Thursday, December 30, 2010

AKHIR ZAMAN...MAKSIAT...PEMBUNUHAN DLL BEGITU LUMRAH...KITA PUN SEDAR BAHAWA BANYAK AJARAN ISLAM TELAH KITA ABAIKAN...HINGGA DOSA SUDAH TAK TERASA DOSA LAGI.....SEBAB DAH JADI BIASA.....

NEGARA


VIP dalang perdagang bayi


GAMBAR fail menunjukkan sebahagian daripada 23 individu yang direman selepas terlibat dalam sindiket penjualan bayi di Johor Bahru pada Mei 2008.



KUALA LUMPUR – Polis semalam mendedahkan siasatan terperinci pihaknya mendapati kebanyakan kes pemerdagangan orang terutamanya melibatkan penjualan bayi didalangi oleh individu berpengaruh dan berstatus tinggi.
Dalang kes tersebut merupakan golongan profesional dan ada yang bergelar Datuk.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar) berkata, pihaknya kini sedang giat mengumpul bukti untuk membawa dalang terlibat ke muka pengadilan berdasarkan pada serbuan di beberapa buah klinik yang menjalankan aktiviti tersebut.
Katanya, golongan tersebut berperanan sebagai orang tengah untuk urusan jual beli di antara pelanggan dan pembekal. Mereka turut menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mendapat keuntungan secara haram.
“Siasatan akan diperketatkan lagi terutama dari segi bahan bukti. Kita tidak pilih bangsa, agama atau dari golongan beruniform atau tidak.
“Kita tidak mahu siasatan yang terburu-buru sebaliknya mementingkan kualiti,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam


NEGARA


Warga emas mati dipukul


Jiran mengunjungi rumah Perumal (gambar kecil) yang dibunuh selepas disamun di Taman Gopeng Jaya, Ipoh semalam.



GOPENG - Bukan sekadar disamun malah seorang warga emas turut dipukul sampai mati menggunakan besi paip oleh sekumpulan penjenayah yang memasuki rumah mangsa di Taman Gopeng Jaya di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, semasa kejadian pada pukul 2.30 pagi hanya mangsa, V. Perumal, 67, dan isterinya yang berusia 60-an berada di rumah teres itu sebelum rumah pasangan itu diceroboh empat lelaki yang menutup muka masing-masing menggunakan tuala.
Dua daripada empat penceroboh itu bersenjatakan sebatang besi paip dan pisau.
"Perumal kemudian diikat kedua-dua belah kaki dan tangan manakala isteri Perumal pula diugut dengan sebilah pisau," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, Perumal kemudian dipukul beberapa kali menggunakan batang besi paip selepas mangsa dipercayai enggan memberi kerjasama untuk menyerahkan barang kemas kepada penjenayah itu


TERKINI


Warga emas cedera diragut lelaki bermotosikal

30/12/2010 3:29pm

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas cedera di kepala selepas bergelut dengan seorang peragut yang menaiki sebuah motosikal di Jalan Tun Sambathan di sini hari ini.
Wanita, yang hanya dikenali sebagai Rageswary, 60, dan tinggal di Taman Melawati itu, kemudiannya dibawa oleh ambulans ke Hospital Kuala Lumpur selepas dilihat terbaring di jalan raya dan kepalanya berlumuran darah.
Seorang saksi berkata, kejadian berlaku pada 1.45 petang tadi apabila Rageswary yang berjalan seorang diri di hadapan Wisma Tun Sambathan di sini diragut dua lelaki bermotosikal.
"Pergelutan berlaku apabila dia enggan melepaskan beg tangannya dan berlaku tarik menarik sebelum dia ditolak,” katanya. - Bernama


NEGARA


Suami isteri dihukum gantung edar dadah

GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri semalam dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dan memiliki sejumlah 165.62 gram dadah jenis heroin dan morfin dua tahun lepas.
Hakim Nurmala Salim menjatuhi hukuman itu terhadap Shahrizal Said, 33, dan Zarimah Yusoff, 30, setelah mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pasangan suami isteri yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu didapati memiliki dadah berkenaan dalam sebuah rumah pangsapuri beralamat di Block 5-6-18 Desa Riang Batu Uban pada pukul 3.45 petang 3 Februari 2008.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika bersabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati


NEGARA


Bapa bingung status anak



BACHIT menunjukkan pasport Nitphapon dan surat Kementerian Dalam Negeri yang menolak permohonan MyKad anaknya di Padang Besar semalam.


PADANG BESAR – Apalah kesalahan seorang remaja perempuan keturunan Siam, di sini apabila dia cuma dapat merasai menjadi warganegara Malaysia untuk tempoh 13 tahun sahaja setelah permohonan MyKad dia ditolak Jabatan Perdaftaran Negara (JPN), baru-baru ini.
Apa yang pelik, remaja tersebut, Nitphapon Leng, 13, yang dilahirkan di negara ini pada 26 November 1997 sebelum ini pernah memiliki pasport antarabangsa berstatus warganegara Malaysia.
Bapanya, Leng Ooi Bachit, 36 berkata, berikutan masalah itu mereka sekeluarga kini kebingungan mengenai masa depan anaknya itu kerana cuma Nitphapon yang tidak memiliki MyKad berbanding dua lagi anaknya.



NEGARA


Lima sekeluarga diserang api misteri


ZAINAB melihat serangan api misteri yang berlaku di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini dihantui dengan 'serangan' api misteri sejak empat hari lalu.
Lebih menyeramkan, gangguan tersebut bukan setakat kemunculan api tetapi keluarga terbabit turut menghadapi beberapa lagi gangguan aneh lain.
Antara kejadian aneh itu ialah duit hilang tetapi dipulangkan semula, tilam dipenuhi telur pecah dan hirisan bawang goreng bertaburan serta tong beras dituang sirap dan budu.
Penghuni rumah itu, Zainab Sulaiman, 73, memberitahu, beliau tinggal di rumah tersebut sejak 32 tahun lalu tetapi api misteri tersebut hanya muncul sejak Isnin lalu dan telah membakar lebih seratus pasang baju miliknya serta menantu dan cucu beliau selain beberapa dua buah tilam dan langsir juga turut terbakar secara tiba-tiba.
"Kira-kira pukul 11 pagi tiga hari lalu, saya terbau hangit seperti ada benda terbakar dan sebaik memasuki bilik, saya terkejut apabila bilik tersebut berasap dan beberapa pakaian di dalam almari terbakar sebelum mengeluarkannya dan memadamkan api.
"Sejak dari itu api tersebut banyak kali muncul dan membakar pakaian termasuklah hari ini (semalam) sahaja, sudah lebih lima kali ia muncul dan kami terpaksa berjaga-jaga sehingga tidak tidur pada waktu malam kerana bimbang berlaku kebakaran," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam



NEGARA


Urat tak putus


Pekerja kilang penyembelihan ayam Jalan Kuching Serian membersihkan perut ayam sebelum dipasarkan di sekitar Kuching semalam.



KUCHING - Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) semalam memberi amaran kepada pusat sembelihan ayam di sini agar mematuhi peraturan yang ditetapkan jika tidak mahu sijil halal mereka ditarik balik.
Yang Dipertuanya, Datuk Putit Matzen berkata, setakat ini pihaknya menerusi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menggantung sijil halal sebuah pusat sembelihan ayam kerana gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
"Jangan pandang ringan soal halal ini dan kita di MAIS dan JAIS akan sentiasa memastikan setiap pusat sembelihan ayam mematuhi piawaian yang telah digariskan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau sebelum itu mengetuai pemeriksaan mengejut ke atas tiga pusat sembelihan ayam di sini daril 12 tengah malam hingga 3 pagi semalam.


Berjudi duit bantuan anak

Oleh Mary Victoria Dass


BANTU....Aziz (dua dari kiri) membantu memakaikan beg sekolah kepada murid yang menerima sumbangan, semalam.
JOHOR BAHRU: Seorang bapa tergamak menyalahgunakan bantuan persekolahan RM100 untuk anaknya dengan berjudi dan membiarkan zuriatnya itu memakai seragam sekolah lusuh pada sesi persekolahan 2011 yang bakal bermula beberapa hari lagi.
Sikap tidak bermaruah bapa itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya, Datuk Aziz Sapian yang membuat tinjauan ke tapak perjudian di bandar raya ini, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 40-an terbabit leka berjudi di tapak perjudian itu di sebuah pesta ria di bandar raya ini dipercayai menggunakan wang bantuan persekolahan diterima untuk anaknya.

Lebih mengejutkan, kata Aziz, dia difahamkan penyelewengan wang bantuan itu sudah menjadi kebiasaan lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh kasar setiap kali ada pihak termasuk syarikat korporat mahupun swasta menghulurkan bantuan kepada anak atau ahli keluarganya.


“Dia sepatutnya menggunakan bantuan kewangan disumbangkan pelbagai pihak yang bersimpati dengan nasib keluarganya sebaik mungkin, sebaliknya dia bebas berseronok tanpa memikirkan masa depan isteri dan anak.


“Akibatnya, anak-anaknya terpaksa menggunakan pakaian seragam dan kasut lama selain mengalami kesulitan memulakan sesi persekolahan depan,” katanya.

Aziz berkata, menyedari kehadirannya, bapa kanak-kanak yang bersekolah rendah itu cuba melarikan diri dari tempat perjudian itu, namun dia ditahan dan dinasihatkan tidak mengulangi perbuatan terbabit.

Menurutnya, kejadian itu perlu menjadi pengajaran kepada lelaki terbabit supaya bersyukur dengan bantuan disumbangkan dan menggunakan wang amanah masyarakat untuk tujuan sepatutnya.

“Sering kali saya menerima aduan masyarakat yang mendakwa masih ada murid atau pelajar tidak mampu membeli keperluan persekolahan biarpun bantuan sudah dihulurkan kepada ibu bapa mereka.

“Saya menasihatkan ibu bapa lebih berdisiplin dan amanah menggunakan bantuan itu untuk menampung perbelanjaan pembelian keperluan persekolahan anak, bukan untuk tujuan lain,” katanya ketika menyampaikan bantuan makanan nutrisi, beg dan pakaian sekolah bernilai RM180,000 kepada 161 murid sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah di Dewan Raya, Taman Universiti, di sini, semalam.

Program itu anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menerima kerjasama Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hadir sama Pegawai JKM Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar.

Beliau berkata, sumbangan itu disampaikan di lima lokasi berbeza termasuk Kempas, Kampung Melayu Majidee, Taman Pelangi Indah dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Johor Jaya


Tercampak di pintu kubur

Oleh Fazurawati Che Lah

PILU...Esah menceritakan arwah beria-ia mahu mengecat bilik.
PILU...Esah menceritakan arwah beria-ia mahu mengecat bilik.
TUMPAT: “Berhenti cik! tolonglah hantar abang saya ke hospital,” rintih seorang remaja, Rosman Sani Abdul Manaf, 21, meminta pertolongan sejurus abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) parah selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan.
Dalam kejadian dekat Chabang Tiga Geting, Pengkalan Kubor, di sini, kelmarin, Rosman yang tercampak di bahu jalan menggagahkan diri untuk melihat keadaan abangnya yang cedera parah selepas tercampak di hadapan pintu masuk tanah perkuburan di situ.

Kasihnya terhadap abang kandung, menyebabkan Rosman memangku Muhamad Izrul Hafizi Abdul Manaf, 23, untuk dibawa ke sebuah pondok sebelum melambai-lambaikan tangan meminta pertolongan dengan keadaan abangnya itu berlumuran darah.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, namun disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang membonceng motosikal bersama adik bongsunya mahu pulang ke rumah selepas mengeluarkan duit dari sebuah bank kira-kira empat kilometer dari rumahnya.

Ketika itu, sebuah motosikal yang berada di hadapan kenderaan mangsa tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ mengakibatkan berlaku pelanggaran antara mereka sebelum pembonceng tercampak di jalan raya, manakala adik mangsa terjatuh di bahu jalan.

Ibu mangsa, Esah Sulaiman, 63, berkata kemalangan itu diketahuinya ketika mahu mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zuhur sebelum didatangi anaknya, Azmi, 42, kira-kira jam 2 petang menyebabkan dia terus bergegas ke hospital.

“Mangsa keluar dari rumah kira-kira jam 12 tengah hari untuk mengeluarkan duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berjumlah RM150 yang mahu digunakan membeli ubatnya

“Saya dimaklumkan adiknya, ketika berada di bank arwah mengamuk dan memaksa adiknya pulang ke rumah selepas mengeluarkan duit sedangkan ketika itu hujan lebat yang menghalang mereka pulang,” katanya ditemui di rumahnya dekat Simpang Tiga, Kampung Geting, semalam.

Katanya, adik arwah terpaksa menahan sebuah kereta meminta bantuan daripada pengguna jalan raya kerana abangnya berlumuran darah selepas tercampak daripada motosikal dinaikinya memandangkan ketika kejadian jalan itu lengang dan hujan lebat.

“Selepas kedua-dua tercampak, adiknya memangku arwah yang diletakkan di atas wakaf depan kubur sambil tangannya melambai menahan kenderaan yang lalu di situ sebelum sebuah kereta berhenti dan menghantar mereka ke HT,” katanya.

Esah berkata, arwah yang juga anak ke-11 daripada 13 beradik itu juga berperangai ganjil kerana tiga hari sebelum kejadian beria-ia memintanya membeli cat dan penyapu baru kerana mahu mencantikkan biliknya.

“Saya terkilan kerana permintaan arwah mahu mengecat bilik tidak kesampaian, namun saya sempat membelikannya penyapu baru dan dia begitu gembira sehingga tidur pun memeluk penyapu itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap mengesahkan kejadian terbabit dan memberitahu mangsa meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam di HUSM akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Neting, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment