Saturday, October 16, 2010

MEREKA MENGAJAR PERKARA YANG DILARANG AGAMA..MEREKA XRASA MALU MELAKUKAN PERKARA YANG DILARANG AGAMA...


DIVA INTERAKTIF


Remy-Tiz mula pegang-pegang


KELIBAT Remy dan Tiz berpegang-pegang dilihat umum ketika mereka sama-sama menyaksikan acara Moto GP yang diadakan di Sepang pada 10 Oktober lalu. Berkasihankah mereka?



BERGANDINGAN di televisyen sudah, di filem pun sudah. Nampak keserasian dan jelas ikatan kimia itu sudah terjalin dengan baik. Tapi ini bukan hal bergandingan dalam naskhah drama Nur Kasih atau produksi lain, ada sumber yang mendakwa terserempak Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bergandingan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP pada tanggal 10.10.10 baru-baru ini.
Sudah adat mata melihat pastilah ingin menyaksikan pemandangan yang indah. Menurut sumber Diva, sedang dia asyik memerhatikan awek-awek yang menarik di sekitar acara Moto GP, dia terpandangkan seorang gadis putih gebu berpegangan tangan dengan seorang lelaki perkasa. Bila ditilik-tilik, rupanya dia kenal benar dengan dua jasad yang berada di depannya.
Terus dia terimbaskan kembali ikatan kasih sayang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam kisah Nur Kasih. Tidaklah dapat dipastikan sama ada mereka berdua ini sudah mendapat nur untuk membina perhubungan cinta. Tetapi kata sumber Diva, aksi berpegangan tangan mereka sudah jelas menunjukkan mereka seperti berada dalam sebuah perhubungan yang suci.
Setahu Diva, Tiz dan Remy memang sudah bersahabat baik sejak sama-sama menjadi tunjang drama berkenaan, lantas persahabatan itu terbawa hinggalah ke luar lokasi dan selalulah mereka bertanyakan khabar jika jarang bertemu.
Mata Diva masih lagi nampak mereka sebagai teman baik. Tetapi apabila diberitakan tentang acara berpegangan tangan di bawah sinaran cuaca matahari yang terik Ahad lalu, tak mustahil juga, itu kata hati Diva. Tak salah pun kalau mereka ini mahu berkasihan kerana masing-masing tidak ada komitmen. Tetapi nasihat Diva, kalau benar mereka bercinta janganlah berahsia. Takut pelbagai cerita keluar nanti.
Sebelum ini Remy pernah dikaitkan dengan beberapa wanita dan Tiz pula pernah menempa kontroversi dengan kekasih orang, jadi Diva tidak mahu nama mereka kembali keruh.



DIVA INTERAKTIF


Lagi artis kena tipu

PERIHAL artis kena tipu sudah sering berlaku. Dalam bidang lain pun, penipuan terjadi hampir sepanjang masa seolah-olah manusia yang jujur, tulus dan murni hampir pupus di muka bumi ini.
Wah, teremosi pula Diva. Yelah bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan terasa sakit.
Sebenarnya Diva cuma kasihankan seorang artis ini. Setahu Diva pendapatannya tidak putus-putus sebab kehebatan bakatnya.
Tapi apa yang berlaku terhadapnya memang tidak patut sebab dia ada keluarga yang menumpang teduh.
Masa hendak menghulurkan tawaran, bukan main manis mulut, ibarat menitiklah air gula daripada bibir penganjur berkenaan.
Tetapi bila tiba pihak artis pula menuntut bayaran hasil titik peluhnya, bukan main liat lagi.
Jumlah yang belum dibayar bukan sedikit, cecah ratusan ribu jugalah. Tapi artis ini jenis baik hati, katanya dia masih beri peluang, mana tahu penganjur berkenaan sedang berdepan masalah.
Jika liat bertukar menjadi batu, artis yang terkenal dengan mulut laser ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan serius. Tunggu!



Saya kecewa

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my
2010/10/17

KUALA LUMPUR: Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Norwati Sadali atau Watie berasa teraniaya apabila masih lagi dikaitkan dengan konflik rumah tangga penyanyi dan pelakon, Zulkifli Daud atau Joey hinggakan sebuah syarikat yang berhasrat mengambilnya sebagai duta produk tiba-tiba mengenepikannya gara-gara kontroversi melandanya itu.
“Tetapi lepas saya hubungi mereka, saya dimaklumkan bahawa bos mereka tidak berminat untuk mengambil saya disebabkan kontroversi itu,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Menurutnya, dirinya bukan seorang perempuan seperti yang dituduh perampas suami orang kerana sebagai seorang wanita dia tahu bagaimana perasaan jika ada orang lain merampas suami sendiri.

“Apa istimewanya saya hingga mampu rampas suami orang, orang tidak tahu diri saya sebenarnya sensitif dan tuduhan yang dilemparkan berkaitan dengan perkara yang tidak saya lakukan sungguh mengecewakan.

“Mungkin ramai yang menyamakan diri saya dengan drama lakonan sejak kebelakangan ini, ingin saya jelaskan watak itu hanyalah untuk memenuhi kerjaya sebagai pelakon tetapi hakikatnya perwatakan sebenar saya tidak sama,” katanya.
Mengenai hubungannya dengan Joey, ibu kepada kepada seorang anak lelaki, Ahmad Afif Danial yang kini berusia enam tahun itu mengakui dia senang berkawan dengan pelakon serta penyanyi berkenaan.

Katanya, dia juga masih dalam proses mengenali Joey dan sepanjang perkenalan mereka itu, dia hanya mengetahui bahawa temannya itu bukan milik sesiapa apatah lagi sebagai suami orang.

“Selepas kontroversi ini hangat diperkatakan, saya ada berhubung dengan Joey bertanyakan kenapa saya turut menjadi mangsa dalam masalah rumah tangganya dan pernah kata padanya (Joey) kalau saya yang menjadi punca kepada konflik itu adalah lebih baik dia pergi jauh,” katanya.

Mengulas pula tindakan isteri Joey, Noraini Nasir memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini, kelmarin, Waite berkata dia tidak mahu masuk campur dalam perihal rumah tangga orang lain.

“Baguslah kalau masalah mereka itu dapat diselesaikan cara baik, sekali gus ia dapat membersihkan nama saya yang sebelum ini dikaitkan dalam konflik rumah tangga mereka itu,” katanya yang sempat merakamkan empat album iaitu Catwalk, Tamparan Wanita, Idola dan Merbahaya ketika bersama Elite.

Sebelum ini, kontroversi itu mula diperkatakan apabila Watie bukan saja didakwa sebagai perampas yang menjadi punca utama keruntuhan rumah tangga Joey, malah Watie yang popular menerusi drama rantaian Gelora Di Hati Sara, Iris dan Rahsia Hati turut dikatakan menyembunyikan hubungan intimnya itu sedangkan penyanyi dan pelakon berkenaan masih belum sah bercerai.

No comments:

Post a Comment