Berdiam diri
Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my
isma@hmetro.com.my
MEMEY...elak kontroversi
Atas alasan ‘berdiam diri lebih baik’, Memey cuba mengelak usaha wartawan Metro Ahad mendapatkan kenyataannya mengenai kontroversi terbaru melandanya.
Dalam SMS kepada wartawan, Memey berkata, dia tidak mahu lagi melayan isu yang cuba ditimbulkan dan banyak belajar berdepan situasi yang tidak akan ada kesudahan.
Berikut adalah SMS Memey: “Sebelum-sebelum ini pun ada benda sama... akan ada saja cerita yang memburukkan saya bila saya menjawab walaupun hanya untuk mempertahankan diri.
“Pihaknya pasti akan counter back (balas)... that’s why saya cakap berdepan dengannya dan perkara sebegini saya memilih ‘silence’, saya tidak mahu benda ini berpanjangan... saya penat. Banyak perkara penting perlu diutama daripada melayan benda-benda yang tidak berfaedah.” Dipetik dalam berita on-line sebelum ini, Memey menyatakan tidak salah dia menjawab panggilan bagi pihak tunangnya dan bukan kesalahan besar hingga boleh menyebabkan bekas isteri tunangnya marah.
“Selepas sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara itu di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia.
“Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pun, tapi tolong jangan timbulkan sengketa. Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya.
“Perkara ini juga membabitkan maruah saya. Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan supaya dia fikirkan dulu sesuatu perkara secara rasional.” Sebelum ini Abby menerusi laman sosial facebook, Abby Abadi Lurvly Fanpage menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila Memey didakwa menjawab panggilan telefon yang dibuatnya kepada Norman bertujuan menjemput anak mereka ke sekolah.
Abby menyatakan rasa tidak puas hatinya melalui status facebook pada 3 Januari lalu: “Ya Allah pagi2 lg (pagi) dah menyirap... Siap ank (anak) nk (nak) ke sekolah, tggu (tunggu) papanya lambat sgt (sangat), sy (saya) call... suara p angkat, “kejap2 Abg tgh (tengah) siap”... Sy (saya) cam suara tu... Ank (anak) pun kata “eh apasal dia angkat”... Sy (saya) tanya “p gatal, x (tak) malu ke angkat2 cal aku ni? Bangga sgt (sangat) nk (nak) tunjuk dok (duduk) serumah?” dia jawab “bialahh (biarlah)... Sibuk jer” pastu (selepas itu) dia letak... bule camtu (boleh macam itu)? Bukan baru... Lama dah sy (saya) tau (tahu) pasal ni... Mmmmm, cari pasal sungguh... Geliii! Isu berkenaan adalah yang terbaru melanda mereka sejak keruntuhan rumah tangga Abby dan Norman yang didakwa gara-gara hubungan cinta pelakon lelaki terbabit dengan Memey.
Kemuncaknya bila Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, 35, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat pelakon lelaki terbabit di Taman Ukay Perdana, di sini, pada 30 Oktober 2008.
Memey dan Norman bertunang pada September tahun lalu di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Kini, Abby yang juga bekas penyanyi berkumpulan Elite pula dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak, Zulkifli Ariffin, atau Zul, 24, apabila sering kelihatan bersama walaupun masing-masing tidak mengesahkan secara terbuka.
Pengakap maut
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR dan YAHYA AWANG
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
GOH... cedera di kepala.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, pelajar lelaki, Goh Swee Khim, 14, maut di tempat kejadian selepas kepalanya terkena alat berkenaan ketika menyertai program perkhemahan pengakap di sekolahnya.
Bapa mangsa, Goh Cheah Wah, 44, yang ditemui di pekarangan Hospital Taiping (HT) semalam berkata, dia menerima panggilan daripada rakan anaknya kira-kira jam 6.30 pagi semalam yang memaklumkan mengenai kejadian itu menerusi telefon bimbit anaknya.
Katanya, rakan anaknya menghubunginya dan memberitahu anaknya maut selepas terkena takal dan cedera parah di kepala.
“Seketika kemudian, beberapa rakan anak saya yang juga pengakap datang mengunjungi saya di kedai dan memaklumkan perkara sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.
Beliau berkata, ketika kejadian, sekumpulan pengakap yang juga pelajar sekolah berkenaan menyiapkan kemudahan aktiviti ‘flying fox’ di sebuah gelanggang bola keranjang.
“Bagaimanapun, ketika memasang dan meluruskan kabel bagi aktiviti itu, kabel digunakan untuk membina kemudahan itu terputus, menyebabkan takal melantun sebelum mengenai kepala mangsa.
“Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dibawa ke HT untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, pihaknya juga mengesahkan kejadian itu kemalangan biasa dan tiada unsur jenayah. Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan.
No comments:
Post a Comment