Tercampak merata tempat
2010/10/12
Pelajar kolej, Tew Chi Ling, 18, berkata keadaan dalam bas ketika itu amat kelam kabut selepas penumpang yang cedera menjerit kesakitan manakala beberapa yang lain tidak bergerak dipercayai sudah mati.
“Sebelum kemalangan, saya terasa bas yang dipandu seorang lelaki terhoyong-hayang hingga ia gagal dikawal lalu terbalik beberapa kali dan masuk ke laluan bertentangan di sebelah.
“Sejurus selepas kemalangan, saya dapati tangan berdarah dan menggagahkan diri keluar dari bas yang terbalik,” katanya yang ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.
Menurut Tew, dia dan seorang rakan yang menaiki bas berkenaan merangkak keluar untuk menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku.
Dia yang menuntut di sebuah kolej di ibu kota, menaiki bas berkenaan dari Terminal Melaka Sentral kira-kira jam 6 petang selepas pulang bercuti hujung minggu di rumah keluarganya
12 disahkan terbunuh
2010/10/12
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Junaidi Bujang, berkata 10 yang terbunuh adalah penumpang dan pemandu bas ekpres berkenaan dan masing-masing satu dipercayai pemandu van dan kereta Honda Accord.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis, tiga daripada penumpang bas ekspres yang maut itu warga Myanmar.
“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas bas ekspres terbabit berada di lorong kiri dipercayai cuba mengelak sesuatu sebelum hilang kawalan.
“Bas terbabit terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu terbalik dan menghempap Perodua Myvi dan Honda Accord dipandu seorang wanita,” katanya yang ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.
Beliau berkata, pada masa sama, sebuah van dan bas dari arah utara merempuh bas yang terbalik dan melintang lebuh raya
Mangsa terkorban
1. Nushapika Baba, 19, Jalan Pokok Mangga (penumpang bas ekspres)
2. Muhamad Farizuddin Talib, 19, Balai Panjang (penumpang bas ekspres)
3. Sharene Sofea Fadzry Tan, 18, Taman Semabok Perdana (penumpang bas ekspres)
4. Norazmi Abdul Karim, 24, Kampung Pondok Kempas, Selandar, Jasin (penumpang bas ekspres)
5. Azizi Ajis, 20, Kampung Gapis, Nyalas, Jasin (penumpang bas ekspres)
6. R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar (pemandu bas ekspres)
7. Pang Shi Moei, 57, Taman Segar, Segamat (pemandu Honda Accord)
8. Ng Sok Kuan, 52, Batu 10 1/2 Sungai Udang (penumpang bas ekspres)
9. Goo Chuan Heng, 34, Taman Maju, Batu Pahat, Johor (pemandu van)
10. Kam Khaw Tual, 19, Myanmar (penumpang bas ekspres)
11. Pau Khan Tual, 21, Myanmar (penumpang bas ekspres)
12. Cin Thawa Tuang, 21, Myanmar (penumpang bas ekspres)
Dirawat di Hospital Melaka
1. Umar Yusop, 31, Bukit Palah (pemandu bas JKM)
2. Rohana Che Ya, 42, Taman Rambai Jaya
3. Nur Afiqah Abd Rahim, 18, Jalan Seri Kerubong
4. Tan Giin Ling, 18, Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam
5. Nur Shahila Abdullah, 25, Taman Melati, Setapak
6. Kok Ai Wah, 41, Taman Maju, Batu Pahat
Dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)
Cedera ringan
1. Nirsyafarin Razak, 25.
2. Mohd Akhmal Heazam, 22.
3. Teh Lee Lin, 27.
4. Flew Cai Ling, 18.
5. Shanor Amer Ahmad, 19.
6. Lee Siew Lan, 54.
7. Lam Choon Jiat, 20.
8. Aishah Md Noh, 18.
9. Nor Shakira Senai, 23.
10. Song Jai Wang, 23.
11. Hazalizah Parman, 24.
12. Nazilah Ghazali, 19.
13. Mohd Firdaus Yaakub, 19.
14. Liow Sen Ren, 24.
ICU HTJS
15. Lam Fong Weng, 59
(dilaporkan stabil)
Dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur
16. Lee Hang Yee, 27
(dilaporkan stabil)
MELAKA: “Gelagat arwah bertukar menjadi ceria sejak kebelakangan ini walaupun dia seorang pendiam, malah sempat memakaikan dua anak saudaranya jubah majlis konvokesyennya sebelum merakam gambar mereka.
“Saya tidak mengesyaki sebarang perubahan cuma hairan dengan sikapnya itu,” kata Norhafizah Abdul Karim, 28, kakak kepada Norazmi, 24, graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh.
Allahyarham bakal guru bercuti dua bulan, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bertemu rakan dan menguruskan hal berkaitan majlis konvokesyennya di UPSI Jumaat ini.
Menurutnya, Norazmi seolah-olah keberatan menaiki bas itu pada jam 6 petang kelmarin, tetapi tiada pilihan kerana tiket kehabisan walaupun mengikut perancangan mahu menaiki bas pada jam 5 petang. Katanya, mereka sekeluarga sangat sedih kerana Norazmi tidak sempat menggenggam segulung ijazah seterusnya menjadi seorang guru pendidikan seni.
“Semua persiapan majlis konvokesyen sudah dibuat. Malah, baju konvokesyen juga diambil dan bawa balik ke rumah pada 7 Oktober lalu.
“Paling kami sekeluarga sedih, arwah sempat merakam gambar dengan memakaikan baju konvo kepada dua anak saya, Haidi Azely Rashid, 7, dan Puteri Irdina Zuyyin, 3. Dia nampak gembira dan ceria bakal menjadi guru.
“Namun takdir menentukan Norazmi tidak sempat mengambil ijazahnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.
Katanya, dia bersama suaminya, Rashid Hashim, 34, dan anak serta anak saudara menghantar adiknya menaiki bas di Terminal Melaka Sentral, tetapi sebelum itu arwah sempat mengandam pengantin di Batu Berendam, di sini.
“Arwah berjiwa seni dan berbakat dalam bidang mengandam pengantin. Jadi selepas menemani dia mengandam pengantin di Batu Berendam, barulah saya menghantarnya ke Terminal Melaka Sentral kira-kira jam 3 petang.
“Sebelum arwah beli tiket, kami sekeluarga sempat makan bersama. Kemudian kami datang semula ke kereta untuk ambil beg arwah. Tak sangka, selalunya kami tunggu sehingga dia naik bas, namun semalam (kelmarin) terus balik dan tidak rasa nak tunggu,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Abd Karim Jamaludin, 64, yang menetap di Felda Chemomoi, Triang, Pahang, berkata pada mulanya dia tidak mengetahui kejadian sebenar yang menimpa anak keenam daripada tujuh beradik itu kerana tidak dimaklumkan perkara sebenar
“Sebelum itu rakan ada menghubungi kira-kira jam 3 pagi tetapi tidak memberitahu mengenai kemalangan (menimpa anak) tetapi dalam perjalanan ke Melaka, Norhafizah memberitahu kejadian menimpa Norazmi.
“Norazmi adalah anak harapan, malah dia juga masih belum menerima gaji berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Damansara sebelum Aidilfitri lalu,” katanya.
Jenazah Norazmi dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Pondok Kempas, Selandar, Jasin, petang semalam
BATU PAHAT: Kelewatan pihak berkuasa memberi bantuan kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 223 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), petang kelmarin, dikatakan punca ramai mangsa gagal diselamatkan.
Keluarga Goo Chuan Heng, 34, pemandu van yang maut di tempat kejadian sedih perkara terbabit berlaku kerana berpendapat, kematian anak keenam daripada 10 beradik itu dapat dielak sekiranya bantuan perubatan segera diberikan.
Abang mangsa, Goo Chuan Seng, 37, berkata, tidak logik semua mangsa diberikan bantuan selepas kira-kira dua jam kemalangan berlaku sedangkan terdapat hospital di kawasan berhampiran.
“Saya menerima panggilan telefon daripada kakak, Ai Wah, 42, yang turut berada di dalam van ketika kejadian pada jam jam 6.45 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama bapa, Ah Leng, 70 dan ibu, Tan King Choo, 65.
“Kami tiba di Melaka jam 8.30 malam dan disebabkan kesesakan lalu lintas, kami berhenti pada jarak empat kilometer dari lokasi kejadian sebelum menahan motosikal untuk tiba ke sana,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Taman Maju.
Menurut Seng, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat adiknya berada dalam van tanpa diberikan sebarang bantuan sebelum dia sendiri memberanikan diri dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu.
“Ketika itu, saya dapati dia tidak bernyawa tetapi yang menghairankan, mengapa tiada anggota daripada pihak berkaitan menghulurkan bantuan dan mengeluarkannya dari van berkenaan terlebih dulu.
“Saya memandu dari Batu Pahat dan jika diikutkan, jarak saya lebih jauh berbanding mereka yang bertugas bagi membantu mangsa di lokasi,” katanya.
Menurut Seng, selepas semua mayat dikumpulkan pada jam 9.30 malam, ambulans menghantar semua mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, menyebabkan mereka bergegas ke sana.
Katanya, apabila tiba di hospital berkenaan dan menunggu hampir dua jam, dimaklumkan mayat adiknya itu dihantar ke Melaka
Tangan kiri dipotong akibat remuk
2010/10/12
Mangsa, Lee Han Wei, 28, yang cedera parah terpaksa menjalani pembedahan memotong tangan kirinya hingga paras lengan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dipindahkan ke hospital berkenaan dari Hospital Tampin.
Adiknya, Lee Han Seng, 25, yang berasal dari Bertam Hulu, Melaka, berkata dia mengetahui abangnya itu terbabit dalam nahas ngeri berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam apabila dihubungi jururawat dari Hospital Tampin. Bagaimanapun, dia pada mulanya tidak percaya apa yang dikatakan jururawat berkenaan sebelum dia dan keluarga menghubungi teman wanita abangnya dalam bas berkenaan.
Bukan sebab keadaan jalan
2010/10/12
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor berkata, dari segi keadaan jalan, ia mempunyai tiga lorong, iaitu tiga ke utara dan tiga lagi ke selatan selain tembok penghadang jalan yang dibina sememangnya memenuhi piawaian ditetapkan.
“Kemalangan ngeri itu berkemungkinan disebabkan kecuaian pemandu yang dikatakan memandu secara laju sehingga gagal mengawal kenderaan dan bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan.
“Jika keadaan jalan itu sempit dan cerun, ia kemungkinan menjadi punca berlaku kemalangan tragis berkenaan,” katanya selepas sidang media selepas merasmikan persidangan Jalan SeMalaysia 2010 ke-8 di Pusat Persidangan Sunway Piramid, di sini, semalam.
Menurutnya, kementeriannya sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja menaik taraf jalan baru dan sedia ada untuk keselamatan pengguna, namun tumpuan juga perlu diberikan kepada pengguna jalan raya. “Pada tahun ini, kerja menambah baik jalan dilakukan di 30 kawasan ‘bahaya’ yang sering berlaku kemalangan di jalan persekutuan, termasuk 10 lagi di lebuh raya.
“Walaupun kerja menaik taraf membabitkan kos minimum, namun ia memberikan impak tinggi pada keselamatan pengguna apabila sikap pengguna yang enggan mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kadar tol akan dapat dikurangkan sekiranya pihak perbankan dapat menyediakan kaedah pembiayaan yang lebih fleksibel kepada syarikat konsesi lebuh raya
Keluar ikut tingkap
2010/10/12
Seorang jurutera, Nur Shahila Abdullah, 25, iaitu penumpang bas ekspres berkata ketika melalui Batu Berendam sebelum itu, bas berkenaan bergerak perlahan kerana banyak kenderaan.
“Saya yang duduk di kerusi nombor 23 dekat tingkap sebelah kanan, tidak tidur sepanjang perjalanan dan menyedari bas dipandu laju serta sentiasa berada sama ada di laluan tengah atau paling kanan lebuh raya sebaik keluar dari plaza tol itu.
“Tiba-tiba bas melanggar pembahagi lebuh raya dan hilang kawalan lalu berpusing menyebabkan saya terpelanting dari tempat duduk.
“Dalam keadaan sakit pinggang dan luka kecil, saya berjaya keluar dari tingkap yang pecah dibantu orang ramai sebelum menyeberang lebuh raya. Ketika itulah saya dapat lihat keadaan bas serta kawasan kemalangan yang begitu teruk. “Sebelum keluar saya lihat penumpang di sebelah cedera dan berdarah serta tidak bergerak. Ada dua perempuan tersepit dan saya dengar suara orang menjerit,” katanya yang bekerja dengan syarikat kejuruteraan di Batu Caves dan datang ke Melaka untuk bertemu rakan.
Menurutnya, itulah kali pertama dia menggunakan perkhidmatan bas ekspres Delima kerana biasanya dia menggunakan bas Transnasional. “Memang saya akan trauma nak naik bas selepas ini,” katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Sementara itu, pemandu bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Umar Yusop, 31, berkata dia nampak bagaikan satu lintasan datang menyambarnya sebelum dia pengsan.
Lintasan dilihat Umar itu sebenarnya bas ekspres Delima yang terbabas memasuki laluannya di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan berhampiran Pedas, di sini, petang kelmarin.
Umar yang kini dirawat di Hospital Melaka (HM), dalam perjalanan pulang ke Melaka membawa 36 penumpang, iaitu veteran tentera bersama ahli keluarga mereka selepas menghadiri perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dia tidak dapat memastikan masa kejadian, sama ada petang atau malam, tetapi amat bersyukur kerana semua penumpang selamat.
“Saya tidak memandu laju, ikut had laju serta berada di lorong yang betul. Tiba-tiba nampak lintasan datang kepada saya. Lintasan itu sebenarnya bas daripada laluan bertentangan yang memasuki laluan saya. “Alhamdullilah, saya tidak pandu laju, mungkin sebab itu semua penumpang saya selamat
MELAKA: Kerajaan negeri menanggung semua kos pengurusan jenazah mangsa kemalangan maut membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 222.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan berhampiran Pedas, petang kelmarin.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, setiap keluarga mangsa terkorban diberi bantuan kewangan RM1,000 bagi tujuan itu.
Menurutnya, selain itu mangsa cedera teruk akan diberi bantuan RM1,000 manakala bagi mereka cedera ringan menerima RM500.
“Saya sudah memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Wira Omar Kaseh) untuk menguruskannya. Sebaik proses pengecaman (mayat) selesai dijalankan, kita akan salurkan bantuan ini,” katanya di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka, awal pagi semalam.
Mohd Ali yang tiba selepas tengah malam berikutan terperangkap tiga jam dalam kesesakan akibat kemalangan itu turut menemui beberapa keluarga magsa sambil mententeramkan mereka yang hiba dan amat tertekan.
Sambil melahirkan rasa simpati, Mohd Ali menyifatkan kemalangan itu adalah paling dahsyat kerana mengorbankan banyak nyawa khususnya penduduk negeri ini.
Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya pihak berkuasa memperhalusi semula peraturan jalan raya termasuk menghadkan kelajuan kenderaan tidak melebihi 90 kilometer sejam bagi mengelak kecelakaan berlaku.
“Saya berharap semua ahli keluarga mangsa dapat bersabar dengan kecelakaan ini,” katanya. Terdahulu, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Mohamad; Omar; Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol; Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim turut meluangkan masa melawat mangsa
Lokasi terdedah angin lintang
2010/10/12
Pengurusnya, Vincent Mah, 56, berkata ketika kejadian bas berkenaan dipandu R Ramachandra, 52, yang memiliki empat tahun pengalaman tanpa sebarang kemalangan dan membawa 40 penumpang dari Terminal Melaka Sentral menuju Hentian Sementara di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kira-kira jam 6 petang.
Malah, katanya, bas terbabit juga adalah jenis biasa, bukannya dua tingkat dan baru berusia dua tahun selain masih dalam tempoh jaminan penjual
'Pergi kerja macam biasa'
2010/10/12
Isteri kepada pemandu bas ekspres terbabit, M Jayarani, 47, berkata suaminya, R Ramachandra, 52, kelihatan seperti biasa dan dia pada mulanya tidak percaya suaminya terbabit dalam nahas itu.
“Saya dihubungi kakak kira-kira jam 9.20 malam (kelmarin) memaklumkan suami terbabit dalam kemalangan selepas dia dihubungi polis,” katanya.
“Kami sekeluarga bergegas ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka (HM) untuk mengetahui kebenaran berita itu,” katanya
REMBAU: Pemeriksaan awal mendapati bas dan pemandunya tidak pernah melakukan kesalahan serius atau memiliki saman tertunggak manakala bas ekspres Delima yang menjadi punca kemalangan mengorbankan 12 orang di di Kilometer 222.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, di sini, kelmarin, dikatakan masih baru dan mula digunakan pada 2007.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata berdasarkan semakan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), bas berkenaan lulus dalam pemeriksaan selain keadaan tayarnya masih baru dan baik.
Menurutnya, siasatan menyeluruh kemalangan itu sedang dijalankan dan syarikat bas berkenaan, iaitu Ekspres Delima dibenarkan terus beroperasi seperti biasa.
“Tiga agensi di bawah kementerian ini iaitu Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menyiasat punca kemalangan,” katanya
No comments:
Post a Comment