Wednesday, October 13, 2010

ARTIS...ADA CIRI2 TAKWA..DAN BEREBUT2 MENCARI KEREDAAN ALLAH ATAU BERAMAL AHLI2 SYURGA ATAU SEBALIKNYA...ELOK MEREKA TANYA USTAZ2 YANG MEREKA KENAL DAN RAPAT...JANGAN USTAZ TU JAWAB BAGUS2 KERANA NAK AMBIL HATI...CAKAP HUKUM SEBENAR WALAUPUN PAHIT...CONTOH TAK DE NAS PERGAULAN BEBAS ITU DIBENARKAN...

Lana Nordin Dengan Kerabat Brunei?

Gambar yang diambil daripada laman sosial facebook Lana
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menolak tuduhan gambar-gambar mesranya bersama seorang lelaki yang tersebar di internet baru-baru ini merupakan anak kepada pemerintah negara Brunei.
Menurut Lana, gosip tersebut tercetus berikutan wajah lelaki tersebut dikatakan seiras dengan anak sultan Brunei.
"Ya, dia memang anak "seseorang" tetapi bukan anak Sultan Brunai seperti didakwa di internet. Mungkin mereka lihat wajah dia ada mirip kerabat Brunei sehingga timbul gosip berkenaan," katanya yang mengakui sedang dalam proses mengenali lelaki tersebut.
Selain itu, Lana menganggap gambar-gambar dan gosip negatif yang tersebar di laman-laman blog sebagai publisiti murahan kepadanya.
"Saya rasa mereka sudah tidak ada kerja nak buat, ini semua adalah publisiti murahan untuk saya. Secara tidak langsung juga ia akan membuatkan orang akan benci dengan saya.
"Tapi bagi saya, jika pembaca laman web tersebut bijak mereka akan fikir dahulu sama ada munasabah atau menganggapnya sekadar bahan hiburan semata-mata," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.
Jelas Lana, apa yang lebih penting ialah keluarga dan rakan-rakan terdekat memahami perkara sebenar dan tidak mudah mempercayai gosip di internet.
"Saya sering menjadi bahan gosip seperti ini, namun yang penting ialah keluarga saya memahami dan tidak mudah menyalahkan saya," katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Kau dan Aku ini baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana demam dan jangkitan pada air kencing.
"Minggu lepas saya ditahan di hospital dan baru sahaja dibenarkan pulang. Pada mulanya demam dan sukar untuk membuang air kecil.
"Selepas ke hospital, doktor tahan saya untuk buat pemeriksaan lanjut. Doktor nasihatkan agar banyakkan minum air dan jaga pemakanan," ujarnya yang sedang berehat daripada sebarang aktiviti seni


Rossa Belum Mahu Kahwin Waktu Terdekat
JAKARTA: Setelah bercerai dengan ahli kumpulan Padi, Yoyo, penyanyi Rossa mengakui sudah mempunyai kekasih dan kini berusaha mencari sebuah keluarga yang sempurna.
Kata Rossa, sebagai seorang perempuan, dia perlukan tempat bergantung dan memiliki kehidupan keluarga bahagia.
Walaupun sudah mempunyai perancangan ke arah itu tapi Rossa juga menafikan ia akan dilakukan dalam masa terdekat ini.
"Ya, saya sudah bertemu dengan orang yang boleh berkongsi masalah dan hidup bersama saya dan keluarga. Namun begitu untuk bernikah sekali lagi bukan sesuatu yang mudah.
"Jika akan berlaku sekalipun ia bukalah dalam waktu ini," katanya.
Dalam pada itu, Rossa tidak mahu soal kehidupan peribadinya dibesar-besarkan melebihi kerjaya sebagai penyanyi.
"Saya tidak mahu soal peribadi saya menjadi perkara pertama. Saya tidak mahu ia akan menjadikan hal ini sebagai beban. Pada saya apa yang saya jalani sekarang saya nikmati dengan baik," ujarnya seperti dipetik Vivanews.
Tambah Rossa, apa juga keputusan masa depannya adalah demi masa depan anaknya. Dia mahu kehidupan anaknya tidak menghadapi masalah pada masa akan datang


Rosyam Belum Buat Keputusan Tukar Tajuk Pilih Kasih

PETALING JAYA: Pelakon dan Penerbit Eksekutif rancangan realiti Pilih Kasih, Rosyam Nor akan berbincang dengan pihak produksi dan RTM berhubung saranan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim agar tajuk rancangan itu diubah.
Rosyam berkata, dia masih tidak dapat membuat apa-apa keputusan mengenai arahan itu kerana apa juga perubahan hendaklah dilakukan dengan persetujuan banyak pihak termasuklah pihak RTM sendiri.
“Saya tidak dapat nak bagi apa-apa komen lagi buat masa ini kerana setiap perubahan sesuatu program itu perlulah mendapat persetujuan pihak-pihak tertentu termasuklah orang atasan di RTM sendiri,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Rosyam diminta mengulas saranan Rais seperti yang disiarkan Utusan Malaysia, Rabu yang mahu tajuk rancangan Pilih Kasih diubah kepada tajuk yang boleh mencerminkan matlamat rancangan agar tidak dipertikai banyak pihak.
Pilih Kasih adalah sebuah rancangan realiti yang memaparkan keupayaan peserta untuk menyahut cabaran sebagai seorang pelakon dengan tugasan-tugasan tertentu.
Pada musim pertama yang diperkenalkan pada tahun 2008, Iqbal Mazlan telah dipilih sebagai pemenang.
Program yang diterbitkan syarikat produksi Suhan Movies itu pada mulanya bertujuan mencari hero dan heroin untuk filem Kasih. Menyentuh tentang sambutan uji bakat Pilih Kasih musim kedua yang telah selesai pada 10 Oktober lalu, kata Rosyam, secara keseluruhannya lebih 1,000 orang telah menghadiri uji bakat berkenaan.
“Daripada jumlah keseluruhan peserta itu, hanya 16 orang sahaja yang akan dipilih menyertainya. Tahun lepas kami memilih 20 orang tetapi pada tahun ini dikurangkan kepada 16 orang kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada peserta,” katanya.
Seramai enam juri terlibat dalam proses pemilihan peserta termasuklah Rosyam Nor, Aziz M. Osman dan Erma Fatima.
Program ini akan menemui penonton bermula 1 Disember akan datang menerusi segmen Diari Pilih Kasih yang akan bersairan pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 4.30 petang.
Siaran langsung acara itu pula akan bermula pada hari Sabtu, 11 Disember pukul 8.30 malam dari Auditorium Besar RTM Tengku Puan Cik, Senawang, Negeri Sembilan.
Ia akan menemui penonton menerusi RTM2



SOSEHSOSEH: Si cantik dapat kereta, rumah



2010/10/13

APABILA bercakap mengenai seorang artis wanita popular ini, memang ramai sangat lelaki cuba memiliki hatinya tidak kira sama ada yang muda ataupun tua, berpoket tebal mahupun orang biasa.
Walaupun ramai sudah tahu hatinya kini dimiliki jejaka berkedudukan, tetap ada yang mahu menghimpit. Masakan tidak, kalau orang perempuan sendiri melihatnya tidak berkelip mata, apatah lagi orang lelaki. Tentu sajalah ada nafsu yang bergelora.
Cantiknya artis wanita ini memang tak dapat disangkal. Kerana kecantikannya, SS dimaklumkan anak kepada seorang ahli politik, bagaikan dilanda angau mengejar cinta artis wanita ini.

Kalau sebut nama jejaka hartawan itu, memang ramailah yang kenal sebabnya sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis jelita dan cukup popular.

Nak dijadikan cerita, untuk menakluki hati sang puteri macam-macam usaha dilakukan. SS dengar dia pernah menghadiahkan kereta mewah kepada artis wanita itu dan juga rumah di kawasan elit.

Betul ke tidak wallahualam. Tapi kalau sahih cerita ini, SS hanya mampu kata bertuahnya badan jadi orang cantik. Tak payah belajar tinggi-tinggi dapat bertemankan kekasih hartawan dan dermawan, sekali gus mengecapi hidup mewah. Kalau benarlah bagai dikata, harap segala pemberian itu ikhlas, janganlah pula minta balasan sebaliknya atau lepas tidak lagi ada diperlukan dibuang begitu saja




Hukum Nyanyian Dan Hiburan

Soalan: Assalamualaikum Dr Asri, saya kebelakangan ini mula minat dengan agama. Saya teringin menjadi seorang muslim yang baik. Cumanya masalah saya ialah saya terlalu gemar menyanyi. Kawan saya seorang yang kuat agama selalu menegur saya, katanya nyanyian adalah muzik syaitan. Saya cuba mengubah, tetapi kadang-kala saya menyanyi juga sebab terbiasa. Saya rasa susah nak buang tabiat ini, apa nasihat Dr kepada saya?

Roslee, Kuala Muda, Kedah.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia. Allah Yang Maha Mencipta mengetahui bahawa manusia melalui dalam hidup mereka berbagai suasana dan keadaan. Ada kala manusia perlukan hiburan atau perlu dihiburkan. Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk mengharamkan, tetapi untuk member garis panduan. Untuk soalan saudara, saya sentuh perkara-perkara berikut;

1. Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah. Hiburan dan nyanyian hanya sampingan yang menghiasi rempah ratus kehidupan dan asam garamnya, bukannya tujuan asal kehidupan. Seperti juga memiliki rumah dan kenderaan yang cantik. Ia bukan tujuan hidup, tetapi termasuk dalam perkara-perkara yang diizinkan dengan batasannya.
2. Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi s.a.w yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah baginda. Nabi s.a.w tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membenteras hiburan habis-habisan. Bantahan Abu Bakr ditolak oleh Nabi s.a.w secara berhikmah.
Ada sesetengah pandangan yang cuba menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak menolak dakwaan Abu Bakr bahawa nyanyian suara syaitan, cumanya hanya diizinkan disebabkan hari raya. Penghujahan seperti ini tidak kukuh. Sebabnya, apakah jika nyanyian suara syaitan maka pada hari raya ia tidak menjadi suara syaitan lagi dan selepas itu kembali menjadi suara syaitan semula?! Atau apakah pada hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr. Suara syaitan sepatutnya bukan dikaitkan dengan hari dan waktu, tetapi dengan isi kandungan!.
3. Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah r.a. bahawa
“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Maka, dalam hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau pejabat dan seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi s.a.w pernah bersabda: “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’).
Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diistiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang biasanya dilakukan secara senyap-senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang menafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.
Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Maka apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak becanggah dengan ajaran Nabi s.a.w.
4. Dalam riwayat Muslim, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang akan menyanyi ketika dalam dalam perjalanan. Nama beliau Anjasyah. Kata Anas:
“Bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang mempunyai suara yang lunak. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: “Perlahan wahai Anjasyah! Jangan pecahkan kaca (wanita-wanita)” (Riwayat Muslim).
Ulama hadis berbeza pendapat tentang maksud Nabi s.a.w dalam hadis ini. Namun, maksud yang dipaling dapat difahami ialah baginda meminta agar Anjasyah memperlahan lagunya kerana ia telah menyebabkan unta semakin pantas, sedangkan wanita-wanita iaitu isteri-isteri baginda mungkin tidak termampu bergerak sepantas itu. Ini menunjukkan bagaimana baginda tidak melarang nyanyian, sebaliknya menggunakannya untuk menggalakkan perjalanan. Cumanya, apabila menyebabkan kesusahan wanita, baginda meminta agar ia diperlahankan.
5. Dalam hadis lain, ‘Aishah menceritakan
:“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
Demikian Nabi s.a.w member ruang untuk isterinya menikmati hiburan.
6. Ada sesetengah pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ terutama sebahagian mereka yang beraliran salafis yang menghadkan hiburan hanya pada hari raya sahaja atau dengan bentuk kompang tertentu sahaja. Mereka memahami hadis-hadis ini secara literal.
Bagi saya, pandangan ini boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam. Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas.
Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.
7. Namun, sudah pasti di sana ada batasan yang mesti dipatuhi dalam setiap perkara. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya. Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:
“RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut. Lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mereka juga tidak dilarang oleh Nabi s.a.w. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang salah atau bercanggahan dengan kebenaran maka ia ditegur oleh Nabi s.a.w. Dalam hadis ini Nabi s.a.w menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.
Maka, lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpamanya. Demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan.
8. Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.
9. Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.

No comments:

Post a Comment