Wednesday, November 7, 2012

JANGAN KITA JADI ASET YANG MENYEBABKAN KITA DIBENCI RAKYAT....DAN ASET YANG ADA PADA KITA....MENYEBABKAN KITA DIHUMBAN DALAM NERAKA....SEBAB ASET YANG ADA DIAMBIL TIDAK MENGIKUT SYARAK ATAU MELANGGAR SYARAK

Chef Riz mengaku sudah bercerai

Posted on the November 8th, 2012 under Artis by admin
KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.
“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.
Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.
Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.
Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.
“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.
Kosmo

Heliza mahu terus nikah

Posted on the November 8th, 2012 under Artis by admin

SEJAK menyertai rancangan Akademi Fantasia 5 (AF 5) pada tahun 2007, ternyata penyanyi, pelakon dan pengacara Nur Heliza Helmi atau Heliza antara yang masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Dengan statusnya sebagai seorang artis wanita bertudung sejak awal kemunculannya, Heliza juga jarang dikaitkan dengan gosip-gosip hangat terutamanya membabitkan hubungan dengan lelaki.
Bagaimanapun, lumrah menempuhi kehidupan sebagai seorang artis yang cantik dan menjadi perhatian umum, ternyata Heliza tidak mampu mengelak daripada dikaitkan dengan kisah kontroversi.

Antara yang menarik perhatian ramai apabila dirinya dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang VIP bergelar Datuk sehingga ditaja untuk menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Heliza Helmi Production.
Tidak mahu orang ramai terutamanya peminat terus-menerus memberikan sebarang persepsi yang negatif, Heliza dengan tegas menyatakan individu yang dimaksudkan itu sekadar rakan niaga dan tidak pernah menaja syarikatnya itu.
“Saya sedar selama ini ramai yang salah sangka dan ada yang menganggap saya telah ditaja oleh individu yang dimaksudkan itu. Pada hakikatnya ia tidak benar dan individu tersebut salah seorang rakan niaga. Dia tidak terlibat dengan syarikat saya terutamanya memberi tajaan.
“Justeru dengan penjelasan ini, saya berharap cerita sebegini tidak lagi ditimbulkan oleh mana-mana pihak,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran Festival Hijab 2012 di Kelana Jaya baru-baru ini.
Menurut Heliza, sehingga kini syarikat yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu masih lagi berfungsi dan menjalankan perniagaan membekal barang-barang dan pengubahsuaian bangunan.
“Ketika mula-mula syarikat ini ditubuhkan saya ada merancang untuk menghasilkan filem, namun perancangan tersebut ditangguhkan dahulu. Saya lebih suka memberikan tumpuan kepada perniagaan yang dijalankan sekarang.
“Tidak dinafikan jadual saya memang padat setiap hari, kerana selain menguruskan syarikat saya juga terbabit dengan pelbagai aktiviti lain seperti menjadi penceramah motivasi dan pengacara televisyen. Mungkin disebabkan itu saya masih lagi tidak mempunyai kekasih,” ujarnya berseloroh.
Bercerita lebih lanjut mengenai statusnya sekarang, Heliza mengaku bahawa sehingga kini dia masih lagi tidak mempunyai teman lelaki dan selesa dengan kehidupan sekarang.
Ditanya sama ada dia teringin untuk berumah tangga memandangkan usianya yang kini sudah mencecah 26 tahun, artis kelahiran Kuala Terengganu itu menyatakan dia memang mahu berumah tangga dan mengakui sudah bersedia bergelar isteri.
“Siapa yang tidak mahu berkahwin, apatah lagi melihat ramai kawan-kawan saya yang sudah berumah tangga. Bagaimanapun, saya anggap semuanya itu terserah kepada jodoh.
“Cuma saya tidak mahu menjadi seperti kebanyakan yang dilakukan golongan muda sekarang iaitu bercinta sebelum berumah tangga. Kalau saya mahu serius dengan seseorang lelaki, saya akan terus kahwin dan kemudian bercinta selepas itu,” jelasnya.
Berkenaan dengan lelaki pilihannya pula, Heliza meletakkan agama sebagai keutamaan dan seorang suami yang akan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai.
Kembali berlakon
Selain bergelar penyanyi dan pengacara, Heliza juga bergelar seorang pelakon dan pernah membintangi sebuah filem berjudul Syurga Cinta dan telefilem Doa Ibu pada tahun 2009.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Heliza tidak lagi muncul di kaca televisyen dan layar perak, seolah-olah dia seperti sudah tidak berminat lagi untuk bergelar seorang pelakon.
Kini, kerinduan peminat untuk melihat Heliza kembali berlakon terubat apabila dia bakal muncul dengan sebuah drama bersiri Warkah Cinta sebanyak 12 episod dan telefilem berjudul Kun Faya Kun.
“Boleh dikatakan saya sudah menyepi dalam dunia lakonan selama tiga tahun, tetapi itu tidak bermakna saya tidak mahu berlakon lagi kerana keinginan itu masih lagi ada.
“Tidak dinafikan sepanjang tempoh tersebut saya masih mendapat banyak tawaran berlakon, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana jadual penggambaran sering bertembung dengan komitmen saya yang lain,” ujarnya.
Mengenai tawaran berlakon pula, Heliza mengakui dia agak selektif dalam memilih setiap tawaran yang diterima dan hanya bersetuju asalkan skrip dan jalan ceritanya sesuai dengan karakter dan penampilannya.
Album sulung
Walaupun dilahirkan daripada sebuah program nyanyian lima tahun yang lalu, sehingga kini Heliza masih lagi belum pernah melahirkan sebuah album penuh.
Menurut Heliza, dia bukannya tidak berminat untuk menghasilkan album terutama buat para peminatnya. Sebaliknya, hasrat untuk menghasilkan album sering tertangguh kerana jadual kerjanya yang agak padat.
“Hanya pada tahun lalu barulah saya berkesempatan menghasilkan tiga buah single iaitu Cuma Aku, Kau Selamanya dan Chord G. Ketiga-tiga lagu tersebut dihasilkan oleh saya sendiri.
“Pada tahun ini pula saya menghasilkan sebuah lagi single yang berjudul Syurga Cinta hasil ciptaan komposer Mohd. Atlas. Mengenai album sulung pula, saya sendiri tidak pasti bila ia boleh dihasilkan, namun perancangan itu tetap ada,” ujarnya.
Mengenai konsep album sulung yang bakal dihasilkan, Heliza menyatakan dia mahu tampil dengan album yang mengandungi lagu-lagu dakwah serta memberi pengajaran kepada pendengar dan sekarang ini dia sedang mencari komposer yang sesuai untuk menghasilkan lagu-lagu sebegitu.
Kosmo

Permohonan Nusyuz Batal, Aidil Zafuan Terpaksa Tanggung Kos

Posted on the November 8th, 2012 under Artis by admin

PETALING JAYA: Hasrat Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak menjadi selepas mahkamah rendah syariah di sini pada Rabu menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut.
Malah lebih malang lagi Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu selaku plaintif diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

“Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).
“Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan,” katanya pada prosiding yang diadakan pada Rabu.

Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu.
Sementara itu Rita, 35, yang berbaju hitam dengan tudung biru hadir ditemani Mohd Ihsan Mohd Daud mewakili peguam syarienya Datuk Mohd Zaidi Zain yang terpaksa menghadiri perbicaraan lain di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan.
Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.
“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).
“Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.
“Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti,” ujarnya.
Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas.
Aidil telah meninggalkan rumah kelaminnya di Sunway Damansara di sini kira-kira lima bulan lalu untuk tinggal berasingan di kediaman yang disediakan oleh pihak ATM di USJ Subang Jaya, di sini.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.
mStarYANG

Saya aset bukan liabiliti, kata Nazri

Posted on the November 8th, 2012 under Politik by admin

KUALA LUMPUR – “Saya aset bukan liabiliti,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan berhubung dakwaan yang beliau adalah benar-benar liabiliti ataupun tidak kepada Barisan Nasional (BN).
Sabtu lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa isu dibawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Nazri dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

Nazri bagaimanapun memberi gambaran tindakan Rafizi itu menjadikan dia sebenarnya adalah ‘aset’ kepada Barisan Nasional memandangkan pembangkang cuba membuat serangan terhadapannya.
“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.
“Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti samada saya ni aset atau liability kepada BN,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Azwanddin turut menyifatkan tindakan Rafizi itu sebagai langkah pemulaan PKR menyerang kerajaan.
Pengerusi JMM itu berpendapat, Nazri sebagai menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani.
“Beliau perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sama sekali tidak mengenali Azwanddin dan menyifatkannya sebagai ahli politik jalanan dan layak disamakan dengan katak yang sering melompat.
“Saya tak tidak hairan dengan kenyataan dia, malah saya tak pandang serius kepada ahli politik jalanan seperti dia. Kalau saya ini liabiliti kepada kerajaan, saya cabar dia bertanding di Padang Rengas dan kita tengok nanti macam mana, rakyat pilih siapa.
“Sebelum ini beliau anggota PKR? Kemudian dia keluar … jadi dia adalah ‘katak’. Jadi saya anggap kenyataannya sebagai tidak relevan,” kata Nazri.
Sinar

Anggota tentera hilang ditemui mati di kawasan paya

Posted on the November 8th, 2012 under Tempatan by admin

SELAMA –Seorang anggota tentera berpangkat koperal yang dipercayai hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, sejak Isnin lalu ditemui mati, hari ini.
Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama di kawasan itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 4.30 petang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, Asisten Superintendan Abd Ghani Zainun berkata, mangsa ditemui terdampar di kawasan paya di sebuah kebun getah kira-kira 0.5 kilometer dari lokasi pusat menyelamat di Ladang Holyroad Rhona.

Menurutnya, ketika kejadian, payung terjun yang digunakan mangsa dipercayai gagal berfungsi.
“Keadaan itu menyebabkan alat berkenaan terbelit di bahagian badan mangsa, bagaimanapun kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selama untuk bedah siasat.
Dengan penemuan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat yang disertai 117 anggota dihentikan serta-merta pada jam 5.30 petang.
Mengulas lanjut, Abd Ghani berkata, mangsa berasal Tamparuli, Sabah, yang bertugas di cawangan Komando Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat itu menjalani latihan penerjunan mengguna pesawat udara CN 235 dengan ketinggian 2,333 meter di kawasan berkenaan bersama 24 anggota lain.
Menurutnya, kehilangan mangsa hanya disedari setelah 23 anggota lain selesai melapor diri kepada Pegawai Latihan Khusus Ketua Ronda sebaik selesai membuat terjunan.
“Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan Isnin lalu kira-kira jam 1.45 petang, sebaik menerima laporan kehilangan mangsa,operasi terpaksa ditamatkan pada jam 7.30 petang akibat keadaan cuaca sebelum disambung pagi tadi,” katanya.
Selain polis, jabatan dan agensi yang terlibat dalam operasi sejak Selasa lalu ialah bomba, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penduduk kampung.
Mangsa dari Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat Kem Sungai Udang, Melaka telah berkhidmat bersama pasukan tentera sejak 1997.
Sinar

Rita Rudaini berjaya permohonan bantah perintah kembali taat

Posted on the November 7th, 2012 under Artis by admin

SUBANG BESTARI – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar berjaya dalam permohonannya membantah perintah kembali taat yang difailkan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Hakim Syarie Saharuddin Selamat membuat keputusan itu, selepas membatalkan permohonan perintah kembali taat oleh Aidil terhadap Rita dengan kos ditanggung oleh Aidil.
Beliau dalam keputusannya berkata, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu atas alasan Aidil tidak menyatakan alamat pemastautin yang tepat di dalam permohonannya itu.

Sebelum itu, Rita memberitahu mahkamah, pihaknya baru dimaklumkan, peguam syarie, Ahmad Nazib Johari yang mewakili Aidil telah menarik diri daripada mewakili Aidil pada 30 Oktober lalu.
Pada prosiding hari ini, Rita diwakili oleh peguam syarie, Mohd Ihsan Mohd Daud yang hadir bagi pihak peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang tidak hadir kerana mengendalikan kes di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.
Sementara Aidil tidak hadir buat kali ketiga tanpa alasan dan wakil.
Aidil, 25, memfailkan perintah kembali taat pada 15 Mei lalu supaya Rita, 36, dan dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah yang disediakan oleh Aidil yang terletak di USJ1 di sini.
Pada tarikh tersebut juga, Aidil menarik balik permohonan cerainya terhadap Rita atas alasan ingin berbaik semula.
Pasangan itu bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil.
Mereka tinggal berasingan sejak lima bulan lalu selepas Aidil dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara di sini.
Sinar

No comments:

Post a Comment