NEGARA
Mangsa asid selamat jalani pembedahan
KUALA TERENGGANU – Kanak-kanak mangsa asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, selamat menjalani pembedahan wajah selama kira-kira lima setengah jam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.
Pembedahan membuang parut dan menampal kulit muka itu diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Dr. Najiha Syarida Zakaria dengan dibantu beberapa pembantu perubatan hospital berkenaan.
Menurut ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, anaknya dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 12.30 tengah hari dan dibawa keluar kira-kira pukul 6 petang.
“Alhamdulillah semuanya selamat namun buat masa sekarang, Lin (nama panggilan Nurul) dalam keadaan separuh sedar kesan ubat bius.
“Tetapi dia ada beritahu dia rasa sakit dan merengek bila jururawat nak masukkan ubat,” katanya yang bimbang melihat keadaan Lin menahan kesakitan ketika ditemui di HSNZ semalam.
NEGARA
Anjing ragut nyawa lelaki Ireland
|
|
GEORGE TOWN – Hasrat seorang warga Ireland untuk merakamkan gambar pokok-pokok durian di ladang organik di Teluk Bahang di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila dia diserang dua ekor anjing di ladang itu manakala teman wanitanya pula terpaksa menanggung trauma menyaksikan kejadian tersebut.
Dalam insiden pukul 10 pagi itu, Sullivan Maurice, 50, yang berasal dari Water Port Parie, Ireland mati di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di seluruh anggota badan termasuk putus kedua-dua belah telinga manakala dagunya juga hampir terputus digigit anjing jantan dan betina daripada baka Mongol.
Dua daripada empat ekor anjing itu dikatakan terlepas dari kurungan di ladang itu sebelum menyerang Maurice yang leka merakam gambar pokok-pokok durian di ladang itu.
Kejadian Maurice diserang dua ekor anjing selama kira-kira 10 minit itu disaksikan oleh teman wanitanya, Agnieszka Jablonska, 28, yang berasal dari Poland yang juga leka merakamkan gambar pokok-pokok durian dan itik yang juga diternak di ladang itu.
Masih sayang isteri pertama
|
|
ALOR SETAR – “Saya tidak sanggup lepaskan Siti (Siti Aminah) kerana saya masih sayangkan dia dan mahu pikul tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan menyara anak-anak kami.”
Demikian tegas Saad Hussin, 51, (gambar) suami kepada Siti Aminah Hanapi, 50, yang menerima 46 jahitan di dahi dan pipi kiri selepas ditetak oleh madunya di sebuah rumah di Kampung Baru, Sungai Korok, Jitra dekat sini Jumaat lalu.
Menurut Saad, dia tidak bersetuju dengan permintaan Siti Aminah untuk bercerai kelmarin kerana kasih sayangnya terhadap wanita itu masih kuat.
“Saya tak mahu berpisah kerana masih sayangkan dia malah kami masih ada anak-anak untuk disara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Saad bagaimanapun enggan ditemui pemberita kerana mendakwa sedang sibuk menguruskan persiapan persekolahan tiga anaknya yang masih belajar di tahun dua, tingkatan satu dan lima.
NEGARA
Budak tiga tahun parah terjatuh pangsapuri
|
|
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah blok pangsapuri di Taman Bukit Permai dekat Cheras di sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa dan ibunya baru pulang dari rumah neneknya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika ibu mangsa yang mendukung adik kanak-kanak malang berusia dua tahun itu berhenti di anak tangga untuk memperbetulkan kedudukan anak yang didukungnya.
Selepas itu, wanita tersebut terkejut mendapati anak kedua daripada tiga beradik yang sebelum itu berjalan di depannya telah tiada.
Wanita itu mendakwa dia juga terdengar bunyi seperti objek terjatuh dari tangga dan sebaik ditinjau dia mendapati anaknya itu telah terjatuh dan berada di tingkat bawah.
NEGARA
Datuk tertekan diganggu ah long
JOHOR BAHRU - Ga ra-gara berjudi Internet, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk boleh di- ibaratkan seperti cacing kepanasan apabila menjadi buruan ah long selepas gagal menjelaskan baki wang pinjaman berjumlah RM400,000.
Mangsa yang dikenali sebagai Simon, 36, berkata, dia mula menjadi kaki judi lumba kuda di Internet selepas diperkenalkan permainan judi itu oleh seorang rakannya yang dikenali sebagai Ah Chua.
"Pada pertaruhan per tama, saya memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 menyebabkan saya semakin seronok berjudi di Internet.
"Namun hari-hari berikutnya saya kalah dan saya mula berhutang dengan ah long sehingga jumlah hutang saya mencecah RM700,000," katanya pada akhbar di Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini semalam.
No comments:
Post a Comment