Monday, October 11, 2010

APA ANG BERLAKU ADA HIKMAH...JANGAN DIBUAT LAGI BENDA YANG MENGUNDANG PADAH

Bas lesap sekelip mata



2010/10/12

MELAKA: “Kira-kira jam 6.44 petang (kelmarin), saya menerima SMS daripada dia (rakannya) memberitahu bas dinaikinya baru melepasi Plaza Tol Ayer Keroh. Kami mengekori bas itu dengan kereta,” kata Nurfaizah Abd Karim, 19, menceritakan detik akhir dua rakannya yang terbunuh dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan 12 orang di Kilometer 222.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan berhampiran Pedas, petang kelmarin.
PILU...ahli keluarga mangsa yang terkorban tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...ahli keluarga mangsa yang terkorban tidak dapat menahan kesedihan.
Rakannya, Nurshapika Baba, 19, dari Jalan Pokok Mangga dan Muhamad Farizuddin Abu Talib, 19, dari Balai Panjang, terbunuh bersama 10 penumpang lain dalam kemalangan membabitkan bas ekspres Delima yang mereka naiki serta beberapa kenderaan lain.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia menghantar SMS kepada Nurshapika bertanya kedudukan bas dinaikinya kerana gagal mengesan bas berkenaan, tetapi tidak membalas dan saya tidak mengesyaki apa-apa.

“Apabila tiada balasan dan masih gagal mengesan bas berkenaan, saya hantar beberapa SMS lagi dan mula tidak sedap hati kerana tetap tidak mendapat balasan,” katanya yang mengekori bas berkenaan sejak ia berlepas bersama dari Terminal Melaka Sentral bersama rakannya, Nurul Baidatul Asyikin Asri, 19, dengan kereta.

Nurfaizah yang ditemui di Hospital Melaka di sini, semalam. berkata Nurshapika dan Muhamad Farizuddin yang enggan menaiki kereta bersamanya, berkeras mahu pulang ke Kuala Lumpur dengan bas.

Difahamkan, kedua-dua mangsa masih menuntut di Universiti Multimedia (MMU), Bukit Beruang, dalam jurusan kejururawatan dan menjalani latihan praktikal peringkat akhir di Hospital Melaka

Menurut Nurfaizah, kedua-dua rakannya itu tidak menunjukkan perubahan sebelum mereka ke Terminal Melaka Sentral untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur dan ketika bas meninggal terminal, mereka melambaikan tangan bagaikan lambaian terakhir.

“Kami berdua hairan kerana gagal mengesan bas berkenaan dan timbul persoalan, sama ada bas itu laju sangat sehingga kami tidak dapat mengejarnya sedangkan ketika itu kenderaan di lebuh raya bergerak perlahan akibat kesesakan. Rupanya kesesakan itu akibat kemalangan membabitkan bas dinaiki rakan kami

 “Terdetik di hati teringatkan kedua rakan yang menaiki bas itu, namun saya tidak pasti sehingga kami memberhentikan kereta di bahu jalan dan menyedari kemalangan itu membabitkan bas ekspres dinaiki Nurshapika dan Muhamad Farizuddin,” katanya.




Ajal lepas merajuk

Oleh Ahmad Saufi Mansor, Meor Riduwan Meor Ahmad, Mohd Nur Asnawi Daud, Iskandar Shah Mohamed, Norfaisal Jahuri, Arifin Salleh dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my
2010/10/12
MELAKA: “Tak sangka, kami ‘lepaskan’ dia sekejap saja, tetapi dia pergi buat selama-lamanya. Itulah kali pertama dia menaiki bas ekspres sepanjang hayatnya, tapi menjadi yang terakhir,” rintih Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18.
SEDIH...Fadzry dan Rohanta memujuk Natasha (dipangku), kelmarin.
SEDIH...Fadzry dan Rohanta memujuk Natasha (dipangku), kelmarin.
Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.

“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam

Jenazah Allahyarham Sharene Sofia dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi semalam, di tanah perkuburan Islam Umbai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, bas ekspres Delima yang membawa 34 penumpang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan lebuh raya dan menghempap beberapa kenderaan menyebabkan 12 terbunuh

Polis mengesahkan 10 yang terbunuh penumpang dan pemandu bas ekpres berkenaan dan masing-masing satu dipercayai pemandu van dan kereta Honda Accord.

Rohata berkata, selepas diizinkan pergi, Sharene Sofia mula berubah menjadi terlalu periang dan suka bermanja dengannya serta keluarga.

“Dia nampak ceria berlebihan dan suka bergurau serta menyakat saya. Malam sebelum menaiki bas, dia meminta tidur bersebelahan kakaknya (Natasha Ernie, 19), tetapi anak sulung saya tidak membenarkannya,” katanya yang kini menetap di Taman Semabok Perdana, dekat sini.

Menurut Rohata, selepas menghantar Sharene Sofia di Terminal Melaka Sentral, dia tidak turun dari kereta, sebaliknya hanya bersalaman ketika menurunkannya berhampiran bas yang mahu dinaiki.

“Selepas itu saya tidak lagi melihat kelibatnya. Bagaimanapun, saya sempat menghubunginya bagi memastikan dia selamat menaiki bas,” katanya.

Rohata berkata, sejam selepas itu, dia menghubungi telefon bimbit anaknya lima kali termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi tidak dijawab.

“Saya bertambah bimbang apabila rakannya yang menunggu di Kuala Lumpur menghubungi memberitahu bas dinaiki Sofia belum tiba.

“Saya dihubungi semula rakannya dan terkejut apabila diberitahu kenderaan dinaiki anak saya terbabit kemalangan.

“Saya menghubungi polis di Negeri Sembilan dan Melaka, namun mereka gagal mengesan nama anak saya dalam senarai mangsa cedera atau terbunuh.

“Kerana tidak sedap hati, saya dan suami terus ke Hospital Melaka bagi mendapatkan maklumat di Jabatan Kecemasan, namun masih gagal,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rohata, apabila tiba di Jabatan Forensik, anggota polis memintanya membuat pengecaman menerusi gambar.

“Alangkah terkejut dan pilunya saya apabila mendapati gambar mayat itu anak saya. Apapun, saya tetap reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya


BILA TIADA TAKWA...UNDANG2 ALLAH

TAK DIJALANKAN.....

Dijel 20 tahun

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/10/12

MIRI: Tindakan seorang anggota polis merogol anak gadis rakan setugasnya tahun lalu, menyaksikan dia menerima ‘habuan’ lumayan apabila Mahkamah Sesyen Miri semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu.
MALU...Razid menutup mukanya ketika dibawa keluar selepas dijatuhi hukuman.
MALU...Razid menutup mukanya ketika dibawa keluar selepas dijatuhi hukuman.
Konstabel Razid Jumat, 25, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang tidak diwakili peguam sekadar menundukkan kepala ketika Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membacakan hukuman ke atasnya.

Awang Krisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat jijik terutamanya bagi seorang polis.

Beliau juga berpuas hati selepas mendengar hujah dan fakta pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.

“Perbuatan terkutuk kamu itu cukup tidak bertanggungjawab kerana kamu merosakkan masa depan mangsa. Hukuman ini memang wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota keselamatan lain, mahupun orang awam,” katanya.

Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan sudah bertaubat

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Oktober tahun lalu di sebuah kediaman kuarters IPD Marudi kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun itu nyenyak tidur.

Dia didakwa menceroboh bilik mangsa menerusi tingkap sambil mengacukan pisau kepada mangsa dan mengarahkannya membuka seluar sebelum merogolnya'

No comments:

Post a Comment