Wednesday, November 10, 2010

RENUNGLAH KISAH2 NI..MUNGKIN BOLEH JADI TELADAN...JADILAH ORANG ADIL DAN MELAKUKAN DOSA DAN SERING BERTAUBAT KEPADA ALLLAH SWT

NEGARA


Fazley undur demi reputasi FIC


FAZLEY


KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.
Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.
“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.
Ekoran laporan program itu, pihak University of Wales di United Kingdom menggantung hubungannya dengan FIC sehingga satu siasatan berhubung status Fazley selesai dijalankan



NEGARA


Hakim lihat kereta dipandu aminulrasyid


Latifah (tiga dari kanan) melihat kereta dipandu Aminulrasyid yang mati terkena tembakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Latifah Mohd. Tahar semalam meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat sendiri kesan tembakan dan kerosakan pada kereta Proton Iswara berwarna putih yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada malam dia mati ditembak April lalu.
Ketua unit senjata api daripada Seksyen Kriminalistik, Jabatan Kimia, Shaari Desa menyambung keterangannya dengan menunjukkan semua kesan tembakan, kerosakan pelanggaran dan kesan kerosakan lain yang terdapat pada kereta bernombor pendaftaran BET 5023 itu kepada hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan.
Kereta itu sebelum ini berada dalam stor barang kes pihak polis dan ditunda ke tempat letak kereta mahkamah bagi membolehkan mereka melihat sendiri kesan-kesan tersebut seperti yang diterangkan oleh Shaari dalam prosiding kelmarin.
Saksi ke-24 pendakwaan itu turut menunjukkan kepada Latifah, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar dan Idham Abd. Ghani serta peguam M. Athimulan dan Salim Bashir ukuran lubang peluru yang menembusi cermin belakang dan tempat letak kepala kerusi pemandu menggunakan alat pengukur.


NEGARA

Budak 3 tahun dibiar naik bas seorang diri




KUALA LUMPUR - Melihat seorang kanak-kanak lelaki (gambar) yang berumur sekitar tiga tahun sudah berani menaiki bas pasti mengundang takjub kepada orang ramai.
Namun timbul persoalan siapa ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang begitu cuai melepaskan anak mereka berbuat demikian.
Itulah yang berlaku terhadap seorang budak yang dijumpai oleh seorang wanita berumur 40 tahun ketika dia menaiki sebuah bas menuju ke ibu kota semalam.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, wanita tersebut curiga apabila ternampak kelibat seorang kanak-kanak memegang botol susu yang kemudian menaiki bas yang berhenti di Flat Seri Sabah, Cheras di sini.
Atas dasar prihatin, wanita itu memanggil budak terbabit duduk bersamanya sebelum dia menghubungi polis.
Apabila sampai di Plaza Kota Raya di sini, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, wanita itu membawa kanak-kanak terbabit ke Balas Polis Tun H.S Lee di sini untuk membuat laporan



NEGARA


Penulis nafi buku punca bunuh


SHARHAN menyangkal dakwaan bukunya menjadi punca seorang anak membunuh ibunya Isnin lalu.


BESUT – Penulis buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhlus Halus menyangkal dakwaan mengatakan buku tulisannya itu menjadi punca kepada tindakan seorang anak membunuh ibunya di Felda Chini Timur 1, Pahang kelmarin.
Sharhan Shafie yang berkelulusan Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Mesir kesal jika ada di kalangan ahli keluarga mangsa mengesyaki isi kandungan buku tulisannya itu telah mendorong pada tindakan suspek yang membunuh ibunya.
Menurut beliau, buku sulung yang ditulisnya itu langsung tidak mengandungi unsur-unsur kurafat yang boleh mendorong seseorang untuk bertindak di luar kawalan termasuk membunuh.
Malah kata Sharhan, dalam proses penulisan buku itu, beliau banyak membuat rujukan kepada tokoh-tokoh agama termasuk mufti dari beberapa buah negeri bagi memastikan buku yang ditulis itu tidak mengandungi perkara yang bercanggah dengan agama.
Beliau memberitahu, tujuan utama penulisan buku yang diterbitkan pada tahun 2005 itu ialah semata-mata untuk berdakwah selain menggalakkan umat Islam yang menghidap penyakit menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rawatan.
“Cara terapi al-Quran ini mengelakkan umat Islam menggunakan kaedah rawatan khurafat dan karut serta lebih banyak menghabiskan wang.
“Kalau dilihat, hari ini ramai di kalangan umat Islam yang gemar mengamalkan perubatan mengunakan kaedah menurun dengan jin sebagai pendamping yang salah di sisi agama Islam,” kata beliau kepada Kosmo! di sini semalam


NEGARA


Remaja jumpa bom dalam guni


MOHD. FIRDAUS menunjukkan bom lama yang ditemuinya di dalam sebuah guni di pusat pengumpulan sampah di Kampung Kelaboran, Tumpat semalam.


TUMPAT - Seorang pencari barangan lusuh nyaris maut kerana tidak menyedari guni yang ditemuinya di pusat pengumpulan sampah di Kampung Kelaboran di sini semalam berisi empat butir bom mortar lama
Mohd. Firdaus Sabri, 19, dari Kampung Tujuh di sini berkata, guni tersebut dijumpainya dalam timbunan sampah yang disangka mengandungi besi buruk kira-kira pukul 10 pagi.
Menurutnya, dia kemudian mengangkat guni tersebut dan menuangnya untuk mengetahui kandungan di dalamnya.
"Saya terkejut apabila melihat empat butir bom mortar tercampak keluar dari guni tersebut. Setiap butir bom tersebut berukuran kira-kira 60 milimeter," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mohd. Firdaus berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira 20 orang rakannya yang turut mencari barangan lusuh di tapak pengumpulan sampah tersebut








DUNIA


Bakso, nasi goreng, semuanya enak - Obama


BARACK OBAMA berjabat tangan dengan pelajar-pelajar Universiti Indonesia di Jakarta semalam.


JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bercakap dalam bahasa Indonesia semasa mengucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan oleh rakan sejawatannya dari Indoensia, Susilo Bambang Yudhoyono pada jamuan makan malam kelmarin di Istana Merdeka, lapor sebuah akhbar semalam.
"Terima kasih untuk bakso, nasi goreng, emping, krupuk. Semuanya enak," kata Obama selepas memakan hidangan yang digemarinya sewaktu di tinggal di Jakarta semasa kecil pada 1960-an bersama ibu kandung beliau dan bapa tirinya.
Obama tiba di Jakarta kelmarin dalam lawatan selama 20 jam sebelum beliau berlepas semalam ke Korea Selatan untuk menghadiri mesyuarat Kumpulan 20 yang dianggotai negara maju dan membangun.
Presiden AS itu turut menyatakan, pemandangan di Jakarta sudah berubah sejak beliau berada di bandar raya tersebut pada 1967.
Beliau tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya yang merupakan warga Indonesia di sebuah rumah di Menteng Dalam di sini.
"Saya mengingati orang ramai menaiki becak...beca atau bemo yang sejenis pengangkutan seperti teksi. Kini sebagai Presiden, saya tidak dapat melihat trafik. Jalan raya disekat," katanya sambil diiringi ketawa daripada sekumpulan pegawai dan pemberita.
Presiden AS itu menyatakan demikian bagi merujuk laluan konvoi Obama yang disekat daripada dilalui kenderaan awam semasa beliau tiba di Jakarta petang kelmarin.
Sementara itu, semasa berpidato di Universiti Indonesia semalam, Obama turut mengucapkan salam dengan berkata: "Assalamualaikum. Salam sejahtera."
Ucapan salam itu mendapat tepukan gemuruh daripada pendengar yang padat memenuhi dewan tempat beliau berucap.
Kelmarin, Obama turut mengucapkan assalamualaikum kepada pemberita di Istana Merdeka.
Presiden AS itu turut menyebabkan pendengar gelak ketawa di dewan Balairung Kampung universiti tersebut apabila beliau berkata dalam bahasa Indonesia : "Pulang kampung nih."
Lebih 6,000 orang mendengar ucapan Obama itu.
Dalam suasana yang ceria, pendengar turut mendengar Presiden AS itu menceritakan penjaja jalanan melaungkan perkataan sate dan bakso pada waktu malam.
"Indonesia bagian dari diri saya," kata Obama dalam bahasa Indonesia.
Obama berkata, adik tirinya, Maya Soetoro dilahirkan semasa beliau berada di Jakarta.
Menurut Presiden AS itu, semasa kecil, beliau akan bermain layang-layang, berlari di sawah padi dan menangkap pepatung.
"Jika anda bertanya kepada saya atau rakan-rakan sekolah saya yang mengenali saya, saya tidak berfikir mana-mana daripada kita boleh meramalkan bahawa pada satu hari nanti, saya akan kembali ke Jakarta sebagai Presiden Amerika Syarikat," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada pendengar.
Presiden AS itu turut menyatakan bahawa Indonesia adalah contoh paling terkuat sebagai satu kemunculan demokrasi untuk memajukan ekonomi dan sebuah negara Muslim yang bertoleransi dengan agama lain.
"Pencapaian anda menunjukkan demokrasi dan pembangunan saling memperkuatkan antara satu sama lain," katanya.
Obama menyatakan, walaupun Indonesia sudah mengalami banyak perubahan, perkara penting yang dipelajarinya mengenai negara ini ialah semangat tolak ansur yang termaktub dalam perlembagaan dengan terdapatnya masjid, gereja dan kuil.
Presiden AS itu yang tidak berucap panjang kerana meninggalkan Indonesia pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan berkata: "Kita semua perlu menewaskan Al-Qaeda dan sekutu-sekutunya."
Mengenai Asia Barat, Obama menyatakan proses keamanan Israel-Palestin menemui banyak halangan selepas beliau melancarkan semula rundingan pada September lalu.
Semasa menutup pidatonya, Obama berkata: "Terima kasih, selamat sore... Assalamualaikum." - Agensi



DUNIA


Gunung Merapi hambur awan panas


GAMBAR yang dirakamkan dari Klaten, Indonesia menunjukkan Gunung Merapi mengeluarkan awan panas semalam.


JAKARTA - Gunung Merapi di Pulau Jawa masih mengeluarkan awan panas semalam selepas letusan pertama pada 26 Oktober lalu. "Walaupun letusan semakin berkurangan, ia tidak bermakna bahawa aktiviti di gunung tersebut telah perlahan.
"Justeru kami kini mengekalkan status pada peringkat tertinggi," kata ketua sebuah agensi vulkanologi, Surono.
Jumlah kematian akibat letusan itu meningkat kepada 191 orang semalam manakala 320,000 orang terpaksa meninggalkan rumah akibat debu panas.
Bagaimanapun, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Cathay Pasific, ValueAir dan Qantas masih membatalkan penerbangan ke Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Jakarta semalam.
Menurut seorang pegawai yang memantau operasi di lapangan terbang itu, Syaiful Bahri, kebimbangan mengenai debu panas memaksa beberapa penerbangan membatalkan lagi penerbangan yang mendarat dan berlepas.
Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan membatalkan penerbangan ke Jakarta pada minggu lalu selepas Gunung Merapi meletus dengan kuat. - Agensi


DUNIA


Anak kura-kura dua kepala


GAMBAR menunjukkan seekor anak kura-kura yang mempunyai dua kepala di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia, selatan China baru-baru ini.


BEIJING - Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China, lapor sebuah akhbar semalam.
"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.
Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. - Agensi

No comments:

Post a Comment