Tuesday, November 6, 2012

KAN ELOK BERCITA2 INGIN BERTAKWA

Aduhai tunangku!

Oleh Haidhar Hilmi
am@hmetro.com.my

SUDAH SIAP...Noor menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan bakal suami.
SUDAH SIAP...Noor menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan bakal suami.
BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.

“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Najwa idam 6A

Oleh Haidhar Hilmi
am@hmetro.com.my

RESTU...Najwa memeluk ibunya   sebelum memasuki dewan peperiksaan.
RESTU...Najwa memeluk ibunya sebelum memasuki dewan peperiksaan.
BATU PAHAT: Artis remaja popular, Najwa Latiff, 17, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini, semalam, mengidam keputusan 6A bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran pada masa depan.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang terkenal menerusi lagu popularnya, Cinta Muka Buku mengakui terpaksa berkorban demi menduduki peperiksaan itu termasuk menangguhkan sebarang aktiviti seninya sejak beberapa bulan lalu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses mengulangkaji pelajaran.
“Ketika membuat rakaman mahu pun persembahan, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sering mencuri masa mengulangkaji pelajaran selain mengikuti tuisyen.

“Seperti pelajar lain, saya juga gugup, namun yakin mampu menjawab semua kertas peperiksaan dengan baik,” katanya.

Najwa antara 192 pelajar calon sekolah itu semalam, menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 di Dewan Seri di sekolah berkenaan.


Lumat digilis

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

MALANG...mayat mangsa ditutup dengan plastik.
MALANG...mayat mangsa ditutup dengan plastik.
RAWANG: Tubuhnya bersepai dan motosikalnya diseret kira-kira 100 meter, namun tiada satu pun kenderaan yang menggilisnya berhenti untuk memberi bantuan atau mengambil tanggungjawab di atas kemalangan yang berlaku.
Itulah nasib malang seorang penunggang motosikal yang maut dalam keadaan menyedihkan akibat kejadian langgar lari di Kilometer 429 Lebuhraya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung, jam 6 pagi semalam.
Sumber polis trafik berkata, kejadian berlaku jam 6 pagi dan mangsa, M Velayutham, 46, dari Ipoh, Perak dipercayai maut akibat digilis beberapa kenderaan.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan paling kanan.

“Mangsa kemudian digilis beberapa kenderaan yang mengekori motosikalnya kerana dipercayai tidak sempat mengelak. Berdasarkan kecederaan pada mayat mangsa dan kerosakan motosikalnya, mangsa mungkin digilis lebih daripada sebuah kenderaan.

Korban pemandu budak 14 tahun

Posted on the November 4th, 2012 under Tempatan by admin
PERODUA Myvi yang terlibat dalam kemalangan meragut empat nyawa di Jasin kelmarin.
JASIN – Tindakan berani seorang pelajar tingkatan dua memandu kereta bapanya mengundang padah apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta menyebabkan dia dan tiga lagi maut dalam nahas di Kilometer 38.5, Jalan Air Panas-Kesang dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kemalangan berlaku pada pukul 11.15 malam.

Mereka yang maut ialah Mohd. Hafiz Helmi, 14; pemandu Perodua Myvi, Mohd. Shahir Mat Sahat, 27, dan dua rakannya, Hairul Nizam Alias, 34, serta Mohammad Izzuddin Usop, 21.
Beliau berkata, kereta Toyota Corolla yang dipandu Mohd. Hafiz dari arah Air Panas ke Kesang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Myvi.
Mohd. Hafiz yang merupakan pelajar tingkatan dua SMK Iskandar Shah, Jasin, dikatakan baru memandu sejauh 700 meter dari rumah mereka di Rumah Awam, Kesang sebelum kemalangan berlaku.
Kosmo

Murid melambung lori langgar bas rombongan

Posted on the November 4th, 2012 under Tempatan by admin
BEGINILAH keadaan bas rombongan murid sekolah yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Batang Benar-Nilai semalam.
NILAI – Kegembiraan 33 murid sebuah sekolah rendah di Jelebu dekat sini mengikuti rombongan ke Perak bertukar duka apabila bas yang mereka naiki dirempuh sebuah lori di Jalan Batang Benar-Nilai berhampiran Stesen Komuter Batang Benar di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, dua murid cedera parah manakala 21 yang lain termasuk tiga guru pengiring cedera ringan.

Mangsa yang cedera parah ialah Mohd. Zarid Farhan, 11, dan Mohd. Najmi Jumaat Ali, 11.
Difahamkan semua murid tahun tiga hingga tahun enam yang belajar di Sekolah Kebangsaan Petaseh itu dalam perjalanan dari sekolah menuju ke Perak untuk lawatan sambil belajar selama sehari.
Dalam kejadian itu, terdapat dua buah bas berasingan lagi yang dinaiki 80 murid dari sekolah yang sama namun tidak terlibat dalam insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusoff Awang berkata, ketika kejadian, semua bas berkenaan menghala ke Nilai sebelum sebuah bas yang berada di hadapan berlanggar dengan sebuah lori yang secara tiba-tiba keluar dari satu simpang.
Katanya, pelanggaran itu menyebabkan lori berkenaan yang membawa muatan batu kerikil terbalik manakala bas terbabit pula terbabas ke sebelah kanan jalan.
“Semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.
Menurutnya, pemandu lori berusia 25 tahun itu cedera ringan dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, seorang mangsa, Mohd. Zamzulkarnain Kudus, 11, berkata, mereka bertolak dari sekolah pada pukul 6 pagi dan semua murid kelihatan sangat teruja menyertai rombongan tersebut.
Kosmo

Bangkai tikus dalam bijirin sarapan

Posted on the November 6th, 2012 under Luar Negara by admin
TIKUS yang ditemui Hunter dalam bijirin Rice Krispies.
LONDON: Seorang lelaki yang kelaparan terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila bijirin Rice Krispies yang ingin disuapnya untuk kali kedua mengandungi tikus mati.
Mark Hunter, 42, bapa kepada dua anak dari Maida Vale, London, terkejut apabila menyudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakan bersama susu. Dia kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, mengeringkannya sebelum menghubungi pengilang makanan itu, Kellog’s.
“Saya sangat bimbang kerana saya sudah pun makan sesudu bijirin itu dan ingin menyuap makanan itu lagi.

“Namun, saya terlihat benda hitam dalam susu, tetapi tidak menyedarinya hingga saya mencedoknya dengan susu,” katanya.
Kellog’s mengakui mereka bimbang dengan apa yang berlaku dan akan pergi ke kediaman Hunter untuk mengambil tikus itu dan menyelidik dari mana ia datang.
Pakar daripada Universiti Liverpool percaya mereka dapat mencari puncanya. Ia bukan kali pertama tikus atau benda lain yang menjijikkan ditemui dalam makanan. – TS

Buang janin depan rumah

Posted on the November 6th, 2012 under Tempatan by admin
Polis melakukan pemeriksaan ke atas janin yang dibuang di hadapan sebuah rumah di Taman Rimba Mutiara, malam kelmarin.
MENTAKAB – Seorang pesara swasta pelik dengan bunyi salakan anjing liar dan terkejut apabila menemui janin dibuang di halaman rumahnya dekat Taman Rimba Rimba Mutiara, di sini, petang kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian tersebut disedari Chee Kong Chow, 57, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin apabila pengadu keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong 6 selepas mendengar sekumpulan anjing liar menyalak.

Menurutnya, polis yang mendapat maklumat kejadian kemudian menghantar pasukan forensik dan mendapati janin berusia di antara empat ke lima bulan itu dibuang di hadapan rumah mangsa.
“Sehingga kini, polis masih belum mengetahui bangsa janin itu, tetapi ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam dengan kaedah pengguguran.
“Polis mengarahkan pegawai dan anggota melakukan pemeriksaan di hospital serta klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut. Polis juga merakam percakapan pengadu dan janin itu akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat setelah siasatan forensik selesai,” katanya, kelmarin.
Zundin berkata, kes buang bayi sangat jarang berlaku di Temerloh dan kejadian semalam akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum mempunyai suspek dan menggesa orang ramai membantu polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.
“Polis mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit,” katanya.
Sinar

Bakal suami ‘ghaib’ dakwa dirompak

Posted on the November 6th, 2012 under Tempatan by admin
NURUL menunjukkan cincin dan persiapan perkahwinannya di Kampung Bagan Darat, Batu Pahat semalam.
BATU PAHAT – Seorang wanita terpaksa menanggung malu dan mengalami kerugian lebih RM20,000 selepas majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan gara-gara lelaki yang bakal menjadi suaminya tidak muncul pada hari pernikahan mereka.
Ekoran tindakan lelaki itu, majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada Jumaat lalu di rumah pengantin perempuan terpaksa ditukar menjadi kenduri kesyukuran.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, 23, dari Kampung Bagan Darat di sini memberitahu, dia mula menyedari dirinya ditipu setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bakal suaminya itu yang menyatakan lelaki itu dirompak di Sungai Dulang dekat sini pada Isnin lalu.
“Sepatutnya dia menyerahkan wang hantaran sebanyak RM12,000 pada Isnin lalu tetapi saya menerima SMS daripadanya mengatakan wang yang dikeluarkan dari sebuah bank sebanyak RM18,000 telah dirompak.
“Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Rengit. Bagaimanapun, ketika membuat laporan polis, dia beritahu hanya dirompak RM8,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Darat di sini semalam.
Kosmo

Subhanallah! Bayi Dalam Perut Bayi

Posted on the November 6th, 2012 under Luar Negara by admin

Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto & Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami Perut Buncit, yang setelah dicheck dianggap Tumor yang harus segera dibedah.
Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.
Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.

Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 – 11:30
Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!
Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.
Berikut adalah gambar-gambarnya. Dari Rtn.Paul – Rotary Club Deli Medan
Sumber


142.7 Kg Emas Disita Daripada Empat Syarikat Pengendali Skim Pelaburan Haram

Posted on the November 6th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Sejumlah 142.7 kilogram emas serta wang tunai dan wang dalam akaun bank berjumlah RM101.92 juta disita dalam serbuan oleh pihak berkuasa ke atas empat premis syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas.
Bank Negara Malaysia, dalam kenyataan bersama dengan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menyebut rekod yang disita menunjukkan sebilangan besar bilangan pelabur telah membayar wang pelaburan namun belum menerima emas yang dibeli sebelum serbuan itu dilakukan, dan dalam kes tertentu, tempoh menunggu untuk mendapatkan emas adalah melebihi lima bulan.
Kenyataan itu juga menyebut agensi penguatkuasa menyedari kesukaran yang dialami pelabur terbabit dan sedang berusaha mengesan penyimpanan wang dan aset syarikat terbabiy.

Sehubungan itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan aliran wang serta aset lain dan sebuah firma perakaunan antarabangsa turut dilantik secara sepenuh masa bagi membantu siasatan.
“Skop penyiasatan adalah bersifat antarabangsa. Dalam hubungan ini, agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu penyiasatan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, siasatan mendapati sesetengah syarikat terbabit tidak mempunyai simpanan rekod yang memuaskan selain gagal menyimpan semua rekod transaksi perniagaan serta kewangan dengan baik dan tepat.
Semua syarikat terbabit mempunyai simpanan rekod kewangan dalam pelbagai versi untuk tujuan berbeza, selain gagal mengemukakan akaun untuk diaudit oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak beberapa tahun lepas, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Kenyataan itu juga menyebut bagi perniagaan, terutama yang melibatkan bilangan pelabur serta jumlah wang besar, penyimpanan rekod transaksi perniagaan yang baik dan tepat adalah sangat penting untuk mengelak daripada berlakunya salah pengurusan kewangan atau memberi gambaran salah berhubung keadaan kewangan sebenar syarikat.
Bulan lepas, Bank Negara bersama tiga agensi penguatkuasa terbabit melakukan serbuan ke atas premis Genneva Malaysia serta kediaman pengarahnya selepas beberapa pelabur yang menjadi mangsa membuat laporan polis. – BERNAMA


Remaja diperkosa lima rakan lama

Posted on the November 5th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR: Pertemuan dengan lima rakan untuk makan malam membawa padah kepada seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia dikurung di sebuah hotel di Chow Kit dan dirogol bergilir-gilir selama tiga hari sebelum diselamatkan pekerja hotel berkenaan, kelmarin.
Mangsa yang berasal dari Datuk Keramat terjumpa lima rakan lamanya yang berasal dari Sabah di ibu kota pada jam 8 malam Khamis lalu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti itu berkata, selepas berbual lima rakannya itu mengajak dia mengikuti mereka dengan menaiki kereta ke kawasan Chow Kit.

Menurutnya, selepas makan mereka menariknya ke sebuah bilik hotel bajet sebelum ditumbuk beberapa kali oleh tiga rakannya hingga pengsan.
“Tidak cukup dengan itu, saya dirogol bergilir-gilir oleh mereka dan dikurung selama tiga hari di dalam bilik itu.
“Sepanjang tempoh itu, saya dirogol mereka beberapa kali dan tidak diberikan makanan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Harian Metro

Kebas RM200,000 dalam 5 minit

Posted on the November 6th, 2012 under Jenayah by admin
ARJUNAIDI (kiri) memperkatakan sesuatu kepada anggotanya ketika menyiasat sebuah bank yang dirompak lima lelaki di Damansara semalam.
PETALING JAYA – Lima penjenayah bersenjatakan pistol hanya mengambil masa selama lima minit untuk melarikan wang RM200,000 dari sebuah bank di Jalan Tanjung SD 13/1, Bandar Sri Damansara di sini semalam.
Kejadian pukul 2.40 petang itu turut menyaksikan seorang pensyarah perakaunan sebuah kolej swasta melalui detik cemas apabila dijadikan tebusan oleh perompak yang memakai topi terbabit.

Rompakan berlaku apabila tiga daripada empat penjenayah tersebut masuk melalui pintu depan sebelum ‘menawan’ dua pengawal keselamatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek masuk selepas menyamar sebagai pelanggan.
Katanya, dua suspek kemudian mencekik dan menghentak kepala pengawal keselamatan yang berada di pintu masuk sebelum melepaskan tiga das tembakan ke arah kaunter untuk menakutkan 10 pelanggan dan 15 pekerja.
“Pada masa sama, seorang lagi suspek meluru ke bahagian belakang lalu melepaskan dua das tembakan amaran untuk menghalang pengawal keselamatan mengambil senjatanya sebelum mengheret mangsa ke tempat simpanan peti besi.
Kosmo

No comments:

Post a Comment