Bekas guru ke penjara
Oleh Junaidi Ladjana
BERSALAH...Adrian dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan empat sebatan, semalam.
Adrian didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap dua tuduhan merogol murid berusia 11 tahun itu di sekolah berkenaan pada Februari dan Mac lalu.
Bagi tuduhan pertama, guru Matematik dan Sains itu dihukum penjara 18 tahun dan dua sebatan kerana merogol murid berkenaan di stor makmal sekolah antara jam 2.10 hingga 3.30 petang pada Februari lalu.
Bagi tuduhan kedua, Adrian dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di makmal jam 10.25 pagi pada 26 Mac lalu dan dikenakan hukuman penjara 18 tahun serta dua sebatan
Adrian dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Luke Ressa Balang manakala tertuduh diwakili Hairul Othman dan PJ Perira bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.
Terdahulu, Hairul memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap anak guamnya berdasarkan kerjasama diberikan kepada polis selain tiada rekod kesalahan lampau.
Bagaimanapun, permohonan itu dibantah Luke dengan alasan tertuduh tidak seharusnya melakukan jenayah yang menjatuhkan kredibiliti perguruan.
“Sebagai guru, tertuduh bertanggungjawab mendidik murid, bukannya melakukan kesalahan jenayah. Kita harus memikirkan tekanan dihadapi mangsa dan keluarga,” katanya.
Ketika penghakimannya, Duncan mengakui walaupun kekurangan bukti daripada aspek perubatan, keterangan mangsa meyakinkan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.
“Selepas menimbangkan semua bahan bukti, saya mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah.
"Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan, ibu bapa sudah memberi kepercayaan kepada tertuduh menjaga muridnya, tetapi kepercayaan itu disalahguna dengan mengambil kesempatan terhadap mangsa,” katanya.
Sepanjang perbicaraan selama tiga hari bermula 6 September lalu, pihak pendakwaan mengemukakan sembilan saksi, termasuk guru dan murid sekelas mangsa manakala pihak pembelaan mengemukakan empat saksi.
Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan serentak menyebabkan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman 18 tahun, tetapi membenarkan tarikh hukuman ditangguhkan sementara Adrian memohon rayuan di Mahkamah Tinggi
Sempat ajar mengucap
Oleh Hamzah Osman
REMUK...keadaan motosikal dinaiki dua mangsa yang maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Zaman Zakaria, 17, dan ibunya, Halimah Mat, 53, maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.
Ikhwan, saksi paling awal tiba di tempat kejadian berkata, sebaik melihat kejadian itu, dia bergegas ke arah mangsa dan cuba membantu mereka.
“Pemuda itu masih nyawa-nyawa ikan ketika saya memangkunya dan mengajar mengucap sebelum dia meninggal dunia di pangkuan saya. Ibunya pula waktu itu sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian
Dua beranak itu dalam perjalanan ke Hospital Langkawi (HL) dari rumah mereka di Kampung Padang Kandang, di sini, untuk menziarahi seorang saudara mereka yang sakit
Kejadian berlaku apabila Zaman yang menunggang motosikal terbabit membelok ke simpang Kampung Yooi sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda itu.
Anak Halimah, Aishah Samat, 31, berkata setengah jam sebelum kejadian, ibu dan adik tirinya itu ada memberitahu mahu ke HL dengan menaiki motosikal untuk menziarahi seorang ahli keluarga mereka yang sedang sakit.
“Adik dan mak keluar rumah selepas solat Asar. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu ada ahli keluarga menerima panggilan telefon dari seorang saksi mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya hanya nampak motosikal yang remuk dan diberitahu adik dan mak sudah meninggal dunia, manakala mayat mereka sudah dibawa ke HL,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Aishah berkata, kejadian itu berlaku di luar dugaan kerana adik bongsu dan ibunya ceria serta tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan ketika keluar dari rumah petang kelmarin.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Langkawi, Inspektor Mohd Radzi Abd Rahman berkata, dalam kejadian itu, motosikal mangsa datang dari arah Padang Matsirat menuju ke Ulu Melaka, manakala kereta berkenaan dari arah bertentangan.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki Zaman dan ibunya, Halimah dikatakan cuba membelok ke simpang Kampung Yooi lalu dirempuh kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu adalah seorang warga asing yang menetap dan bekerja di sini dan sudah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Trafik Langkawi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi polis trafik untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam
Katak 1.3kg 'teman baik' budak 5 tahun
TEMAN ISTIMEWA...Muqri menunjukkan katak digelar ‘Chica’ yang dibelanya.
Menurutnya, meskipun ramai geli melihat apatah lagi memegang katak tetapi dia tidak sedikit pun berasa sedemikian kerana menganggap amfibia jinak itu sebagai comel dan tidak berbahaya.
Harian Metro yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Chica Tinggi itu mendapati ramai penduduk datang melihat katak terbabit berikutan saiznya agak besar berbanding katak biasa ditemui.
Mukhriz berkata, katak belaannya itu sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk rakan-rakannya yang singgah daripada sekolah tetapi kebanyakan daripada mereka takut memegangnya
“Saya tidak berasa geli memegangnya kerana sudah biasa malah menganggapnya sebagai teman baik dan memanggilnya dengan gelaran ‘Chica
“Walaupun orang ramai geli tetapi bagi saya katak ini istimewa kerana tidak mengganggu orang lain yang datang membeli di kedai runcit emak saya,” katanya.
Sementara itu, bapa Muqri, Ramli Jaafar, 53, berkata dia pada awalnya menemui katak itu berdekatan sekolah dan membawanya pulang untuk ditunjukkan kepada anaknya.
Katanya, kerana tidak mahu membuangnya, dia memberinya kepada Mohd Muqri untuk dijadikan peliharaan kerana menganggapnya sebagai istimewa berdasarkan saiznya yang luar biasa.
“Memang ada rakan daripada bangsa Cina dan Siam yang mahu membelinya tetapi ditolak kerana anak saya tidak membenarkannya.
“Sehingga kini, katak terbabit dijaga olehnya kerana menganggapnya sebagai teman istimewa malah turut disayanginya,” katanya mengenai katak sepanjang hampir 0.4 meter itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak ditemui di Pasir Mas itu jenis katak biasa iaitu daripada spesis Limnonectus yang boleh mencapai tumbesaran antara 10 hingga 15 sentimeter
Dua beradik pakat lari
Oleh Hamizah Badiran
HILANG...Nooranalina (kanan) dan adiknya, Noorsyafinas.
Abdul Rahim Yacob, 52, berkata anaknya, Nooranalina, 18, hilang sehari selepas adiknya, Noorsyafinas, 15, meninggalkan rumah mereka di Jalan Air Keroh, Cheras, di sini, selepas keluar untuk membeli kad prabayar telefon di kedai berhampiran.
“Kira-kira jam 9 malam pada 4 November (Khamis) lalu, Norsyafinas enggan mengikut kami berniaga dan tinggal di rumah bersama kakak sulungnya, Noorasyikin, 20, di rumah.
“Namun, sejam selepas itu kami menerima panggilan Noorasyikin mengatakan adiknya tidak balik ke rumah selepas meminta izin keluar membeli kad prabayar,” katanya.
Panik dengan kejadian itu, beliau sekeluarga pulang ke rumah untuk mencarinya di kawasan sekitar, namun hampa kerana kelibatnya tidak kelihatan.
“Peliknya, sehari selepas Noorsyafinas hilang, Nooranalina pula buat hal sama. Dia hilang di tempat kami berniaga buah-buahan iaitu di Dataran Merdeka selepas pergi ke tandas. “Namun sebelum itu, abangnya ada ternampak empat motosikal mendekatinya, tetapi tidak sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan terbabit dan mereka lesap hingga hari ini,” katanya
Abdul Rahim berkata, sebelum ini kedua-dua anaknya itu pernah keluar dari rumah bersama, tetapi ditemui semula.
“Kehilangan mereka sudah banyak kali dan sebelum ini pernah ditemui di Selayang dan Petaling Jaya
“Mereka berdua macam belangkas dan saling menyimpan rahsia supaya tak diketahui kami sekeluarga sebab itu saya syak mereka berdua berpakat melarikan diri bersama,” katanya.
Menurutnya, lebih membimbangkan jika terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas mereka untuk melakukan jenayah.
Nooranalina dilihat kali terakhir memakai baju dan seluar jeans berwarna gelap manakala adiknya memakai baju-T dan seluar jean berwarna biru. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi balai polis berhampiran
Mayat rentung terbujur dalam belukar
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mayat yang tidak dapat dipastikan jantina dan identiti itu dikatakan 90 peratus rentung dan ditemui di belukar berkenaan kira-kira 40 meter dari jalan utama.
Seorang penduduk kampung berhampiran yang dalam perjalanan ke kebunnya menemui mayat terbabit sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata sepasukan anggota dan pegawainya yang menerima maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
“Berdasarkan siasatan awal polis, mayat mangsa dipercayai sudah berada di kawasan itu sejak awal pagi iaitu beberapa jam sebelum ditemui.
“Pemeriksaan tidak menemui sebarang senjata atau bekas minyak yang mungkin boleh dikaitkan dengan kes berkenaan,” katanya di sini, semalam
Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui kesan berlaku pergelutan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Menurutnya, jantina dan identiti mangsa yang rentung itu belum dikenal pasti kerana tiada sebarang identiti pengenalan diri ditemui
“Siasatan juga dilakukan bagi mengetahui sama ada mangsa dibunuh di situ sebelum dibakar atau sebaliknya,” katanya
Sindiket guna pengkid edar CD haram
Taktik terbabit dibongkar selepas seorang wanita pengkid yang diarahkan membawa kereta penuh CD cetak rompak itu ditahan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan. Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan, Othman Nawang, berkata penahanan pengkid terbabit membawa kepada satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheras Idaman, di sini, sebagai markas operasi sindiket terbabit, tengah hari semalam.
Menurutnya, kedudukan kawasan rumah itu yang terlindung selain dikawal pengawal keselamatan di pintu masuk utama menjadikan rumah terbabit sebagai lokasi strategik untuk menjalankan kegiatan berkenaan.
“Siasatan mendapati sindiket terbabit menjadikan rumah itu untuk membungkus ratusan ribu CD permainan video cetak rompak sebelum diedarkan kepada orang ramai serta premis yang mengedarkan CD berkenaan. “Ketika serbuan dilakukan lapan pegawai KPDNKK diketuai Mohd Shahran bin Mohd Arshad kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kami menahan sebuah kereta Toyota Camry dipandu seorang pengkid berhampiran kawasan perumahan berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Beliau berkata, sebaik diperiksa, kereta itu membawa puluhan kotak CD permainan video cetak rompak yang disumbatkan dalam but
Tersedak susu
Oleh Suraya Roslan
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bayi berkenaan, Yusuf Razzin, dihantar pengasuhnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sumber berkata, pihak hospital cuba membuat bantuan pernafasan selama 35 minit dengan menggunakan injap pernafasan ke atas mangsa, tetapi tidak berjaya.
“Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Bagaimanapun, punca kematiannya masih tidak diketahui kerana bapa mangsa yang bekerja sebagai setiausaha menolak untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat anaknya itu,” katanya.
Katanya, bapa bayi lelaki berusia 29 tahun itu juga tidak akan mengambil tindakan perundangan kepada pengasuhnya selepas menyedari tubuh badan anaknya itu bebas daripada kesan lebam atau tanda seperti didera. Difahamkan, bayi itu yang tidur selepas diberi susu dan beberapa minit kemudian, pengasuh berkenaan mendapati bayi itu tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke HKL untuk rawatan. Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kes terbabit.
“Pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan kecederaan pada bayi berkenaan dan bayi itu mati dipercayai akibat lemas. Kami mengklasifikasikan kematian bayi itu sebagai kematian mengejut,” katanya. Sebelum ini, sepasang suami isteri kematian anak berusia sembilan bulan pada 20 September lalu, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan di pusat asuhan di Presint 18, Putrajaya
Jais tidak terbabit sebar kisah selebriti
Ketika ditanya sama ada pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Gombak, katanya, beliau tidak dimaklumkan perkara itu.
Menurutnya, apa yang dibimbangkan pihaknya ialah pernikahan lelaki berusia 31 tahun dan pasangannya yang berusia 25 tahun itu tidak mencukupi Rukun Nikah.
“Seperkara lagi saya nak beritahu, Jais tidak terbabit langsung dalam penyebaran e-mel mengenai penceritaan lengkap kes ini kepada media.
“Selain menyiasat pasangan ini, kami juga menjejaki dalang yang menggunakan nama Jais.
“Ada pihak luar Jais yang menyebarkan e-mel itu. Kami tidak tahu apa motifnya. Mungkin ada orang dengki atau mempunyai kepentingan tertentu,” katanya ketika dihubungi, semalam
Katanya, e-mel itu bukan daripada Jais, malah nama pengirimnya bukan penguat kuasa Jais.
“Ia penyamaran yang dilakukan pihak tertentu. Kami meminta orang ramai jangan percaya e-mel berkenaan daripada Jais,” katanya
Katanya, apabila proses siasatan selesai dan jika wujud pelanggaran enakmen syariah di Selangor berhubung pernikahan itu, pasangan terbabit tetap akan didakwa.
Katanya, pihaknya percaya kes itu boleh diselesaikan segera dengan kerjasama semua pihak
Bomoh angau
Oleh Ibrahim Isa
Bomoh berusia awal 40-an turut menggunakan ilmu sihir terhadap mangsa, dikatakan memberi pelbagai tangkal seperti minyak dagu, keris, batu cincin serta keris sebelum mendesak wanita itu menuntut cerai daripada suaminya kerana mahu bernikah dengan mangsa.
Mangsa hanya mahu dikenali Shidah, 38, berkata, dia ke rumah sepupunya berikutan perniagaannya mengalami masalah dan mahu mendapatkan bantuan bomoh bagi melariskan perniagaan.
“Saya kenal bomoh itu kerana dia dan sepupu pernah berkunjung ke rumah keluarga saya di Layang-layang dan pada hari kejadian pertama kali tergerak mendapatkan bantuannya.
“Apabila tiba di rumah bomoh, saya ditemani anak berusia 18 tahun bertemu sepupu. Kemudian diminta sepupu berseorangan mengikut suaminya ke bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat.
“Pada mulanya saya bimbang, namun sepupu memberitahu ia perkara biasa kerana suaminya tidak mahu diganggu ketika mengubat orang,” katanya
Menurutnya, percaya dengan kata-kata sepupunya, dengan berat hati dia mengikuti lelaki berkenaan memasuki bilik pelik dengan bau yang sukar digambarkan.
Katanya, lelaki itu meminta dia minum air jampi sebelum diminta berbaring atas sejadah dan membuka semua pakaiannya.
“Selepas minum air itu, segala perasaan bimbang dan was-was hilang dan saya hanya mengikuti arahannya.
“Selepas membuka pakaian dan berbaring atas sejadah, dia menyapu seluruh badan termasuk kemaluan dengan sejenis minyak sebelum menutup badan dengan kain putih seperti dikafankan.
“Tidak lama selepas itu, saya dapati dia menyelak kain dan cuba merogol menyebabkan saya cuba melawan, namun dia mengugut ‘upacara sudah mula, kau sudah dikafankan, jika kau tidak mahu teruskan kau boleh jadi gila’ menyebabkan saya lebih takut dan keliru.
“Saya tetap meronta, namun dia terus merogol saya. Apabila selesai, dia memberi amaran jangan memberitahu orang lain atau saya mungkin mati,” katanya.
Menurutnya, sebelum pulang bomoh berkenaan memberinya minyak yang didakwa boleh melariskan perniagaan di mana dia perlu menyapu minyak itu di badan, bibir dan muka setiap hari.
Katanya, sejak menggunakan minyak itu, hatinya teringatkan bomoh berkenaan seolah-olah dipukau dan pada masa sama hubungannya dengan suami renggang.
“Beberapa minggu kemudian, bomoh itu menelefon dan menyuruh saya datang ke rumah untuk memberi tangkal dan ketika itu turut merogol saya dengan cara sama.
“Saya tidak boleh berfikir dan apabila dia melarang saya bersama suami, saya hanya mengikut arahannya. Pada masa sama, hubungan dengan suami semakin dingin hingga lelaki itu menyuruh saya meminta cerai,” katanya.
“Oktober lalu, saya keluar dari rumah kami di Kulaijaya dan tinggal bersama ibu bapa di Layang-layang bersama lima anak sebelum pergi ke Jabatan Agama Johor untuk memohon cerai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 27 Oktober lalu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, suami memujuk supaya mereka bertemu pada 26 Oktober lalu sebelum dia dipulihkan seorang rakan suami yang melakukan ikhtiar bagi membatalkan ilmu hitam dikenakan kepadanya.
Shidah berkata, apabila tersedar dengan kejadian sebenar yang berlaku, dia hanya menangis dan tidak boleh tidur serta makan kerana teringatkan segala perbuatannya dengan bomoh berkenaan.
Menurutnya, dia membuat laporan kejadian rogol ketika dipukau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada 27 Oktober lalu selain menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kluang pada hari sama.
“Pada keesokan hari, bomoh yang menyangka saya sudah bercerai datang ke rumah ibu di layang-layang sebelum terkejut apabila mendapati suami turut berada di rumah.
“Apabila suami bertanyakan apa yang sudah dilakukan kepada saya, mereka bertengkar sebelum bomoh mengeluarkan pisau menyebabkan suami menumbuknya bagi mempertahankan diri.
“Ketika itu, baru dia mengaku menyalahgunakan ilmunya memecahbelahkan rumah tangga kami kerana dia berminat memperisterikan saya,” katanya.
Katanya, sejak dipukau bomoh itu, dia sering memberikan wang kepadanya
Tak tahu sebab kereta ditembak
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
Shaari Desa dari Jabatan Kimia Malaysia (Petaling Jaya) berkata, ia berdasarkan kesan tembakan pada bahagian bawah bonet dan tayar di bahagian belakang kenderaan hasil pemeriksaannya terhadap kereta putih dengan nombor pendaftaran ET 5023, antara 6 dan 17 Mei lalu.
“Saya tidak tahu tujuan sebenar tembakan dilepaskan, tetapi bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa berdasarkan corak (kesan tembakan) di bahagian belakang, bawah kereta itu, ia mungkin untuk menghentikan kenderaan itu.
“Bagaimanapun, saya tidak tahu tujuan tembakan itu,” katanya ketika menyambung keterangan dalam perbicaraan anggota polis berpangkat koperal yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid pada jam 1.10 pagi, 26 April lalu.
Tertuduh, Jenain Subi, 48, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini
Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan Idham Abd Ghani, manakala tertuduh diwakili peguam bela Salim Bashir dan M Athimulan.
Menjawab soalan Salim berhubung kemungkinan peluru melantun apabila ditembak pada sesetengah permukaan, Shaari berkata, ia boleh terjadi, tetapi akan mengakibatkan kesan berbeza kepada saiz dan bentuk objek yang terkena peluru itu.
“Apabila terkena dengan permukaan jalan iaitu permukaan keras, dari segi teori boleh berlaku lantunan,” katanya.
Menurutnya, lantunan akan mengakibatkan saiz dan bentuk peluru berubah berikutan sudah rosak seterusnya menyebabkan kesan pada sasaran juga tidak sama atau sepadan dengan keadaan peluru ketika tembakan dilepaskan.
Ketika disoal balas Mohd Dusuki, Shaari berkata, ujian terhadap dua senjata api dilakukan dengan menggunakan tangki air di pejabatnya sebagai sasaran untuk membuat perbandingan terhadap bahan bukti.
“Jika ujian dilakukan pada dinding kaca, ia tidak sama dengan keadaan cermin kereta. Di pejabat saya, tiada dinding kaca untuk ditembak.
“Lagipun, tujuan tembakan adalah untuk mendapatkan contoh daripada dua senjata api bagi tujuan perbandingan terhadap barang kes yang diterima. Ia bukannya untuk tujuan ujian terminal balastik kerana di luar bidang kepakaran saya,” katanya.
Terdahulu, Hakim Latifah Mohd Tahar bersama pasukan pendakwaan dan pembelaan melihat Proton Iswara yang menjadi antara bahan bukti utama dalam kes itu di parkir mahkamah pada jam 10 pagi semalam.
Perbicaraan bersambung hari ini
Akhbar Iran cap Carla penzina
Akhbar Kayhan milik kerajaan republik Islam negara itu mengecam Carla dengan tuduhan menjalani gaya hidup tidak bermoral. Kecaman terhadap Carla dan Presiden Nicolas Sarkozy, 55, itu dibuat selepas pasangan itu merayu pembebasan Sakineh Mohammadi-Ashtiani. Sarkozy memberi amaran Perancis akan memutuskan hubungan diplomatik sekiranya ibu 43 tahun itu direjam kerana berzina dan terbabit dengan pembunuhan suaminya. “Sarkozy yang bermain kayu tiga dan menceraikan dua isterinya mengahwini Carla yang lebih curang daripada Sarkozy,” lapor akhbar Kay- han.
Akhbar berkenaan diterbitkan di bawah pengawasan kerajaan Presiden Mahmoud Ahmedinejad. - Agensi
Lelaki mengaku buang mayat anak dalam telaga
Menurut laporan akhbar Al-Madinah, lelaki berusia 56 tahun itu mencekik anaknya yang berumur 17 tahun hingga mati lalu membuang anaknya ke dalam telaga.
Dia kemudian memberitahu polis mangsa hilang sejak dua bulan lalu. Polis yang menerima laporan itu melancarkan gerakan besar-besaran mencari remaja berkenaan.
Bulan lalu, polis menemui mayat mangsa di dalam telaga dan menahan beberapa suspek. Bagaimanapun, mereka dibebaskan selepas tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan itu.
Polis kemudian mengesyaki bapanya dan mula menyoal siasat keluarganya. Ibu tiri mangsa akhirnya mengaku kejadian sebenar.
Lelaki berkenaan dan isterinya itu kini berada dalam tahanan polis
Dalam pada itu, peguam seorang suspek yang turut ditahan sebelum itu, berkata, pihaknya akan menyaman polis kerana menahan anak guamnya lebih daripada sebulan tanpa sebarang bukti. - Agensi
No comments:
Post a Comment