Thursday, December 30, 2010

AIR SEDIKIT JADI KAWAN...AIR BANYAK KADANG2 JADI LAWAN...LEBIH BAIK UNTUK KESELAMATAN,,,,PUSAT2 PERINGINAN BEGINI...SEDIAKAN SEWAAN 'LIFE JACKET'@BAJU KESELAMATAN....

Hanya mampu bawa mayat

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my

PILU...Soo Peng tidak dapat menahan sedih menunggu ketika menuntut mayat anaknya.
PILU...Soo Peng tidak dapat menahan sedih menunggu ketika menuntut mayat anaknya.
BATANG KALI: “Saya sedih dan menangis kerana gagal menyelamat semua mangsa,” kata Sami Kimin, 43, yang cuba menyelamatkan tiga anak majikannya itu yang lemas ketika mandi-manda di Hutan Lipur Sungai Sendat, dekat sini semalam.
Menurutnya, dia ke hutan lipur itu bersama lapan ahli keluarga majikannya, Kok Soo Peng, 35, dari Klang untuk berehat sambil mandi-manda.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari apabila anak Soo Peng iaitu Tan Jin Wie, 10, mandi di tingkat dua air terjun berkenaan lemas secara tiba-tiba.
Beliau berkata, kejadian itu disedari anak sulung Soo Peng yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Abdullah, Klang, Tew Chew Ping, 13, dan adik perempuannya, Kok Soo Peng, yang terjun untuk menyelamatkan mangsa tetapi kedua-duanya turut lemas dalam air sedalam lebih 10 meter itu.

Katanya, sebaik sahaja dimaklumkan anak majikannya lemas, dia terus terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkan mereka.

“Saya sedih kerana tiga mangsa tidak dapat diselamatkan lagi apabila mereka ditemui sudah tidak bernyawa di tempat kejadian.

“Semua mereka tidak tahu berenang. Saya tidak mampu berbuat apa-apa hanya membawa mayat ke tebing air terjun itu,” katanya kepada Harian Metro di sini semalam.

Menurutnya, dengan bantuan orang ramai, mereka menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian itu

Katanya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Kuala Kubu Bharu tiba kira-kira 30 minit kemudian.

“Ini kali pertama keluarga mangsa bercuti di hutan lipur itu. Saya sedih kegembiraan keluarga ini bercuti membawa berita buruk. “Saya amat rapat dengan keluarga majikan sejak bekerja dengan mereka dua tahun lalu. Sebelum ini, mereka pernah bercuti bersama di Pantai Morib,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Kok Soo Peng dan Kok Soo Lan, 32, ibu kepada Ching Wee yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) enggan ditemu bual kerana terlalu bersedih.

Mereka pengsan beberapa kali sebaik menatap wajah anak kesayangan mereka itu.

No comments:

Post a Comment