Tuesday, November 9, 2010

BILA BAPA TAK BOLEH PAKAI...NI KESAN HUKUM ALLAH TAK DIGUNA PAKAI..TIADA APA NAK DIGERUNKAN DAN MALUKAN....SOK JAWAB JE LAH ORANG YANG TERLIBAT...SEDAR2LAH...JANGAN BUAT BODOH AJE...

Remaja 14 tahun trauma tiga kali dirogol bapa


PETALING JAYA – Seorang remaja berusia 14 tahun bukan saja trauma akibat dirogol, malah lebih menyedihkan apabila perlakuan rakus itu dilakukan sebanyak tiga kali oleh bapanya sendiri di rumah mereka di Taman Medan, di sini, sejak sebulan lalu.

Difahamkan dua kejadian terdahulu langsung tidak diketahui mangsa sehinggalah dia tersedar dari tidur pada Rabu lalu dan mendapati bapanya berada atas badannya dalam keadaan tanpa seurat benang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang terkejut dan menyedari diri dirogol, terus menghubungi ibunya yang bekerja sebagai operator kilang untuk memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, laporan polis dibuat ibu mangsa, sebelum polis menahan suspek berusia 38 tahun itu di rumah mereka kira-kira jam 11 malam hari yang sama.

“Hasil soal siasat awal mendapati, suspek merogol anaknya sebanyak tiga kali, termasuk kejadian pada Rabu lalu.

“Ketiga-tiga kejadian itu dilakukan suspek ketika isterinya keluar bekerja bagi mengelakkan perbuatannya diketahui,” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa sebelum ini, dia pernah bangun pagi dan mendapati dirinya bogel. Walaupun berasa pelik, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa.

Katanya, perbuatan terkutuk suspek yang bekerja sebagai pemandu, bagaimanapun, terbongkar Rabu lalu, setelah suspek melakukan perkara sama ke atas mangsa.

Arjunaidi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut, menjurus kepada pelbagai aspek, termasuk kemungkinan mangsa diugut bapanya (suspek) agar merahsiakan perkara tersebut.

“Selain itu, kita sudah menghantar mangsa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Letusan susulan Gunung


YOGYAKARTA - Corak letusan Gunung Merapi yang berubah-ubah menyebabkan pakar-pakar vulkanologi sukar untuk meramalkan aktiviti gunung berapi itu di masa hadapan.

Mereka percaya gunung berapi paling aktif di dunia itu masih menyimpan tenaga besar dan letusan susulan mungkin akan berlaku.

Kejadian letusan terbaru itu dianggap paling dahsyat dalam tempoh satu abad kerana ia turut membebaskan abu panas vulkanik setinggi 8,000 meter ke udara dan hujan abu kerikil ke kawasan yang terletak sejauh 32 kilometer dari puncak gunung itu pada 5 November lalu.

Sebanyak 26 perkampungan yang terletak di lereng Gunung Merapi turut musnah dalam kejadian terbaru itu, sekali gus, menyebabkan pusat-pusat pemindahan terpaksa menampung lebih 200,000 penduduk dalam satu masa.

Lapangan Terbang Adisucipto juga membatalkan operasi berpuluh-puluh penerbangan sebanyak beberapa kali akibat landasan yang dipenuhi abu vulkanik yang dikhuatiri akan menjejaskan jarak penglihatan. -Bernama


Sehidup semati

GERIK – Sepasang warga emas, di sini meninggal dunia pada hari sama kerana sakit tua di rumah anak sulung mereka, Mohd Rosdi Abdul Rashid, 56, di Kampung Pahat, semalam.

Kelsom Dibong, 80, meninggal dunia pada jam 1.20 pagi, semalam diikuti suaminya, Abd Rashid Sasu, 86, kira-kira satu jam kemudian iaitu pada jam 2.30 pagi.

Rosdi berkata, dia bersyukur kerana pemergian kedua orang tuanya dalam keadaan penuh ketenangan.

Menurutnya, ayah dan ibunya berasal dari Kampung Padang Kunyit.

“Sepanjang hayat mereka, kedua-duanya memang pasangan bahagia dan cukup mesra serta disayangi semua sanak saudara di sekitar Gerik,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pahat, semalam.

Rosdi berkata, sebelum itu, ayahnya dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Selasa minggu lalu kerana koma apabila diserang sakit tua sementara ibunya tinggal bersamanya.

Katanya, ibu bapanya tidak pernah menghidap sebarang penyakit serius.

“Ayah adalah seorang bekas angkatan tentera yang berkhidmat dengan Royal British Army semasa pendudukan Jepun dahulu dan bertugas sebagai anggota Konstabel Khas di bawah unit ‘Jungle Squad’ dan ‘Home Guard’.

“Tidak ada sebarang keganjilan yang ditunjukkan oleh ayah dan ibu sebelum meninggal dunia, namun ibu memang ada berseloroh kepada sanak saudara bahawa dia dan ayah akan sehidup semati,” katanya.

Rosdi berkata, adik beradiknya dan sanak saudara juga sempat mengadakan dua kali majlis bacaan Yasin sebelum ibu bapanya meninggal dunia.

“Kami adakan majlis bacaan Yasin sebaik sahaja ayah dibawa pulang ke rumah ini dan pada masa itu, ibu juga berada dalam keadaan tidak sihat.

“Pada awalnya, kami sangka ayah akan pergi terlebih dahulu, namun sebaliknya ibu yang menghembuskan nafas terakhir sebaik selesai majlis bacaan Yasin kali kedua,” katanya.

Pasangan yang meninggalkan lima anak, 29 cucu dan enam cicit disemadikan dalam satu kubur dengan dua luang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pahat pada jam 1 petang, semalam.

Hadir sama bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali bersama Pegawai Khas ADUN Temengor, Yunus Kanan bagi mewakili Datuk Hasbullah Osman


Jadi mangsa anak kaki judi

KUALA LUMPUR – Hanya kerana anak lelakinya gagal melunaskan hutang ah long berjumlah RM140,000, 13 sekeluarga nyaris terbakar, setelah tiga rumah sederet yang didiami mereka di Taman Desa Rasa, Seremban, Negeri Sembilan, dilontar molotov koktil, baru-baru ini.

Semua itu terjadi setelah anak lelakinya, berumur 27 tahun, yang juga kaki judi, berhutang dengan 12 ah long sejak awal tahun ini.

Dalam kejadian pada 27 Oktober lalu, kira-kira jam 1.30 pagi, dua bom buatan sendiri itu dilontarkan di hadapan dan belakang rumah, sehingga menyebabkan kebakaran di beberapa bahagian rumah.

Bukan hanya dilontar bom, malah cermin kenderaan dipecahkan dan disimbah cat merah sebagai amaran.

Mujurlah kejadian itu disedari jiran berhampiran dan terus menjerit memanggil keluar semua mangsa yang ketika itu sedang tidur.

Kejadian itu adalah kali kedua di mana, pada 17 Oktober lalu, kenderaan mereka turut disimbah cat merah.

Lim Lai, 63, berkata, sebelum ini, dia bersama isteri, Chong Shue Koon, 60, membayar RM70,000 kepada ah long terbabit.

“Isteri saya hanya menjadi mangsa kerana dia (anak) menggunakan salinan kad pengenalannya sebagai penjamin, tanpa pengetahuannya.

“Lagipun, bukan kami yang pinjam, mengapa kami terus diganggu? Mujur kami semua tidak dibakar hidup-hidup,” katanya sedih pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Katanya, anak bungsu daripada empat beradik itu, menghilangkan diri dan gagal dihubungi, sejak Ogos lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, beliau mendakwa, walaupun dua kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Seremban, namun sehingga kini, keterangan mangsa dipercayai tidak diambil.

“Jika polis tidak merakamkan keterangan mangsa, bagaimana kes ini akan disiasat?

“Saya mohon Ketua Polis Daerah mengambil serius kejadian ini dan saya akan panjangkan isu ini kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar,” katanya

No comments:

Post a Comment