Friday, January 14, 2011

BILA AKAL TIDAK DAPAT KAWAL DAN PIMPIN OLEH EMPUNYA DIRI.....KESAN DARI FAKTOR2 YANG KITA TIDAK KETAHUI....UMUMNYA BILA JAUHNYA KITA DARI RAHMAT ALLAH....DISEBABKAN KITA JUGA TURUT TAK BERUSAHA UNTUK MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH...APABILA DUNIA MENYEBABKAN KITA LUPA AKAN AKHIRAT....

NEGARA


Cucu durjana ragut nyawa datuk


ANGGOTA polis berkawal di luar rumah Mohtar yang mati ditikam di Felda Palong Dua, Jempol, Negeri Sembilan.



JEMPOL – Sepasang suami isteri tidak menyangka kepulangan mereka ke rumah di Felda Palong Dua di sini selepas menghadiri majlis tahlil disambut dengan tragedi apabila si suami mati ditikam oleh salah seorang daripada empat pencuri yang memecah masuk teratak itu kelmarin.
Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Mohtar Yusoh, 71, mati di lokasi kejadian selepas cedera parah ditikam di belakang badan dengan sebilah pisau oleh suspek.
Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada empat suspek tersebut merupakan cucu lelaki Mohtar berusia 17 tahun yang datang ke situ dari Melaka tanpa pengetahuan pasangan tersebut.
Isteri mangsa, Halimah Mad Yasin, 57, menceritakan, kejadian itu berlaku sebaik mereka sampai di rumah selepas menghadiri majlis tahlil di Bukit Rokan di sini.
Katanya, sebaik tiba, suaminya hairan apabila melihat rumah mereka terdedah dan terdapat kesan digeledah selain terdapat suara orang membuat bising seolah-olah sedang mencari sesuatu yang berharga.


 Cucu bawa geng bunuh datuk

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

TUTUP...mayat Mokhtar dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Seremban, semalam.
TUTUP...mayat Mokhtar dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Seremban, semalam. 
JEMPOL: “Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia,” kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.
Lebih memilukan, dalam kejadian jam 9 malam itu, Mokhtar dibunuh seorang daripada empat penjenayah berusia belasan tahun termasuk seorang cucunya yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Halimah berkata, sebelum kejadian dia dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi baru pulang dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana melawat seorang saudara yang cedera dalam kemalangan.

“Sebaik sampai ke rumah dan membuka pintu saya nampak sebuah bilik berselerak seperti digeledah. Kami memeriksa satu lagi bilik sebelum melihat ada parang di situ.

“Saya bertanyakan suami kerana jika dia meletakkan parang di situ. Suami saya menafikannya, jadi kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Halimah, dia dan suami cuba memeriksa satu lagi bilik dan terkejut apabila melihat dua lelaki termasuk cucu mereka berada di dalam bilik itu.

“Saya menasihatkan cucu saya supaya tidak melakukan perkara buruk, namun tiba-tiba muncul satu lagi pasangan remaja di dalam bilik itu menjadikan mereka empat orang semuanya.

“Tanpa disangka, seorang daripada mereka menikam belakang badan suami saya sebanyak dua kali dan kejadian berlaku pantas hingga saya tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Halimah berkata, suaminya rebah sebaik ditikam di dada dan darah memancut keluar hingga mengenai badan dan bajunya menyebabkan dia terkejut dan panik.

Halimah juga tidak menyedari tangan kanannya cedera dipercayai akibat dikelar kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia memangku suaminya dan menjerit meminta tolong menyebabkan jiran datang memberikan bantuan.

“Keempat-empat remaja itu melarikan diri bersama beg mengandungi wang tunai dan barang kemas.

“Saya tidak sangka mereka tergamak melakukan perkara ini,” katanya yang tinggal berdua dengan suaminya di rumah berkenaan.

Halimah berkata, walaupun sedih dengan kejadian yang meragut nyawa suaminya itu, dia reda dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 1, sebaik segala urusan bedah siasat selesai dilakukan hospital.



Pemuda mati ditikam dalam semak

PASIR PUTEH – Kematian seorang lelaki apabila dia ditemui dibunuh dengan tiga kesan tikaman di leher, pipi dan atas kepala sebaik keluar untuk menemui rakannya dalam kejadian di Tok Bali dekat sini kelmarin.
Mayat Mohd. Roslan Mat Il, 31, ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 10 malam di kawasan semak berhampiran sebuah kilang air batu iaitu kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Datuk Haji Wan Omar, dekat sini.
Ibu mangsa, Jizah Said, 66, memberitahu, dia hanya mengetahui tentang penemuan mayat anaknya selepas diberitahu oleh penduduk kampung ketika dia sedang menonton televisyen bersama anak keduanya, Mohd. Ruzmi, 47.
“Dua jam sebelum kejadian, Mohd. Roslan telah keluar untuk berjumpa rakannya selepas menerima satu panggilan dengan menunggang motosikal tanpa sempat menikmati makan malam.




Bapa hempas bayi

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.
Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang.

Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah selepas pulang daripada berniaga.

“Siasatan awal kami mendapati, ketika pertengkaran itu, suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dan dirawat di HRPB.

“Selain itu, suspek juga dikatakan turut memukul isterinya dengan menggunakan tali pinggang hingga cedera selain mengugut wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dzuraidi berkata, suspek yang bekerja sendiri kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini disiasat atas tiga kesalahan termasuk Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada anaknya serta Seksyen 323 dan 506 mengikut seksyen sama iaitu kerana mencederakan dan mengugut isterinya,” katanya.

Katanya, pihak hospital memaklumkan anak pasangan itu dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang semalam.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada isteri lelaki itu gagal kerana dia enggan memberi kerjasama disebabkan masih kusut dengan masalah yang menimpa keluarganya.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati bayi itu hanya mampu terlantar atas katil di rumahnya dengan keadaan paha kanan berbalut simen.

Malah, anak bongsu yang juga zuriat ketujuh pasangan suami isteri itu kerap menangis disebabkan kecederaan yang dialami.



Jumpa mayat bengkak ketika menuju kebun



KUANTAN: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke kebunnya terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dengan keadaan muka membengkak di Kampung Pahang, Sungai Soi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, pekebun berusia lingkungan 40 tahun berkenaan menunggang motosikal seorang diri menuju ke kebunnya sebelum terpandang kelibat seorang lelaki dalam keadaan terbaring beralaskan guni di dalam kawasan semak berhampiran.

Curiga melihatkan perkara itu, dia mendekati lelaki berkenaan, namun terkejut apabila melihat keadaan mukanya yang membengkak selain sudah tidak bernyawa sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada ketua kampung berkenaan, Taib Awang Kassim, 55.
Taib ketika ditemui di tempat kejadian berkata, seorang penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa lelaki terbabit dipercayai warga Bangladesh berusia lingkungan 40-an.

Katanya, turut ditemui di kawasan penemuan mayat lengkap berpakaian itu ialah sebotol air, payung dan bekalan makanan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, mengesahkan mengenai penemuan itu dan memaklumkan mayat berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.



Mayat gadis tanpa seluar


MELAKA: Bau busuk yang dikatakan bangkai haiwan sejak dua minggu lalu oleh penduduk di Lorong 1 Taman Bukit Beruang Utama, dekat sini, membawa kepada penemuan menggemparkan mayat seorang gadis separuh bogel di sebuah rumah, di situ, pagi semalam.
Mayat mangsa, Charlene Sivasakkti, 24, ditemui tertiarap di atas tilam di biliknya kira-kira jam 10 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bukit Baru, dekat sini, semalam selepas dihubungi orang awam yang tidak tahan dan curiga terhadap bau busuk itu.

Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak dua minggu lalu dan ditemui di dalam satu daripada bilik di dalam rumah teres berkenaan.
Jiran mangsa, Hoh Peck Ha, 48, mendakwa dia dan keluarganya terhidu bau busuk sejak dua minggu lalu, tetapi menyangkakan ia bau bangkai haiwan.

Katanya, dia bertanya kepada beberapa jiran yang mengadu perkara sama.

“Selepas mencari dari mana bau busuk itu akhirnya kami mendapati ia berpunca daripada rumah di sebelah sini. Tetapi, rumah berkenaan bertutup rapat dan tiada penghuni.


“Sehingga dua hari lalu baunya semakin teruk dan kami mengesyaki sesuatu pelik,” katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Perundangan), Superintendan R Gunarajan berkata, ketika tiba di rumah terbabit ia didapati berkunci dan polis terpaksa memotong kunci mangga untuk masuk ke dalam dan melakukan siasatan.
Katanya, ketika pemeriksaan, polis menemui mayat mangsa yang hanya berbaju tertiarap di bilik bahagian tengah rumah itu.

“Hasil pemeriksaan awal pada mayat itu kami mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa, selain tiada kesan pecah masuk ke rumahnya.

“Mangsa tinggal seorang diri sejak beberapa tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.

“Kali terakhir mangsa dilihat berada di hadapan rumahnya pada pertengahan bulan lalu dan jirannya memberitahu mangsa pernah dibawa menaiki ambulans ke hospital,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Beliau berkata, polis akan menyemak rekod kesihatan mangsa yang menghidap asma di samping menjalankan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi mencari punca kematiannya.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

No comments:

Post a Comment