Sunday, January 9, 2011

MASALAH SONGLAP@MENCURI DUIT TAK KIRA KERJAYA...SAMADA TERLEPAS ATAU TERTANGKAP....MUNGKIN BANYAK YANG TERLEPAS.....AKHIRAT MEREKA NI TAK KAN LEPAS....

NEGARA


Ketua juruwang curi RM650,000 duit bank ditahan

SEREMBAN – Seorang ketua juruwang di sebuah bank di Seremban 2 di sini yang tidak datang berkerja selama seminggu ditahan kelmarin kerana disyaki melesapkan wang bank berkenaan berjumlah RM650,000.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek lelaki yang berusia 30-an itu telah berkhidmat lebih 10 tahun di bank terbabit.
Katanya, suspek dipercayai mencuri wang itu beberapa hari selepas Hari Krismas baru-baru ini dan kehilangan wang itu disedari oleh penyelia bank pada 3 Januari lalu yang kemudian membuat laporan polis.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek dikatakan mencuri wang itu sedikit demi sedikit dalam jumlah RM3,000 hingga RM5,000,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, selepas menerima laporan kehilangan wang itu polis pergi ke rumah suspek tetapi dia tiada di rumah.
“Kita telah memaklumkan ahli keluarganya supaya meminta suspek datang ke balai polis pada hari Jumaat (kelmarin).
“Apabila suspek datang ke Balai Polis Seremban 2 pada hari berkenaan, kita telah membuat soal siasat dan kemudian menahannya,” katanya.
Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai ketua juruwang bertanggungjawab menguruskan lebihan wang tunai daripada juruwang untuk dimasukkan ke dalam simpanan bank secara harian.
Bagaimanapun pihak pengurusan bank itu mendapati wang tersebut tidak dimasukkan ke peti simpanan bank terbabit.
Kata Saiful, suspek ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 10 tahun, sebat dan denda jika disabit kesalahan.




Wang dalam kereta lesap

Oleh JUNAIDI LADJANA
djuns@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Seorang peniaga berputih mata apabila wang sejumlah RM107,000 yang sepatutnya digunakan untuk membeli saham lesap selepas keretanya dipecah dalam kejadian di tempat letak kereta pekan Inanam, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 4.30 petang, di mana mangsa berusia 54 tahun berada di sebuah bank atas urusan membeli kereta baru sementara keretanya diletakkan di kawasan kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa pergi ke sebuah bank di pekan terbabit dan mengeluarkan wang RM200,000 untuk membeli kereta dan saham.
Sebaik tiba tempat kejadian, mangsa membawa bersama wang sejumlah RM93,000 untuk membeli kereta manakala bakinya RM107,000 ditinggalkan dalam kenderaan miliknya.

Sebaik urusan selesai, mangsa kembali semula ke keretanya namun terkejut apabila mendapati cermin pintu pemandu pecah.

Mangsa cuba mencari beg berisi wang tunai yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu dan terkejut mendapati ia hilang.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah memecahkan tingkap di tempat duduk pemandu sebelum melarikan beg berisi wang tunai.

“Mangsa hanya menyedari kejadian itu apabila mendapati kaca bertaburan sebelum membuat pemeriksaan dan mendapati beg terbabit hilang,” katanya.

Ahmad Sofi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi talian 088-242111.

NEGARA


Maut rempuh treler bawa minyak masak


KEADAAN kereta yang merempuh treler membawa minyak masak berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang di Jasin semalam. Gambar kecil, Syahirah.



JASIN - Seorang pelajar kolej maut apabila kereta yang dinaikinya melanggar belakang sebuah treler membawa minyak masak di Kilometer 187.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang di sini semalam.



Perjalanan terakhir

Oleh AHMAD SAUFI MANSOR
opie@hmetro.com.my

REMUK... Ahmad Lazim melihat kereta yang meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Syahirah Ahmad Lazim.
REMUK... Ahmad Lazim melihat kereta yang meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Syahirah Ahmad Lazim.
JASIN: Kepulangan seorang pelajar ke kampung di Rengit, Batu Pahat untuk mendapatkan tandatangan bapanya bagi permohonan pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi perjalanan terakhir apabila terbabit dalam kemalangan ngeri, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Syahirah Ahmad Lazim, 19, penuntut Diploma Kejururawatan Kolej Segi, Kuala Lumpur mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta, Zari Affendi Harun, 33, cedera parah di kaki kiri dan patah rusuk kiri.

Kejadian berlaku di Kilometer 187.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan, dekat sini, apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler dalam perjalanan ke Johor Bahru sebelum terbabas.
Bapa mangsa, Ahmad Lazim Kasim, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan anak kedua daripada enam beradik itu terbabit dalam kemalangan oleh penduduk kampung jam 4.15 pagi.

Menurutnya, dia yang baru terjaga daripada tidur turut dimaklumkan Syahirah sudah tiada selepas identiti anaknya dikenal pasti seorang anggota polis yang melakukan siasatan di tempat kejadian.

“Isteri (Noriah Basri, 48) sedih mendengar berita memilukan itu kerana arwah menghubungi saya kira-kira jam 7 malam semalam (kelmarin) memaklumkan dia mahu pulang ke kampung (Jambi Darat, Rengit, Batu Pahat).

“Dia memaklumkan mahu pulang untuk mengisi borang pinjaman pelajaran PTPTN bersama kawan, tetapi tidak memberitahu akan pulang menaiki apa kerana seperti biasanya arwah pulang dengan menaiki bas.

“Saya juga tidak menyangka dia kini pergi buat selama-lamanya namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jasin, di sini.
Malah, katanya, impian anak perempuannya untuk bergelar jururawat juga tidak kesampaian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Zari Affendi melanggar belakang sebelah kanan treler membawa muatan minyak masak sebelum hilang kawalan lalu terbabas.




NEGARA


Kanak-kanak tenggelam depan mata ibu


GAYAH (kanan) dan suaminya, Kamarulzaman Ismail berada di sisi mayat Siti Aisyah di Kampung Belukar Limbat, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Seorang ibu hanya mampu melihat anaknya yang berusia 10 tahun terkapai-kapai sebelum tenggelam di sebuah tali air semasa banjir di Kampung Belukar Limbat di sini semalam.
Gayah Hassan, 35, berkata, ketika kejadian anaknya, Siti Aisyah Kamarulzaman sedang bermain air di depan rumah yang terletak berhampiran tali air itu.
Katanya, tiba-tiba anaknya terkapai-kapai di dalam air namun dia tidak dapat menyelamatkan anak ketiga daripada lima beradik itu kerana arus deras.




Pelajar lemas dalam tali air

Oleh HADZLAN HASSAN
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Anak saya yang periang dan nakal tiba-tiba menjadi diam dan termenung saja semalam (kelmarin). Saya tidak mengesyaki apa-apa hinggalah berlakunya kejadian ini,” kata Gayah Hassan, 35, mengenai anaknya, Siti Aisyah Kamaruzaman, 10, yang dipercayai lemas selepas tergelincir ke dalam tali air sedalam 4.5 meter berhampiran rumahnya di Kampung Belukar Limbat, di sini, pagi semalam.
Menurut Gayah, sebelum kejadian, anak ketiga daripada lima beradik itu bermain air kira-kira tiga meter dari kawasan rumah bersama adik-beradik lain.

Katanya, dia yang berada di rumah turut mengawasi pergerakan anaknya sebelum terlihat Siti Aisyah terkapai-kapai dalam air takungan banjir itu.
“Saya bersama semua anak keluar rumah kira-kira jam 11 pagi dan mereka bermain air di situ. Kira-kira setengah jam kemudian, saya ternampak tangan kirinya terkapai-kapai sebelum tenggelam dalam banjir,” katanya.

Gayah berkata, dia segera mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk mencari anaknya.

“Keadaan air ketika itu deras, menyebabkan saya tidak berani berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. Hanya penduduk yang membantu sebelum mereka menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Hasmadi Jusoh berkata, bomba menerima panggilan daripada orang ramai jam 11.45 sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 10 anggota, termasuk Unit Skuba.

Katanya, sebaik tiba, gerakan mencari diteruskan pasukan terbabit dan mereka menemui mangsa pada jam 1.30 petang di dasar tali air berkenaan.
“Mangsa ditemui kira-kira dua meter dari tempat dia tergelincir dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya.


Pembantu kantin maut bas bergesel treler

09/01/2011 3:26pm

JOHOR BAHRU - Seorang pembantu kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kota Tinggi maut apabila bas kilang yang dinaikinya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 25.5 Jalan Johor Baharu-Jalan Kota Tinggi, malam tadi.
Nor Hazieana Sulaiman, 23, yang duduk di tempat duduk hadapan cedera parah di dada dan mati di tempat kejadian.
Kemalangan pada pukul 8.30 malam itu turut menyebabkan pemandu bas dan enam penumpang lain cedera ringan, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Othman Muhammad Sebot ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian bas yang membawa membawa 30 penumpang itu dari arah Johor Baharu manakala lori treler terbabit dari arah Kota Tinggi. - Bernama


Mayat rakyat Myanmar ditemui di belakang restoran

09/01/2011 1:19pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan cedera di kepala dipercayai mangsa samun di lorong belakang sebuah restoran di Jalan Kuchai Maju 8 di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat Aik Sang, 32, yang berpakaian lengkap itu ditemui pemilik restoran berkenaan yang ingin membuka perniagaannya pada pukul 7.30 pagi.
"Polis menemui dompet yang mengandungi pengenalan diri, wang tunai RM15 serta sarung telefon bimbit dalam poket mangsa yang ditemui terbaring di belakang lorong itu.
"Punca kematian masih tidak dapat dipastikan namun kita percaya mangsa disamun kerana hanya sarung telefon bimbitnya yang ditemui,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment