Monday, October 11, 2010

WANITA JADI MANGSA...DALAM ITU DE JUGA MEMANG MENCURI

Wanita didakwa kaut untung dengan bahan lucah



2010/10/12

KLANG: Seorang pengurus pusat peranginan lima bintang di Bangi menjadi wanita pertama di negara ini yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan Internet bagi meraih pendapatan menerusi penjualan kandungan bahan lucah.
Maslina Hashim, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di depan Hakim Slamat Yahya.
Maslina didakwa menggunakan aplikasi Internet dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Perbuatannya itu dikesan Jabatan Kawal Selia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya, Sepang, dekat sini, jam 5.30 petang, 23 Jun tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali. Tertuduh juga berdepan dengan denda RM1,000 bagi setiap hari untuk kesalahan sama yang diteruskan selepas disabitkan.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya SKMK, Badius Zaman Ahmad hadir bagi pihak pendakwaan, manakala Maslina tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan Maslina diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon ikat jamin RM10,000 kerana dakwaan terhadap tertuduh membabitkan jenayah serius selain berkait dengan kepentingan awam. Maslina adalah individu kedua yang dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 27 Mei lalu, kerani bank, Tajulzairi Tajuddin, 31, menjadi individu pertama dituduh mengikut seksyen itu


Hobi pelik gadis bawa padah



2010/10/12

SUBANG JAYA: Hobi pelik seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun memecah masuk rumah penduduk di kediamannya sebelum melarikan barangan berharga mengundang padah apabila dicekup penduduk sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin.
Dalam kejadian pada 7.30 petang di sebuah pangsapuri di Subang, pelajar itu ditahan selepas kelibatnya dilihat penduduk ketika keluar dari rumah seorang mangsa dalam keadaan mencurigakan.
Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, mengesahkan menerima laporan itu dan penahanan pelajar perempuan itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan di bawah Seksyen 308 Kanun Keseksaan


Tukang urut gembira dicekup



2010/10/12

KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut warga asing gembira selepas dicekup pihak berkuasa ketika bekerja di sebuah pusat membeli belah terkenal di Subang dekat sini, petang semalam.
Wanita warga asing dari Thailand itu gembira kerana sudah beberapa bulan tidak dibayar gaji malah dipaksa bekerja lebih masa oleh majikannya.
Dalam serbuan Imigresen Putrajaya itu, wanita berkenaan antara lapan warga asing yang ditahan termasuk dua lelaki dan enam wanita berusia 20-an hingga 40-an.

Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Sharulnizam Ismail itu memberi perhatian kepada pusat urut yang beroperasi di dalam pusat beli-belah yang sering menggaji pekerja warga asing tanpa permit.

Bagaimanapun, dalam operasi pada jam 4 petang itu, pihaknya tidak menemui peralatan bagi kegunaan seks namun menahan mereka kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Mereka semua dibawa ke lokap sementara di ibu pejabat Imigresen Putrajaya dan sedang menyiasat individu lain yang terbabit menjadi penjaga mereka,” katanya.

“Kita juga akan memanggil pemilik premis berkenaan bagi disiasat dan akan mengambil tindakan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit,” katanya.

Menurutnya, semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial


Diarah bela diri tuduhan rogol



2010/10/12

SHAH ALAM: Seorang pemandu teksi diperintahkan Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, untuk membela diri atas tuduhan merogol pelajar tingkatan satu, selepas memperdayakan mangsa untuk menghantarnya pulang ke kampung, di Jalan Gombak, Kuala Lumpur, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu terhadap Mohd Nor Ikhsan Mohamad Salleh, 24, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mohd Nor Ikhsan didakwa merogol remaja berusia 13 tahun 10 bulan itu di sebuah rumah di Jalan Gombak.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 5 dan 8 pagi, pada 4 Julai 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sepanjang perbicaraan pada peringkat pendakwaan, enam saksi dipanggil memberi keterangan di mahkamah. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Kalaiyarasi, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Ariff Azami Hussein.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 November depan sebagai tarikh tertuduh membela diri.

No comments:

Post a Comment