NEGARA
Gelaran Datuk Seri digantung
SHAH ALAM - Tindakan bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo memulangkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri semalam dibuat selepas tindakan penggantungan gelaran diputuskan oleh Sultan Selangor.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi menjelaskan, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan penggantungan gelaran S.P.M.S itu selepas Mohamad Khir dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Disember tahun lepas.
Baginda turut menitahkan penggantungan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni.
Shamsuddin turut menghadapi pertuduhan di mahkamah dalam kes yang sama dengan Mohamad Khir.
Mohamed Khusrin dalam kenyataannya semalam menjelaskan, keputusan menggantung pengurniaan darjah itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan penyandangnya tidak bersalah dan dibebaskan.
Hakim beri amaran kepada tertuduh kes khalwat
Hakim Azzeman Omar, memberi amaran bahawa mahkamah tidak teragak-agak mengeluarkan waran tangkap jika tertuduh terus ingkar menghadiri perbicaraan dalam tempoh ditetapkan kerana menimbulkan pelbagai masalah termasuk mengganggu proses perbicaraan kes lain.
“Saya harap masalah ini tidak berlaku pada perbicaraan akan datang dan berharap tertuduh menepati masa ditetapkan. Mahkamah tidak teragak-agak mengeluarkan waran tangkap selepas ini,” katanya.
Kes khalwat itu sepatutnya disebut jam 9.30 pagi tetapi terpaksa ditunda jam 10.45 pagi kerana kegagalan tertuduh hadir ketika perbicaraan.
Bagaimanapun, perbicaraan kes khalwat Harlina, semalam terpaksa ditangguhkan selepas kredibiliti Ketua Pendakwa Syarie yang mengendalikan kes itu dipersoalkan tertuduh.
Peguam tertuduh, Zulmi Sabri membantah Ketua Pendakwa Syarie, Ahmad Fikri Ibrahim yang mengendalikan kes itu dan mendakwa pelantikannya tidak memenuhi kelayakan setaraf berdasarkan peruntukan Seksyen 58(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 dibaca bersama Seksyen 78(1) akta sama, berkaitan dengan pendakwaan dan pembelaan.
Mayat lelaki bercoli
Pemeriksaan lanjut terhadap mayat itu juga mendapati dia turut memakai seluar dalam wanita berwarna merah.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 12, Blok A kondominium berkenaan.
Seorang penghuni, Norul Fazilah Amd Yusof, 35, berkata dia ada mendengar bunyi dentuman kuat di luar rumahnya sejurus azan Subuh berkumandang, namun tidak mengendahkannya kerana sibuk untuk solat dan menyiapkan anak ke sekolah.
Beliau yang juga seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, selepas beberapa minit kemudian terdengar bunyi riuh rendah di tingkat bawah sebelum dia meninjau dari beranda rumahnya di tingkat dua.
“Ketika itu saya lihat pengawal keselamatan dan beberapa penghuni lain sedang mengerumuni mayat seorang lelaki.
“Saya bergegas turun untuk melihat mayat itu, tetapi tidak kenal siapa dia sebelum beberapa penghuni lain memaklumkan lelaki itu menetap di apartmen berhampiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tinjauan Harian Metro di tingkat 12 menemui penghuni unit berkenaan yang dipercayai lokasi lelaki itu terjatuh dan menurutnya sebelum kejadian itu memang ada kelibat seorang lelaki cuba memecah masuk rumahnya melalui beranda.
“Sebaik tiba di pintu, saya terperanjat dan menjerit kuat kerana ada seorang lelaki cuba masuk ke dalam rumah. Lelaki itu juga terkejut tetapi tidak lari dan sebaik saya menjerit memanggil anak baru dia melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 6.30 pagi daripada pengawal keselamatan di kondominium berkenaan.
Katanya, beberapa barangan ditemui pada mangsa termasuk tiga telefon bimbit, seutas tasbih dan seberkas kunci. Namun dompet serta pengenalan diri mangsa tidak ditemui.
Ramai mangsa
Ia berdasarkan kepada rekod dan siasatan polis yang mendapati suspek berusia 43 tahun itu sebelum ini turut didakwa melakukan perkara sama ketika mengubati pesakitnya.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, sehingga kini, belum ada laporan dibuat mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa tindakan rakus lelaki berkenaan.
“Kami percaya suspek mungkin melakukan perkara sama seperti dilakukannya terhadap mangsa terbaru yang kini masih trauma dengan kejadian itu.
“Polis masih berusaha mengumpul maklumat lanjut mengenai kes itu dan memohon kerjasama individu yang pernah menjadi mangsa suspek untuk membuat aduan polis segera,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ahad lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul seorang lelaki bergelar ustaz ketika mendapatkan rawatan penyakit buatan orang yang dihidapinya di rumah lelaki berkenaan di Sungai Bakap.
Suspek ditahan pada hari sama aduan dibuat selepas dipercayai mencabul mangsa ketika melakukan proses rawatan dalam bilik air rumahnya.
Beliau berkata, lelaki yang mempunyai anak lima itu dipercayai baru sebulan melakukan khidmat penyembuhan dalam bilik air berbanding sebelum ini.
NEGARA
Lelaki mati atas pokok kelapa
BUKIT MERTAJAM – Seorang penduduk Kampung Tok Musa, Machang Bubuk di sini tidak menyangka kehadirannya di sebuah kebun durian yang dipajak daripada seorang penduduk kampung itu malam kelmarin menjadi penyebab kematian seorang lelaki Nepal.
Arshad Abu Seman (gambar), 30, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakannya pergi ke kebun tersebut pada pukul 10.30 malam untuk menjenguk buah durian.
Sebaik tiba di kebun, menurutnya, dia ternampak kelibat seseorang yang berlari dari kawasan kebunnya ke arah ladang kelapa sawit yang terletak di kawasan berhampiran.
“Ketika itu saya buat tidak tahu kerana tidak mengesyaki apa-apa dan tidak menyangka individu berkenaan cuba mencuri buah durian di kebun saya.
“Namun beberapa minit kemudian, rakan saya memberitahu dia ternampak seseorang sedang memanjat pokok kelapa yang terletak berhampiran kebun saya tanpa diketahui apa tujuannya,” kata Arshad ketika ditemui semalam.
No comments:
Post a Comment