‘Arwah tiada buat salah’
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SEDIH...Che Yon (kiri) bersama ahli keluarga masih menunggu perkembangan khabar berita mengenai kehilangan suaminya. Gambar kecil, Johari, hilang di laut.
Mayat Muhammad Ridzuan ditemui seorang pemandu bot yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6 petang dalam keadaan terapung dan tertiarap dengan kesan jerut di bahagian leher dan kesan kecederaan di kepala.
Che Yon berkata, dia bertambah runsing apabila suaminya, Johari Talib, 60, yang keluar bersama Muhammad Ridzuan pada 31 Oktober lalu belum ditemui.
Katanya, dua beranak itu bekerja sebagai pengusaha bot penumpang di sekitar Pulau Ketam dan Pulau Indah, di sini, menggunakan bot milik Johari dan bergilir-gilir membawa bot itu. Menurutnya, pada 31 Oktober lalu suaminya keluar dari rumah mereka di Taman Pendamar Indah 2, di sini, untuk bekerja pada jam 7.30 pagi manakala Muhammad Ridzuan yang tinggal berhampiran keluar bekerja pada jam 4.30 petang.
“Namun, sehingga jam 10 malam, mereka tidak pulang-pulang. Saya cuba menghubungi telefon bimbit suami, tetapi ia dimatikan.
Saya membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang memaklumkan kehilangan mereka,” katanya ketika ditemui, di rumahnya semalam. Che Yon berkata, rakan sekerja suaminya ada memaklumkan suaminya ada mendapat panggilan telefon daripada individu meminta mereka mengambilnya di tempat kapal berlabuh di kawasan Pintu Gedong, Pulau Indah, di sini, pada hari kejadian. “Pada hari mereka dilaporkan hilang, rakan sekerja suami beritahu saya, dia ada berselisih ketika dalam perjalanan ke Pintu Gedong. Dia nampak kelibat suami saya memandu bot bersama Muhammad Ridzuan.
Katanya, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon memaklumkan mengenai penemuan mayat anak lelaki keduanya itu sebelum bergegas ke hospital bagi membuat pengecaman mayat.
“Saya hanya berserah kepada Allah agar suami saya pulang dalam keadaan selamat. Saya tahu walaupun peluang untuk suami masih hidup adalah tipis kerana keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang selain tidak makan dan minum.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa dan bapanya dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak keluar rumah pada 31 Oktober lalu.
2 kali disamun dalam 4 bulan
Dalam kejadian jam 5 petang itu, pekerja kedai pakaian dikenali sebagai Ida, 19, berkata, dia tergamam apabila seorang daripada empat lelaki bersenjata parang, kapak dan tukul itu mengacukan parang ke arahnya memintanya tidak masuk campur dan melihat kejadian itu.
Katanya, dia dan beberapa rakan sekerjanya memanggil pelanggan di kedai pakaian itu supaya menyorok di bahagian belakang.
“Kedai tempat saya bekerja berhadapan dengan kedai emas itu. Dari situ, saya dapat melihat dengan jelas tiga daripada empat lelaki terbabit memecahkan kaca ruang pameran barang kemas menggunakan kapak dan tukul sementara seorang lagi berjaga di hadapan kedai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Katanya, perompak itu mengambil masa kurang lima minit melakukan rompakan itu sebelum melarikan diri menaiki dua motosikal Yamaha 125. “Sebelum ini, ketika awal Ramadan, Julai lalu, kedai yang sama turut dirompak lima lelaki. Hari ini (semalam) kejadian itu berulang lagi,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan kumpulan sama menyamun premis berkenaan Julai lalu.
Promoter ugut bunuh diri kekasih tunda kahwin
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, teman lelaki mangsa berusia 28 tahun datang ke rumah mangsa untuk berbincang sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang kecewa dengan tindakan teman lelakinya menunda tarikh perkahwinan yang sepatutnya tahun ini atas sebab tidak diketahui menyebabkan wanita itu tidak boleh menerima kenyataan.
Menurutnya, mangsa kemudian naik ke tingkat 12 dan mengugut teman lelakinya untuk terjun jika lelaki itu tidak mengikut kehendaknya.
“Mangsa memanjat dinding koridor untuk terjun sebelum diselamatkan teman lelakinya. Polis yang tiba tidak lama kemudian membawa kedua-dua mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan,” katanya.
‘Silap cepat kahwin’
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
roses@hmetro.com.my
“Saya berada di pihak yang benar. Sebagai isteri, firasat saya sangat kuat. Saya bukan sebaik manapun, tapi saya tidak perlu takut kerana saya tahu apa yang betul dan apa yang salah. Sebagai isteri, sudah pasti saya kecewa dengan apa yang berlaku, tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya. “Saya akui kami kenal dalam tempoh yang cukup singkat iaitu tiga bulan dan terus ambil keputusan untuk berkahwin. Justeru, saya belajar daripada apa yang berlaku iaitu jangan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Apapun, saya berdoa semoga semuanya berakhir cara baik,” kata pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 29.
Ana berkata demikian ketika diminta mengulas gosip rumah tangganya yang baru berusia 11 bulan dengan bekas juri MasterChef Malaysia yang juga Chef Selebriti, Mohd Nadzri Redzuawan serta lebih mesra disapa Chef Riz, 30, yang dikatakan bergolak ketika ini. Malah, ada laporan dalam blog hiburan yang mendakwa Chef Riz dan Ana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.
Keadaan menjadi semakin panas apabila Chef Riz dikatakan sudah membuat pengakuan di sebuah akhbar mengesahkan pergolakan dalam rumah tangga mereka, baru-baru ini.
Ketika ditanya punca keretakan dalam rumah tangganya mungkin berpunca ada orang ketiga, Ana menafikan dia ada menjalin hubungan dengan lelaki lain atau kembali berhubung dengan bekas teman lelakinya dulu.
“Terus-terang, memang tiada lelaki lain dalam hidup saya. Tapi saya tidak boleh komen sama ada Riz ada orang lain atau tidak hingga menjadi punca masalah rumah tangga kami kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapapun termasuk Riz ataupun keluarga mentua kerana hubungan kami sangat rapat sampai sekarang. “Bapa mentua, Chef Wan juga sudah tahu apa yang berlaku dan sentiasa memberi sokongan pada saya. Saya juga tidak dapat menjawab persoalan sama ada kami masih duduk sebumbung atau saya masih memegang status isteri atau tidak,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri 24 episod, Cinta Itu Milikku yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, semalam. Ana yang berstatus janda berkahwin dengan Chef Riz, anak tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) di kediaman pengantin perempuan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak pada 1 Disember 2011.
Kantoi curi duit masjid
6 November 2012
Remaja berusia 17 tahun itu dipercayai masuk dalam masjid tidak berkunci itu kira-kira jam 8.30 pagi dengan membawa sebatang lidi dan gula-gula getah bagi memudahkannya mengambil wang dalam tabung itu.
Siak masjid, Mohd Tarmizi Zakaria berkata, ketika kejadian, dia yang baru mengemas pinggan mangkuk di bahagian belakang dapur masjid ingin keluar untuk sarapan pagi.
“Sebaik saja tiba di tepi pintu masjid, saya terkejut bila tengok seorang remaja leka cungkil tabung masjid guna lidi dan gula-gula getah,” katanya.
Mohd Tarmizi berkata, setelah menyedari kehadirannya di masjid itu, remaja yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berulang kali memohon maaf kepadanya, sambil menafikan dia cuba mengambil wang tabung itu.
“Pada mulanya dia tak mengaku cuba mencuri wang tabung masjid, namun setelah beberapa kali ditanya, akhirnya remaja itu mengaku kononnya dia baru cuba-cuba belajar mencuri,” katanya.
Mohd Tarmizi berkata, remaja itu tidak menjalankan kegiatan itu seorang diri, sebaliknya ditemani seorang lagi rakannya yang menunggunya di luar.
“Rakan yang berusia 15 tahun itu menunggang motosikal dan apabila mengetahui rakannya dicekup, remaja lelaki itu terus menghilangkan diri,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, hasil maklumat orang awam dan bantuan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) akhirnya, remaja itu dapat diberkas dan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin tindakan lanjut.
Sementara itu, Pengerusi Masjid At-Taqwa Kampung Sungai Puteri, Md Yunus Ramli berkata, kes kecurian tabung masjid perlu dipandang serius bagi mengelakkan kejadian sama terus berulang pada masa depan.
Menurutnya, masjid itu sebelum ini, pernah dijadikan sasaran pencuri selepas dua tabung masjid itu dikebas pihak tidak bertanggungjawab.
“Kita harap kes seperti ini dapat beri kesedaran kepada umat Islam lain agar tidak mencemar kesucian rumah ibadah dengan perlakuan tidak bermoral seperti ini,” katanya.
Buruh dipenjara 9 bulan
6 November 2012
Majistret Noradila Ab Latiff menjatuhkan hukuman itu terhadap Fauzi Mat Nawi, 48, selepas dia mengaku salah.
Fauzi dari Kampung Tanlong, Dungun didakwa mencuri beg tangan warna hitam, milik Noratiqah Najwa Mustaffa, 21, pada Sabtu lalu, kira-kira jam 4.30 pagi di beranda ruang solat wanita Masjid Zainal Abidin.
Berdasarkan fakta kes, Noratiqah Najwa yang baru tiba di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada jam 4.30 pagi telah ke tandas masjid berkenaan sementara menunggu abangnya menjemputnya.
Mangsa meninggalkan beg tangan dan barangannya di beranda ruang solat wanita.
Bagaimanapun, ketika di dalam tandas, penuntut Kolej ICAN itu terdengar bunyi pelik lalu menjengah keluar dan mendapati beg yang ditinggalkan di beranda hilang.
Mangsa kemudiannya ternampak seorang lelaki berlari keluar dari masjid sambil membawa dua beg miliknya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, wang tunai RM108 dan dokumen penting lain.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor L Ratna.
Berdepan penjara 20 tahun
6 November 2012
Tuduhan terhadap remaja berusia 18 tahun itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Dia yang juga seorang buruh itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan ke atas pelajar, Mohamad Haziq Mohammed, 17, di cabang tiga, Kampung Surau Bator, Jelawat, Bachok, 20 Oktober lalu.
Ketika rompakan jam 9.45 malam itu, tertuduh didakwa bersenjatakan pisau sebelum melarikan telefon bimbit jenis Sony Ericsson Experia bernilai RM250 dan wang tunai RM5.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof. Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Dalam perkembangan sama, dia juga menafikan tuduhan bersama seorang yang masih bebas menjual telefon bimbit berkenaan pada jam 5 petang, keesokan harinya.
Susulan itu, Ahmad Bazli membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes bersambung 5 Disember depan.
Kaki janin dimamah anjing
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
fauzie@hmetro.com.my
Janin itu dipercayai dibuang selepas 24 jam dilahirkan dan ditemui seorang lelaki berusia 50-an sejurus dia membuka pintu pagar rumah untuk ke kedai jam 4 petang.
Lelaki itu memaklumkan penemuan itu kepada polis dan Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood berkata, anggotanya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat itu.
Katanya, janin berkenaan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Zundin berkata, hasil bedah siasat di Hoshas pagi semalam, janin itu dianggarkan berusia lima bulan.
Dituduh sebabkan kematian
6 November 2012
Kedua-dua tertuduh berusia 14 tahun itu didakwa menyebabkan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, K Saravannan, 14.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh di dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dan mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Ishak meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM10,000 setiap seorang berserta syarat tambahan.
Bagaimanapun, Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu wang jaminan dikurangkan kerana tertuduh dari keluarga kurang berkemampuan
.
“Ibu tertuduh pertama yang bekerja di kilang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan dan mempunyai anak lain yang masih bersekolah. Sementara bapa tertuduh kedua adalah pekerja buruh dan perlu menyara lima anak,” katanya.
Beliau turut menetapkan 28 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendengar laporan perubatan mangsa.
Pada 25 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini maut selepas dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di Perhentian Bas Pulau Sebang, dekat sini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, R Saravannan, 14, dipukul bertubi-tubi dan dipijak pelajar lain sebelum ditinggalkan terbaring tidak sedarkan diri di tingkat atas perhentian bas berkenaan.
Mangsa dipercayai dipukul dalam keadaan dikerumuni pelajar lain yang bersorak setiap kali mangsa rebah dan pelajar berkenaan terus melarikan diri selepas melihat mangsa tidak sedarkan diri.
'Air macam ombak besar'
6 November 2012
“Kami sekeluarga tidak mampu berbuat apa-apa cuma mampu melihat air deras terus mengakis tanah sehingga menyebabkan kedai itu runtuh awal pagi tadi (semalam),” luah Cik Gun Mohd Sebab, 55, salah seorang penduduk yang terbabit dalam kejadian yang berlaku di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor.
Menurutnya, sewaktu kejadian dia baru saja menutup kedai makan yang diusahakan sejak dua tahun lalu yang terletak bersebelah dengan rumahnya.
“Ketika itu, hujan rintik-rintik namun saya lihat air Sungai Pari yang terletak kira-kira 20 meter dari kedai mengalir deras.
“Air sungai juga mula naik dan mengakibatkan kami termasuk penduduk berhampiran terlalu bimbang untuk tidur malah menunggu di luar rumah masing-masing untuk memastikan semua dalam keadaan selamat.
“Bagaimanapun, lebih kurang jam 4 pagi tadi (semalam) kedai saya dirempuh air yang sangat kuat sehingga menyebabkan ia runtuh,” katanya yang membina kedua-dua kedai itu dengan harga RM20,000.
Katanya, kejadian tersebut adalah yang pertama berlaku selama tujuh tahun menetap di kawasan itu.
“Bukan sahaja kedai saya musnah malah rumah berhampiran turut dimasuki air. Selain itu, tanah di sekeliling rumah juga mulai rebak dan jika hujan lebat berterusan berkemungkinan ia akan memberi kesan kepada kediaman kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chepor Dalam/Klebang, Sukiman Jalil berkata, kejadian arus deras sungai kelihatan sejak jam 11.30 malam sehingga 4.30 pagi semalam.
“Selepas Subuh baru kami lihat jalan terputus sehingga mengakibatkan pengguna tetap jalan ini terpaksa mengikut laluan lain.
“Dua kawasan yang terbabit adalah di RPT Chepor (lima keluarga) dan Desa Seri Chepor (60 keluarga). Seramai 220 keluarga ditempatkan di Dewan Komuniti Desa Seri Chepor buat sementara waktu,” katanya.
Menurutnya, antara pihak yang turun padang membantu termasuklah pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Daerah dan Tanah dan Pejabat Penghulu.
“Malah, dua bot turut digunakan sewaktu memindahkan empat warga emas yang uzur untuk ditempatkan di dewan berkenaan.” katanya.
Dari segi bantuan, Sukiman berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal telah datang memantau kawasan dan pihaknya sedang menyediakan segala dokumen yang diperlukan supaya bantuan dapat disalurkan kepada penduduk.
Katanya, air deras itu berpunca daripada ban pecah yang terletak di Hulu Kuala Kuang dan menyebabkan air dari kawasan tersebut turun dengan laju.
“Berikutan itu, kerja menambak pasir sedang dijalankan menggunakan kren dan selepas selesai ia akan disambung dengan penurapan jalan,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pengguna jalan tersebut, Azri Atan, 34, berkata, jalan tersebut sering digunakan penduduk tempatan sebagai jalan pintas untuk ke tempat kerja.
Dia yang sering berkunjung ke rumah ibu mertuanya di Kampung Chepor Dalam berkata, kejadian terburuk berlaku di kawasan berkenaan.
“Saya berharap pihak yang berkaitan tampil menyelesaikan perkara ini dengan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya.
40 tahun bersabar
Oleh Maria Uffa Zulkafeli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Hasanah antara 147 calon persendirian dari Sekolah Menengah Kebangsaan Langkasuka, Guar Chempedak, di sini, yang menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak.
Nenek kepada tiga cucu itu, berkata dia terharu kerana dapat menduduki SPM dan tidak menjadikan usia sebagai halangan merealisasikan impiannya.
“Selepas tamat darjah enam, saya langsung tidak berpeluang meneruskan pengajian dan bertambah malang apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar menjaga enam adik lain selepas kematian ibu ketika berusia 15 tahun.
“Bagaimanapun, ketika usia 16 tahun, saya pernah beberapa kali menyuarakan hasrat mahu mengambil peperiksaan (ketika itu) Malaysia Certificate of Education (MCE), namun dihalang ayah kerana perlu menjaga ramai adik yang masih kecil,” katanya ketika ditemui, di sini.
Hasanah yang juga guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani, berkata walaupun sudah berusia, keinginan yang tinggi untuk meneruskan impian sejak kecil tidak pernah melenturkan semangatnya.
“Walaupun sedikit gementar, saya mengulang kaji pelajaran seperti biasa termasuk belajar dengan rakan supaya mudah mengingati apa diajar guru dalam kelas,” katanya.
Anjing jejak pembunuh
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, suspek iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun dan bekerja sebagai buruh ditahan di Slim River, Perak ketika sedang bekerja kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Difahamkan, mangsa mengenali suspek yang juga jirannya berdasarkan keadaannya yang memakai topeng muka ketika memecah masuk rumah mangsa selain Unit Anjing Pengesan (K9) polis yang turut melakukan siasatan ke rumah suspek yang terletak berhampiran rumah mangsa.
Beliau berkata, hasil soal siasat polis percaya terdapat seorang lagi suspek yang masih bebas terbabit dalam kejadian itu.
“Kita sudah mengenal pasti suspek terbabit dan gerakan memburu sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, semalam.
Banjir kian buruk
Oleh Mahaizura Abd Malik
metrojb@yahoo.com
metrojb@yahoo.com
Setakat jam 7 malam tadi, 1,832 mangsa membabitkan 477 keluarga ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara apabila kediaman mereka dinaiki air. Batu Pahat masih daerah paling teruk dengan 1,629 mangsa membabitkan 430 keluarga diikuti Ledang (15 mangsa) tiga keluarga dan Kluang, 51 mangsa (13 keluarga).
Tujuh kampung terjejas ialah Kampung Sialang, Tangkak di Ledang; Kampung Sungai Linau, Simpang Renggam, Kluang; Kampung Kolam Air, Simpang Renggam, Kluang; Kampung Baru Sri Gading; Kampung Jawa Parit Sulong; Parit Kuari, Semarang dan Sungai Suloh, Senggarang masing-masing di Batu Pahat.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Johor berkata, lapan lagi pusat pemindahan sementara dibuka di Batu Pahat, Kluang dan Ledang sejak malam kelmarin bagi menempatkan jumlah mangsa yang semakin meningkat.
“Seramai 147 mangsa membabitkan 31 keluarga ditempatkan di Balairaya Parit Yusof, 42 mangsa (12 keluarga) Balairaya Linau Kecil; 311 mangsa (94 keluarga) di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Tiga Serangkai; 63 mangsa (18 keluarga) di Balairaya Kampung Parit Betong; 102 mangsa (28 keluarga) di Balairaya Parit Othman dan 32 mangsa (sembilan keluarga) di Balai Masjid Kampung Sengkuang.
“Selain itu, 152 mangsa (41 keluarga) di Dewan Orang Ramai Parit Sentang Batu; 115 mangsa (34 keluarga) di SK Tiga Serangkai; 184 mangsa (45 keluarga) di SK Sri Chomel; 38 mangsa (13 keluarga) di SK Agama Sri Aman; 44 mangsa (14 keluarga) di SK Kampung Jawa; 91 mangsa (22 keluarga) di SK Agama Sri Binjai; 17 mangsa (tiga keluarga) di SK Bukit Kuari; 218 mangsa (49 keluarga) di SK Sri Gading dan 210 mangsa (48 keluarga) di SK Sungai Suloh, Senggarang.
Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pemindahan pihak berkuasa dan berwaspada sekiranya air menaiki kediaman berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Katanya, selain itu kawasan baru yang terjejas banjir adalah Kampung Baru Sri Gading; Kampung Sri Gading; Kampung Sungai Buloh; Kampung Jawa dan Kampung Parit Kuari.
Menurutnya, kawasan masih terjejas banjir adalah Kampung Parit Gantung; Parit Lapis Laman; Parit Sentang Batu; Parit Othman serta Kampung Sengkuang.
Menteri wanita ada 8 kekasih
Pendedahan mengenai kisah cinta Rachida Dati yang luar biasa itu timbul ekoran pertelingkahan mengenai siapakah bapa kepada anak perempuan wanita berusia 47 tahun itu. Ahli perniagaan dan jutawan, Dominique Desseigne, 68, enggan menjalani ujian DNA selepas dituduh sebagai bapa kepada kanak-kanak perempuan itu. Rachida sudah ke mahkamah untuk cuba membuatkan Desseigne mengakui bahawa dia bapa kepada Zohra, kini berusia tiga tahun hasil hubungan asmara mereka pada 2008. Namun, Desseigne memberitahu majalah Le Mode, hujung minggu lalu bahawa dia adalah seorang daripada ramai lelaki yang menjalin hubungan dengan Rachida. Dia juga tidak tahu jika dia bapa kepada Zohra. Tambahan pula, peguamnya menyarankan dalam bukti bertulis bahawa Rachida terbabit dengan lapan hubungan pada ketika itu. Mereka termasuk hos televisyen, menteri, ketua eksekutif pejabat, Perdana Menteri Sepanyol, adik lelaki kepada Nicolas Sarkozy, Peguam Negara Qatar dan pewaris empayar barangan mewah, lapor majalah itu.
Desseigne kini menolak permohonan Rachida yang dibuat di mahkamah Versailles dekat Paris agar menjalani ujian itu.
Menurut undang-undang Perancis, sesiapa yang diminta menjalani ujian itu boleh menolaknya walaupun Rachida dikatakan mempunyai bukti, termasuk kenyataan bersumpah daripada kakitangannya bahawa Desseigne melawat ‘anak mereka’ secara tetap sejurus selepas dia dilahirkan.
Mereka yang disyaki bapa kepada Zohra pada masa lalu, termasuk sebilangan tokoh masyarakat daripada Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Anzar hingga kepada bekas Perdana Menteri Perancis, Nicolas Sarkozy. Rachida yang terkenal sebagai individu yang suka menonjolkan diri menggalakkan spekulasi dalam sebilangan wawancara di majalah seperti Paris Match di mana dia turut muncul dalam sesi fotografi yang glamor.
Pendedahan terbaru itu akan meningkatkan reputasi ahli politik Perancis dan tokoh masyarakat lain sebagai kaki perempuan yang tidak pernah berhenti menjalin hubungan seks secara haram. Bulan lalu, wanita pertama Perancis sekarang, Valerie Trierweiler didakwa pernah menjadi perempuan simpanan kepada bakal Presiden Parti Sosialis, Francois Hollande dan Menteri Parti Konservatif, Patrick Devedjiana.
Rachida yang berasal daripada keluarga pendatang dari Afrika Utara dan pernah gagal dalam perkahwinannya menjalani kehidupan sebagai wanita solo sejak berusia awal 20-an. Dia menjadi bintang dalam ‘kabinet pelangi’ Sarkozy yang terdiri daripada pelbagai etnik pada 2007 dalam usaha membabitkan golongan minoriti dalam kerajaan, tetapi dipecat pada 2009 kerana didakwa tidak layak memikul tugas diberikan. - DM
No comments:
Post a Comment