Penyamun sempat mandi
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut mereka menggunakan kain.
Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.
Menceritakan detik cemas selama setengah jam itu, Abdul Razak berkata, dia dan isteri, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang tidur tersentak apabila mendengar bunyi bising mencurigakan seperti dulang tercampak pada pintu rumahnya.
“Sebagai langkah keselamatan, saya segera mengambil senapang patah, namun tidak sempat mengisi peluru kerana pintu bilik tidur ditendang sehingga pecah dan melihat beberapa lelaki menerjah saya untuk merampas senjata berkenaan.
“Pada waktu itu, saya hanya memikirkan keselamatan isteri serta empat anak berusia antara 11 hingga 24 tahun lalu nekad bergelut dengan enam lelaki bersenjatakan parang dan kayu.
“Namun, saya akhirnya rebah tersungkur apabila mereka menetak kepala, muka serta tangan sehingga tidak berdaya kerana kehilangan banyak darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Menurutnya, perompak dipercayai warga asing itu mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain dikoyakkan manakala seorang lagi anak lelakinya di tingkat atas masih tidur
“Suspek menggeledah rumah dan melarikan senapang patah serta peluru selain barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000,” katanya.
Kata Abdul Razak, dia yang membuka ikatan itu membuat laporan polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.
“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam insiden ngeri itu dan menganggapnya dugaan Tuhan,” katanya.
Dalam kejadian itu, isteri mangsa turut cedera pada tangan kanan akibat dipukul dengan pemutar skru. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati suspek melarikan diri menaiki kereta dan motosikal diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan,” katanya
Penemuan kasut wanita bongkar perbuatan khalwat
Operasi itu dilakukan empat pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama dua anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Timur Laut (IPDTL), kira-kira jam 12.05 tengah malam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata ketika operasi, pihaknya mengetuk pintu bilik hotel lelaki terbabit beberapa kali sebelum seorang lelaki yang memakai seluar santai tanpa baju membuka pintu.
Menurutnya, selepas memperkenalkan diri pegawai penguat kuasa agama dan meminta kebenaran melakukan pemeriksaan, lelaki berusia 41 tahun itu memaklumkan dia menginap seorang diri.
Bagaimanapun, katanya, penemuan sepasang kasut wanita dalam bilik itu menyebabkan lelaki terbabit tersentak sebelum mengaku kasut berkenaan milik rakan wanitanya.
“Hasil siasatan lanjut, kami menemui pasangan wanitanya berusia 23 tahun yang berpakaian singlet bertali halus dan berseluar jeans dalam bilik air.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan muhrim dan suspek lelaki mengaku sudah berkahwin dan datang dari Kuala Lumpur untuk bertemu teman wanitanya di sini,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sentral untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk tindakan lanjut
Warga emas parah dihentak 2 peragut
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa, Rajeshwari, 60, berjalan ke kenderaannya sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang kemudian cuba meragut beg tangannya. Menurut saksi yang hanya dikenali sebagai Azman, tindakan itu disedari mangsa yang kemudian cuba melawan dengan menarik dan memeluk beg tangannya.
Beliau berkata, suspek yang berang dengan tindakan mangsa memukul kepala mangsa menggunakan topi keledar.
“Kejadian itu disedari orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum membantu mangsa,” katanya.
Katanya, menyedari kehadiran orang ramai, kedua-dua suspek melarikan diri.
Mangsa yang berasal dari Taman Melawati, di sini, dibantu orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Tauke kilang besi meninggal dunia
Mangsa, Law Chee Ming, 41, dirompak, dipukul dan diculik sekumpulan lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Beliau diculik dalam kejadian pecah masuk kilangnya di Taman Rasa Sayang, Batu 9, Jalan Cheras-Kajang dekat sini, pada 20 Disember lalu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Sehari selepas diculik, mangsa ditinggalkan dalam sebuah ladang kelapa sawit di Mantin dalam keadaan cedera patah.
Difahamkan, mangsa yang ditemui dalam keadaan koma kemudian di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.
Jurucakap hospital ketika ditemui memberitahu hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala.
“Sebaik dibawa ke HKL, mangsa terpaksa menjalani di beberapa pembedahan termasuk di kepala.
“Mangsa dipercayai dipukul menggunakan peralatan keras,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan mengenai kematian mangsa.
Roboh 262 bilik pelacur
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
ROBOH...anggota penguat kuasa DBKL memecahkan bilik untuk kegiatan pelacuran di Jalan Petaling, semalam.
Berikutan itu, anggota penguat kuasa DBKL sekali lagi meroboh bilik dalam premis itu dalam operasi khas, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Timbalan Penguasa Bahagian Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa DBKL, Tanda Usoh, berkata dalam operasi itu sebanyak 262 bilik kecil yang disekat menggunakan papan lapis di 11 premis terbabit dirobohkan.
Katanya, pihaknya sudah menjalankan operasi sama dan dalam operasi terbaru ini, pihaknya memberi notis kepada pemilik supaya tidak membina bilik dalam premis itu.
“Semua premis itu disyaki terbabit aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan khidmat pelacur murah kepada pelanggan,” katanya. Operasi itu diadakan dengan kerjasama lebih 156 anggota polis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.
Bekalan elektrik dan air ke premis berkenaan turut dipotong.
Tanda berkata, operasi berkenaan kali ke-10 diadakan di kawasan itu sejak 2008.
“Operasi ini selari arahan kementerian untuk memastikan bandar raya Kuala Lumpur selamat dan bersih

“Tindakan seterusnya adalah memantau premis terbabit dengan meletakkan seorang pegawai dan lima anggota penguat kuasa bagi mengelakkan premis itu kembali beroperasi,” katanya.
Keluarga Shahrul tinggal di penempatan sementara
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, pihaknya bersetuju memberikan penginapan sementara itu selepas keluarga Shahrul membuat keputusan untuk keluar dari bilik yang disewanya di Flat Seroja 2, di sini, semalam.
“Selepas mengambil kira keperluan keluarga ini, kami memutuskan untuk memindahkan mereka ke penempatan sementara yang berdekatan sehingga mendapat rumah baru yang sedang diusahakan.
“Saya sudah meminta pengerusi zon di kawasan berkenaan untuk memindahkan mereka secepat mungkin dan menyediakan penempatan yang sesuai untuk keselesaan keluarga itu terutama anak-anaknya,” katanya. Beliau yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Umno berkata, pihaknya akan berurusan dengan agensi kerajaan berkaitan untuk memastikan proses mendapatkan rumah baru keluarga itu berjalan lancar tanpa timbul sebarang masalah birokrasi.
“Kami tidak menafikan proses untuk mendapatkan rumah baru ini mungkin mengambil sedikit masa.
“Tetapi kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk membantu keluarga ini keluar daripada masalah berkenaan.
“Sebolehnya kami mahu mereka mendapatkan penginapan baru awal minggu hadapan dan untuk itu, saya akan meminta bantuan pihak berwajib untuk mempercepatkan proses berkenaan supaya keluarga ini dapat memiliki tempat tinggal lebih selesa,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Sunarni Mastury berkata, pihaknya akan menyerahkan permohonan keluarga berkenaan untuk mendapatkan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seawal minggu depan.
“Borang permohonan sudah diserahkan kepada Shahrul dan kami menerangkan kepadanya prosedur yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan bantuan.
“Selepas semuanya selesai, kita akan turut serta bersamanya ke MBPJ untuk menyerahkan borang itu bagi memastikan segala-galanya berjalan seperti yang dirancang,” katanya
Terpedaya helah 2 jurujual
Dia mendakwa dua jurujual lelaki itu menggunakan taktik licik ‘memancing’ mangsa kononnya memenangi cabutan bertuah berupa barangan elektrik bernilai ribuan ringgit.
Mangsa mahu dikenali Nurul, 30-an, dia didatangi dua jurujual itu ketika sedang membeli-belah bersama suami, yang mahu memberikan cenderamata percuma.
“Sebaik mengambil cenderamata itu, jurujual berkenaan kemudian meminta saya mengisi beberapa borang kononnya sebagai kaji selidik syarikat mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Saman HUSM RM8 juta
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
sab@hmetro.com.my
“Paling mendukacitakan, saya tidak dimaklumkan punca kematian dan pihak pentadbiran langsung tidak bertanya khabar,” kata penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Musa Abdul Kadir, 47, di sini, semalam, selepas memfailkan saman RM8 juta terhadap tiga defendan bagi menuntut ganti rugi kecuaian dalam merawat isterinya, Aummil Khairi Abd Razak, 44, ketika dan selepas bersalin.
Dalam tuntutannya, Musa menamakan tiga defendan iaitu Dr Bheena Vyshali sebagai defendan pertama, manakala Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) defendan kedua dan ketiga.
Musa yang mewakili empat anaknya selaku plaintif lain, Nurnabihah, 7, Noor Muhamad Firdaus, 6, Nur Nabilah, 4, dan Noor Muhamad Faiq, empat bulan, memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini dengan menuntut ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan RM2 juta dan beberapa ganti rugi khas serta faedah atas penghakiman.
Dalam pernyataan tuntutannya, Musa mendakwa, pada 17 Ogos lalu, isterinya dimasukkan ke wad bersalin hospital itu dan melahirkan bayi lelaki secara pembedahan.
Pembedahan dilakukan defendan pertama di bawah seliaan dan pemerhatian penuh defendan kedua dan ketiga.
Bagaimanapun, dakwanya, defendan cuai sehingga menyebabkan kematian isterinya berikutan gagal mengeluarkan kapas dalam perut.
“Ini menyebabkan jangkitan kuman dan kegagalan fungsi organ dalaman. Kami menegaskan bahawa arwah isteri berjaya melahirkan bayi lelaki secara pembedahan jam 7.03 malam, 17 Ogos lalu.
“Namun, selepas pembedahan, dia sakit teruk dalam perutnya untuk beberapa hari sehingga pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan kain kapas yang tertinggal,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, selepas pembedahan itu, isterinya tetap sakit, malah tidak dapat membuang air kecil dan besar hingga koma.
“Beberapa hari kemudian, pada 8 September lalu, isteri menjalani pembedahan ketiga berikutan perutnya semakin membengkak. Doktor pakar yang melakukan pembedahan itu memaklumkan, ada jangkitan kuman serta kebocoran usus perut serius menyebabkan isteri kritikal,” katanya.
Bagaimanapun, isterinya masih tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia pada 21 September lalu.
Tiga dipenjara lapan tahun bunuh tanpa niat
Hakim Hishan Mohd Tajuddin dalam keputusannya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Mohd Nazri Che Hassan, 40, (pembantu perubatan); Mohd Azizi Che Abdullah, 44, (atendan) dan Ahmad Sabri Mohamad Nawi, 38, (pembantu perubatan) bermula semalam.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan pihak pembela mengemukakan permohonan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.
Hishan berkata, keputusan menjatuhkan hukuman terbabit selepas mendengar keterangan dikemukakan semua saksi pembelaan dan berpuas hati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.
Pada prosiding hukuman, Nooriah mencadangkan hukuman berat dijatuhkan terhadap semua tertuduh berikutan kesalahan dilakukan serius, selain mengambil kira kepentingan awam.
“Hukuman penjara hendaklah dikenakan terhadap semua tertuduh. Kepentingan awam perlu mengatasi kepentingan tertuduh, lebih-lebih lagi kedudukan tertuduh ketika melakukan perbuatan itu penjawat awam.
“Pohon hukuman berat yang mencerminkan keseriusan kesalahan ini untuk memberi pengajaran kepada masyarakat, lebih-lebih lagi penjawat awam supaya tidak mengulangi kesalahan serupa,” katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa bersama seorang lagi sudah meninggal dunia, menyebabkan kematian dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan mungkin menyebabkan kematian
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu terhadao Illias Othman, 41, ketika kejadian yang berlaku antara jam 12 hingga 12.45 tengah malam di bilik penerimaan pesakit wad psikiatri lelaki D, HRPZ II, pada 22 Mac 2006.
‘Jangan ulang kesalahan’
Tertuduh, Wan Shahrin Wan Mohd Salim, 25, yang bertugas sebagai operator pengeluaran mengaku salah merogol remaja berusia 13 tahun enam bulan baru dikenalinya di kawasan rekreasi itu jam 5.30 petang, 1 Disember 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan
Kereta curi tunda teksi
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Satu sindiket curi kereta dikesan menggunakan taktik baru iaitu menunda teksi digunakan mereka dengan kereta yang dicuri bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Taktik terbaru itu dikesan selepas ahli sindiket berkenaan mencuri sebuah kereta di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, sebelum menggunakan kereta itu untuk menunda sebuah teksi yang dipercayai dipandu mereka sebelum itu, malam kelmarin.
Bagaimanapun, kereta itu dikesan 15 minit kemudian selepas mangsa melaporkan kehilangan keretanya kepada polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek berusia 22 dan 42 tahun, melarikan sebuah Proton Wira Aeroback milik mangsa berwarna hitam di tempat parkir sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang.
Mangsa yang kebetulan hendak mengambil keretanya terkejut apabila ternampak kenderaannya itu digunakan untuk menarik sebuah teksi sebelum mengejarnya, namun gagal.
Dia memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis yang bertugas di kawasan berhampiran.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tindakan pantas anggotanya menemui semula kenderaan yang dipandu suspek di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.
“Kami percaya tindakan suspek terbabit untuk mengaburi polis. Ia mungkin taktik terbaru digunakan sindiket berkenaan.
“Cara itu dilakukan seolah-olah mereka sedang menarik sebuah kereta rosak tanpa menimbulkan syak kepada orang ramai dan pihak berkuasa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.
Menurutnya, dua anggota polis terbabit yang mengekori kereta suspek mengarahkan mereka menghentikan kereta itu, tetapi suspek berdegil dan cuba pula melanggar anggota berkenaan.
Bagi mempertahankan diri, dua das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar belakang kereta itu menyebabkan suspek gagal mengawal kereta mereka sebelum menghentikan kereta itu di bahu jalan.
“Polis bertindak menghampiri kereta berkenaan sebelum memberkas kedua-dua suspek,” katanya.
Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.
Menurutnya, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan,” katanya.
SHAH ALAM: Tindakan pasangan suami isteri meninggalkan anak perempuan tunggal mereka di bawah jagaan warga asing dari India di Kota Kemuning, di sini, mengundang padah apabila kanak-kanak itu disyaki menjadi mangsa rogol lelaki terbabit.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Selasa lalu, suspek berusia 28 tahun dikatakan mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk ke atas kanak-kanak berusia enam tahun terbabit selepas menyedari penjaga kanak-kanak itu keluar rumah untuk membeli barang keperluan harian.
Difahamkan, sebelum meninggalkannya, ibu mangsa terlebih dulu mempelawa anaknya untuk mengikutinya keluar, namun anaknya enggan kerana mahu bermain permainan komputer di rumah suspek terbabit.
Bagaimanapun, sejurus pulang sejam kemudian, mangsa berkenaan terus menceritakan dia diraba selain kemaluannya dipegang suspek.
Tergamam dengan dakwaan yang dibuat anaknya, pasangan berkenaan terus membuat aduan polis pada hari sama sebelum anaknya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan terbabit yang tinggal di tingkat atas manakala suspek menyewa di bawah rumah ‘Town House’ di situ dan mereka dikatakan baru beberapa bulan mengenali antara satu sama lain.
Menurutnya, selepas menerima aduan daripada mangsa, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bergegas ke kediaman suspek sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.
“Ketika ditahan, hanya warga asing itu saja berada di dalam rumah dan polis sedang menyiasat sama ada suspek tinggal berseorangan atau mempunyai rakan lain.
“Kami masih menunggu laporan perubatan daripada HTAR untuk mengesahkan sama ada benar dia dirogol atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Zehedi berkata, suspek kini direman sehingga 4 Januari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
GRIK: “Dia seperti tidak cedera biarpun kereta dipandu hangus, malah dia menghabiskan masa hampir setengah jam berbual dengan beberapa anggota polis trafik di tempat kejadian sejurus nahas itu,” kata saksi kejadian nahas yang meragut tiga nyawa di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kilometer 10.9 berdekatan Hentian Sungai Lebay, Lebuhraya Timur-Barat itu, mangsa yang maut ialah Quah Beng Aun, 37, dan isterinya, Hing Soo Kiau, 35, berasal dari Jalan Siakap, Bagan Serai, Taiping, serta seorang lagi pemandu kereta, Syed Azmi Syed Hashim, 54, dari Kuala Nerang, Kedah.
Selain itu, dua anak Quah yang turut menaiki kereta berkenaan, Quah Chun Wei, 8, dan Quah Yi Peng, 9, cedera dan masih dirawat di Hospital Taiping.
Difahamkan, Kia Spectra dipandu Syed Azmi terbakar selepas bertembung kereta dipandu Quah, namun mangsa mulanya berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta itu musnah dijilat api.
Saksi itu yang enggan dikenali mendakwa Syed Azmi bersandar dan berehat di tepi jalan sejurus kemalangan dan berbual dengan beberapa anggota dan pegawai polis trafik yang tiba di tempat kejadian.
Dalam nahas itu, Quah dan Hing mati di tempat kejadian manakala Syed Azmi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping dipercayai akibat kecederaan dalaman.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Grik, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata kejadian berlaku apabila Perodua Myvi dipandu Quah hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung kereta dipandu Syed Azmi.
Katanya, kereta dipandu Quah dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan kerana hujan lebat sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
“Perodua Myvi dipandu Quah dipercayai berpusing beberapa kali kerana jalan licin ketika menuruni laluan berbukit dan berselekoh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, pada masa sama, kereta dipandu Syed Azmi gagal mengelak kenderaan itu hingga bertembung dan terbakar.
“Berikutan itu, Quah dan isteri mati di tempat kejadian kerana parah akibat hentakan manakala dua anak perempuannya cedera di beberapa anggota badan.
“Mayat dua mangsa yang terbunuh dibawa ke Hospital Grik untuk dibedah siasat manakala dua kanak-kanak perempuan itu dikejarkan ke Hospital Taiping,” katanya.
JOHOR BAHRU: Akibat pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa. Begitu yang terjadi kepada sepasang suami isteri selepas melakukan provokasi terhadap lelaki dua beranak yang kemudian berang dan menumbuk mereka hingga patah gigi dan berlumuran darah.
Tan Khoon Hor, 35, dan isteri, Lim Chung Keok, 34, menerima padah itu selepas Tan bertengkar serta menolak seorang lelaki mendakwa anggota polis yang kemudian menumbuk muka dan kepalanya sambil dibantu seorang lagi lelaki dipercayai bapa kepada suspek terbabit.
Lim berkata, kejadian berpunca daripada tindakan suaminya meletak kereta hingga menghalang kereta milik lelaki terbabit ketika menghantar tiga anak mereka ke tandas di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak di Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira jam 9 malam, Ahad lalu.
Menurutnya, keluarganya baru pertama kali bercuti ke Cameron Highlands dan berhenti di R&R itu untuk menghantar tiga anak lelaki mereka ke tandas.
Katanya, memandangkan tiada parkir kosong ketika itu, suaminya terpaksa menghentikan kenderaan di tepi jalan yang kebetulan menghalang kenderaan dinaiki seorang lelaki bersama beberapa ahli keluarganya.
“Suami saya membawa anak kami ke tandas manakala saya menunggu dalam kereta sebelum lelaki itu datang dan meminta mengalihkan kenderaan. Saya meminta dia menunggu sekejap, tetapi tidak dihiraukan dan dibalas dengan maki-hamun.
“Suami kemudian bertikam lidah dengan lelaki berkenaan menyebabkan dia menolak lelaki itu ke tepi.
“Berikutan itu, suami saya ditumbuk berkali-kali oleh lelaki itu dan bapanya hingga patah dua batang gigi dan berlumuran darah pada muka,” katanya ketika ditemui di Kelab Media Cina Johor Selatan, Jalan Cermat, semalam.
Menurutnya, melihatkan suaminya diserang oleh anak beranak berkenaan, dia terpaksa turun dari kereta dan cuba meleraikan pergaduhan itu, tetapi turut menerima tumbukan pada muka hingga rebah di atas jalan.
“Saya patah tujuh batang gigi sebelum suami segera mengangkat saya ke dalam kereta menuju ke Balai Polis Tapah untuk membuat laporan. “Sebelum pintu kereta ditutup, lelaki terbabit sempat menunjukkan kad kuasa mendakwa sebagai anggota polis kepada suami, namun kami terus beredar dari lokasi kerana tidak mahu keadaan bertambah teruk,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan berharap polis mengambil tindakan berhubung dakwaan bahawa anggota polis terbabit dalam kejadian itu.
“Gusi dan bibir saya terpaksa menerima jahitan kerana pecah akibat ditumbuk individu terbabit. Kami sekeluarga kini begitu trauma dengan kejadian itu.
“Sejak kejadian itu, saya mengalami kesukaran untuk makan dan malu berdepan khalayak ramai dengan keadaan muka yang bengkak akibat dipukul selain ketiadaan gigi,” katanya
Taktik terbaru itu dikesan selepas ahli sindiket berkenaan mencuri sebuah kereta di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, sebelum menggunakan kereta itu untuk menunda sebuah teksi yang dipercayai dipandu mereka sebelum itu, malam kelmarin.
Bagaimanapun, kereta itu dikesan 15 minit kemudian selepas mangsa melaporkan kehilangan keretanya kepada polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek berusia 22 dan 42 tahun, melarikan sebuah Proton Wira Aeroback milik mangsa berwarna hitam di tempat parkir sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang.
Mangsa yang kebetulan hendak mengambil keretanya terkejut apabila ternampak kenderaannya itu digunakan untuk menarik sebuah teksi sebelum mengejarnya, namun gagal.
Dia memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis yang bertugas di kawasan berhampiran.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tindakan pantas anggotanya menemui semula kenderaan yang dipandu suspek di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.
“Kami percaya tindakan suspek terbabit untuk mengaburi polis. Ia mungkin taktik terbaru digunakan sindiket berkenaan.
“Cara itu dilakukan seolah-olah mereka sedang menarik sebuah kereta rosak tanpa menimbulkan syak kepada orang ramai dan pihak berkuasa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.
Menurutnya, dua anggota polis terbabit yang mengekori kereta suspek mengarahkan mereka menghentikan kereta itu, tetapi suspek berdegil dan cuba pula melanggar anggota berkenaan.
Bagi mempertahankan diri, dua das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar belakang kereta itu menyebabkan suspek gagal mengawal kereta mereka sebelum menghentikan kereta itu di bahu jalan.
“Polis bertindak menghampiri kereta berkenaan sebelum memberkas kedua-dua suspek,” katanya.
Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.
Menurutnya, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan,” katanya.
Warga asing noda budak
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
abwahab@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Selasa lalu, suspek berusia 28 tahun dikatakan mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk ke atas kanak-kanak berusia enam tahun terbabit selepas menyedari penjaga kanak-kanak itu keluar rumah untuk membeli barang keperluan harian.
Difahamkan, sebelum meninggalkannya, ibu mangsa terlebih dulu mempelawa anaknya untuk mengikutinya keluar, namun anaknya enggan kerana mahu bermain permainan komputer di rumah suspek terbabit.
Bagaimanapun, sejurus pulang sejam kemudian, mangsa berkenaan terus menceritakan dia diraba selain kemaluannya dipegang suspek.
Tergamam dengan dakwaan yang dibuat anaknya, pasangan berkenaan terus membuat aduan polis pada hari sama sebelum anaknya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan terbabit yang tinggal di tingkat atas manakala suspek menyewa di bawah rumah ‘Town House’ di situ dan mereka dikatakan baru beberapa bulan mengenali antara satu sama lain.
Menurutnya, selepas menerima aduan daripada mangsa, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bergegas ke kediaman suspek sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.
“Ketika ditahan, hanya warga asing itu saja berada di dalam rumah dan polis sedang menyiasat sama ada suspek tinggal berseorangan atau mempunyai rakan lain.
“Kami masih menunggu laporan perubatan daripada HTAR untuk mengesahkan sama ada benar dia dirogol atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Zehedi berkata, suspek kini direman sehingga 4 Januari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sempat bual sebelum mati
Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan D J Dolasoh
mhusni@hmetro.com.my
mhusni@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kilometer 10.9 berdekatan Hentian Sungai Lebay, Lebuhraya Timur-Barat itu, mangsa yang maut ialah Quah Beng Aun, 37, dan isterinya, Hing Soo Kiau, 35, berasal dari Jalan Siakap, Bagan Serai, Taiping, serta seorang lagi pemandu kereta, Syed Azmi Syed Hashim, 54, dari Kuala Nerang, Kedah.
Selain itu, dua anak Quah yang turut menaiki kereta berkenaan, Quah Chun Wei, 8, dan Quah Yi Peng, 9, cedera dan masih dirawat di Hospital Taiping.
Difahamkan, Kia Spectra dipandu Syed Azmi terbakar selepas bertembung kereta dipandu Quah, namun mangsa mulanya berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta itu musnah dijilat api.
Saksi itu yang enggan dikenali mendakwa Syed Azmi bersandar dan berehat di tepi jalan sejurus kemalangan dan berbual dengan beberapa anggota dan pegawai polis trafik yang tiba di tempat kejadian.
Dalam nahas itu, Quah dan Hing mati di tempat kejadian manakala Syed Azmi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping dipercayai akibat kecederaan dalaman.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Grik, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata kejadian berlaku apabila Perodua Myvi dipandu Quah hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung kereta dipandu Syed Azmi.
Katanya, kereta dipandu Quah dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan kerana hujan lebat sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
“Perodua Myvi dipandu Quah dipercayai berpusing beberapa kali kerana jalan licin ketika menuruni laluan berbukit dan berselekoh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, pada masa sama, kereta dipandu Syed Azmi gagal mengelak kenderaan itu hingga bertembung dan terbakar.
“Berikutan itu, Quah dan isteri mati di tempat kejadian kerana parah akibat hentakan manakala dua anak perempuannya cedera di beberapa anggota badan.
“Mayat dua mangsa yang terbunuh dibawa ke Hospital Grik untuk dibedah siasat manakala dua kanak-kanak perempuan itu dikejarkan ke Hospital Taiping,” katanya.
Hilang 7 gigi
Oleh Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Tan Khoon Hor, 35, dan isteri, Lim Chung Keok, 34, menerima padah itu selepas Tan bertengkar serta menolak seorang lelaki mendakwa anggota polis yang kemudian menumbuk muka dan kepalanya sambil dibantu seorang lagi lelaki dipercayai bapa kepada suspek terbabit.
Lim berkata, kejadian berpunca daripada tindakan suaminya meletak kereta hingga menghalang kereta milik lelaki terbabit ketika menghantar tiga anak mereka ke tandas di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak di Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira jam 9 malam, Ahad lalu.
Menurutnya, keluarganya baru pertama kali bercuti ke Cameron Highlands dan berhenti di R&R itu untuk menghantar tiga anak lelaki mereka ke tandas.
Katanya, memandangkan tiada parkir kosong ketika itu, suaminya terpaksa menghentikan kenderaan di tepi jalan yang kebetulan menghalang kenderaan dinaiki seorang lelaki bersama beberapa ahli keluarganya.
“Suami saya membawa anak kami ke tandas manakala saya menunggu dalam kereta sebelum lelaki itu datang dan meminta mengalihkan kenderaan. Saya meminta dia menunggu sekejap, tetapi tidak dihiraukan dan dibalas dengan maki-hamun.
“Suami kemudian bertikam lidah dengan lelaki berkenaan menyebabkan dia menolak lelaki itu ke tepi.
“Berikutan itu, suami saya ditumbuk berkali-kali oleh lelaki itu dan bapanya hingga patah dua batang gigi dan berlumuran darah pada muka,” katanya ketika ditemui di Kelab Media Cina Johor Selatan, Jalan Cermat, semalam.
Menurutnya, melihatkan suaminya diserang oleh anak beranak berkenaan, dia terpaksa turun dari kereta dan cuba meleraikan pergaduhan itu, tetapi turut menerima tumbukan pada muka hingga rebah di atas jalan.
“Saya patah tujuh batang gigi sebelum suami segera mengangkat saya ke dalam kereta menuju ke Balai Polis Tapah untuk membuat laporan. “Sebelum pintu kereta ditutup, lelaki terbabit sempat menunjukkan kad kuasa mendakwa sebagai anggota polis kepada suami, namun kami terus beredar dari lokasi kerana tidak mahu keadaan bertambah teruk,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan berharap polis mengambil tindakan berhubung dakwaan bahawa anggota polis terbabit dalam kejadian itu.
“Gusi dan bibir saya terpaksa menerima jahitan kerana pecah akibat ditumbuk individu terbabit. Kami sekeluarga kini begitu trauma dengan kejadian itu.
“Sejak kejadian itu, saya mengalami kesukaran untuk makan dan malu berdepan khalayak ramai dengan keadaan muka yang bengkak akibat dipukul selain ketiadaan gigi,” katanya
No comments:
Post a Comment