NEGARA
Dipindah ke Penjara Sungai Buloh
KUALA LUMPUR - Selepas 46 hari ditahan reman dalam lokap polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya, peguam N. Pathmanabhan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Peguam berusia 41 tahun itu dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh selepas dia bersama tiga pekerjanya, R. Kathavarayan, 30, R. Matan, 20, dan T. Thilaiyalagan, 19, didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dan tiga lelaki lain di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor kelmarin.
Keempat-empat tertuduh tersebut tiba di kompleks penjara itu kira-kira pukul 1 petang kelmarin.
Selain Sosilawati yang menjadi mangsa bunuh, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, turut menerima nasib yang sama dengan Sosilawati.
Pathmanabhan, graduan undang-undang dari Universiti Bond, Australia, ditahan pada 11 September lalu bersama tujuh yang lain ekoran laporan kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya ketika mereka ke Banting bagi melakukan satu urusan perniagaan.
Sebelum didakwa kelmarin, peguam itu bersama tiga pekerja ladang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lokap Balai Polis Putrajaya
NEGARA
Kepala bayi ditimpa siling hospital
IPOH – Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sulung bertukar pilu selepas bayi perempuan yang dilahirkan sihat pada 25 September lalu, didakwa ‘menderita’ akibat kecuaian dua buah hospital.
Bapa bayi terbabit, Sahmani Dolmat, 29, mendakwa sehari selepas isterinya, Nur Aisyah Ahmad Syukri, 21, melahirkan Putri Nursofea Humaira, kepala bayi itu ditimpa serpihan kecil siling di wad bersalin Hospital Batu Gajah yang tiba-tiba jatuh.
“Kejadian itu saya maklumkan kepada ketua jururawat namun tanpa pemeriksaan teliti dia memberitahu anak saya tidak mengalami apa-apa masalah,” katanya di sini semalam.
Sahmani mendakwa, sehingga isteri dan anaknya keluar dari hospital itu tiada rawatan diberikan kepada bayi tersebut.
Menurutnya, kepala bayi itu semakin membengkak selepas majlis mencukur jambul baru-baru ini dan dia telah membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan susulan
NEGARA
Saiful dakwa diliwat tanpa kondom
KUALA LUMPUR – Seorang pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendakwa diberitahu oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bahawa tiada kondom digunakan semasa dia beberapa kali diliwat oleh seorang ‘personaliti berprofil tinggi’ dua tahun lalu.Menurut Dr. Siew Sheue Feng, memang wujud tanda-tanda berlaku penetrasi di bahagian dubur pengadu walaupun tiada penemuan klinikal untuk menyokong kejadian tersebut.
“Ini ekoran penggunaan bahan pelincir yang menyebabkan kemungkinan tiadanya kesan untuk menyokong kejadian tersebut yang berlaku ke atas Saiful.
“Saiful memberitahu saya apa yang berlaku, dia telah diliwat oleh seorang ‘personaliti berprofil tinggi’ selama beberapa bulan. Malah dia turut memberitahu bahawa semasa hubungan seks luar tabii itu terjadi tiada kondom digunakan,” katanya yang hadir sebagai saksi ketiga pendakwaan.
Saksi tersebut memberi keterangan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful di sebuah kondominium di sini pada 26 Jun 2008
NEGARA
'Bayar RM3,000 jika mahu bebas'
|
|
GEORGE TOWN – Keluarga Nur Farlihin Yahya, 20, yang hilang sejak 14 Februari lalu kini semakin bimbang apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan menuntut wang ‘pembebasan’ gadis itu sebanyak RM3,000 daripada individu yang tidak dikenali.
Menurut kakak Nur Farlihin, Fazeliyatun, 30, dia menerima SMS itu kira-kira pukul 2 petang, 11 Oktober lalu iaitu pada hari laporan berita mengenai kehilangan adik bongsunya itu keluar di akhbar.
SMS itu menyebut: “Untuk pengetahuan mak cik sekeluarga, anak mak cik ada sama kami, dan dia sudah jadi keldai kami untuk bawa barang dengan upah yang tinggi. Kalau nak dia keluar dari jadi ahli, mak cik kena bayar RM3,000. Ini syarat keluar ahli”.
Fazeliyatun berkata, selepas menerima SMS daripada talian bernombor 017-9320324 itu, dia cuba menghubungi semula nombor berkenaan tetapi tidak dijawab.
“Sejak itu, kami tidak menerima sebarang panggilan telefon atau SMS daripada adik saya kecuali orang ramai yang ingin memberi bantuan termasuk memberi kata-kata semangat.
“Kami sekeluarga bertambah bimbang dengan nasib yang menimpanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam
NEGARA
Bersekongkol dengan sindiket
KUALA LUMPUR - Sembilan orang termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kelmarin disyaki bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket pemerdagangan antarabangsa.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan berhubung perkara tersebut sedang dijalankan sehingga ke akar umbi.
"Kegiatan (penyeludupan orang) ini boleh memudaratkan keselamatan negara dan siasatan terperinci berhubung perkara ini akan diteruskan.
"Kita harap ia mampu membongkar dan mengekang tindak- tanduk sindiket penyeludupan warga asing," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Warganegara Australia, Chris Bowen
NEGARA
PATI berkampung di tapak semaian
SUNGAI BULOH - Tidak disangka sebuah tapak semaian berhampiran Hospital Sungai Buloh dekat sini rupa-rupanya menjadi perkampungan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kawasan seluas kira-kira empat hektar yang dianggarkan boleh menempatkan lebih 100 penghuni itu agak terselindung daripada pandangan umum.
Mereka bukan sahaja menginap di dalam rumah yang dibina, malah menjadikan longkang berhampiran Plaza Tol Hospital Sungai Buloh sebagai tempat tidur dengan beralaskan papan lapis.
Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 3 pagi semalam, seramai 30 orang warga Indonesia termasuk tujuh wanita berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun diberkas.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Johari Supardi berkata, semua itu terbongkar selepas pihaknya melakukan risikan selama seminggu dengan menyamar sebagai pembeli di tapak semaian tersebut.
"Berdasarkan risikan yang dilakukan, kita menyerbu tapak semaian tersebut dan hasilnya kita memberkas kesemua mereka yang didapati melanggar peraturan antaranya tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan.
"Semua mereka akan ditahan lanjut untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke pusat tahanan," katanya ketika dihubungi semalam
No comments:
Post a Comment