Zina sebab digantung tanpa tali
-ABD JALIL ALI
Memang sesuatu yang malang. Sekiranya angka dapat dijadikan bukti, jelas sekali institusi keluarga Islam di negara yang pernah mencanangkan ‘Islam Hadhari’ ini semakin rapuh. Orang kita suka bercerai.
Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, 32 peratus perkahwinan yang didaftarkan pada 2007 berakhir dengan perceraian, kebanyakannya baru lima tahun berkongsi hidup.
Memeranjatkan – sebenarnya memalukan! – sepanjang 2009 jumlah perceraian yang direkodkan ialah 27,116, atau purata 75 setiap hari. Itu bererti setiap jam, tiga pasangan Islam bercerai di negara ini.
Jakim menawarkan khidmat kaunseling untuk membantu pasangan bermasalah, tetapi ternyata itu tidak berkesan dalam menangani masalah perceraian yang terus meningkat. Ramai berpendapat khidmat tersebut hanya melengah-lengahkan tempoh perceraian.
Memandangkan khidmat murni seperti itu ternyata tidak berkesan, ada baiknya pihak berkuasa agama itu mengalihkan perhatian kepada isteri-isteri yang digantung tidak bertali. Walaupun dalam agama tidak ada istilah gantung tidak bertali, ramai yang terdera menerusi tali yang tidak kelihatan itu.
Ini bukan perkara baru, tetapi cerita lama yang semua orang – termasuk ulama-ulama – sudah tahu. Ada beribu-ribu wanita yang sekarang hidup dalam status tidak menentu. Isteri tidak, janda pun bukan.
Dalam bahasa mudah, mereka masih isteri, tetapi terkontang-kanting seorang diri tanpa dijengah, dan tanpa ditiduri suami. Mereka ditinggalkan suami, tetapi tidak berstatus janda sebab gagal mendapat sijil cerai.
Mereka digantung tidak bertali, dan tali yang tidak kelihatan itu juga menggantung nafsu dan keinginan batin mereka. Bayangkan seorang wanita dinafikan hak untuk keinginan naluri yang satu itu, selama bertahun-tahun.
Alangkah zalimnya suami, sengaja mendera isteri zahir dan batin. Alangkah egonya lelaki. Tetapi, yang patut lebih disalahkan ialah sistem mahkamah syariah kita yang dalam kes seperti ini selalu dilihat lebih menyebelahi lelaki.
Selalu kita mendengar wanita yang terpaksa berulang-alik ke pejabat agama dan turun-naik mahkamah syariah, hanya untuk mendapatkan pengesahan cerai. Ada kes seorang wanita yang terpaksa menunggu lebih 10 tahun untuk mendapatkan sijil cerai.
Berapa banyak kes yang terpaksa ditangguhkan berkali-kali hanya kerana pihak lelaki (suami) tidak hadir ke mahkamah. Waran tangkap dikeluarkan, tetapi tidak ada tindakan untuk menangkap suami berkenaan walaupun pihak berkuasa tahu di mana dia tinggal, dan di mana dia bekerja.
Selagi tidak ada keputusan mahkamah, wanita malang itu akan terus berstatus isteri dan tidak boleh berkahwin baru. Pada hal suami sudah lama berseronok dengan isteri baru! Akhirnya kes tersebut tergantung begitu sahaja, dan wanita berkenaan menanggung derita zahir dan batin setiap hari.
Sebenarnya isteri selalu dalam keadaan malang. Ini kisah benar yang terjadi ke atas seorang isteri. Sepanjang lima tahun berkahwin, dia didera oleh suaminya. Dia dipukul, diterajang, dan pernah keguguran kerana ditendang suami.
Oleh sebab tidak tahan, dia pulang ke rumah orang tua. Orang tuanya kemudian membawa isteri malang ini membuat aduan ke pejabat agama. Malang sekali, pegawai agama lebih cenderung menyalahkan isteri.
Mudah sahaja isteri dituduh menderhaka kerana ‘lari’ dari rumah tanpa izin suami, pada hal dia pulang ke rumah orang tuanya. Langsung tidak diperhatikan rintihan isteri yang telah didera selama ini. Sekiranya tidak ke rumah orang tuanya dia mukin mati didera.
Belum apa-apa isteri sudah dituduh menderhaka, pada hal suami yang mendera itu enggan ke pejabat agama untuk menjelaskan keadaan. Kesalahan isteri keluar rumah tanpa izin suami itu yang ditekankan, tetapi kesalahan suami mendera isteri terus didiamkan.
Isteri boleh sahaja memfailkan tuntutan di mahkamah syariah, tetapi itu bukan jalan pintas untuk dia bebas daripada suami yang jelas zalim. Proses mahkamah terlalu panjang dan berliku, sehingga ramai yang tidak sanggup membayar kos guaman, dan akhirnya kes tergantung begitu sahaja.
Sementara kita sedih, dan malu, dengan bilangan perceraian di kalangan pasangan Islam terus meningkat, kita patut juga berasa malu dengan ketidakadilan dalam mengendalikan kes gantung tidak bertali, sama ada yang dirujuk ke pejabat agama atau mahkamah syariah.
Bahawa ada unsur-unsur berat sebelah dalam kes seperti ini bukan hanya satu persepsi, tetapi satu realiti. Beribu-beribu wanita kita tidak boleh bersuami baru sebab digantung tidak bertali. Tentu sekali mereka berdosa sekiranya gagal mengawal nafsu dan melakukan zina. Tetapi, apakah pihak yang berat sebelah menangani kes ini tidak turut berdosa?
DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Thursday, December 30, 2010
ORANG NAK BERZINA...TAK TUNGGU BEGINI....ISTERI ORANG PUN ADA YANG BERZINA...INI SEMUA NAFSU DAN SYAITAN BERJAYA MENGODANYA..SELAIN HUKUM YANG ADA TAK MENAKUTKAN...TAK MENDIDIK DAN TAK MENGINSAFKAN....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment