Menjerit, lambai minta tolong
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
2010/10/15
2010/10/15
HANGUS...anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.
Shahari antara saksi terawal yang berada di tempat kejadian dan sempat mengeluarkan seorang penumpang dari kereta Honda City yang dinaiki enam orang itu, namun terkilan kerana hanya mampu melihat lima yang lain rentung dijilat api.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, pemandu dan lima penumpang kereta terbabit terbunuh kerana penumpang yang dikeluarkan Shahari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kampar (HK).
Enam mangsa membabitkan empat lelaki serta dua wanita dan kejadian berlaku selepas kereta dinaiki mereka dari Kampar ke Ipoh hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok lalu terbakar.
Lima mangsa yang rentung ialah pemandu, Lim Ka Wan, 20, serta penumpang; Tong Wai Leong, 18; Yap Hing Long, 20, Wong Chee Keong, 23, dan Soo Poi Wan, 18
Foo Siew Ling, 23, pula meninggal dunia di Hospital Kampar pada jam 4.50 pagi akibat parah di bahu, tangan dan rusuk kanan. Wong dan Foo adalah suami isteri.
Shahari yang tinggal berdekatan tempat kejadian berkata, dia sempat menarik keluar seorang penumpang di tempat duduk penumpang, namun gagal mengeluarkan mangsa lain kerana api marak cepat serta keadaan semua mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing
“Sebelum kemalangan, saya terdengar dentuman kuat diikuti bunyi bising orang meminta tolong. Sebaik keluar rumah, saya lihat sebuah kereta dijilat api selepas merempuh sebatang pokok di tepi jalan dan ada enam orang dalam kenderaan itu,” katanya ketika ditemui.
Menurut Shahari, dia masih tidak dapat melupakan kejadian itu, malah suara mangsa meminta tolong masih terngiang-ngiang di telinganya.
Katanya, laluan terbabit sering berlaku kemalangan sebelum ini memandangkan jalan berkenaan lurus dan luas menyebabkan pengguna jalan raya sering memecut.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata ketika kejadian semua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kampar ke Ipoh bagi menemui seorang rakan mereka di sana selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di pekan ini.
“Difahamkan, Wong dan Foo sudah mendaftar perkahwinan mereka, tapi belum sempat mengadakan majlis perkahwinan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan menghala Ipoh serta dipandu laju sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebatang pokok lalu terbakar.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddin Mat Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.
Beliau berkata, sepasukan 19 anggota bersama tiga jentera termasuk satu dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dikejarkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba, kami dapati kereta terbabit sudah terbakar. Seorang mangsa berada di luar kenderaan selepas dikeluarkan orang ramai manakala lima yang lain terperangkap dalam kereta yang dijilat api.
“Kami mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mengawal kebakaran sebelum memadamkan kebakaran sepenuhnya dalam tempoh setengah jam,” katanya.
Menurutnya, mangsa pertama yang rentung dikeluarkan daripada kenderaan pada kira-kira jam 3 pagi dan mayat terakhir dikeluarkan jam 5.05 pagi
'Ameng pembohong'
Oleh Muhd Izawan Baharin
2010/10/15
2010/10/15
BINCANG...A Aida berbincang dengan peguamnya, Zulkifli Yong, semalam.
“Saya terpaksa membuat laporan polis kerana dia berterusan menghantar SMS mengganggu saya, malah suami saya yang menghubunginya meminta menghentikan perbuatan itu turut dimaki-hamun.
“Saya ada saksi bagi membuktikan SMS itu, malah maki-hamun serta ugutan terhadap suami saya direkodkan kerana ketika menghubunginya, suami saya menggunakan telefon pejabat,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, peguamnya, Zulkifli Yong Azmi.
Aida berkata, dakwaan Ameng kononnya wujud konspirasi menjatuhkannya hanya sekadar meraih simpati.
“Siapa kami untuk masuk campur proses siasatan polis, malah saya yakin polis menjalankan siasatan secara profesional terhadap Ameng
“Dia sebenarnya ada pilihan membuat laporan polis terhadap tuduhan (konspirasi) itu, tetapi kenapa dia tidak lakukannya,” katanya.
Menurutnya, tuduhan Ameng dihalang berjumpa dua anak juga satu pembohongan kerana pada Mac lalu, penyanyi itu ada mengambil anak mereka dan membawa sehingga ke Jerteh, Terengganu
“Pada 2004 pula, anak sulung saya ditemui merayau di Subang Jaya selepas lari dari rumah ketika di bawah jagaannya sehingga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengingatkan saya jangan benarkan mereka berjumpa Ameng.
“Pada Aidilfitri tahun itu juga, Ameng ada datang ke rumah tapi anak tidak mahu berjumpa dia kerana takut. Saya masih memberi peluang dan memujuk anak menemuinya kerana tak mahu memutuskan hubungan mereka. Malangnya, dia langsung tak tahu berterima kasih, malah memburukkan saya,” katanya.
Aida berkata, Ameng juga berbohong ketika meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM3,000 kerana mahu membayar nafkah anak di bawah jagaan saya.
“Selepas bercerai satu sen pun dia tidak pernah berikan. Saya terpaksa bekerja keras demi membesarkan anak. Memang pada mulanya saya tak peduli sangat kerana tahu dia tidak ada duit, tetapi sekarang saya sudah tidak dapat bersabar,” katanya.
Sehubungan itu, Aida berkata, dia akan mengemukakan saman malu, tuntutan nafkah dan tunggakan nafkah anak-anak daripada bekas suaminya itu.
“Selepas kami bercerai, saya fikir yang sudah itu, biarlah sudah tetapi dia tidak habis-habis mengaitkan keluarga dan mencemar nama saya. Saya terpaksa lakukan sesuatu untuk menegakkan kebenaran,” katanya.
Selasa, lalu Ameng memberitahu Mahkamah Majistret, Aida dan suaminya, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman melakukan konspirasi hingga menyebabkan dia ditahan polis kerana mengambil dadah pada April lalu.
Katanya, mereka berbuat demikian kerana mahu melihat menderita sekali gus merosakkan nama dan kerjayanya sebagai penyanyi.
Ameng dan Aida berkahwin pada 1995 serta dikurniakan dua anak, Wan Alissa dan Wan Natasha. Pasangan itu bercerai pada 2002
Bayi mati dijaga pengasuh
Oleh Hayati Ibrahim
2010/10/15
2010/10/15
MAUT...Nor Zulaihan menunjukkan gambar anaknya yang meninggal dunia dipercayai terjatuh di rumah pengasuh.
Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.
Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu.
Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit.
“Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej
“Bagaimanapun, saya menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan anak saya dan dimaklumkan pengasuh anak saya baik dan aktif serta suka meniarap,” katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat Hospital Putrajaya di sini, semalam.
Sambil menitiskan air mata, Nor Zulaihan berkata, dia reda dan menerima pemergian anak sulungnya itu
Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah.
Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka.
“Ketika suami mengambil anak, Firdaus sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital.
“Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik... selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi dia masih tidak sedarkan diri,” katanya.
Nor Zulaihan berkata, arwah kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut.
Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit.
“Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah.
“Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah.
“Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.
Nahas ngeri bas ekpres di Alor Gajah, Ahad lalu ragut satu lagi nyawa
2010/10/15
Pemangku Pengarah HM, Dr Abdul Raof Jaafar berkata, Sharifah Norasmirah Syed Sallehuddin, 20, dari Terengganu yang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi(ICU) akibat kecederaan parah di kepala, meninggal dunia jam 12 tengah malam tadi.
Sharifah adalah penuntut Institut Pendidikan Guru di Lembah Pantai, Kuala Lumpur jurusan Bahasa Melayu.
"Sementara itu dua lagi yang dirawat di HM iaitu pemandu bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Umar Yusop, 31 dan Hazalizah Paiman, 24, dibenarkan pulang ke rumah petang tadi," kata Dr Abdul Raof di sini hari ini.
Menurutnya, hanya seorang mangsa kemalangan, Shanor Amer Mohamad, 18, masih dirawat bagi menjalani pembedahan tulang rahang.
Kemalangan pada kira-kira jam 6.40 petang Ahad lepas di Kilometer 223, Lebuhraya PLUS itu membabitkan bas ekspres Delima dengan 34 penumpang, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebuah van, dan dua buah kereta, dan ia mengorbankan 12 nyawa pada hari kejadian.
Beberapa akhbar melaporkan bahawa kejadian itu berlaku apabila bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur dari Melaka itu gagal dikawal, mengakibatkan ia melambung dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan beberapa kenderaan lain.-Bernama
Isteri Joey fail sahkan lafaz cerai
2010/10/15
Noraini, 44, tiba di perkarangan mahkamah bersama peguam syarie Amli Embong pada jam 11.10 pagi dan memfailkan pengesahan lafaz cerai yang didakwa dilafazkan Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Noraini atau Amy yang mengenali Joey sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin dengannya pada 4 Mei 2005 dikurniakan seorang anak lelaki berusia empat tahun, Zidani Zulkifli
Suruh isteri peluk anak ketika ribut
2010/10/15
Muhd Yani Yahya, 31, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, isterinya, Maria Johari, 28, cedera di siku manakala anak lelaki mereka, Mohd Adam Haris, berusia setahun sembilan bulan masih terkejut.
“Ketika kejadian, saya berada di luar rumah sebelum terdengar bunyi angin kuat menghala ke arah rumah. Pada masa sama, saya lihat bumbung rumah bergegar sebelum tercabut diterbangkan angin.
“Melihat keadaan tidak terkawal, saya menjerit meminta isteri memeluk anak kami dan jangan bergerak kerana bimbang dihempap bumbung dan atap zink,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Menurutnya, ketika kejadian dalam hujan renyai-renyai itu, isterinya meriba anak tunggal mereka sambil menonton televisyen di ruang tamu.
Katanya, kerugian dianggarkan RM10,000 dan mereka sekeluarga kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara-mara.
Penduduk lain, Noor Shaharudin Hashim, 45, berkata kejadian itu berlaku sekelip mata ketika kebanyakan suri rumah baru selesai menyiapkan juadah makan malam dan solat Isyak.
“Ini kali pertama saya lihat ribut teruk sejak lebih 10 tahun menetap di kawasan ini yang turut menumbangkan beberapa pokok besar, talian elektrik tiba-tiba terputus serta bumbung rumah melayang di udara.
“Habis semua peralatan elektrik basah dan rosak. Bumbung tercabut menyebabkan air hujan membasahi sebahagian rumah,” katanya yang tinggal bersama isteri, Rosyamsinar Ibrahim, 38, dan lima anak.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dan Ketua Pemuda Umno bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan antara pemimpin masyarakat terawal tiba di kawasan kejadian dan menghulurkan bantuan kepada semua mangsa.
Nawawi berkata, selain dua keluarga terbabit, terdapat lima keluarga lain dari kampung sama, dua keluarga di Kampung Perana dan tiga di Kampung Belak, Mukim Kedawang turut menghadapi bencana alam itu
“Keseluruhan kerugian membabitkan 12 keluarga itu dianggarkan mencecah lebih RM50,000. Kita sudah menghubungi pihak berkaitan termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) untuk membantu,” katanya
No comments:
Post a Comment