Saturday, October 16, 2010

MARAH MERUPAKAN DARI HASUTAN SYAITAN.....SYAIITAN DIBUAT DARI API...API ADALAH BAHAN UTAMA NERAKA

~~SIFAT PEMARAH DAN PANAS BARAN~~

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

PERASAAN MARAH DALAM ISLAM

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb.....................

Wallahu a'lamu bi al-shawab......

Olih.Tg.Arb
2010.Okt.16.
7.09 malam.

JANGAN TERLALU MARAH
Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah.
Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (seperti contoh anak atau isteri/suami) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar.
CARI KEDAMAIAN JIKA ADA KEMARAHAN
Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah disamping saya dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung.
Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.

No comments:

Post a Comment