Saturday, October 16, 2010

KAHWINLAH CEPAT..MENGELAK ZINA...KAHWINLAH WALAUPUN BERMADU...PAHIT LAGI DARI BERZINA...MENGANDUNG DAN ANAK DIBUNUH SEBAB DIBUANG....

Sokongan kuat isteri

Oleh MURSHID EUNOS
murshid@hmetro.com.my
2010/10/16

“KALAU boleh, saya mahu kahwin lebih awal lagi. Ketika umur saya 20 atau 21 tahun. Tetapi apakan daya?” ringkas jawapan Maher Zain yang bergelar suami Jun tahun lalu. Tidak pula dinyatakan sebabnya tetapi ramai terutama pengikutnya sedia maklum yang lelaki ini pernah ‘hilang arah’ suatu ketika.
pix_middle









Bisik salah seorang teman yang mengiringinya, nama wanita bertuah yang sudah lebih setahun disunting menjadi permaisurinya itu adalah Aisyah dan usianya 21 tahun. Nama yang sama ditanyakan kepada Maher, senyumnya meleret, terdiam seketika menyusun bicara.

“Jujurnya, saya tidak mahu mengheret soal peribadi dan keluarga dalam lapangan kerjaya yang semakin menunjukkan peningkatan seperti sekarang. Saya akui yang sudah berkahwin dengan seorang wanita yang benar-benar memahami diri saya pada Jun tahun lalu dan sehingga kini perkahwinan kami diulit bahagia.

“Dia (isteri) memang inspirasi kepada perjalanan diri seorang lelaki pada saya. Bukan saja menjadi peminat setia dan sahabat baik yang tidak jemu mendengar cerita manis dan pahit, malah dia juga penyokong utama yang sentiasa memastikan kerjaya saya tidak terhenti separuh jalan. Sejak awal lagi, dia mengetahui minat dan perjuangan yang ingin saya lakukan.

“Saya berharap agar pihak media dan peminat menghormati pendirian ini untuk tidak mendedahkan identiti keluarga. Biarlah kerjaya nyanyian yang ditonjolkan bukannya soal peribadi. Malah, isteri dan keluarga saya juga tidak mahu jika publisiti tempias kepada mereka,” kata anak kedua daripada lima beradik ini dengan intonasi rendah dirinya.

Hampir dua minggu Maher di Kuala Lumpur mempromosi album sulungnya, Thank You Allah sempat berkongsi pengalaman yang pernah terpalit dalam diari hidupnya. Selain menggegarkan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam Khamis dan Jumaat lalu dengan persembahan istimewanya di hadapan lebih 1,000 penonton, Maher juga hadir bagi menyampaikan dakwah melalui melodinya.
Meskipun masih hijau di pentas nyanyian antarabangsa, namun konsepnya yang berbeza dengan elemen muzik yang menjurus ke arah balada ketuhanan ini jelas menggambarkan sebuah fenomena baru kepada peminat muzik dunia.

SELEBRITI enggan terlepas peluang dalam membuat liputan ke atas usahanya dalam menyebarkan keagungan Islam menerusi nyanyian meskipun cerita mengenai Maher sudah banyak dipaparkan. Setidak-tidaknya, dakwah serta niat murninya itu diperluaskan lagi.

“Album ini satu usaha yang mungkin dapat saya lakukan bagi menebus dosa lama selain menyebarkan agama menerusi bakat yang ada. Mungkin ini yang mampu saya lakukan dan saya percaya, setiap insan itu punya kelebihan masing-masing. Setakat ini usaha ini berkesan dan saya cukup berpuas hati maklum balasnya.

“Saya adalah wajah Islam dan menjadi satu tanggungjawab saya untuk terus mengagungkan dalam apa saja cara sekalipun. Saya bersama beberapa tenaga kreatif yang menerbitkan album ini bersungguh-sungguh memperkenalkan karektor terbaik dalam Islam.

“Saya perangi kezaliman yang berlaku terhadap saudara Islam lain dan pastinya saya cintai kedamaian untuk agama sejagat. Saya tidak mahu melihat umat Islam terus ditindas dan mustahil untuk saya terus ke depan dan berperang hingga pertumpahan darah. Justeru, perjuangan yang mungkin mampu saya lakukan adalah secara halus seperti ini. Alhamdulillah ia berkesan.

“Bayangkanlah, setiap lagu saya yang sarat menceritakan kebesaran Islam ini mampu menarik perhatian peminat bukan Islam hingga mereka menitiskan air mata kerana kagum dengan keindahannya. Mereka mungkin tidak memahaminya, namun setidak-tidaknya, keharmonian dalam Islam itu berjaya memancing perhatian mereka,” katanya yang sempat mengajak peminat bagi mengunjungi laman sosialnya di facebook.com/maherzain.

Sejauh mana kita tersasar daripada landasan kebenaran, itu tidak bermakna perjalanan seterusnya kekal gelap. Sesungguhnya, detik itu akan mengajar dan memberi ruang yang lebih luas untuk menoleh pada kesilapan lalu kepada mereka yang tergelincir. Untungnya mereka yang diberi peluang kedua.

Tidak sekali merasa janggal dan malu, Maher mengakui dirinya bertuah selepas berjaya bangkit daripada zaman hapak bertahun-tahun lamanya. Malah, pengalaman itu digumpal kemas menjadi semangat baru. Inilah peluang kedua buatnya.

Mungkin darah muda dan segala ujian yang datang ketika menimba rezeki dan pengalaman di kota New York menggoncang imannya. Namun berkali-kali Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah ini memanjat syukur diberi kesedaran oleh Allah.

“Itu semua ketentuan dan satu suratan. Siapa saya untuk menolaknya. Namun alhamdulillah saya tidak terus hanyut dengan dugaan itu sebaliknya lekas sedar untuk kembali ke jalan yang benar. Saya terlalu taksub dengan keseronokan dunia serta rezeki yang tidak pernah putus ketika itu hingga jujurnya, saya lupa dengan Tuhan. Malah saya akui, kira-kira tujuh tahun lalu, saya tidak mampu melawan tekanan yang bersarang dalam jiwa. Saya lupa dan terus lupa segala-galanya soal kewajipan.

“Ketika di Sweden saya bertemu teman-teman yang membawa saya ke sebuah masjid dan saya merasakan satu jawapan yang selama ini dicari-cari. Ibarat teka-teki yang terjawab. Saya mula sedar akan kealpaan selama ini,” katanya.

Thank You Allah dipasarkan seluruh dunia pada Oktober tahun lalu dan memasuki pasaran tempatan kira-kira empat bulan lalu.

Pengalaman sebagai penerbit muzik di New York menambah keyakinan lelaki berusia 29 tahun ini untuk merakamkan album yang mewakili jiwanya. Jelas Maher, darah seni itu sudah lama tersembunyi dalam jiwanya kerana sejak kecil, dia sudah terbiasa melihat ayahnya menyanyi serta mengadakan persembahan.

“Ayah juga seorang penyanyi di Lubnan dan sejak kecil, saya sudah dikelilingi dengan muzik dan melodi. Alhamdulillah bakat dan minat itu datang seiring menguatkan lagi rasa percaya untuk terus memperjuangkan apa yang diimpikan. Pengalaman di New York juga membuka ruang yang lebih luas buat saya mencipta karya sendiri.

“Thank You Allah adalah satu terjemahan daripada apa yang sudah lama terpendam dalam hati. Memang jujurnya keinginan untuk berbicara melalui nyanyian sudah lama saya fikirkan, cuma langkah itu tidak pernah bermula hingga insiden yang benar-benar membuka perspektif baru dalam diri saya.

“Justeru, album sulung ini bukan sembarangan karya sebaliknya ia benar-benar dekat dengan diri saya,” katanya yang sempat bercuti ke Langkawi.

Pinta graduan Kejuruteraan Aeronikal sebuah universiti di Sweden ini agar meneliti albumnya dengan mata hati. Thank You Allah memberi satu dimensi baru dalam industri rakaman seni suara. Bukan saja konsep, malah Maher menyuntik kejujuran jiwanya.

“Inspirasi dalam penciptaan melodi serta lirik hanya berpaksi pada pengalaman dan rasa hati semata-mata. Tidak pernah saya memandang mana-mana penyanyi sedia ada atau ikon untuk dijadikan rujukan. Sebaliknya, kesemua 14 lagu dalam album ini punya cerita sendiri.

“Insha Allah umpamanya menceritakan perhitungan dan kebarangkalian yang mungkin berlaku dalam diri seseorang jika terus bertawakal dengan ketentuan. Memeluk Islam dan mengenali keindahannya membuatkan ada kalanya perasaan sayu

itu wujud kerana memikirkan soal kebesarannya. Saya berhasrat agar ada yang tersentuh setiap kali menghayati lagu ini,” katanya yang meneruskan penjelajahan dakwahnya ke lima bandar utama di Amerika Syarikat sebelum ke Dubai, Jerman dan Sarajevo bermula bulan depan



Proton Taja Maher Zain. Bagaimana Dengan Artis Nasyid Malaysia?

Kebanyakan akhbar Malaysia hari ini memberitakan tentang tajaan kereta Pesona yang diberikan oleh Proton kepada Maher Zain sempena konsert solo penyanyi itu, "Save the Soul" di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober depan.
Memetik kata-kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang kami petik dari Berita Harian :
"Adalah menjadi hasrat kami untuk bekerjasama dengan penyanyi seperti Maher. Beliau bukan saja popular tetapi mempunyai imej yang bagus serta lagu nyanyiannya banyak membimbing pendengar ke arah kebaikan dan ini bersesuaian dengan penjenamaan PROTON itu sendiri.
"Apa saja yang membawa impak yang positif terhadap masyarakat, PROTON akan terus menyokong. Insya-Allah, kami juga sedang merancang beberapa projek membabitkan Maher selepas ini," kata Syed Zainal Abidin ketika ditemui pada majlis sidang media selepas penyerahan kereta itu di Pusat Kecemerlangan PROTON, Shah Alam Expressway, di sini, pagi semalam.
Kami ucapkan tahniah kepada Proton kerana proaktif dalam membantu amal soleh. Namun kami berharap agar syarikat-syarikat ternama seperti Proton ini akan turut membantu artis-artis nasyid tempatan dalam usaha dakwah mereka.
Jika antara sebab Proton meluluskan sumbangan kepada Maher Zain adalah kerana lagu nyayiannya banyak membimbing pendengar ke arah kebaikan, maka kami berharap agar artis nasyid kita dapat menghasilkan album yang bermutu seperti yang dihasilkan oleh Maher Zain dan Awakening Records.
Tahniah Proton dan Maher Zain!
Selamat maju jaya kepada artis-artis nasyid tempatan!


Siapa Maher Zain?

Hari ini, ramai kawan saya yang menggunakan lagu Maher Zain sebagai 'ringtone' telefon mereka terutamanya lagu 'For The Rest of My Life.'
Maklumlah, kebanyakan mereka 'sudah berpunya'; samada sedang ber'couple', dah bertunang atau telah beristeri. ^_^
Maher Zain kini menjadi sebuah fenomena di Malaysia.
Lagu-lagunya bukan sahaja didengar oleh peminat nasyid tetapi turut didengari oleh mereka yang selama ini membenci nasyid.
Kawan-kawan yang 'sempoi' pun boleh menangis apabila mendengar lagu Maher Zain.
Selain suaranya yang merdu, susunan muzik lagu-lagunya sangat indah.
Malah liriknya bermakna dan memberikan kesan mendalam kepada pendengar.
Menurut sumber yang saya peroleh, setiap lagu yang dinyanyikan oleh beliau telah melalui proses penapisan.
Proses tersebut bertujuan untuk memastikan setiap lagu yang disampaikan mampu memberi kesan emosi kepada pendengar atau dengan kata lain, mampu menyentuh hati pendengar.
Siapa Maher Zain?
Teringin juga mengenali siapa sebenarnya penasyid yang hebat ni.
Rupanya beliau merupakan seorang rakyat Sweden yang berketurunan Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika umur Maher Zain 8 tahun.
Beliau kemudian bersekolah di sana dan seterusnya melanjutkan pengajian ijazahnya dalam kejerutaan aeronautik.
Kemudian beliau berpindah dan menetap di New York selama beberapa tahun kerana minat yang mendalam terhadap muzik.
Menurut Maher Zain, walaupun meminati muzik, tetapi beliau merasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya.
Oleh kerana itu pada Januari 2009 beliau beralih arah kepada muzik yang menggambarkan identiti beliau sebagai seorang muslim.
Selepas itu beliau menandatangani kontrak dengan syarikat Awekening Records yang berpangkalan di United Kingdom.
Maka lahirlah album debutnya "Thank You Allah" yang terus menduduki tangga pertama di carta Amazon's World Music. Hebat!
Saya doakan agar Maher Zain dapat meneruskan kecemerlangan beliau.





Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain

Melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik.
Muziknya menyebabkan kita terasa nak melompat dan menggerakkan kepala.
Namun, bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?
Rasanya tiada pun lagu Maher Zain yang rancak seperti lagu-lagu XPDC atau Soutul Harakah?
Sukar untuk mempercayai apa yang berlaku, namun itulah yang terjadi semasa konsert Maher Zain di Gombak baru-baru ini.
Dimanakah malu seorang muslimah?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" - Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mengapa kita tidak menangis mendengar lagu yang menyentuh emosi?
Sedangkan ia lebih baik andai lagu-lagu Maher Zain mampu menginsafkan diri.
Adakah dengan mendengar lagu Maher Zain, iman kita bertambah dan taqwa semakn utuh? Atau kita hanya leka dengan muziknya?
Wahai muslimah,
Peliharalah akhlakmu. Jangan terlalu 'excited' dengan artis yang disayangi sehingga melupakan akhlak.
Para sahabat nabi pernah bertanya: "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." - Riwayat al-Thabarani
Sebahagian pembaca silap faham dengan berita yang dibawa. Teguran yang kami ingin tekankan adalah muslimat yang menjerit-jerit ketika konsert.
Ayat "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja sambil melompat-lompat semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik" adalah ayat pendahuluan.
Penekanan berita ini adalah "bagaimana pula andai kita melihat perempuan-perempuan bertudung terjerit-jerit semasa konsert nasyid Maher Zain?" sepertimana tajuk berita "apabila muslimah terjerit-jerit semasa konsert Maher Zain."
Namun bagi mengelakkan salah faham akan datang, ayat pendahuluan disunting menjadi "melihat perempuan-perempuan menjerit terkinja semasa konsert Black Eye Peace atau XPDC adalah sesuatu yang tidak pelik."
Kami mencadangkan agar untuk konsert-konsert Islam seperti ini, para penganjur atau artis itu sendiri perlu mengingatkan penonton agar menjaga akhlak.
Moga-moga konsert seumpama itu mampu melahirkan keinsafan di kalangan penonton dan bukan sekadar menjadi medan melepaskan rindu kepada artis. - Editor
Pesanan Editor

Insha Allah versi Melayu

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku. - www.iluvislam.com
Maher Zain, Thank You Allah


Dunia Islam Perlukan Lebih Ramai 'Maher Zain'

Alhamdulillah, Selasa lepas saya berkesempatan menghadiri sebuah makan malam sempena kosert amal bersama Maher Zain yang diadakan di Shah Alam Convention Center (SACC).
Konsert amal ini diadakan untuk mengumpul dana bagi Raudhatus Sakinah dan Islamic Information & Services (IIS) Foundation.
Saya mula mendengar lagu-lagu Maher Zain selepas salah seorang co-founder iLuvislam.com, saudara Firdaus Rahim menghantar email kepada krew-krew iLuvislam.com beberapa bulan lalu.
Sejak itu, saya terus tertarik dengan lagu-lagu beliau. Satu per satu saya dengar sambil membaca liriknya.
Ternyata hasil kerja beliau dan Awekening Record adalah luar biasa - mampu menyentuh hati saya sebagai pendengar.
Semoga Allah SWT merahmati usaha dan kerja mereka.
Fenomena
Hanya selepas beberapa bulan, Maher Zain telah berjaya mencipta satu fenomena yang saya kira sangat positif.
Hasil karya beliau dan Awakening Records bukan sahaja mampu menarik minat golongan 'islamik' untuk meminatinya, malah ramai juga golongan 'biasa-biasa' yang menjadi peminat beliau.
Berdasarkan pemerhatian saya, lagu-lagu Maher Zain secara keseluruhannya berkisar tentang ketuhanan, kesedaran, kesyukuran, perpaduan dan kasih sayang - elemen-elemen yang penting dalam hidup kita sebagai seorang manusia dan hamba Allah SWT.
Menariknya tiada satu pun lagu yang berkisar tentang cinta songsang muda-mudi yang selalunya diketengahkan oleh artis-artis nasyid tempatan (Malaysia).
Mungkin ia boleh menjadi satu 'point' penting yang perlu dicakna oleh artis-artis kita.
Hari ini kita tidak boleh memisahkan masyarakat dengan muzik.
Namun tidak banyak muzik yang mampu mendidik jiwa dan sedikit yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.
Kebanyakan anak muda lebih menggemari lagu Justin Bieber daripada lagu Aeman.
Sebahagian anak remaja pula merasakan bahawa mendengar lagu nasyid sama sahaja seperti mendengar lagu jiwang nyanyian artis bukan nasyid.
Maher Zain Menjadi Bukti
Pada pandangan saya, kehadiran Maher Zain membuktikan bahawa lagu nasyid mampu menarik minat masyarakat mendekati Islam. Buktinya kita boleh lihat apabila Maher Zain datang ke Malaysia sempena 'road tour' beliau.
Peminat beliau bukan sekadar anak remaja, malah juga golongan dewasa.
Semasa konsert yang saya hadiri Selasa lepas, ramai peminat yang bertaraf 'nenek' turut menghafal lagu beliau.
Ketika konsert juga, saya lihat peminatnya bukan sahaja terdiri daripada golongan 'kuat agama' tetapi golongan 'huha-huha' turut mendengar dan menghafal lagunya.
Seronok hati saya melihat keadaan ini.
Saya doakan agar lebih ramai 'Maher Zain' yang bakal lahir di dunia ini supaya lebih ramai manusia mampu menemui semula keindahan Islam melalui muzik.
Ya Allah, moga Engkau perkenankan doa hamba-Mu ini. - www.iluvislam.com


No comments:

Post a Comment