Wednesday, October 13, 2010

KISAH YANG JADI IKTIBAR...TANDA2 AKHIR ZAMAN....

DUNIA


Penggodam paling seksi


KRISTINA SVECHINSKAYA


NEW YORK - Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank.
Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi.
Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.
Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.
Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.
Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova.
Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport. - Agensi



DUNIA


Kanak-kanak 3 tahun seberat 63.50kg


XIAO HAO (kiri) memiliki berat badan 63.50 kilogram walaupun baru berumur tiga tahun di bandar Guangzhou, selatan China.


BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kilogram (kg) yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibunya Xiao Lin dari bandar Guangzhou, selatan China kini merayu doktor supaya membantu mengurangkan berat badannya.
"Saya membawanya berenang bagi tujuan senaman tetapi amat sukar untuk mencari pakaian renang yang sesuai buatnya," kata ibunya.
Beberapa doktor menyatakan kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan pertumbuhan hormon.
Purata berat kanak-kanak seusia dengannya ialah 12.70kg.
Seorang doktor dari sebuah hospital kanak-kanak Guangdong, Lu Hong berkata, kanak-kanak itu bukan sahaja berat berlebihan tetapi amat tinggi.
"Dia (kanak-kanak itu) tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegini kerana jantungnya tidak mampu untuk menanggung berat badannya," kata Hong. - Agensi


Ratu Cantik India berambut perang




WELLINGTON, New Zealand - Ratu Cantik India New Zealand, Jacinta Lal (gambar), 21, dikritik hebat kerana dia tidak kelihatan seperti seorang wanita berketurunan India, lapor sebuah akhbar semalam.
Bapa Jacinta berketurunan Fiji-India manakala ibunya pula ialah warga New Zealand.
Gadis bermata biru dan berambut perang itu disindir oleh para penonton apabila dia diumumkan sebagai pemenang pertandingan Ratu Cantik India New Zealand bagi peringkat Wellington pada Ogos lalu. Penganjur pertandingan, Dharmesh Parikh mengakui terdapat dua atau tiga aduan mengenai Jacinta.
"Walaupun terdapat aduan, ramai orang India yang menggalakkan saya menyertai pertandingan ini.
"Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa semua orang mempunyai pandangan yang serupa hanya kerana komen-komen daripada golongan yang berfikiran sempit," kata Jacinta.
Parikh menyatakan bilangan mereka yang tidak berpuas hati adalah kecil.
"Insiden ini agak menyedihkan dan kurang menyebelahi Jacinta. Dia sepatutnya diterima dalam dunia India kerana dia seorang gadis India yang cantik," kata Parikh. - Agensi



Bayi tujuh bulan ada 24 jari


GAMBAR menunjukkan Natasya yang mempunyai 24 jari.


PAGARALAM, Indonesia - Berat badan seorang bayi perempuan, Natasya di sini sudah mencecah 15 kilogram (kg) walaupun dia baru berusia tujuh bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Namun, Natasya memiliki keunikan lain kerana dia mempunyai 24 jari.
Sekali pandang, anak pasangan Eko dan Ria itu tetap kelihatan normal serta ceria seperti bayi seusianya.
"Sejak lahir lagi, bilangan jarinya memang aneh. Ketika lahir, beratnya nomal iaitu 3.5kg. Namun, beratnya sekarang sudah 15kg, sedangkan dia hanya diberi susu ibu.
"Setiap kali menjalani pemeriksaan, berat badannya bertambah sebanyak dua kg," kata ibunya, Ria.
Ria memberitahu, ketika mengandung, dia sentiasa berasa lapar dan makan dengan banyak.
Dia juga mengaku amat terkejut apabila melihat anaknya mempunyai 12 jari di kaki dan tangan.
Ketua Pusat Perubatan Kota Pagaralam, Dr. Rashidi menyatakan berat badan normal bagi bayi yang berusia tujuh bulan adalah antara tujuh hingga lapan kilogram.
Dr. Rashidi menyarankan supaya Natasya dibawa bertemu dengan pakar kanak-kanak untuk mengetahui punca berat badannya meningkat.
Mengulas tentang jumlah jari yang dimiliki Natasya, Dr. Rashidi memberitahu masalah itu terjadi sewaktu dalam janin lagi.
Namun, ia tidak mengganggu kesihatan bayi tersebut, katanya. - Agensi

 PELIK TAPI BENAR

Penari erotik saman majikan


NADINE QUASHIE


LONDON - Seorang penari erotik berpendapatan £200,000 (RM985,740) setahun di kelab tarian bogel Stringfellows, Britain menyaman majikannya berhubung kes pembuangan kerja secara tidak adil, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Nadine Quashie, 27, mampu memperoleh pendapatan mencecah £1,265 (RM6,216) satu malam dengan melakukan tarian seksi di hadapan pelanggan-pelanggan kaya.
Namun, dia mendakwa dibuang kerja secara tidak sepatutnya kerana kesalahan tatatertib oleh kelab berkenaan pada 2008.
Dalam satu kenyataannya, Quashie yang berasal dari sini berkata, pada awalnya, majikannya menyatakan dia mengambil dadah.
Namun, majikannya kemudian memecatnya dengan alasan dia mengedar dadah setelah mendapati dakwaan mengambil dadah itu adalah tidak benar.
Wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal turut mendakwa pihak pengurusan kelab tarian bogel Stringfellows melarangnya bekerja dengan kelab lain. - Agensi

No comments:

Post a Comment