Beri madu dibalas racun
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
BUKTI ...Zahrah dan Abdul Aziz menunjukkan laporan polis dibuat berkaitan penipuan anak perempuan mereka.
Menceritakan nasib malangnya, Zahrah Mohamad, 68, berkata, anak tirinya itu yang dikenali sebagai Maria sebelum ini terputus hubungan dengan keluarga selama hampir lima tahun dan pernah menjalani hukuman penjara dua tahun pada akhir 90-an atas kesalahan menggelapkan wang.
Menurut Zahrah, Maria adalah anak suaminya hasil perkahwinan pertama dan adik Maria, Aziham, 34, turut tinggal bersamanya dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74.
“Sebelum ini, dia terputus hubungan dengan saya dan suami selepas memberitahu mahu berdikari dan tidak mahu membebankan keluarga.
“Bagaimanapun, dia kembali ke pangkuan keluarga pada 2008 dan menyatakan sudah insaf. Jadi, kami menerimanya dengan hati terbuka kerana yakin dengan kejujurannya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, belang Maria mula kelihatan apabila dia memujuk Aziham membuat permohonan pinjaman semula kediaman keluarga itu di bank dengan alasan mahu menyelesaikan masalah kewangannya.
Malah, Maria yang namanya sudah disenaraihitamkan bank turut mempengaruhi Zahrah supaya menyerahkan barang kemas bernilai RM3,000 dan berjanji menyelesaikan hutang berkenaan dalam tempoh beberapa bulan.
“Dapat saja wang pinjaman semula perumahan kira-kira RM100,000 dia terus menghilangkan diri dan kami dimaklumkan pihak tertentu dia bekerja sebagai kerani, tetapi menyeleweng duit syarikat RM100,000.
“Jadi, dia gunakan wang pinjaman semula rumah kami untuk bayar sebahagian daripada wang yang diselewengnya. Masalahnya, kini kediaman kami di Taman Universiti hampir dilelong bank kerana ansuran bulanan tidak berbayar sejak dua tahun lalu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zahrah, keluarganya bernasib baik kerana rumah dihuni itu masih tiada pembeli, namun bagi mengelak tindakan susulan bank, pasangan itu bercadang menjual tanah pusaka bagi melangsaikan hutang yang ditanggung.
“Namun kami sekali lagi terkejut apabila mendapati dia (Maria) sudah mencagar geran tanah itu kepada seorang kenalan tanpa pengetahuan saya mahupun keluarga. Apa daya saya dan suami yang sudah tua, kami hanya berendam air mata memikirkan dugaan dialami akibat sikap dia,” katanya.
Zahrah kemudian membuat laporan berkaitan penipuan Maria di Balai Polis Taman Universiti pada 8 Julai lalu manakala Aziham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan turut membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, 12 Julai lalu.
Zahrah turut berharap ada pihak tampil membantu keluarganya bagi menyelesaikan masalah itu.
“Kami tidak mampu berpindah ke rumah lain sekiranya kediaman ini dilelong bank memandangkan saya mengalami masalah kaki bengkak selain suami berdepan masalah pendengaran.
“Kami tidak sanggup kehilangan rumah ini. Aziham juga bukan hidup senang, dengan pendapatan RM1,500 sebulan, dia perlu menampung perbelanjaan perubatan isterinya yang menghidap penyakit buah pinggang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Roslan Hassan yang dihubungi, semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat Zahrah serta Aziham dan siasatan mengenainya masih dijalankan
Sejam celah eskalator
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SELAMAT...anggota bomba membantu mangsa.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Chrisanta Geron Lee, 10, berada di depan ketika menuruni eskalator bersama keluarganya apabila kasut dipakainya tiba-tiba tersangkut menyebabkan kaki kirinya terselit di celah eskalator bergerak.
Menurut ibunya yang hanya mahu dikenali Juliet, 46, dari Bertam Jaya, dekat sini, dalam kejadian antara jam 8 malam hingga 9 malam itu, mereka sedang menuruni eskalator itu dari tingkat satu ke tingkat bawah.
“Dia (Chrisanta) berada di depan saya dan suami serta adik-beradiknya yang lain. Tiba-tiba dia menjerit sakit sambil memegang kaki kirinya. Suami terus berlari ke arahnya untuk menolong.
“Saya pula berlari cuba menghentikan eskalator itu dengan menekan butang di bawah, namun tidak berjaya sebelum beberapa kakitangan pasar raya datang membantu memberhentikannya,” katanya di temui di wad pediatrik Hospital Melaka petang semalam.
Beliau yang enggan wajah anaknya dirakam bagaimanapun bersyukur kerana Chrisanta tidak mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.
Katanya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jalan Kubu tiba beberapa minit kemudian dan berjaya mengeluarkan kaki anaknya yang tersepit sambil dibantu kakitangan bahagian penyelenggaraan pusat beli belah itu.
“Kaki anak saya hanya dapat dikeluarkan kira-kira sejam dan saya terkejut apabila melihat kecederaan dialaminya kerana menampakkan tulang kakinya
“Anak saya kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan. Syukur apabila doktor menjelaskan dia tidak mengalami sebarang keretakan tulang atau tisu otot terkoyak, sebaliknya hanya cedera kulit,” katanya.
Suaminya kemudian membuat laporan polis kejadian, namun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat beli-belah itu.
“Pihak pengurusan dan kakitangan pasar raya memberi kerjasama dan bantuan dengan penuh tanggungjawab. Malah pengurusnya turut melawat anak saya dan menawarkan bantuan termasuk ketika pendaftaran masuk ke hospital.
“Mereka juga berjanji bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan berdasarkan semua ini, saya tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang,” katanya
NEGARA
Berat tak turun, dapat balik RM4,060
PUTRAJAYA - "Pertahankan hak anda kerana tidak mudah untuk 'membuat' wang walaupun seringgit."Demikian kata Sarijah Saman yang berjaya mendapatkan semula kos rawatan berjumlah RM4,060 daripada satu syarikat pelangsingan badan yang menjanjikan penurunan berat badan di antara 10 kilogram hingga 15 kilogram dalam tempoh empat bulan dengan 84 sesi rawatan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam.
"Saya hanya ingin turunkan berat badan sekitar 10 kilogram dan mengempiskan perut serta mengecilkan lengan, namun itu tidak dapat dipenuhi oleh rawatan yang disediakan syarikat itu," katanya yang bertugas sebagai pembantu undang-undang.
Menurut Sarijah, dia mengikuti jadual rawatan tanpa gagal di bawah seliaan seorang terapi namun hasilnya setelah melakukan kira-kira 80 sesi rawatan, berat badannya tidak berubah malah meningkat lagi sekitar 100 gram kepada 71.6 kilogram.
NEGARA
Peniaga dikepung pelesit rempit
SEREMBAN – Seorang peniaga berdepan detik-detik mencemaskan apabila dikepung dan cuba diragut sekumpulan pelesit rempit di Jalan Rahang berhampiran Stesen Komuter Seremban di sini awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Ho Ken Jee, 54, patah tulang rusuk selain mengalami kecederaan pada kaki dan kepala selepas terjatuh dari motosikalnya.
Ken Jee berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Rahang menuju ke gerainya di Pasar Besar Seremban di sini.
Katanya, apabila tiba di tempat kejadian motosikalnya dihampiri sekumpulan lelaki yang menaiki kira-kira 10 buah motosikal.
Ceritanya, salah sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki tiba-tiba menghimpit motosikalnya sebelum pembonceng motosikal itu cuba meragut beg yang dipakai di pinggangnya
NEGARA
Tumpas selepas 27 kali samun
AMPANG - Lima ahli Geng Riki yang bermaharajalela melakukan sekurang-kurangnya 27 kes samun dan pecah rumah di sekitar Ampang sejak enam bulan lalu akhirnya tumpas di tangan polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejayaan itu adalah hasil tangkapan ke atas seorang lelaki yang melakukan samun dan pecah rumah di Kondominium Monte Bayu, Bukit Permai Ampang di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, suspek yang melakukan jenayah terbabit berseorangan turut cuba mencederakan penghuni rumah tersebut ketika mangsa baru pulang dari Kepong.
"Mangsa yang berusia 18 tahun dan berasal dari Taiwan terkejut apabila mendapati suspek sedang menggeledah rumahnya.
"Ketika kejadian, berlaku pergelutan antara mereka dan mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam di dada serta lengan oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau bagaimanapun berkata, usaha suspek untuk melarikan diri tidak berjaya apabila pengawal keselamatan berjaya menangkap penjenayah itu dan menghubungi pihak polis.
NEGARA
LHDN bakal potong gaji peminjam PTPTN
KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari 2012.Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan.
"Draf yang sedang dikemas kini itu akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan," katanya pada majlis penutupan Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik LHDN di sini semalam
No comments:
Post a Comment