cuba menghubunginya, tetapi hanya masuk peti pesanan suara,” kata pelajar Tahun Empat Sekolah Rendah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pernu.

Suami Patimah, Abu Hassan Nani, 62, berkata, sebelum bertolak ke Marang pada kira-kira jam 7 pagi Jumaat lalu, terdapat sedikit kelainan pada sikap Patimah.

“Semasa arwah nak pergi (dia) ketawa tidak, senyum pun tidak. Sebelum bertolak dia minta izin (untuk) pergi dan cium saya sekali,” kata bekas pesara tentera itu.

Menurut Abu Hassan, sebelum bertolak arwah Patimah turut mencium anak keduanya, Mohd Zamri, 33, berulang kali sehingga menimbulkan tanda tanya dan rasa pelik kepada dirinya.

Katanya, dia tidak menyangka perubahan perlakuan itu rupa-rupanya menjadi petanda dirinya akan pergi buat selama-lamanya.

Abu Hassan yang menghidap barah paru-paru berkata, apabila mendapati isterinya masih belum tiba sehingga awal pagi dia dia terus menghubungi saudaranya.

“Hampir satu jam saya menelefon mereka, tetapi masih gagal,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 6 pagi semalam seorang anaknya memberitahu mengenai berita menyedihkan itu.

Menurutnya, tahun ini genap 10 tahun dia mendirikan rumah tangga dengan Patimah yang juga isteri keduanya selepas kematian isteri pertama.

Jenazah Patimah tiba di rumah keluarganya kira-kira jam 5 petang semalam sebelum disembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pondok Batang, di sini.

No comments:

Post a Comment