Sunday, December 26, 2010

MACAM PERKARA MAKSIAT..ZINA...LACUR...GRO TIDAK DAPAT DISELESAIKAN...

NEGARA


GRO ala Santa Claus ditahan


BEBERAPA orang GRO yang berpakaian ala Santa Claus yang ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan dibawa keluar dari sebuah pusat hiburan di Tanjung Tokong semalam.



GEORGE TOWN - Pelanggan yang meraikan sambutan Krismas di sebuah pusat karaoke di Tanjung Tokong di sini menerima 'hadiah istimewa' apabila dilayan oleh puluhan gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berpakaian ala Santa Claus malam kelmarin.
Dengan memakai topi bulu bersama blaus merah paras paha, setiap gadis tersebut boleh ditempah oleh pelanggan dengan bayaran RM130 bagi sesi karaoke serta tambahan RM50 jika mahu mereka menanggalkan baju.
Jika inginkan layanan lebih hangat termasuk dibawa ke ranjang, pelanggan dikenakan bayaran dari RM230 hingga RM400 untuk satu malam.
Bagaimanapun keseronokan yang ditawarkan gadis-gadis tersebut tidak sempat dinikmati oleh pelanggan terbabit apabila pusat karaoke itu diserbu sekumpulan pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.


NEGARA


Presma cadang perkenal harga siling


Noorul


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan mewujudkan satu mekanisme harga siling bagi makanan dan minuman kepada semua pengusaha mengikut setiap kawasan dan negeri.
Presidennya, Noorul Hassan Sahul Hameed berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan persatuan pengguna bagi menetapkan harga yang bersesuaian.
"Pengguna tidak perlu khuatir mengenai kenaikan harga makanan dan minuman dalam masa terdekat ini.
"Presma akan berbincang dengan pengusaha restoran untuk meletakkan harga siling mengikut setiap kawasan dan negeri.
"Sebagai contoh, jika harga roti canai ditetapkan pada RM1, harga tersebut akan kekal seperti itu (di semua restoran) dan tidak boleh lebih daripada itu," katanya ketika datang ke pejabat Kosmo! Ahad di sini semalam.







TERKINI


Disyaki pukul: Dua anggota polis ditahan

26/12/2010 8:17pm

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lepas, ditahan hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.
"Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan dari jumlah itu, dua telah ditahan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Beliau berkata, sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.
"Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah,” katanya. – Bernama





Dirompak polis: Peniaga timbang tindakan lanjut
Hazlan Zakaria
Dis 26, 10
7:08pm

Ahli perniagaan Chia Buang Hing sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.
NONESatu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam semalam.

Chia (kiri) dipanggil ke balai polis daerah Petaling Jaya pagi semalam untuk mengecam mereka yang menyerangnya dan untuk dirakam kenyataannya.

Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu mengecam empat anggota polis yang merupakan antara orang yang menyerangnya.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng - yang mengiringi Chia ketika dia membuat laporan polis - ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli perniagaan itu akan memaklumkan tindakan lanjutnya dalam satu sidang akhbar esok.

"Beliau akan memaklumkan tindakan lanjut yang akan diambilnya. Itu adalah bahagian pertama," kata Lim.

NONE"Bahagian kedua, beliau akan menyangkal tuduhan polis terhadapnya
berkaitan tuduhan memiliki dadah dan parang ketika ditangkap," kata ahli parlimen DAP itu lagi.

Lim berkata, Chia yang menjalankan perniagaan membuat bingkai gambar, tidak ada hari ini, kerana pulang ke kampungnya di Tanjung Sepat, Selangor tetapi akan mendedahkan maklumat terperinci mengenainya dalam sidang akhbar jam 2 petang esok.






Disyaki pukul seorang lelaki, dua polis ditahan
Dis 26, 10 11:17pm

Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lalu, ditahan hari ini.

NONEKetua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.

"Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan dari jumlah itu, dua telah ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

"Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah," katanya.

Bagaimanapun, Tun Hisan berkata siasatan mendapati terdapat elemen palsu dalam laporan polis lelaki tersebut.

"Selepas itu, satu laporan telah dibuat oleh pasukan itu tentang laporan lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai elemen palsu.

"Seramai 20 orang telah direkodkan percakapannya, termasuk doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis yang ditahan serta orang awam," katanya.

Beliau berkata penahanan kedua anggota polis yang berkhidmat selama empat tahun itu bukan bermakna mereka bersalah tetapi bagi membantu siasatan, dan mereka akan ditahan reman mulai esok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Sabtu lalu, seorang lelaki mendakwa dipukul beberapa anggota polis ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara kerana disyaki membawa dadah, dan wangnya sebanyak RM13,000 telah diambil anggota polis tersebut.

- Bernama
Bas ekspres terbabas, enam cedera
Dis 26, 10 5:00pm
Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.

Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di Temerolh hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah.

- Bernama

No comments:

Post a Comment