Sembunyi dalam IPD
Oleh Muhammad Apendy Issahak
Pelakon berusia 30 tahun itu yang membintangi beberapa drama dan filem antaranya Evolusi KL Drift, ditahan bersama tunangnya yang berusia 24 tahun kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Kedua-dua mereka direman dua hari selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
Mereka yang direman sehingga semalam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dan keterangannya bersama tunangnya dirakamkan
Difahamkan, proses pembebasan pelakon dan tunangnya itu selesai kira-kira jam 12 tengah hari, namun seorang saudara pelakon terbabit yang datang untuk menjemput mereka menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar lantas memberitahu pelakon itu sehingga menyebabkan dia enggan keluar dari sebuah bilik dipercayai di tingkat tiga bangunan IPD berkenaan
Berikutan itu, petugas media yang menunggu di IPD berkenaan sejak jam 12 tengah hari gagal merakam kelibat pelakon terbabit dan beredar pada jam 4 petang.
Difahamkan, pasangan terbabit akhirnya keluar dan meninggalkan kawasan IPD itu pada kira-kira jam 5 petang selepas mendapati keadaan sudah ‘selamat’ untuk mereka keluar.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata tempoh tahanan reman pasangan terbabit berakhir pagi semalam dan mereka dibebaskan selepas semua proses dokumentasi selesai.
Beliau berkata, pihaknya selesai menjalankan siasatan terhadap kedua-dua suspek yang direman itu dan keterangan mereka juga sudah direkodkan.
“Kedua-duanya dibebaskan pagi tadi (semalam) dengan jaminan polis, namun mereka enggan keluar kerana mengetahui kehadiran pihak media. Kami tidak boleh memaksa mereka supaya beredar kerana itu hak mereka,” katanya
Sondol gajah
Oleh Ramli Ibrahim
CEDERA...Mohd Fikri menunjukkan kecederaan di dahinya.
Kejadian berlaku jam 3 pagi di Kilometer 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Sungai Lakit, di sini, ketika Kamal Syazwan bersama isteri dan seorang rakan dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Paloh Satu.
Kemalangan itu menyebabkan dia dan rakan, Mohd Fikri Mat Nasir, 20, cedera ringan di muka dan menerima rawatan di Pusat Kesihatan Besar Bandar Chiku manakala isterinya, Nur Afiqah Abdul Hamid, 18, bernasib baik kerana tidak cedera.
Kamal Syazwan yang memandu Proton Iswara Aeroback berkata, dia tidak menyedari seekor gajah liar secara tiba-tiba keluar dari kawasan hutan dan berdiri di tengah jalan menyebabkan dia tidak sempat menekan brek
Menurutnya, sebaik menyedari kereta dipandunya terperosok di bawah perut gajah, dia bersama isteri dan rakan dalam keadaan kelam- kabut bergegas keluar daripada kereta yang remuk kerana bimbang dipijak haiwan itu.
“Kami bersyukur kerana apabila keluar dari kenderaan, gajah berkenaan meninggalkan kawasan itu dan memasuki kawasan kebun penduduk di Kampung Sungai Lakit,” katanya yang tidak pasti sama ada gajah terbabit cedera atau tidak.
Kamal Syazwan berkata, dia diberi bantuan penduduk berhampiran yang bergegas keluar dari rumah selepas terdengar bunyi dentuman kuat kenderaannya merempuh gajah.
Remaja 14 tahun maut dipijak gajah
Remaja lelaki terbabit bersama bapa tiri dan sepupunya berjalan ke kawasan memancing ikan di sebuah hutan di wilayah Dong Nai ketika diserang gajah itu, kata seorang pegawai, Ngo Van Son.
“Gajah itu naik minyak apabila mendengar bunyi bising enjin motosikal. Dua lelaki dewasa bersama remaja itu melarikan diri apabila haiwan itu mendekat mereka tetapi remaja terbabit tersangkut di motosikal,” ujar Ngo. Menurut Ngo, remaja itu terperangkap di bawah motosikal yang dipijak gajah berkenaan. - AFP
Ditetak tegur lelaki tangkap ikan guna karan
PARAH...keadaan muka dan kepala Mohammad yang cedera ditetak.
Difahamkan, sebelum kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa, Mohammad Salleh, 52, keluar sendirian memandu kereta untuk membuang sampah dan minum kopi di sebuah kedai.
Menurut anak mangsa, Siti Hajariah, 21, kejadian berlaku apabila bapanya menegur seorang pemuda yang cuba menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Katanya, pemuda terbabit tidak puas hati dan mengekori bapanya sebelum menetak menggunakan senjata tajam sehingga berlaku pergelutan
“Bapa memandu keretanya dalam keadaan berlumuran darah pulang ke rumah kira-kira 600 meter dari tempat kejadian sebelum kami sekeluarga menghantarnya ke Hospital Tumpat,” katanya
Siti Hajariah berkata, bapanya kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, bapanya menerima hampir 100 jahitan di kepala dan anggota badan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
No comments:
Post a Comment