Yalal Chin Selamat Dikebumikan
Beliau meninggal dunia kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.
Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu.
Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.
Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip.
Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam, drama bersiri Ezora dan telefilem Aku Yang Aku Cari.
NEGARA
Isteri rayu jangan burukkan suami
MELAKA - Balu pemandu bas Ekspres Delima yang terbabit dalam kemalangan ngeri mengorbankan 12 nyawa di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan baru-baru ini merayu simpati masyarakat agar suaminya tidak dipersalahkan sepenuhnya.M. Jayarani, 47, berkata, dia sekeluarga sedih apabila masyarakat menuduh mendiang suaminya, R. Ramachandra, 52, dipengaruhi dadah dan alkohol ketika tragedi tersebut berlaku Ahad lalu.
Paling mengecewakan beliau ialah apabila sesetengah pihak mendakwa kemalangan tersebut berpunca daripada masalah suaminya yang banyak berhutang dengan ah long.
"Ada yang dakwa suami saya bunuh diri kerana banyak hutang dengan ah long sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali.
"Saya anggap kemalangan ini sebagai takdir yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja malah seingat saya, sepanjang 23 tahun dia menjadi pemandu bas, inilah kali pertama dia terbabit kemalangan," katanya
'Kami mohon maaf, kami sudah insaf'
Oleh Ibrahim Isa, Murni Wan Omar dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/10/16
am@hmetro.com.my
2010/10/16
BERSALAH...Sarawanan (kiri) dan Suresh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, semalam.
BUKTI...kenderaan yang digunakan untuk mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa dibawa ke mahkamah, semalam.
Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kepada kedua-dua tertuduh bagi empat pertuduhan itu dan memerintahkan ia berjalan serentak mulai tarikh mereka ditangkap iaitu 9 September lalu.
Ketika diberi peluang bercakap, Sarawanan dan Suresh dengan nada perlahan dalam bahasa Tamil memohon maaf terhadap perbuatan mereka sebelum diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.
“Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya. Saya sudah insaf,” kata kedua-dua tertuduh.
Sarawanan didakwa menghilangkan bukti yang menjadi satu kesalahan serius dengan sengaja membakar mayat keempat-empat mangsa dengan niat untuk mengelakkan N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada jam 9.45 malam hingga jam 12 tengah malam, 30 Ogos lalu.
Berdasarkan fakta kes, Sarawanan didakwa melihat keempat-empat mangsa dibunuh Thilaiyalagan. Dia diarahkan Thilaiyalagan dan Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pekerja ladang.
Tertuduh kemudian membawa dua tong putih dan menyerahkan kepada Thilaiyalagan dan Matan sebelum ketiga-tiga mereka mengangkat mayat semua mangsa untuk diletakkan di atas longgokan kayu yang sudah disusun.
Ketiga-tiga mereka juga menyusun kayu di atas keempat-empat mangsa sebelum mencurahkan minyak. Tertuduh bersama Matan membakar semua mayat itu.
Suresh pula didakwa menghilangkan bukti berkaitan kesalahan tertuduh utama dengan sengaja membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting, pada masa dan tarikh sama, juga bagi mengelakkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan, dan Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.
Dakwa tertuduh menipu
Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my
2010/10/16
razis@hmetro.com.my
2010/10/16
SENYUM...Norman dan Memey keluar dari mahkamah selepas prosiding perbicaraan kes khalwat, semalam.
“Ia penting bagi membuktikan kebenaran yang berlaku membabitkan mereka berdua,” kata pereka bentuk itu berulang kali walaupun ditegah memberi penjelasan terhadap soalan yang dicadangkan Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili kedua-dua tertuduh.
Dia berkata demikian ketika menjadi saksi keenam pada prosiding khalwat membabitkan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.
Dalam perbicaraan semalam, dia turut mengemukakan beberapa keratan akhbar tempatan antaranya Harian Metro berhubung laporan media kes khalwat membabitkan mereka.
Saksi itu bagaimanapun mengakui dan bersetuju dengan cadangan Fakhrul bahawa keterangan pengakuan bersalah yang diberikan oleh kedua-dua artis itu di luar sehingga ke dalam mahkamah adalah konsisten sehingga ke hari ini.
“Ya, saya setuju tapi ia konsisten dengan penafian dan pembohongan,” jelasnya walaupun sekali lagi ditegah Fakhrul.
Norman Hakim dan Memey dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, Yusri turut berkata dia tidak berniat menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh sebelum prosiding berjalan sebaliknya untuk membantu menyedarkan mereka.
“Saya bukan Hakim untuk jatuhkan hukuman, saya Yusri bukan Norman Hakim
“Media digunakan untuk menyindir perbuatan mereka yang masih tinggal bersama supaya mereka sedar dan tak ulangi kesalahan sama,” katanya menjawab soal balas oleh Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhammad Nazri Basrawi bagi menjelaskan soalan yang dicadangkan pihak pembelaan berhubung tindakannya memberi kenyataan kepada media.
Perbicaraan bersambung pada 22 Oktober ini
Kejar kemewahan
Oleh Aniza Zainudin
anizazainudin@hmetro.com.my
2010/10/16
anizazainudin@hmetro.com.my
2010/10/16
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, berikutan kekurangan berkenaan boleh mengakibatkan peningkatan ‘sindrom penyisihan anak’ berlaku di kalangan remaja terutama berusia 18 tahun ke bawah.
“Segelintir ibu bapa terlalu mengejar kemewahan dalam menyediakan kehidupan stabil untuk keluarga sehingga mengabaikan keperluan paling asas bagi anak-anak iaitu perhatian.
“Pandangan saya, ibu bapa sebagai penasihat dan jurucakap anak-anak seharusnya menggunakan sumber atau kaedah yang ada bagi mencari penyelesaian berkesan sebelum ia dilaksanakan untuk menanganinya,” katanya ketika merasmikan Kongres Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) ke-32, di sini, semalam.
Menurutnya, sudah tiba masa bagi Malaysia untuk menubuhkan jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada pihak relevan dengan masalah ini sekali gus memastikan setiap strategi dan tindakan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kehidupan, masa depan serta kesejahteraan anak-anak.
Beliau yang juga penaung Permata Negara berkata, kerjasama antara pihak lain seperti MPA dilihat bukan hanya memberi manfaat malah saling membantu bagi mencapai tujuan meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak.
Turut hadir, Presiden MPA, Prof Dr Zabidi Azhar Mohd Hussin.
Bajet 2011: Pengubat hati penjawat awam
2010/10/16
Presidennya, Omar Osman, berkata pemberian bonus sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap kali pembentangan Bajet kerana ia dapat meringankan beban mereka.
“Kami bersyukur dan terima kasih walaupun berharap dapat capai sasaran bonus dua bulan seperti agensi swasta yang lain menikmati sehingga empat bulan bonus.
“Kalau tidak dua bulan sepatutnya dapat menikmati sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan bonus atau RM1,000 hingga RM1,200,” katanya.
Cuepacs akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri Isnin ini bagi memohon pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam.
Beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai komprehensif kerana memberikan beberapa insentif lain kepada penjawat awam termasuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu’ain (Kafa) dan pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Omar berkata, pemansuhan PTK, amat diharapkan dan ia menjadi ‘ubat hati’ kepada ketiadaan pemberian bonus kepada penjawat awam tahun ini.
Beliau turut mencadangkan dengan pemansuhan itu, kerajaan dapat menggunakan kos yang diperuntukkan untuk pengurusan peperiksaan PTK kepada pelbagai perkara lain.
“Apabila tiada peperiksaan PTK, kami harap tidak berlaku banyak birokrasi dalam urusan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat dapat dinilai berdasarkan penilaian prestasi serta kecekapan, menghadiri kursus, melihat sumbangan seseorang penjawat awam dan mengikut kekananan,” katanya.
Peperiksaan PTK diperkenalkan pada November 2002 yang bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya mereka yang layak menerima pengiktirafan.
Mengenai perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini disambung untuk tempoh setahun lagi, Omar berkata agensi yang terbabit perlu mematuhinya dan mengharapkan pegawai berkenaan diserap sebagai penjawat awam tetap
Omar turut menyambut baik kemudahan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat membuat pinjaman perumahan dengan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011. “Ini (rumah) dikira baik, cuma perlu memastikan pelaksanaan berlaku dengan betul dalam kemudahan pinjaman perumahan termasuk kepada keluarga penjawat awam dan tiada pilih kasih termasuk Skim Rumah Pertamaku dapat dinikmati oleh golongan muda yang baru bekerja,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata kerajaan sentiasa prihatin kepada golongan pesara yang pernah berbakti kepada negara. Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata bantuan RM500 itu adalah pemberian istimewa terutama kepada bekas tentera. — Bernama
Hiba terima ijazah anak
Oleh Ihsan Noorzali
am@hmetro.com.my
2010/10/16
am@hmetro.com.my
2010/10/16
Abdul Karim ditemui selepas majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini semalam, bagi mewakili arwah anaknya menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian Kelas Pertama.
Majlis berkenaan bertukar hiba dengan ramai hadirin berlinangan air mata apabila ibu arwah, Selamah Ismail, 56, terduduk sambil menangis di atas pentas sebaik menerima ijazah bagi pihak anaknya daripada Pro Canselor UPSI, Tan Sri Dr Yahaya Nordin.
Selamah yang naik ke pentas dengan diiringi seorang lagi anaknya, Norsuliza, 22, tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan kejadian ngeri menimpa Norazmi hingga terpaksa ditenteramkan suaminya dan dipapah turun petugas konvokesyen.
Selain Norsuliza, tiga kakak Norazmi, Norhafizah, 28, Noraniza, 35, dan Norfaizah, 39, turut hadir sesi kelima Istiadat Konvokesyen Ke-12 Sidang UPSI.
Norazmi, anak keenam daripada tujuh beradik antara 13 yang maut dalam nahas ngeri kira-kira jam 6.45 petang hari berkenaan.
Difahamkan ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke UPSI membuat persiapan menyertai raptai konvokesyennya.
“Arwah menjadi kebanggaan keluarga kerana bakal menjadi pendidik. Kami sekeluarga terkilan dan sedih arwah tidak sempat menunaikan hasrat mengubati mata kanan ibu yang rabun dan mata kiri yang tidak dapat melihat kerana masalah saraf apabila bekerja.
“Dia seorang anak rajin dan bekerja keras mencapai cita-citanya. Dia sering tidak tidur malam menelaah buku ketika pulang bercuti di rumah kami di Felda Chemomoi, Triang, Pahang.
“Arwah bersikap pelik beberapa minggu sebelum kejadian itu apabila membeli seutas rantai untuk anak saudaranya, Norsadatul Suuiana Marhan, 17, dan menghantar gambarnya melalui telefon kepada rakan memberitahu menatap wajahnya sepuas hati. Arwah seperti tahu dia akan meninggalkan kami selamanya,” kata Abdul Karim sebak
Syarifah Asmira mangsa ke-13
2010/10/16
Ibu mangsa, Zaleha Zainordin, 48, dari Kampung Padang Tanjung, di sini, berkata kali terakhir dia berhubung dengan anaknya itu sehari sebelum kejadian apabila Syarifah Asmira memintanya memasukkan RM50 ke dalam akaun bank untuk perbelanjaan pulang.
Menurutnya, memandangkan anaknya meminta jumlah wang yang sedikit dia menyuarakan hasrat untuk menghantar wang tambahan kerana khuatir ia tidak mencukupi.
“Bagaimanapun dia menolak dengan alasan tidak mahu membebankan saya...sebenarnya ketika dia dirawat di hospital, iaitu pada hari kedua dan ketiga di Hospital Melaka (HM) anak saya memberi tindak balas dengan mengeluarkan air mata apabila saya berinteraksi dengannya.
“Saya tahu dia mengetahui apa yang saya katakan kepadanya, namun dia tidak mampu meluahkan hasrat hatinya ketika itu kerana parah di kepala,” katanya.
Zaleha berkata, sebelum pulang ke Maktab Perguruan Lembah Pantai (MPLP), anaknya memintanya menyediakan seberkas kuih untuk dihantar kepada rakan karibnya Juliana Selamat, 21, jika berkesempatan.
Menurutnya, anaknya itu mengenali Juliana ketika berusia 14 tahun apabila sahabatnya itu tersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada arwah dan perkenalan itu berterusan sehingga ke akhir hayat
'Saya tak masuk campur rumah tangga orang'
2010/10/16
“Ketika saya kenal Joey, dia memang sudah tiada kena mengena dengan bekas isterinya. Joey jelaskan kepada saya yang dia sudah solo. Dia mengaku kepada saya sudah menceraikan isterinya tapi belum dibawa ke mahkamah. “Katanya lafaz itu dibuat di depan kawan-kawannya. Saya suruh dia pergi selesaikan elok-elok kerana tak mahu orang kata macam-macam terhadap saya. Ternyata nasib saya memang malang kerana akhirnya dituduh jadi punca,” tegas Norwati Sadali atau Watie Elite semalam mengulas tindakan bekas isteri Joey, Noraini Nasir memfailkan pengesahan lafaz cerai dengan Joey di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, semalam.
Tindakan ini dibuat Noraini selepas seminggu kisah percintaan Watie, 34, dan Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, dipaparkan. Watie yang sudah enam tahun menjanda, sedih apabila dikaitkan sebagai punca perpisahan Joey dengan Noraini sedangkan dia baru mengenali Joey tahun ini.
“Bagaimana saya boleh dikatakan jadi punca sedangkan saya tak tahu menahu mengenai hubungan mereka berdua sebelum ini. Malah kawan-kawan pun baru sekarang dapat tahu yang saya sedang rapat dengan Joey. Saya seorang yang suka berterus terang dengan semua kawan-kawan apabila bercinta dengan lelaki.
“Saya bukan jenis manusia hipokrit yang suka merahsiakan perkara benar dan saya juga tak berani mengaku benda yang tak betul. Masa kenal kami memang tiada sesiapa dan tiada sebab kami tak boleh berkawan,” katanya.
Pelakon dikenali dengan pelbagai watak termasuk karakter gedik dan menggoda ini memberitahu kecewa masyarakat sering memandang serong dan melabelkannya sebagai perampas suami orang. Katanya sepanjang hidupnya dia tidak berniat menghancurkan hati wanita lain. Malah dia sanggup menjadi isteri kedua ketika perkahwinan sebelum ini kerana tidak mahu bekas suami menceraikan isteri pertama.
“Saya tak kisah jadi isteri kedua kerana tak mahu isteri pertama jadi mangsa,” katanya
Noraini fail pengesahan lafaz cerai
2010/10/16
Noraini, 44, yang berbaju kurung kuning dan merah serta berselendang merah tiba di pekarangan mahkamah bersama peguam syarie Amli Embong pada jam 11.10 pagi dan memfailkan pengesahan lafaz cerai yang didakwa dilafazkan Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, pada jam 11.40 pagi di kaunter pejabat Mahkamah Rendah Syariah dengan menamakan Joey sebagai defendan. Ketika ditemui di luar mahkamah, Amli memberitahu permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas rakan Joey memaklumkan Noraini (plaintif) bahawa dia mendengar Joey melafazkan cerai pada Jun lalu.
“Plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada Jun lalu. Bagaimanapun, dia tidak mendengar lafaz itu. Hanya kawan kepada Joey yang memaklumkan kepada plaintif mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas selesai urusan memfailkan permohonan itu. Mahkamah kemudian menetapkan 20 Oktober ini untuk mendengar kes itu. Noraini atau Amy ketika diminta mengulas mengenai perkara itu hanya tersenyum dan mengelak untuk memberi sebarang komen. Bagaimanapun dia sempat berkata semuanya akan diceritakan di mahkamah kelak. Pada awal Oktober lalu, Joey yang pernah menghasilkan album ‘Beradu Suratan’ dan ‘Joey’ mendakwa dia sudah menceraikan isterinya dan kenyataannya itu disiarkan di dalam sebuah akhbar. Harian Metro sebelum ini memaparkan kenyataan Noraini kononnya Joey lupa tanggungjawabnya terhadap anak tunggal mereka yang berusia empat tahun, Zidani Zulkifli dan tidak menghormatinya kerana mengaku sudah bercerai sedangkan tiada hitam putih serta keputusan mahkamah untuk mengesahkan perkara tersebut. Malah, Watie, 34, turut dikaitkan kerana dikatakan punca pergolakan rumah tangga mereka.
Noraini yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon yang juga vokalis kumpulan Exists itu pada 4 Mei 2005 turut menyifatkan Joey tidak pernah takut bermain dengan sumpah kerana menafikan tindakannya yang pernah merujuk selepas tiga hari menceraikannya di ruang meletak kereta. Bagaimanapun Joey yang popular menerusi drama bersiri Blues Pasar Tani, Ejen 2x5 dan filem Crayon itu ketika dihubungi menegaskan kemelut rumah tangganya ini memberikan tekanan kepadanya serta mengundang persepsi negatif masyarakat semata-mata
'Saya tak maafkan mereka sampai bila-bila'
2010/10/16
Yatmah berkata, dia tidak tahu undang-undang, namun sebagai ibu yang melahirkan Sosilawati sukar baginya memaafkan mereka yang membunuh dan membakar anaknya itu.
Menurutnya, sejak kehilangan dan diberitahu mengenai pembunuhan anaknya itu, setiap hari dia berdoa supaya sesiapa yang melakukan jenayah itu mendapat balasan dan berharap ia setimpal dengan perbuatan mereka.
“Walaupun mereka meminta maaf, sebagai ibu saya tidak mungkin dapat memaafkannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut kerana terlalu sedih.
Sarawanan, bekas mekanik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan menghilangkan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu, Kamaruddin Shansuddin, 44
'Hukuman tak setimpal'
2010/10/16
Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.
Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.
“Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.
“Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.
Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.
“Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.
“Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan,” katanya.
Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.
“Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya
No comments:
Post a Comment