Bunuh bilal solat
Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
razis@hmetro.com.my
DI SINI...Mad Daud menunjukkan kedudukan Abdullah selepas diserang suspek.
TANGKAP...suspek ditahan di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.
Dalam insiden itu, suami Ramlah yang juga seorang bilal, Abdullah Nawang, 77, menemui ajal selepas dipukul di kepala dengan objek keras oleh seorang lelaki ketika menunaikan solat sunat menjelang waktu Subuh di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, di sini, jam 5.40 pagi.
Ramlah berkata, sudah menjadi rutin dia dan suaminya keluar dari rumah pada jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.
“Ketika itu hanya saya dan suami di surau kerana jemaah lain belum tiba. Suami membuka pintu dan lampu manakala saya pula terus ke bahagian solat wanita,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia menjenguk melalui tirai yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita, dia terus meluru mendapatkan Allahyarham yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.
Ular Romi jadi gergasi
Oleh Maria Uffa Zulkafeli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
JINAK...Pak Atan membelai ular sawa peliharaannya diberi nama Gaban.
Reptilia milik Nor Hizan Abd Ghani, 55, atau Pak Atan mula dipelihara dari saiz sepanjang 60 sentimeter pada 2001 selepas anak saudaranya, Romi Nor Izham, (kini 21 tahun) meminta hadiah berkenaan ketika mahu berkhatan.
Pak Atan yang mengusahakan inap desa Kampung Pulau Pisang, Tunjang, di sini, berkata dia berminat memelihara reptilia berkenaan yang diperoleh dari pihak tertentu di Perlis bagi menunaikan hasrat Romi ketika berusia 10 tahun sebagai hadiah.
“Romi meletakkan syarat mahu ular sawa sebagai hadiah sebelum berkhatan, jadi sebagai tanda kasih kepadanya, saya berusaha mendapatkan reptilia berkenaan.
“Ia hanya sepanjang 60 sentimeter ketika diambil dan boleh diletakkan atas tapak tangan serta boleh dibawa ke mana-mana, namun selepas itu saya mengambil tanggungjawab memelihara ular sawa berkenaan memandangkan Romi masih bersekolah ketika itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Pak Atan berkata, ular sawa itu terpaksa diletakkan dalam pelbagai saiz akuarium di rumahnya hingga berusia enam tahun sebelum dimasukkan dalam sebuah sangkar khas dibina di luar rumahnya ketika berusia tujuh tahun hingga sekarang.
“Saya tidak rasa hobi ini satu bebanan kerana turut menjadi minat seluruh ahli keluarga, malah mereka sudah tidak takut dengan Gaban selain menjadi daya tarikan kepada inap desa kami yang sering dikunjungi pengunjung dalam dan luar negeri setiap hari.
Dia bercadang membuat ‘roadshow’ dengan mempamerkan Gaban kepada orang ramai di mana-mana karnival bermula tahun depan.
Sengsara kutuk baju
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
Kejadian ala samseng itu berlaku jam 12.30 tengah malam Isnin lalu, ketika mangsa yang mahu dikenali sebagai Lisa, 18, pertama kali berjumpa wanita itu yang tidak puas hati dengan komennya di fb.
“Saya mengenalinya melalui fb sejak setahun lalu dan kerap berbual di alam siber, namun tidak pernah berjumpa,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Lisa berkata, dia tidak menyangka rakannya di laman sembang sosial sejak setahun lalu itu dengan tiba-tiba terguris hati berhubung komennya yang mengutuk pakaiannya.
Lagipun, katanya, itu bukan pertama kali mereka bergurau seperti itu dan dia bersedia berjumpa apabila wanita berusia 30-an itu masih tidak puas hati biarpun dia beberapa kali meminta maaf.
‘Jangan kata DBKL kejam’
Oleh Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my
mrizanizam@hmetro.com.my
BANTUAN...Raja Nong Chik (kiri) memberi sumbangan Deepavali kepada seorang OKU, semalam.
“DBKL sudah batalkan perjanjian dengan 50 penyewa kerana menyewakan rumah dan sedang mengenal pasti 450 penyewa lagi untuk dikenakan tindakan undang-undang,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Menurut beliau, penyewa di kira-kira 56,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) yang disewa daripada DBKL dengan bayaran RM124 sebulan tidak sepatutnya mengaut untung mudah.
Raja Nong Chik berkata, ada segelintir penyewa PPR dan PPA menyewakan semula rumah berkenaan pada harga lebih tinggi, iaitu antara RM600 hingga RM700 bergantung kepada lokasi.
“Sepatutnya, jika sudah tidak tinggal lagi di rumah terbabit, mereka perlu serahkannya semula kepada DBKL untuk disewakan pula kepada kira-kira 38,000 pemohon yang layak sejak 2005.
“Jangan nanti bila DBKL ambil tindakan, mereka kata kita kejam, sedangkan mereka yang melanggar undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Deepavali kepada 450 keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Keramat Mall, di sini semalam.
Sukiman dalam pada itu berkata, DBKL akan mengeluarkan notis 30 hari kepada kepada 450 penyewa PPR dan PPA sebelum mengunci rumah itu dalam tempoh 14 hari dan merampasnya.
Kebakaran kilang perabot awal pagi bongkar rahsia
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba, Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.27 pagi sebelum api berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.
Menurutnya, dua jentera bersama 20 anggota masing-masing dari balai Subang Jaya dan Seksyen 7, Petaling Jaya serta jentera tangki air dari Shah Alam digegaskan ke tempat kejadian.
“Kebakaran disedari seorang pekerja warga Indonesia yang menghuni di kawasan berhampiran selepas ternampak asap tebal keluar dari kilang yang terbakar.
“Dia kemudian menghubungi pihak bomba dan tindakan pantasnya itu membolehkan kami sampai tepat pada masanya dan dapat mengelak kebakaran lebih besar berlaku berikutan kedudukan premis di situ yang rapat antara satu sama lain.
Mohd Khairi berkata, ketika kejadian tiada sesiapa dalam kawasan itu, namun kilang yang menjadi tempat menghasilkan perabot musnah terbakar 100 peratus “Bahagian tingkat satu yang menempatkan ruang pejabat kilang runtuh dan api marak berjaya dikawal 30 minit selepas itu.
Katanya, Jabatan Forensik Bomba sudah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian, malah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. “Siasatan awal mendapati kilang terbabit tidak mempunyai kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bomba ketika ia dibina dan dipercayai beroperasi secara haram,” katanya.
Twitter Najwa Latif digodam
Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu difahamkan tidak tahu mengenai hal berkenaan dan kakaknya, Syafika, 23, terlebih dulu mengesan insiden itu selepas ada rakan memaklumkan.
“Saya mendapat tahu perkara itu sebaik dihubungi seorang rakan yang memaklumkan ‘tweet’ yang muncul menerusi akaun menggunakan nama @NjwaLatif itu ganjil,” kata Syafika.
Katanya, dia cuba berkomunikasi dan meminta penceroboh berkenaan memulangkan semula kata laluan dan menghentikan aktivitinya, namun ditolak.
Menurutnya, penceroboh itu sangat meminati Najwa dan ingin berkenalan secara rapat. Syafika berkata, memang setakat ini dia belum membuat apa-apa yang membahayakan dan tujuannya hanya untuk berkenalan. “Daripada gaya dia berbalas mesej, saya dapat merasakan dia seorang lelaki,” katanya sewaktu dihubungi Harian Metro, semalam.
Akaun rasmi penyanyi berkenaan dikendalikan sementara Syafika sejak Jun lalu.
Dua tak mengaku buang bayi
Tertuduh, Khairul Amri Che Amri dan Muhamad Affendi Azmi, berusia 18 tahun membuat pengakuan itu ketika didakwa di depan Majistret Zuhair Rosli.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian di Kampung Bohor Rotan Pahit, Simpang Empat antara jam 8.30 hingga 9.30 malam, 24 Oktober lalu.
Sebaik kertas pendakwaan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengangguk faham sebelum meminta dibicarakan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda.
Pendakwaan diwakili Ketua Unit Pendakwaan negeri, Azhar Mokhtar manakala kedua-dua tertuduh diwakili Zuhair Ahmad Zakuan dan Suhaila Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Anak lembu berkaki enam
Mokhsin Lun, 51, berkata, anak lembu itu dilahirkan pada 27 Oktober lalu iaitu sehari selepas Aidiladha.
“Ketika pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari, saya dapati semua lembu ternakan berkumpul di satu sudut di dalam kandang.
“Saya menghampiri dan mendapati anak lembu berkenaan baru dilahirkan, saya terus mengangkatnya untuk ditempatkan di lokasi lain kerana bimbang dipijak lembu dewasa,” katanya, semalam.
Menurut Mokhsin, pada masa sama, dia terlihat sesuatu yang ganjil pada tengkuk anak lembu itu dan mendapati ia sepasang kaki.
Kepala berkecai
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com
djuns@hmetro.com
Sebelum kejadian jam 5.25 petang itu, Voon Teck Hing, 22, membaiki forklif berkenaan dalam keadaan bahagian jentera itu diangkat pada ketinggian kurang dua meter dari lantai.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, tiba-tiba rakan mekanik berkenaan yang memandu forklif terbabit menjerit menyuruh mangsa berundur kerana jentera itu tidak semena-mena menjadi senget.
“Bagaimanapun, mangsa tidak sempat beredar menyebabkan dia dihempap forklif berkenaan. Akibatnya, mangsa cedera teruk dengan kepalanya pecah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.
“Kami mengambil keterangan beberapa pekerja kilang berkenaan untuk membantu siasat,” katanya.
4 pekerja disyaki subahat
MIRI: Empat pekerja syarikat pemasangan paip yang dirompak sekumpulan
penjenayah bersenjatakan senapang patah dan parang sebelum melarikan
RM1.35 juta milik syarikat terbabit, ditahan semalam, kerana disyaki
bersubahat bagi membolehkan perompak melakukan jenayah itu.
Empat lelaki berusia antara 25 dan 40 tahun, termasuk seorang perunding dan mekanik ditahan di Balai Polis Beluru, selepas polis mengambil keterangan mereka.
Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati percanggahan keterangan yang diberi mereka menyebabkan polis menahan mereka untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan dan keterangan empat pekerja terbabit diperlukan bagi memastikan sama ada mereka terbabit atau sebaliknya dalam merancang rompakan berkenaan.
“Kita perlu menjalankan siasatan lanjut termasuk tindakan mereka membawa sejumlah wang yang besar, tetapi tidak memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu,” katanya.
Menurutnya, mereka perlu mengetahui serta bertindak rasional kerana jumlah wang dibawa sangat besar dan memerlukan polis mengiringi bagi mengelak kejadian buruk.
Semalam, Harian Metro melaporkan sekumpulan perompak mengambil masa
tiga minit untuk melarikan RM1.35 juta wang tunai yang sepatutnya
digunakan untuk bayaran gaji pekerja syarikat kontraktor memasang paip
gas dalam rompakan di Jalan Beluru-Lapok, di sini.
Kejadian berlaku pada jam 3.10 petang kelmarin, ketika empat pekerja terbabit yang menaiki Toyota Hilux membawa beg berisi wang tunai itu menuju ke tapak pembinaan di Kem 5 Long Bedian dan Lapok, untuk membayar gaji pekerja.
SELAMA: Misteri kehilangan seorang anggota komando, Koperal Supain
Gane, 27, ketika menjalani sesi latihan payung terjun di Redang Panjang,
Kubu Gajah, di sini, malam Isnin lalu terjawab apabila mayat mangsa
ditemui terbaring dalam keadaan badan terbelit pada tali payung terjun
digunakan.
Mangsa dari Cawangan Komando Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat, Kem Sungai Udang, Melaka dipercayai terhempas dari ketinggian 7,000 kaki ketika menjalani latihan payung terjun bersama 23 anggota komando lain.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak pagi Selasa lalu akhirnya berhasil menemui mayat mangsa kira-kira 500 meter dari lokasi pendaratan payung terjun berhampiran Ladang Holyrood, Bukit Rhona, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, Asisten Superintendan Abd Ghani Zainun berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 4.30 petang, semalam di kawasan hutan berpaya berhampiran kebun getah.
Menurutnya, ketika ditemui, mangsa terbaring dalam keadaan badannya berbelit tali payung terjun digunakan.
“Tidak pasti sama ada payung terjun mangsa berfungsi dengan baik, namun ada kemungkinan mangsa terhempas menyebabkan kecederaan serius,” katanya.
BAGAIMANA CHUA SOI LEK MENGHINA ISLAM
TIDAK ada sebarang peruntukkan khas atau enakmen kepada orang Islam
yang mendakyah individu seagama untuk keluar agama terbabit, seperti
Enakmen Kawalan Pengembangan Agama yang diperuntukkan terhadap orang
bukan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, bagaimanapun perkara itu boleh dimasukkan di bawah peruntukkan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam di pandang hina.
“Di dalam enakmen kita ada sebut, kalau seseorang bukan Islam mendakyah orang Islam untuk keluar Islam, maka ada Enakmen Kawalan Pengembangan Agama, tetapi yang wujud pada hari ini orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agamanya.
“Ia selepas ibu bapa mendidik dan mewariskan agama berkenaan kepada anak-anak. Setakat ini tiada peruntukkan sebegitu, tetapi boleh dimasukkan di bawah peruntukkan menghina agama Islam dan menyebabkan Islam di pandang hina,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin mengetahui mengenai hukuman dari syariat Islam terhadap individu yang meraikan orang Islam untuk keluar Islam.
Mohamad dalam hujahnya turut bimbang situasi itu akan menyebabkan orang Melayu dan agama Islam akan porak-peranda.
Mengulas mengenai perkara itu, Dr Mashitah berkata, mana-mana orang
secara lisan, bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam boleh
dipandang hina boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara
atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu dalam soalan utama dibangkitkan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah) yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal pengeluaran fatwa oleh individu yang tidak diiktiraf dan boleh mengelirukan umat Islam terutamanya istilah ‘kafir Hasbi’.
SHAH ALAM: Gara-gara bernikah menggunakan sindiket, seorang wanita
kini buntu apabila anak perempuannya yang berusia sembilan tahun bukan
saja tidak memiliki sijil kelahiran, tetapi sukar untuk mendaftar
persekolahan apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendakwa surat
nikahnya palsu.
Bagaimanapun, wanita yang ingin dikenali sebagai Niza, 46, berkata, dia bernasib baik kerana anak bongsunya itu masih dibenarkan belajar di sebuah sekolah, di sini, tetapi hanya sebagai status menumpang atas ihsan guru besar sekolah berkenaan.
“Namun ia hanya sementara dan saya tak tahu sampai bila. Anak saya juga tidak layak menerima segala bantuan kerajaan termasuk buku teks disebabkan statusnya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini. Namun, dia pelik kenapa dua lagi anaknya yang berusia 14 dan 17 tahun tidak mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran seterusnya memudahkan mereka untuk mendapatkan kad pengenalan dan mendaftar diri di sekolah kerajaan.
“Sehingga kini, anak bongsu saya itu tidak didaftarkan di sekolah kebangsaan tempatnya belajar kerana guru besar mahukan sijil kelahiran kerana ia prosedur yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Niza berkata, dia sememangnya tidak tahu bahawa surat nikahnya bersama suami adalah palsu sehinggalah dimaklumkan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) beberapa tahun lalu.
Katanya, menurut pegawai terbabit, surat nikahnya tidak mempunyai cop Jais selaku pihak bertanggungjawab mengeluarkan sijil nikah bagi pasangan yang bernikah di Selangor.
“Saya bernikah dengan suami pada 1993, tetapi pernikahan kami
dijalankan di sebuah rumah kedai di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan
dinikahkan oleh seorang jurunikah.
“Disebabkan kurang pengetahuan mengenai prosedur pernikahan yang sepatutnya dipatuhi setiap pasangan, saya hanya mengikuti saja perancangan suami dan lebih meyakinkan, bapa saya turut hadir dan menjadi saksi sewaktu majlis pernikahan berkenaan,” katanya yang kini tidak lagi sehaluan dengan suaminya. Katanya, selepas beberapa bulan, dia menerima sijil nikahnya namun sijil berkenaan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) walaupun pernikahan dijalankan di Kuala Lumpur.
Katanya, dia sudah beberapa kali turun naik ke JPN Selangor untuk
menyelesaikan masalah anaknya, tetapi JPN menetapkan dia perlu
mengemukakan sijil nikah asli sebelum permohonan sijil kelahiran anaknya
dapat dilakukan.
“Disebabkan mahu menyelesaikan dengan segera, saya pergi semula ke Jais dan dimaklumkan bahawa saya perlu mengemukakan saksi seperti yang tertera di dalam sijil nikah asal.
“Bagaimanapun, ia sukar untuk dilaksanakan kerana bapa saya serta semua saksi pernikahan sudah meninggal dunia,” katanya.
Niza berkata, dia berharap masalah yang dihadapinya dapat diselesaikan secepat mungkin kerana bimbang masa depan anaknya akan terjejas kerana tidak memiliki surat beranak sekali gus tidak layak menerima bantuan dan kemudahan yang diberikan kerajaan.
“Saya merayu bantuan mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah ini yang semakin membingungkan saya,” katanya.
ENAM perompak menunggang motosikal berkuasa tinggi merompak kedai emas.
LONDON: Enam perompak mengejutkan orang ramai apabila melakukan rompakan bermotosikal dengan pantas.
Mereka mengenakan pakaian hitam dan topi keledar penuh sambil menunggang tiga motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pusat beli-belah sebaik saja ia dibuka, semalam.
Pembonceng ketiga-tiga motosikal itu melompat turun lalu memecahkan dinding kaca kedai barang kemas menggunakan kapak dan kayu pemukul.
Saksi berkata, perompak itu menunggang motosikal ke bahagian atas menuju ke kedai barang kemas Fraser Hart di pusat beli-belah Brent Cross di utara London.
Mereka dipercayai mengambil jam tangan jenama Cartier dan Rolex serta barang kemas lain sebelum melarikan diri.
Menurut saksi, orang ramai menjadi panik apabila melihat kejadian itu. Ada yang melarikan diri ke pintu keluar manakala beberapa kedai tidak membenarkan pelanggan mereka keluar ketika rompakan itu berlaku.
Michelle Webber, 36, yang berada di situ berkata, dia masuk dari pintu yang digunakan oleh kumpulan itu, berdekatan dengan kedai John Lewis dan New Look.
Katanya, dia masuk kira-kira 10 minit sebelum rompakan itu berlaku dan mendengar seorang lelaki di belakangnya berkata, “Mari mulakan keseronokan.”
Tidak lama selepas itu, Michelle berkata, keadaan di dalam pusat beli-belah itu menjadi tegang.
“Seorang lelaki berlari ke arah kami dan menjerit supaya semua orang keluar. Waktu itu saya terfikir mungkin ada bom dan saya mula teringatkan anak saya dan keluarga. Saya mula ketakutan dan orang ramai mula berlari keluar dalam keadaan panik,” katanya.
Michelle berkata, orang ramai mula berlari ke arahnya dan cuba menjauhkan diri daripada tempat rompakan itu.
“Di sekitar kami, kedai mula ditutup dan barulah kami sedar sesuatu yang serius telah berlaku. Seorang lelaki memberitahu saya ada perompak bermotosikal di bahagian atas memecah kedai emas dengan kapak,” katanya.
Seorang jurugambar, Rick Treister yang dalam perjalanan ke kedai Apple di Brent Cross mendengar suara orang berteriak dan kaca pecah.
Beberapa saat kemudian, tigag motosikal dipecut dengan laju ke arahnya melepasi kedai kasut Clarks.
Katanya, “Saya tidak sempat untuk merasa takut, kejadian itu seperti mimpi.”
“Ia seperti filem James Bond dan anda tidak percaya kejadian seperti ini berlaku dalam pusat beli-belah Brent Cross,” katanya.
Rick terus mengeluarkan telefon bimbit dan berjaya merakam satu gambar.
“Lelaki yang menunggang motosikal di hadapan menjerit sesuatu kepada saya ketika dia melintas di hadapan saya,” katanya.
Katanya, keadaan menjadi huru hara. Wanita yang bekerja di kedai John Lewis menjerit manakala lelaki yang bekerja di kedai emas itu menjerit mengeluarkan kata-kata kesat ke arah perompak. - Daily Mail
LONDON: Seorang pemilik anjing, menyiksa haiwan peliharaannya hingga
mati sebelum mencampakkannya dari balkoni flat tingkat 15 untuk menutup
perbuatan jahatnya.
Dean Edwards, 44, memukul anjing Staffordshire Bull Terrier bernama Diesel berusia dua setengah tahun dengan teruk di rumahnya di Bloxwich, Walsall sehingga menyebabkan organ dalaman haiwan itu mengalami “kecederaan dahsyat”.
Semalam, Dean dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSCPA) dan polis menemui Diesel terbaring berlumuran darah di atas tanah.
Dean mendakwa dia tahu mengenai Diesel yang terbaring selepas diberitahu oleh jirannya. Dia memberitahu jiran, Diesel mungkin tidur di balkoni dan terjatuh.
Polis mengesyaki Dean berbohong kerana mereka menemui tompokan darah anjing di balkoni dan di dalam flat itu. - Daily Mail
LAMPANG: Seorang lelaki memaksa datuk dan neneknya menjual atap rumah
mereka supaya dia dapat menggunakan duit itu untuk membeli dadah.
Penduduk di tambol Ton Thong Chai di daerah Muang memanggil wartawan dan meminta mereka mendedahkan kisah pasangan tua itu.
Mereka berkata, kehidupan Tomkam, 78 dan isterinya, Nangnoi, 73, amat susah. Pasangan itu kini tinggal di rumah kayu dua tingkat tanpa bumbung untuk berlindung.
Pasangan tua itu terpaksa tidur di atas lantai dekat dengan tandas. Lantai di bahagian atas banyak yang berlubang dan apabila hujan, mereka terpaksa menutup tubuh dengan plastik.
Nangnoi berkata, dia terpaksa menjual bumbung dan kayu rumah kerana cucunya, Kitipong, 28, perlukan wang untuk membeli methamphetamine (syabu).
Katanya, cucunya itu akan memukul mereka sekiranya enggan memberikan wang. Pasangan itu menerima pencen sebanyak 700 baht (RM70) sebulan.
Nangnoi berkata, dia telah menjual semua barang kepunyaannya untuk membiayai dadah cucunya.
Katanya, kali terakhir dia tidak mempunyai wang untuk diberi kepada cucunya, Kitipong membuka dan menjual paip bilik mandi.
Menurut pasangan itu, Kitipong melarikan diri ke Chiang Mai selepas mendapat tahu polis memburunya kerana menjual dadah. - BP
BANGKOK: Pemilik sekolah persediaan membunuh isterinya di cawangan
Bank Krung Thai di wilayah Phaya Thai dan kemudian menembak dirinya
sendiri di kepala, semalam.
Polis berkata, Sombat Tanomwajamun, 45, membunuh bekas isterinya Nuttaya Boonyotin, 43, di Bank Krung Thai yang terletak di bangunan Wannasorn.
Sombat, pemilik Akedemi Future, melepaskan tiga tembakan yang menyebabkan Nuttaya mati serta merta, kemudian melarikan diri ke sekolahnya yang terletak kira-kira 200 meter di mana dia cuba bunuh diri. - BP
Empat lelaki berusia antara 25 dan 40 tahun, termasuk seorang perunding dan mekanik ditahan di Balai Polis Beluru, selepas polis mengambil keterangan mereka.
Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati percanggahan keterangan yang diberi mereka menyebabkan polis menahan mereka untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan dan keterangan empat pekerja terbabit diperlukan bagi memastikan sama ada mereka terbabit atau sebaliknya dalam merancang rompakan berkenaan.
“Kita perlu menjalankan siasatan lanjut termasuk tindakan mereka membawa sejumlah wang yang besar, tetapi tidak memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu,” katanya.
Menurutnya, mereka perlu mengetahui serta bertindak rasional kerana jumlah wang dibawa sangat besar dan memerlukan polis mengiringi bagi mengelak kejadian buruk.
Kejadian berlaku pada jam 3.10 petang kelmarin, ketika empat pekerja terbabit yang menaiki Toyota Hilux membawa beg berisi wang tunai itu menuju ke tapak pembinaan di Kem 5 Long Bedian dan Lapok, untuk membayar gaji pekerja.
Jasad komando ditemui terbelit payung terjun
Mangsa dari Cawangan Komando Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat, Kem Sungai Udang, Melaka dipercayai terhempas dari ketinggian 7,000 kaki ketika menjalani latihan payung terjun bersama 23 anggota komando lain.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak pagi Selasa lalu akhirnya berhasil menemui mayat mangsa kira-kira 500 meter dari lokasi pendaratan payung terjun berhampiran Ladang Holyrood, Bukit Rhona, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, Asisten Superintendan Abd Ghani Zainun berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 4.30 petang, semalam di kawasan hutan berpaya berhampiran kebun getah.
Menurutnya, ketika ditemui, mangsa terbaring dalam keadaan badannya berbelit tali payung terjun digunakan.
“Tidak pasti sama ada payung terjun mangsa berfungsi dengan baik, namun ada kemungkinan mangsa terhempas menyebabkan kecederaan serius,” katanya.
BAGAIMANA CHUA SOI LEK MENGHINA ISLAM
Tiada enakmen
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
sab@hmetro.com.my
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, bagaimanapun perkara itu boleh dimasukkan di bawah peruntukkan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam di pandang hina.
“Di dalam enakmen kita ada sebut, kalau seseorang bukan Islam mendakyah orang Islam untuk keluar Islam, maka ada Enakmen Kawalan Pengembangan Agama, tetapi yang wujud pada hari ini orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agamanya.
“Ia selepas ibu bapa mendidik dan mewariskan agama berkenaan kepada anak-anak. Setakat ini tiada peruntukkan sebegitu, tetapi boleh dimasukkan di bawah peruntukkan menghina agama Islam dan menyebabkan Islam di pandang hina,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin mengetahui mengenai hukuman dari syariat Islam terhadap individu yang meraikan orang Islam untuk keluar Islam.
Mohamad dalam hujahnya turut bimbang situasi itu akan menyebabkan orang Melayu dan agama Islam akan porak-peranda.
Terdahulu dalam soalan utama dibangkitkan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah) yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal pengeluaran fatwa oleh individu yang tidak diiktiraf dan boleh mengelirukan umat Islam terutamanya istilah ‘kafir Hasbi’.
Anak mangsa keadaan
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
ekhwan@hmetro.com.my
Bagaimanapun, wanita yang ingin dikenali sebagai Niza, 46, berkata, dia bernasib baik kerana anak bongsunya itu masih dibenarkan belajar di sebuah sekolah, di sini, tetapi hanya sebagai status menumpang atas ihsan guru besar sekolah berkenaan.
“Namun ia hanya sementara dan saya tak tahu sampai bila. Anak saya juga tidak layak menerima segala bantuan kerajaan termasuk buku teks disebabkan statusnya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini. Namun, dia pelik kenapa dua lagi anaknya yang berusia 14 dan 17 tahun tidak mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran seterusnya memudahkan mereka untuk mendapatkan kad pengenalan dan mendaftar diri di sekolah kerajaan.
“Sehingga kini, anak bongsu saya itu tidak didaftarkan di sekolah kebangsaan tempatnya belajar kerana guru besar mahukan sijil kelahiran kerana ia prosedur yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Niza berkata, dia sememangnya tidak tahu bahawa surat nikahnya bersama suami adalah palsu sehinggalah dimaklumkan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) beberapa tahun lalu.
Katanya, menurut pegawai terbabit, surat nikahnya tidak mempunyai cop Jais selaku pihak bertanggungjawab mengeluarkan sijil nikah bagi pasangan yang bernikah di Selangor.
“Disebabkan kurang pengetahuan mengenai prosedur pernikahan yang sepatutnya dipatuhi setiap pasangan, saya hanya mengikuti saja perancangan suami dan lebih meyakinkan, bapa saya turut hadir dan menjadi saksi sewaktu majlis pernikahan berkenaan,” katanya yang kini tidak lagi sehaluan dengan suaminya. Katanya, selepas beberapa bulan, dia menerima sijil nikahnya namun sijil berkenaan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) walaupun pernikahan dijalankan di Kuala Lumpur.
“Disebabkan mahu menyelesaikan dengan segera, saya pergi semula ke Jais dan dimaklumkan bahawa saya perlu mengemukakan saksi seperti yang tertera di dalam sijil nikah asal.
“Bagaimanapun, ia sukar untuk dilaksanakan kerana bapa saya serta semua saksi pernikahan sudah meninggal dunia,” katanya.
Niza berkata, dia berharap masalah yang dihadapinya dapat diselesaikan secepat mungkin kerana bimbang masa depan anaknya akan terjejas kerana tidak memiliki surat beranak sekali gus tidak layak menerima bantuan dan kemudahan yang diberikan kerajaan.
“Saya merayu bantuan mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah ini yang semakin membingungkan saya,” katanya.
Rompakan ala filem James Bond
ENAM perompak menunggang motosikal berkuasa tinggi merompak kedai emas.
Mereka mengenakan pakaian hitam dan topi keledar penuh sambil menunggang tiga motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pusat beli-belah sebaik saja ia dibuka, semalam.
Pembonceng ketiga-tiga motosikal itu melompat turun lalu memecahkan dinding kaca kedai barang kemas menggunakan kapak dan kayu pemukul.
Saksi berkata, perompak itu menunggang motosikal ke bahagian atas menuju ke kedai barang kemas Fraser Hart di pusat beli-belah Brent Cross di utara London.
Mereka dipercayai mengambil jam tangan jenama Cartier dan Rolex serta barang kemas lain sebelum melarikan diri.
Menurut saksi, orang ramai menjadi panik apabila melihat kejadian itu. Ada yang melarikan diri ke pintu keluar manakala beberapa kedai tidak membenarkan pelanggan mereka keluar ketika rompakan itu berlaku.
Michelle Webber, 36, yang berada di situ berkata, dia masuk dari pintu yang digunakan oleh kumpulan itu, berdekatan dengan kedai John Lewis dan New Look.
Katanya, dia masuk kira-kira 10 minit sebelum rompakan itu berlaku dan mendengar seorang lelaki di belakangnya berkata, “Mari mulakan keseronokan.”
Tidak lama selepas itu, Michelle berkata, keadaan di dalam pusat beli-belah itu menjadi tegang.
“Seorang lelaki berlari ke arah kami dan menjerit supaya semua orang keluar. Waktu itu saya terfikir mungkin ada bom dan saya mula teringatkan anak saya dan keluarga. Saya mula ketakutan dan orang ramai mula berlari keluar dalam keadaan panik,” katanya.
Michelle berkata, orang ramai mula berlari ke arahnya dan cuba menjauhkan diri daripada tempat rompakan itu.
“Di sekitar kami, kedai mula ditutup dan barulah kami sedar sesuatu yang serius telah berlaku. Seorang lelaki memberitahu saya ada perompak bermotosikal di bahagian atas memecah kedai emas dengan kapak,” katanya.
Seorang jurugambar, Rick Treister yang dalam perjalanan ke kedai Apple di Brent Cross mendengar suara orang berteriak dan kaca pecah.
Beberapa saat kemudian, tigag motosikal dipecut dengan laju ke arahnya melepasi kedai kasut Clarks.
Katanya, “Saya tidak sempat untuk merasa takut, kejadian itu seperti mimpi.”
“Ia seperti filem James Bond dan anda tidak percaya kejadian seperti ini berlaku dalam pusat beli-belah Brent Cross,” katanya.
Rick terus mengeluarkan telefon bimbit dan berjaya merakam satu gambar.
“Lelaki yang menunggang motosikal di hadapan menjerit sesuatu kepada saya ketika dia melintas di hadapan saya,” katanya.
Katanya, keadaan menjadi huru hara. Wanita yang bekerja di kedai John Lewis menjerit manakala lelaki yang bekerja di kedai emas itu menjerit mengeluarkan kata-kata kesat ke arah perompak. - Daily Mail
Dera sampai mati lalu campak dari tingkat 15
Dean Edwards, 44, memukul anjing Staffordshire Bull Terrier bernama Diesel berusia dua setengah tahun dengan teruk di rumahnya di Bloxwich, Walsall sehingga menyebabkan organ dalaman haiwan itu mengalami “kecederaan dahsyat”.
Semalam, Dean dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSCPA) dan polis menemui Diesel terbaring berlumuran darah di atas tanah.
Dean mendakwa dia tahu mengenai Diesel yang terbaring selepas diberitahu oleh jirannya. Dia memberitahu jiran, Diesel mungkin tidur di balkoni dan terjatuh.
Polis mengesyaki Dean berbohong kerana mereka menemui tompokan darah anjing di balkoni dan di dalam flat itu. - Daily Mail
Paksa nenek jual bumbung rumah
Penduduk di tambol Ton Thong Chai di daerah Muang memanggil wartawan dan meminta mereka mendedahkan kisah pasangan tua itu.
Mereka berkata, kehidupan Tomkam, 78 dan isterinya, Nangnoi, 73, amat susah. Pasangan itu kini tinggal di rumah kayu dua tingkat tanpa bumbung untuk berlindung.
Pasangan tua itu terpaksa tidur di atas lantai dekat dengan tandas. Lantai di bahagian atas banyak yang berlubang dan apabila hujan, mereka terpaksa menutup tubuh dengan plastik.
Nangnoi berkata, dia terpaksa menjual bumbung dan kayu rumah kerana cucunya, Kitipong, 28, perlukan wang untuk membeli methamphetamine (syabu).
Katanya, cucunya itu akan memukul mereka sekiranya enggan memberikan wang. Pasangan itu menerima pencen sebanyak 700 baht (RM70) sebulan.
Nangnoi berkata, dia telah menjual semua barang kepunyaannya untuk membiayai dadah cucunya.
Katanya, kali terakhir dia tidak mempunyai wang untuk diberi kepada cucunya, Kitipong membuka dan menjual paip bilik mandi.
Menurut pasangan itu, Kitipong melarikan diri ke Chiang Mai selepas mendapat tahu polis memburunya kerana menjual dadah. - BP
Tembak isteri di bank sebelum cuba bunuh diri
Polis berkata, Sombat Tanomwajamun, 45, membunuh bekas isterinya Nuttaya Boonyotin, 43, di Bank Krung Thai yang terletak di bangunan Wannasorn.
Sombat, pemilik Akedemi Future, melepaskan tiga tembakan yang menyebabkan Nuttaya mati serta merta, kemudian melarikan diri ke sekolahnya yang terletak kira-kira 200 meter di mana dia cuba bunuh diri. - BP
No comments:
Post a Comment