Friday, October 15, 2010

BILA DOSA SUDAH SUDAH TAK TERASA DOSA...SEBAB PIHAK YANG PATUT MENEGUR TUTUP MULUT...BILA PIHAK TUTUP MULUT...MAKA MEREKA MENGGANGGAP XBERDOSA LAGI ATAU HARUS....

"Tiada Niat Hukum Norman & Memey Melalui Media" - Pengadu

KUALA LUMPUR: Pengadu dalam kes khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak pernah berniat mahu menghukum pasangan pelakon itu dengan menggunakan pihak media.
Mohd Yusri Abd Razak, 55, berkata, dia hanya mahu menyindir pasangan itu yang didakwa masih tinggal bersama walaupun baru dicekup oleh penguatkuasa agama.
"Sebenarnya saya menggunakan media kerana tugas wartawan adalah mulia, oleh demikian saya gunakan untuk menyindir," katanya.
Perunding kreatif itu berkata demikian semasa memberi keterangan selaku saksi pendakwaan keenam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Jumaat.
Saksi yang juga merupakan jiran Norman turut membawa beberapa keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Norman dan Memey menafikan tuduhan khalwat terhadap mereka.
Katanya, keratan itu adalah untuk membuktikan penipuan dan pembohongan yang didakwa saksi telah dilakukan oleh pasangan tersebut.
Perbuatan saksi itu dibantah oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Norman dan Memey.
"Saksi tidak boleh mengambil keratan akhbar untuk dijadikan fakta. Saksi seharusnya hanya boleh mengatakan dia pernah membaca keratan itu," katanya dan menambah tindakan tersebut adalah menyalahi prosiding mahkamah.
Mohd Yusri kelihatan agak bengang dengan bantahan tersebut menegaskan tindakannya adalah dengan niat mulia bagi membuktikan pembohongan oleh pasangan yang telah mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Salehan Yatim menerima bantahan tersebut.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 22, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 1.45 pagi dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a)Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.
Mereka kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Muhammad Nazri Basrawi.
Perbicaraan akan bersambung pada 22 Oktober ini




Shila Jelaskan Hubungan Dengan Pemain Bola

PETALING JAYA: Penyanyi Shila, 21, (gambar)mengakui sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak Harimau Muda negara, Haziq Zikri Elias dan sering digosipkan keluar bersama.
Namun begitu, Shila berkata, tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka, malah memberitahu dia dan Zikri lebih senang menjadi kawan rapat.
"Saya dan Zikri hanya sekadar kawan baik sahaja, memang kami selalu keluar bersama-sama malah dia juga sering datang melepak di rumah saya.
"Persahabatan kami bukan berdua tapi kami ada lagi seorang rakan baik perempuan bernama Bella. Mereka berdua baru sahaja pulang dari United Kingdom dan tidak banyak kawan di sini," katanya.
Menurut Shila, dia sukakan dua rakannya itu kerana mereka berfikiran terbuka berbanding rakan-rakan yang kurang memahami kerjayanya sebagai artis.
"Saya senang berkawan dengan mereka sebab pemikiran mereka lain. Mereka lebih terbuka dan tidak cepat merajuk.
"Buat masa ini memang saya selalu keluar membeli belah atau menonton wayang bersama-sama, malah ibu bapa saya sudah percaya jika keluar dengan mereka," katanya.
Bercerita tentang pemain bola sepak, Shila sebelum ini juga dikaitkan dengan pelakon yang juga aktif sukan tersebut, Fizo Omar. Mereka bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan.
Dalam pada itu, Shila turut memberitahu bakal memulakan proses rakaman album terbarunya sedikit masa lagi.
Kali ini dia berharap konsep yang bakal ditonjolkan lebih matang memandangkan usianya sudah menginjak ke alam dewasa



Rating Perkahwinan Angkasawan Negara Di TV3 Raih 3.2 Juta
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu.
SIARAN eksklusif majlis persandingan dan resepsi Angkasawan Negara di TV3 berjaya meraih rating 3.2 juta rakyat pada 10 Oktober lalu.
Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan acara gilang-gemilang di kaca TV dan meraikan detik bersejarah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Dr Harlina Mohd Yunos.
Paparan ekslusif bemula pada hari yang sama, jam 2.00 petang hingga 3.00 petang menerusi program Nona yang dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan. Hampir 1.6 juta penonton mengikuti laporan terkini Fiza yang turut berada di sekitar majlis pernikahan.
Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, persandingan kedua mempelai pada pukul 9 malam dibawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) menampilkan gandingan serasi, Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai pengantara majlis.
Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Datuk Mahadzir Lokman, laporan eksklusif turut menyiarkan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan ‘istana kayangan’ dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra serta selawat dan marhaban ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan berkata TV3 sentiasa peka terhadap kehendak penonton dan sentiasa memberikan hanya yang terbaik kepada mereka.
“Kami amat teruja dengan kejayaan catatan rating tinggi untuk program khas tersebut. Kami sudah menjangkakan jumlah penonton akan meningkat kerana majlis ini memang amat dinantikan oleh penonton setia TV3.
“Populariti Dr. Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan pertama Negara secara tidak langsung menjadikannya sebagai ‘wedding of the year’. Saya bagi pihak TV3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton semua kerana terus setia bersama TV3!,” kata beliau.
Laporan eksklusif majlis resepsi dan persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos ini menampilkan Syarida Shariff (Sherry) sebagai penerbit dan Siti Hatija Yusof yang bertindak sebagai penerbit eksekutif serta turut dibantu oleh tenaga warga kerja Primeworks Studios dan TV3


Kanye West Edar Gambar Bogel?
PENYANYI Rap Kanye West tidak pernah lekang daripada dihimpit gosip.
Terbaru penyanyi lagu Stonger ini dikatakan mengambil gambar bogelnya sendiri dan mengirimkan kepada beberapa perempuan.
Bagaimanapun, foto tersebut telah pun menjadi barang dagangan apabila dibeli dan dijual kepada agensi-agensi media antarabangsa.
"Dia mengirim gambar tersebut kepada beberapa perempuan dan kini gambar tersebut dijual kepada media-media yang memerlukannya," ujar sumber RadarOnline.
Menurut sumber lagi, foto-foto yang tersebar memperlihatkan Kenye bergambar tanpa sebarang pakaian sambil mengenakan kaca mata hitam dan rantai emasnya.
Sebelum ini, penyanyi tersebut pernah membuat kenyataan bahawa ingin beraksi bogel di hadapan kamera


Farhan, Alyah Tidak Lagi Bekerjasama Dengan Pengurus, Sam Kassim

Sam (kiri) dikatakan enggan bekerjasama dengan Alyah dan Farhan kerana masalah disiplin.
PETALING JAYA: Setelah beberapa bulan menguruskan kerjaya seni dua penyanyi, Farhan dan Alyah, pengurus mereka, Sam Kassim tidak lagi bekerjasama dengan mereka.
Khabar angin mengatakan, Sam tidak dapat menguruskan kedua penyanyi tersebut disebabkan disiplin serta masalah komunikasi.
Malah Farhan juga dikatakan tidak membayar pengurusnya itu sehingga membuatkan Sam enggan lagi bekerjasama dengannya.
Jelas Alyah yang sebelum ini juga mempunyai masalah dengan jurumekapnya, dia berharap agar hal ini tidak disalah ertikan kerana perjanjian kontrak selama tiga bulan yang dibuat telah tamat.
"Hubungan antara saya dan Sam masih lagi baik. Cuma dari segi kontrak seperti dipersetujui, saya memberi tempoh tiga bulan percubaan kepada Sam dan akan meneruskan kerjasama kami lagi jika mahu.
"Tapi memandangkan saya bukan dibawah naungan mana-mana label, saya tidak mampu untuk membayar gaji pengurus. Saya perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk karier saya. Jadi saya takut jika saya gagal membayarnya.
"Bayangkan, untuk baju saja saya perlu melaburkan beribu ringgit kerana bukan selalu kita ada penaja. Tambah pula dengan pembikinan klip video, saya perlu melabur puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan hasil terbaik.
"Ingin saya tegaskan disini, kami tidak ada apa-apa masalah pun. Cuma saya ada masalah kewangan. Bukan dari segi kewangan peribadi, tetapi kewangan dari segi karier saya," tegasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Farhan yang juga dihubungi mStar Online menegaskan bahawa dia dan Sam tidak bergaduh seperti yang dikhabarkan.
Menggunakan alasan sama seperti Alyah (tak mampu bayar pengurus), penyanyi lagu Bukan Mimpi itu lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.
"Nak ikutkan saya tak tahu apa perjanjian dia (Sam) dan ayah saya. Cuma saya difahamkan kami bekerja mengikut kepercayaan masing-masing tanpa membabitkan sebarang kontrak.
"Kami tak gaduh pun, cuma tak mampu bayar dia sahaja. Saya faham, dia banyak membantu saya sepanjang empat bulan kami bekerjasama.
"Kebetulan saya sudah ada produk baru untuk diceritakan, jadi ia memudahkan kerjanya untuk memasukkan saya ke mana-mana persembahan pentas. Setakat ini, kami baik. Jika ada hal-hal lain, itu cuma antara saya dan dia sahaja," tegas Farhan.
Farhan berharap agar pihak luar tidak salah sangka terhadapnya memandangkan dia telah menjaga reputasi kerjayanya sepanjang empat tahun dirinya bergelar penyanyi.

No comments:

Post a Comment