Sunday, December 26, 2010

SELAMA INI...... ISLAM ITU DIGAMBARKAN.......DENGAN KEGANASAN....BAGAIMANA BERITA NI....NI HANYA CERITA TERPENCIL...BANYAK LAGI...... JIKA BERITA BEGINI NAK DIKUMPULKAN....

DUNIA


Sambutan Hari Natal dicemari keganasan


Polis Filipina memeriksa kerosakan sebuah gereja Katholik di Pulau Jolo, selatan Filipina selepas satu letupan semalam.



PARIS - Sambutan Hari Natal semalam dicemari beberapa serangan terbaru ke atas penganut agama Kristian dengan para pemimpin gereja mengutuk keganasan agama dan menyeru ke arah keamanan serta perdamaian.
Di Pulau Jolo, selatan Filipina, sebutir bom meletup di dalam sebuah gereja yang dipenuhi penganut Kristian, menyebabkan enam orang cedera termasuk paderinya.
"Letupan berlaku pada pukul 7.15 pagi dan berkemungkinan dilakukan oleh kumpulan militan Abu Sayyaf yang beberapa kali menyasarkan gereja Katholik," kata jurucakap tentera, Leftenan Randolph Cabangbang.
Di bandar Kano, utara Nigeria, seorang jurucakap tentera memberitahu, sekumpulan lelaki Islam bersenjata menyerang sebuah gereja kelmarin tetapi serangan tersebut dipatahkan oleh pasukan tentera.
Tiada kecederaan dalam serangan itu sebaliknya 10 orang penganut Kristian terbunuh apabila sebutir bom meletup di Jos, tengah Nigeria manakala lapan yang lain cedera.
Sementara itu, para pemimpin agama Kristian termasuk Pope Benedict XVI berdoa supaya Tuhan menghukum mereka yang melakukan keganasan dan menyeru penduduk dunia supaya melayan satu sama lain dengan perasaan persaudaraan. - AFP

No comments:

Post a Comment