Hidup dalam bilik sempit
Oleh NORIAH IDRIS
nori@hmetro.com.my
nori@hmetro.com.my
DAIF... Johari dan Sania reda menjaga tiga anak, termasuk seorang OKU, di bilik sewaan tempat tinggal mereka.
Begitulah penderitaan Sania Taib, 41, bersama suami, Johari Md Salleh, 40, dalam mengharungi kehidupan di ibu kota, termasuk membesarkan anak istimewa berusia 12 tahun yang hanya terlantar sejak lahir.
Wanita berasal dari Taman Datuk Rashid, Kuantan, Pahang itu berkata, walaupun terpaksa bersesak di bilik sempit, dia dan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tabah membesarkan zuriat dalam keadaan serba daif.
“Gaji suami sebagai pengawal keselamatan tidak seberapa dan dengan kudratnya itu, dapatlah kami menyewa bilik sempit ini dengan bayaran RM250 sebulan.
“Kami tidak dibenarkan memasak selain terpaksa berkongsi dua bilik air dengan 10 keluarga lain yang turut menyewa bilik di sini.
“Sebagai isteri, saya harus bijak mengagihkan pendapatan untuk saraan sekeluarga, termasuk makan dan minum setiap hari, serta urusan membawa anak ke klinik dan ubat-ubatannya setiap bulan.
“Lagipun, saya baru dua bulan di Kuala Lumpur. Jika dapat bantuan, sikit sebanyak ia mampu meringankan beban kami,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Selain masalah saraf, Nurasyikin mengalami penyakit jantung berlubang, manakala berat badannya hanya 7.8 kilogram seperti seorang bayi.
Katanya, anak kedua mereka, Mohd Salman, 11, pula terpaksa berhenti sekolah sejak dua tahun lalu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama suami hingga terlantar di hospital.
Menurutnya, walaupun Salman beria-ia mahu meneruskan persekolahan, dia buntu memikirkan cara menyekolahkan anaknya kerana sukar menguruskan surat pertukaran sekolah berikutan terpaksa menjaga Nurasyikin selain faktor desakan hidup.
“Bayangkan, apabila memerlukan air panas, saya terpaksa berjalan sejauh dua kilometer untuk mengambilnya di sebuah masjid serta meninggalkan anak OKU keseorangan di bilik.
“Saya bernasib baik kerana anak kedua kami banyak membantu, misalnya mencuci pakaian dan menjaga adiknya jika saya sakit dan suami pula bekerja,” katanya.
Anak bongsu Sania, Mohd Shafiq, 6, yang sepatutnya bersekolah Januari depan, belum didaftarkan untuk sesi persekolahan di mana-mana sekolah di ibu kota.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana Rumah Sinar Salam, di sini, bersimpati dengan nasibnya dan menghulurkan bantuan berupa makanan dan barangan keperluan harian bagi meringankan beban ditanggung.
Sania berharap ada pihak sudi membantunya mendapatkan rumah sesuai supaya dapat menguruskan keluarga, terutama anak OKU, dalam keadaan lebih selesa.
‘Tiada siapa selain awak’
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED dan YUSMAWATI MHD YUSOF
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
PILU... Liza Fazira, tunang kepada mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Kesang - Bemban.
Lebih memilukan, tragedi hitam itu meleburkan hasrat mangsa, Mohd Shahir Mat Sahat, 27, yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Jun tahun depan.
Dalam kejadian jam 11.15 malam, pekerja kampung itu bersama dua sahabatnya, Hairul Nizam Alias, 34, dan Mohammad Izzuddin Usop, 21, yang menaiki Perodua Myvi dikatakan datang dari Felda Bukit Senggeh menuju ke bandar raya Melaka untuk menikmati burger.
Difahamkan, sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Mohd Shahir dikatakan bertembung dengan kereta Toyota Corolla dipandu Mohd Hafiz Helmi, 14, dari arah bertentangan yang hilang kawalan dan terbabas.
Mohd Shahir dan Mohd Hafis maut di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jasin.
32 murid trauma
Oleh SURAYA ROSLAN
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
KECEMASAN... murid tercedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar.
ROSAK RANCANGAN... beberapa murid menanti untuk diperiksa pegawai perubatan Hospital Tuanku Jaafar.
Kejadian jam 8.30 pagi itu menyebabkan dua murid berusia 11 tahun parah, manakala tiga guru dan pemandu bas yang membawa 29 murid cedera di beberapa anggota badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Difahamkan, bas itu antara empat bas yang dalam perjalanan membawa 112 murid tahun tiga hingga enam Sekolah Kebangsaan (SK) Petaseh, Kuala Klawang mengikuti rombongan sehari ke Perak.
Mangsa, Mohd Zamzurkarnain Kudus, 9, berkata, ketika kejadian dia berbual dengan rakannya di dalam bas sebelum ternampak sebuah lori dipandu laju keluar dari simpang.
“Tiba-tiba lori berkenaan melanggar bahagian depan kiri bas hingga menghasilkan bunyi dentuman kuat, menyebabkan saya dan rakan tercampak dari tempat duduk.
“Sebaik bas berhenti, saya menyedari telinga kiri berdarah dipercayai terkena kaca sebelum kami semua diarah turun,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan HTJS, di sini, semalam.
“Saya tersedar apabila mendengar bunyi hon berterusan sebelum bas bergegar, menyebabkan saya tercampak ke depan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori membawa batu yang mahu keluar simpang untuk ke Nilai hilang kawalan sebelum merempuh badan bas.
“Pemandu lori berusia 25 tahun itu cedera ringan dan kini ditahan bagi membantu siasatan. Saksi kejadian diminta datang ke balai polis berhampiran atau hubungi talian 06-7991222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Tak pernah memandu
Difahamkan, kereta Toyota Corolla yang bertembung dengan Perodua Myvi dinaiki tiga sahabat itu dipandu pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah, di sini, hingga menyebabkan dia tercampak ke tempat duduk penumpang.
Menurut Helmi, dia kali terakhir menemui anak kedua daripada tiga beradik itu, jam 8.30 malam kelmarin, yang memakan mi segera masakannya sendiri di rumah mereka di Taman Kesang Damai, di sini.
“Pada waktu itu, saya tiada melihat perubahan ketara pada dirinya dan turut tidak bercakap apa-apa yang pelik sebelum dia (arwah) keluar dari rumah.
“Saya kemudian melelapkan mata dan tidak mengetahui apa berlaku sebelum tersentak dimaklumkan mengenai kemalangan membabitkan kereta saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Jasin, di sini, semalam.
Kereta pelajar hilang kawalan
JASIN: Tiga sahabat dan seorang pelajar tingkatan dua maut selepas
kereta dinaiki bertembung dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di
Kilometer 38.5 Jalan Air Panas-Kesang, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.15 malam, mangsa yang maut adalah pemandu Perodua Myvi, Mohd Shahir Mat Sahat, 27, bersama dua penumpang yang juga sahabatnya iaitu Hairul Nizam Alias, 34, dan Mohammad Izzuddin Usop, 21.
Kemalangan itu turut mengakibatkan seorang remaja bawah umur yang dipercayai memandu Toyota Corolla, Mohd Hafiz Helmi, 14, dari Taman Kesang Damai, di sini, terbunuh di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Corolla dipandu Mohd Hafiz dari arah Air Panas ke Kesang hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.
“Toyota Corolla itu kemudian bertembung dengan Perodua Myvi dipandu Mohd Shahir bersama Hairul Nizam dan Mohammad Izzudin yang datang dari arah bertentangan.
“Rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua pemandu iaitu Mohd Shahir dan Mohd Hafiz maut di tempat kejadian, manakala Hairul Nizam dan Mohammad Izzuddin meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jasin,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
“Tindakan juga akan diambil terhadap pemilik Toyota Corolla
berkenaan kerana membenarkan orang yang tidak mempunyai lesen memandu
kenderaan itu,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.20 malam kelmarin.
“Sebaik tiba di lokasi, dua mangsa maut di tempat kejadian, yang mana pemandu Perodua Myvi tersepit di tempat duduk pemandu dan seorang remaja terbaring di tempat duduk belakang Toyota Corolla.
“Bagaimanapun, dua lagi mangsa yang kedua-duanya penumpang Myvi parah dan dikejarkan ke hospital, namun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan,” katanya.
TEMERLOH: Mayat buruh binaan yang tergelincir ketika menangkap ikan
di Sungai Semantan, di Kampung Lompat, dekat sini, tengah malam
kelmarin, ditemui tersangkut pada sangkar ikan ternakan penduduk, jam 8
pagi semalam.
Mayat Mohd Khairul Mohd Zain, 32, ditemui sepasukan anggota penyelamat tidak jauh daripada lokasi mangsa dilaporkan jatuh sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah).
Difahamkan, mangsa dihanyutkan air ketika turun memasang jaring dan kehilangannya disedari rakannya selepas dia tiba-tiba tenggelam.
Dalam kejadian jam 11.15 malam, mangsa yang maut adalah pemandu Perodua Myvi, Mohd Shahir Mat Sahat, 27, bersama dua penumpang yang juga sahabatnya iaitu Hairul Nizam Alias, 34, dan Mohammad Izzuddin Usop, 21.
Kemalangan itu turut mengakibatkan seorang remaja bawah umur yang dipercayai memandu Toyota Corolla, Mohd Hafiz Helmi, 14, dari Taman Kesang Damai, di sini, terbunuh di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Corolla dipandu Mohd Hafiz dari arah Air Panas ke Kesang hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.
“Toyota Corolla itu kemudian bertembung dengan Perodua Myvi dipandu Mohd Shahir bersama Hairul Nizam dan Mohammad Izzudin yang datang dari arah bertentangan.
“Rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua pemandu iaitu Mohd Shahir dan Mohd Hafiz maut di tempat kejadian, manakala Hairul Nizam dan Mohammad Izzuddin meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jasin,” katanya di sini, semalam.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.20 malam kelmarin.
“Sebaik tiba di lokasi, dua mangsa maut di tempat kejadian, yang mana pemandu Perodua Myvi tersepit di tempat duduk pemandu dan seorang remaja terbaring di tempat duduk belakang Toyota Corolla.
“Bagaimanapun, dua lagi mangsa yang kedua-duanya penumpang Myvi parah dan dikejarkan ke hospital, namun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan,” katanya.
Mayat di sangkar ikan
Mayat Mohd Khairul Mohd Zain, 32, ditemui sepasukan anggota penyelamat tidak jauh daripada lokasi mangsa dilaporkan jatuh sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah).
Difahamkan, mangsa dihanyutkan air ketika turun memasang jaring dan kehilangannya disedari rakannya selepas dia tiba-tiba tenggelam.
Enggan lahir anak luar nikah
KUALA LUMPUR: Liza, 27, melakukan pengguguran janin buat kali pertama
pada usia 20 tahun ketika masih menuntut di institusi pengajian tinggi
awam di Selangor.
Begitupun, perbuatan wanita ini tidak berhenti setakat itu, sebaliknya dia melakukan tiga pengguguran janin sejak 2005.
Ketiga-tiga pengguguran itu dilakukan Liza kononnya bagi mengelak melahirkan anak luar nikah hasil hubungan terlarang bersama bekas teman lelaki.
“Jika hendak dikenang semula, saya memang menyesal. Namun, apa yang saya boleh lakukan sebab bayi itu akan dilahirkan sebagai anak luar nikah.
“Keluarga pasti marahkan saya. Saya takut ketika itu dan tiada pilihan lain melainkan melakukan pengguguran,” katanya

6,310 hamil hingga Jun
KUALA LUMPUR: Peringatan kepada ibu bapa yang mempunyai anak gadis.
Rekod Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 18 bulan dari Januari
tahun lalu hingga Jun lalu mendapati, seramai 6,310 remaja perempuan
yang hamil dan berdaftar di hospital atau klinik kerajaan tidak
berkahwin, termasuk pelajar sekolah.
Jumlah itu tidak termasuk remaja menggugurkan kandungan secara haram di klinik swasta seluruh negara.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, Dr Safurah Jaafar berkata, seramai 9,082 remaja hamil berusia 10 hingga 19 tahun berdaftar di hospital atau klinik kerajaan, dengan purata 1,500 kes sebulan dari Januari hingga Jun tahun ini.
“Daripada jumlah itu, 2,088 (23 peratus) tidak berkahwin. Tujuh kes kematian remaja hamil dilaporkan dan empat daripadanya tidak berkahwin. Ini menunjukkan risiko kematian di kalangan remaja hamil, khususnya tidak berkahwin, tinggi iaitu 57 peratus.
“Tahun lalu, 18,652 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan kerajaan dengan 4,222 atau 23 peratus daripada jumlah itu tidak berkahwin,” katanya. kepada Metro Ahad.
Beliau berkata, remaja atau pelajar sekolah yang mengandung boleh mendapat perkhidmatan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan atau hospital secara percuma.
“KKM tidak akan menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana pelajar
sekolah, remaja yang mengandung atau menggugurkan anak. Ini di luar
bidang kuasa KKM.
“Namun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan mengikut Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Safurah berkata, masalah pengguguran bayi di kalangan pelajar memerlukan pendekatan menyeluruh semua agensi.
“Di samping KKM, ia memerlukan gabungan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM), jabatan perundangan, jabatan agama dan masyarakat,” katanya.
KUALA LUMPUR:
Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri
menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di
Malaysia sejak tahun yang lalu.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga klinik pakar wanita di ibu kota
dikesan menawarkan khidmat menggugurkan janin kepada pelajar sekolah
yang terbabit dalam hubungan terlarang.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
Jumlah itu tidak termasuk remaja menggugurkan kandungan secara haram di klinik swasta seluruh negara.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, Dr Safurah Jaafar berkata, seramai 9,082 remaja hamil berusia 10 hingga 19 tahun berdaftar di hospital atau klinik kerajaan, dengan purata 1,500 kes sebulan dari Januari hingga Jun tahun ini.
“Daripada jumlah itu, 2,088 (23 peratus) tidak berkahwin. Tujuh kes kematian remaja hamil dilaporkan dan empat daripadanya tidak berkahwin. Ini menunjukkan risiko kematian di kalangan remaja hamil, khususnya tidak berkahwin, tinggi iaitu 57 peratus.
“Tahun lalu, 18,652 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan kerajaan dengan 4,222 atau 23 peratus daripada jumlah itu tidak berkahwin,” katanya. kepada Metro Ahad.
Beliau berkata, remaja atau pelajar sekolah yang mengandung boleh mendapat perkhidmatan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan atau hospital secara percuma.
“Namun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan mengikut Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
“Di samping KKM, ia memerlukan gabungan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM), jabatan perundangan, jabatan agama dan masyarakat,” katanya.
Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar
Harakahdaily, | 05 Nov 2012 |
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.
Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.
Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.
Mudahnya nak gugur!
Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
SIASAT... wartawan Metro Ahad menyamar berkunjung ke klinik yang disyaki menyediakan khidmat pengguguran janin.
Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.
Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.
Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.
“Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut,” kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.
Bayi sudah mati jadi alasan
KUALA LUMPUR: “Pengguguran bayi di Malaysia berada pada tahap tidak
terkawal,” kata Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Sakit Puan Hospital
Columbia Asia, Dr Suhaimi Hassan.
Menurutnya, undang-undang di negara ini tidak pernah membenarkan pengguguran janin, namun ia tidak mampu dikawal disebabkan kebanyakan klinik memberi alasan bayi sudah mati dalam perut.
“Apabila pihak bertanggungjawab melakukan pemeriksaan, mereka memberi alasan berkenaan, sebab itu sukar dikenakan hukuman.
“Selain itu, tiada laporan mengenai kes pengguguran bayi, menyebabkan ia sukar dikawal, seterusnya berleluasa hingga kini,” katanya.
Suhaimi berkata, melalui prosedur biasa di kebanyakan klinik, wanita berusia bawah 18 tahun dikehendaki mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dulu sebelum melakukan pengguguran.
“Jika tiada kebenaran ibu bapa, pihak klinik tidak boleh melakukan pengguguran kerana melanggar peraturan. Namun, sesetengah klinik tidak hirau mengenai kebenaran itu dan terus melakukan pengguguran, asal saja akibatnya ditanggung sendiri.
“Pelajar juga diberi pilihan sama ada melakukan pengguguran melalui
ubat jenis makan atau ‘suppository’ iaitu memasukkannya ke dalam
vagina,” katanya.
Sehari sebelum melakukan pengguguran, wanita dikehendaki berpuasa selain perlu berdepan risiko jika berlaku pendarahan yang banyak ketika proses penyucian.
“Di hospital, biasanya mereka dibius sepenuhnya dan berada dalam
keadaan tidak sedar ketika proses penyucian, manakala di klinik pula
hanya dibius dalam keadaan separuh sedar.
“Perlu diingat, wanita yang melakukan pengguguran berdepan risiko maut ketika mencuci rahim disebabkan boleh berlaku kekurangan darah,” katanya.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana berselisih faham di dalam lif, seorang
remaja perempuan berusia 15 tahun dibogelkan jiran wanitanya di depan
penduduk lain sebelum kemaluannya dijolok dengan paip getah di sebuah
Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi, di sini, kelmarin.
Difahamkan, akibat kejadian itu, mangsa mengalami trauma sebelum melarikan diri ke rumah rakannya di Subang serta membuat laporan polis.
Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fazlin berkata, ketika kejadian jam 1 pagi, dia berselisih faham berhubung bau busuk di dalam lif itu dengan jiran terbabit berusia 20-an.
Menurutnya, wanita itu tiba-tiba mengamuk sebelum menghentak kepalanya ke dinding lif, selain mencucuh mukanya menggunakan puntung rokok.
“Sebaik lif sampai di tingkat bawah, saya cuba melarikan diri tapi gagal.
Menurutnya, undang-undang di negara ini tidak pernah membenarkan pengguguran janin, namun ia tidak mampu dikawal disebabkan kebanyakan klinik memberi alasan bayi sudah mati dalam perut.
“Apabila pihak bertanggungjawab melakukan pemeriksaan, mereka memberi alasan berkenaan, sebab itu sukar dikenakan hukuman.
“Selain itu, tiada laporan mengenai kes pengguguran bayi, menyebabkan ia sukar dikawal, seterusnya berleluasa hingga kini,” katanya.
Suhaimi berkata, melalui prosedur biasa di kebanyakan klinik, wanita berusia bawah 18 tahun dikehendaki mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dulu sebelum melakukan pengguguran.
“Jika tiada kebenaran ibu bapa, pihak klinik tidak boleh melakukan pengguguran kerana melanggar peraturan. Namun, sesetengah klinik tidak hirau mengenai kebenaran itu dan terus melakukan pengguguran, asal saja akibatnya ditanggung sendiri.
Sehari sebelum melakukan pengguguran, wanita dikehendaki berpuasa selain perlu berdepan risiko jika berlaku pendarahan yang banyak ketika proses penyucian.
“Perlu diingat, wanita yang melakukan pengguguran berdepan risiko maut ketika mencuci rahim disebabkan boleh berlaku kekurangan darah,” katanya.
Amukan jiran ganas
Oleh KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
Difahamkan, akibat kejadian itu, mangsa mengalami trauma sebelum melarikan diri ke rumah rakannya di Subang serta membuat laporan polis.
Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fazlin berkata, ketika kejadian jam 1 pagi, dia berselisih faham berhubung bau busuk di dalam lif itu dengan jiran terbabit berusia 20-an.
Menurutnya, wanita itu tiba-tiba mengamuk sebelum menghentak kepalanya ke dinding lif, selain mencucuh mukanya menggunakan puntung rokok.
“Sebaik lif sampai di tingkat bawah, saya cuba melarikan diri tapi gagal.
No comments:
Post a Comment