Friday, January 14, 2011

BILA KITA ABAIKAN DIDIKAN AGAMA....SEPATUTNYA DISURUH SOLAT UMUR 7 TAHUN DAN PUKUL JIKA TELAH UMUR 10 TAHUN...JIKA ENGGAN BERSOLAT...BEGITU JUGA BAB AURAT...PERGAULAN YANG DIHARAMKAN DAN PUASA....JIKA ABAIKAN JUGA...MAKA KESANNYA KITA YANG TERIMA SENDIRI....BERMAKNA KITA MENZALIMI DIRI KITA SENDIRI...

4 remaja ditahan reman


JEMPOL: Empat remaja yang membunuh Mokhtar Yusof, 71, di Felda Palong 2, dekat sini, kelmarin ditahan polis dalam masa tiga hingga empat jam selepas kejadian dan mereka termasuk seorang cucu mangsa berusia antara 14 hingga 17 tahun.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Superintendan Zazali Hashim, berkata sepasukan polis yang menerima maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi dan menahan keempat-empat suspek dengan kerjasama penduduk kampung.

Menurutnya, kumpulan penjenayah remaja itu ditahan di lokasi tidak jauh daripada rumah mangsa dan polis menemui wang tunai dan barang berharga milik mangsa.
“Polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa. Dengan tertangkapnya empat remaja itu polis percaya kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh singkat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut kejadian itu dan semua suspek kini direman.

Harian Metro difahamkan, cucu mangsa yang terbabit dalam kejadian itu tidak bersekolah dan pernah terbabit kes jenayah.

Sementara itu, orang ramai datang ke perkarangan rumah mangsa selepas berita sedih menimpa pasangan warga emas itu tersebar.

Sepasukan polis Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu kerja penyiasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4544999 atau balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment