Friday, November 12, 2010

PERISTIWA YANG MENAKUTKAN...HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI HIKMAH DAN PENGAJARAN DARI PERISTIWA2 BEGINI

Pekerja kilang buta, melecur disimbah asid


KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang buta dan melecur hampir seluruh badan sejak setahun lalu akibat disimbah asid, tetapi yang lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan ahli keluarga sendiri.

Mangsa, Azri Abdullah, 42, berkata, kejadian berlaku 22 Disember tahun lalu di rumah ibunya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, iaitu kira-kira tiga bulan selepas kematian bapanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia pergi ke rumah ibunya untuk mengambil salinan asal geran motor milik arwah bapanya kerana mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan itu.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu dan tingkap rumah berkunci, malah ibu dan adik-beradiknya tidak menyahut panggilannya.

“Mereka enggan buka pintu, jadi saya cuba intai melalui lubang dinding rumah dan dapati emak serta semua adik-beradik saya berada dalam rumah.

“Saya panggil mereka, tapi mereka buat tak tahu. Saya nampak seseorang pegang bekas kecil dan terus simbah melalui lubang tempat saya mengintai,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam.

Azri berkata, mata dan mukanya berasa panas dan sakit apabila terkena cecair itu, sebelum menjerit meminta bantuan ibu dan adik-beradiknya.

“Mereka tidak peduli, menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada ibu saudara yang tinggal berdekatan. Saya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Menurutnya, dia koma selepas kejadian dan dipindahkan ke tiga hospital dan terbaru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Hampir 11 bulan saya menanggung kesakitan ini. Saya sukar bernafas, harapan untuk kedua-dua mata pulih juga tipis. Lebih menyedihkan, sepanjang terlantar sakit, tidak sekalipun ibu atau adik-beradik datang bertanya khabar,” katanya dalam nada sebak. :

Ketika ditanya, kenapa ada orang sanggup bertindak kejam terhadapnya, Azri berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar, namun tidak menafikan ada yang mungkin berdendam atau tidak berpuas hati terhadap tegurannya.

Azri, adalah anak sulung daripada enam beradik dan sejak kematian bapanya dia bertindak sebagai ketua keluarga dan kerap menegur kelakuan adiknya.

“Biar apa pun layanan adik-beradik terhadap Azri, Azri tetap sayang dan maafkan mereka. Azri redha dan sangat rindukan mereka,” katanya teresak-esak.


Pemborong emas ditembak mati

ALOR SETAR - Seorang pemborong barang kemas menemui ajal sejurus selepas berurus niaga di kedai emas sekitar Pekan Cina apabila ditembak mati dua perompak yang berjaya melarikan beg berisi barang kemas milik mangsa.

Mangsa, Fong Chung Sing, 50, dari Yushen Trading ditemui mati di tempat kejadian berdekatan kereta miliknya di tempat letak kereta berhadapan pasar buah, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, mangsa dikatakan sedang berjalan menuju ke keretanya selepas selesai berurus niaga di beberapa kedai emas sebelum diikuti dua perompak dengan menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna keemasan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 petang ketika mangsa membawa dua beg berisi barang kemas menuju ke kereta milik mangsa, setibanya di tempat meletak kereta, dua lelaki bertopeng dipercayai berbangsa Cina melepaskan dua das tembakan,” katanya.

Menurutnya, satu das tembakan mengenai bahagian tubuh mangsa yang ketika itu cuba melarikan diri namun mangsa rebah selepas beberapa meter berjalan


Bicara wanita jual bahan lucah 16 November

KLANG – Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh perbicaraan selama dua hari terhadap seorang pengurus pusat peranginan yang dituduh menggunakan Internet bagi meraih pendapatan menerusi penjualan kandungan bahan lucah.

Hakim Slamat Yahya berkata, perbicaraan itu akan bermula pada 16 dan 17 November tahun depan, selepas dimaklumkan pihak pendakwaan yang dokumen berkaitan diserahkan Maslina Hashim, 32.

Maslina adalah wanita yang pertama di negara ini dihadap ke mahkamah atas tuduhan itu dan mengaku tidak bersalah.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Badius Zaman Ahmad hadir bagi pihak pendakwaan, manakala Maslina tidak diwakili peguam.

Dia didakwa menggunakan aplikasi Internet dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Perbuatannya itu dikesan Jabatan Kawal Selia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya, Sepang, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang, 23 Jun tahun lalu.

Maslina didakwa mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga berdepan dengan denda RM1,000 bagi setiap hari untuk kesalahan sama yang diteruskan selepas disabitkan.

Pada 12 Oktober lalu, mahkamah membenarkan Maslina dengan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin



Pelajar berkhalwat

TAMPIN – Kerana sayang dan cinta, seorang pelajar tingkatan dua, salah sebuah sekolah di Daerah Tampin ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, yang juga pelajar tingkatan lima, dari Daerah Alor Gajah di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sinar Harian difahamkan, usaha menangkap pasangan sekolah itu mengambil masa lebih dua jam apabila sepasukan kakitangan bahagian penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah dengan bantuan polis gagal memasuki bilik sewa mereka, seawal jam 8.50 pagi.

Menurut sumber, berikutan kedegilan pasangan pelajar terbabit yang berlanjutan sehingga jam 10.50 pagi, pasukan serbuan terpaksa menendang pintu untuk memecah masuk ke bilik sewa berkenaan.

“Bagaimanapun, pelajar lelaki terbabit akhirnya membuka pintu bilik hotel selepas hampir dua jam 15 minit, pasukan serbuan berusaha untuk masuk.

“Pelajar itu juga didapati masih mengenakan seluar sekolah berwarna hijau dan baju T berwarna coklat, sementara pasangannya dilihat dalam keadaan sugul dan terkejut dalam tandas. Dia berpakaian lengkap baju T dan seluar sukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam


Rakyat Malaysia yang hilang ditemui mati dibunuh di Madurai


CHENNAI - Tiga rakyat Malaysia, seorang wanita dan dua anaknya yang dilapor hilang Isnin lepas di selatan India ditemui mati, kata polis.

Mayat M. Adhila Banu, 24, anak lelakinya Mohd Aslam (7) dan anak perempuannya Ajira Banu (5) yang telah reput itu di ditemui di Vadipatti di Madurai, Tamil Nadu pada pagi Khamis.

"Ia adalah kes bunuh, mayat itu dikenalpasti oleh ibu Adhila dan dia mengesahkan tiga mayat itu adalah anak dan dua cucunya.

"Mayat reput tiga beranak itu ditemui dalam jarak kira-kira lima kilometer terpisah antara satu sama lain dan dibalut dengan 'dhoti' putih. Mayat itu dibuang ke dalam terusan yang berisi air, di bawah jambatan," kata inspektor polis Vadipatti P.R Lakshmanan kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif, punca dan lokasi sebenar pembunuhan itu.

Adila dan dua anaknya pulang ke kampung halaman mereka di Barathi Nagar di daerah Ramanathapuram dari Malaysia kira-kira tiga bulan lepas dan tinggal bersama ibu bapanya.

Menurut ibunya, Saibu Nisha, 56, Adila dan dua anaknya tidak pulang selepas keluar dari rumah Isnin lepas untuk membeli tong gas memasak.

Mayat mereka ditemui kira-kira 150 kilometer dari rumah mereka.

Mayat tiga beranak itu kini ditempatkan di Hospital Kerajaan di Madurai untuk bedah siasat, dan polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes itu, kata Lakshmanan.

Suami Adila, yang merupakan rakyat Malaysia dan bekerja sebagai pemandu masih berada di Malaysia, kata polis

No comments:

Post a Comment