Thursday, December 30, 2010

RENDAH NILAI MARUAH MANUSIA...HINGGA PERKARA SEX SERTA ZINA....TIADA MALU LAGI....MALAH DIHEBAHKAN SERTA MENJADI BAHAN BERITA....DAN PERKARA INI TIDAK MEMILIH KEDUDUKAN DAN TAHAP PENDIDIKAN....HANYA ORANG BERTAKWA MENJAUHKAN PERKARA ZINA INI KERANA MEREKA TAKUTKAN SEKSAAN ALLAH SWT....

DUNIA


Terjun guna sayap berteknologi tinggi


JEB CORLISS (dalam bulatan) terbang seperti Batman apabila dia menggunakan sayap berteknologi tinggi dari sebuah gunung di Switzerland baru-baru ini.


STOCKHOLM, Sweden - Seorang penerjun profesional, Jeb Corliss terbang seperti watak Batman dengan menggunakan sayap berteknologi tinggi pada ketinggian 1,676 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Corliss yang berumur 34 tahun dari California melakukan aksi itu dengan kelajuan 144.84 kilometer sejam di sebuah lokasi di Switzerland baru-baru ini.
Dia mendarat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Corliss pernah terjun dari menara Eiffel di Paris, Perancis dan dari gunung Corcovado di Taman Negara Tijuca yang menempatkan patung Christ the Redeemer di Rio de Janeiro, Brazil pada ketinggian 731.52 meter. - Agensi



DUNIA


Pengasas Facebook berada di bar Bangkok


GAMBAR menunjukkan Mark Zuckerberg (kiri) tiba untuk menghadiri majlis perkahwinan Naib Presiden Facebook, Chris Cox di sebuah restoran di tengah Bangkok pada Rabu lalu.


BANGKOK - Pengasas laman sosial Facebook yang anggaran kekayaannya sebanyak AS$7 bilion (RM21.6 bilion), Mark Zuckerberg dilihat memasuki sebuah bar di Bangkok bersama seorang rakan wanita pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang peminat filem The Social Network, Nattawat Samattadol memberitahu bahawa dia melihat Zuckerberg memasuki pub itu dengan memakai baju T, seluar jean dan selipar.
Filem The Social Network mengisahkan kehidupan Zuckerberg semasa dia mencipta laman Facebook.
Nattawat berkata, dia terlebih dahulu mencari gambar Zuckerberg di laman Google bagi memastikan lelaki yang dilihatnya itu merupakan pengasas Facebook sebelum menegurnya dengan bertanya: "Adakah kamu Mark Zuckerberg?"
Zuckerberg menjawab: "Ya. Tetapi kenapa tempat ini dipenuhi dengan ramai orang?"
Menurut Nattawat, seorang wanita kemudian datang ke arah Zuckerberg dan memberitahu pengasas Facebook itu bahawa tempat duduk dalam bar tersebut sudah penuh kerana terdapat persembahan band Room 36.
Zuckerberg kemudian keluar dari bar tersebut bersama rakan wanitanya itu.
Dia turut menghadiri majlis perkahwinan Naib Presiden Facebook, Chris Cox dengan seorang wanita Thailand di sebuah restoran di tengah Bangkok pada Rabu lalu.
Cox berkahwin dengan Visra Vichit-Vadakan yang merupakan anak pengasas bersama pembekal perkhidmatan Internet, CS Loxinfo PCL.
Bapa Visra, Vivatvong memberitahu akhbar Thailand bahawa Zuckerberg meminta dia merahsiakan kedatangannya ke Bangkok.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saya di Bangkok selama tiga hari. Kami tidak berbual berhubung perniagaan atau mengenai Facebook dan rangkaian sosial di Thailand semasa dia datang untuk menghadiri majlis perkahwinan," kata Vivatvong.
Menurutnya, Zuckerberg kelihatan seperti seorang lelaki yang mesra dan suka merendahkan diri.
"Dia tidak seperti yang digambarkan dalam filem The Social Network," katanya. - Agensi





DUNIA


Selebriti Indonesia terpikat dengan bintang bola Malaysia


RAHMA AZHARI


JAKARTA - Bintang sinetron dan model Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui terpikat dengan penyerang skuad bola sepak Malaysia yang dikenalinya sebagai Safee, lapor sebuah akhbar semalam.
Rahma, 29, atau nama sebenarnya, Rahma Syahidah Azhari, merupakan adik kepada aktres popular Indonesia, Ayu Azhari, 41.
Dia mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.
"Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…," katanya.
Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.
Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.
Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet. - Agensi



DUNIA


Jadi bapa pada usia 94 tahun


RAMAJIT Raghav duduk bersama isteri dan anaknya di sebuah kampung di bandar Kharkhoda, Haryana, India baru-baru ini.


NEW DELHI - Seorang lelaki berusia 94 tahun, Ramajit Raghav mendakwa menjadi bapa tertua di dunia selepas dia memperoleh seorang anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Shakantula pada bulan lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Raghav menetap di kampung Kharkhoda, Haryana yang terletak di utara India.
Dia berkata, anak lelakinya itu merupakan pemberian Tuhan kerana isterinya berumur dalam lingkungan awal 50-an.
Raghav menyimpan hasrat ingin mempunyai lebih ramai anak pada tahun depan.
Dia menjadi seorang ahli gusti semasa muda selain mendakwa masih bertenaga kerana diet yang diamalkannya.
"Diet harian saya ialah tiga liter susu, setengah kilogram badam selain setengah kilogram ghee (mentega)," katanya yang mendakwa berumur 100 tahun tetapi rekod pencen miliknya menunjukkan dia berusia 94 tahun.
Rekod bapa tertua di dunia ialah Nanu Ram dari India apabila dia memperoleh anak yang ke-22 semasa berusia 90 tahun pada 2007. - Agensi



DUNIA


Lelaki guna busur panah semasa merompak


RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan seorang perompak mengacukan busur panah ke arah pemilik sebuah kedai (kiri) di Plymouth, Britain kelmarin.


PLYMOUTH - Rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik-detik cemas salah seorang perompak yang mengacukan busur panah ke arah seorang pemilik sebuah kedai, lapor sebuah akhbar semalam.
"Mereka mahukan wang dari mesin tunai dan rokok di belakang kaunter kedai itu," kata seorang jurucakap polis tempatan.
Seorang rakannya itu mengambil sejumlah wang tunai dan pelbagai jenis rokok dalam kes rompakan pada waktu pagi selepas kedai tersebut dibuka di sini, kelmarin.
"Pemilik kedai itu hanya mengalami cedera ringan," kata seorang jurucakap polis tempatan.
Kedua-dua perompak itu tidak memakai topeng dan polis menyifatkan mereka sebagai amat bahaya kepada orang awam. - Agensi








 DUNIA

Model paling kurus meninggal dunia


ISABELLE CARO


PARIS - Seorang model yang berkempen menentang anoreksia dengan beraksi bogel untuk satu kempen pengiklanan meninggal dunia semasa berumur 28 tahun, lapor akhbar Le Parisien semalam.
Model itu, Isabelle Caro yang terlibat dalam kempen No Anorexia pada 2007 yang diharamkan di Itali meninggal dunia pada 17 November lalu.
Namun, pihak keluarganya meminta kematian anak mereka dirahsiakan.
Punca kematian masih belum diketahui tetapi Caro menderita kerana anoreksia sejak berumur 12 tahun.
Menurut rakannya, seorang penyanyi Switzerland, Vincent Bigler, Caro sering ke hospital kerana masalah pernafasan.
Model itu mengejutkan industri fesyen apabila dia berbogel dengan menunjukkan rangka tubuhnya dalam satu kempen anjuran jurugambar Itali, Oliviero Toscani.
- Agensi





DUNIA


Suami ancam sebar video seks isteri


LILY SHANG


NEW YORK - Seorang suami, David Gleen Rucker membuat ancaman untuk mendedahkan video seks isterinya, Lily Shang di Internet jika mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian harta perceraian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu berkahwin di Toronto, Kanada pada April tahun lalu namun Rucker memfailkan perceraian pada Oktober lalu.
Dalam dokumen mahkamah yang difailkan di sebuah mahkamah di Manhattan di sini, Lily menyatakan suaminya enggan menyerahkan rakaman video itu atau memusnahkannya.
Menurut dokumen tersebut, suami Lily membuat ancaman itu jika dia tidak bersetuju dengan penyelesaian kewangan dalam pembahagian harta perceraian.
Rucker menyatakan dia akan membuat suntingan supaya pengguna Internet cuma dapat melihat aksi isterinya melakukan perlakuan seks. - Agensi

No comments:

Post a Comment