NEGARA
BILA ADAB TIDAK JADI BUDAYASakit mata gelagat Awang Hitam
KUALA LUMPUR – Sesiapa yang tidak pernah menjejaki kaki ke Taman Connaught, Cheras di sini pasti terpegun dan hairan kerana kelibat lelaki warga Afrika senang ditemui di situ.
Dari stesen minyak, restoran makanan segera, kedai mamak sehingga sebuah pub di situ hanya kelibat warga Afrika yang kelihatan.
Fenomena itu membuatkan anda yang bukan penduduk di situ pasti merasa keliru dan tidak senang kerana suasana di situ seolah-olah anda berada di bumi Afrika.
Warga Afrika tanpa mengira jantina dilihat tidak kekok untuk melepak dengan gaya hidup mereka yang tidak ada perasaan segan silu.
Tinjauan Kosmo! mendapati sebuah pub di situ telah dijadikan markas oleh warga Afrika untuk berhibur dan berkumpul bersama rakan-rakan senegara.
Sepanjang hari lagu-lagu yang dimainkan dalam pub itu pula berunsur lagu-lagu rock dan balada.
Oleh itu, tidak ada penduduk tempatan yang berani menjejakkan kaki ke pub itu kerana ia telah didominasi oleh warga Afrika sejak sekian lama.
Jika ada gadis-gadis tempatan melalui pub tersebut, pasti ia menjadi tarikan kepada warga Afrika untuk memikat mereka dipercayai untuk dijadikan teman sosial.
Ibarat kawasan itu mereka punya, aktiviti berseronok di pub tersebut bermula seawal pukul 11 pagi dan semakin aktif menjelang tengah malam apabila lebih ramai di kalangan warga asing itu memenuhi segenap ruang pub berkenaan.
Menjelang tengah malam, keadaan pub itu didakwa menjadi bising dengan gelagat warga asing yang juga didakwa kerap bergaduh.
JIKA AKIDAH XKUAT DAN KURANG MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT
NEGARA
Pekikan cemas lepas berhimpun
KUALA TERENGGANU – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek di sini diselubungi suasana kelam-kabut serta cemas apabila enam pelajar perempuan sekolah itu menjerit-jerit diserang histeria semalam.
Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku sebaik semua pelajar kembali ke kelas masing-masing selepas menghadiri perhimpunan harian.
Difahamkan, mangsa pertama kejadian histeria semalam adalah seorang pelajar tingkatan dua yang dikatakan turut mengalami histeria pada kejadian yang sama Khamis lalu.
Sementara lima yang lain ialah pelajar tingkatan lima yang sedang mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sumber yang enggan dikenali memberitahu, ini merupakan kejadian kedua pelajar sekolah tersebut diserang histeria dalam tempoh seminggu selepas kejadian pertama pada Khamis lalu.
“Sebelum kejadian kebanyakan pelajar telah kembali ke kelas masing-masing selepas selesai perhimpunan dan keadaan bertukar cemas serta kelam-kabut apabila seorang pelajar perempuan tiba-tiba meraung-raung,” katanya.
JIKA UNDANG2 YANG ADA XDAPAT MEMBENDUNG KEGIATAN BEGINI
NEGARA
Pinjam ah long RM2.9j masuk MLM
KUALA LUMPUR - Membimbangkan! Percaya atau tidak, wanita bujang dan berkahwin menjadi golongan yang kian terhimpit apabila statistik Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menunjukkan mereka semakin galak meminjam dengan ah long melibatkan hutang mencecah RM2.9 juta sejak 2009 sehingga Ogos tahun ini.
Dalam tempoh dua tahun itu, sebanyak 51 aduan yang diterima biro itu melibatkan wanita berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an mengatakan hidup mereka diselubungi kebimbangan lantaran menjadi buruan lintah darat tersebut kerana gagal melunaskan hutang.
Bagi tahun 2009, sebanyak 51 wanita Melayu Lembah Klang telah meminjam dengan ah long membabitkan hutang RM2.2 juta manakala tahun ini sehingga Ogos pula seramai 16 peminjam berbuat demikian membabitkan hutang berjumlah RM784,000.
Difahamkan, rata-rata jumlah pinjaman berjumlah di antara RM1,000 dan RM300,000 itu dibuat oleh golongan tersebut ialah untuk memulakan perniagaan dan menyertai program pemasaran pelbagai peringkat (MLM).
Ketika mendedahkan perkara tersebut, ketua jabatan itu, Datuk Michael Chong berkata, walaupun jumlah pengadu melibatkan wanita Melayu masih rendah berbanding wanita kaum lain, ia tidak boleh dipandang ringan
DALAM PERGADUHAN DUA2 PIHAK KENA DIDENGARI..XBETUL2@ HANYA DENGAN SEBELAH PIHAK SAJA
NEGARA
Tak pernah ganggu Aidil, menantu - Abd. Radzak
|
|
SEREMBAN – Keluarga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, memberitahu, mereka tidak pernah mengganggu kehidupan Aidil Zafuan dan isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Ayah Aidil Zafuan, Abd. Radzak Salleh, (gambar) 61, menegaskan, mereka sekeluarga menyayangi anak, menantu dan cucunya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun.
Ujarnya, beliau sekeluarga sedia untuk bertemu dengan Rita Rudaini, 35, mahupun keluarga menantunya di Perlis pada bila-bila masa bagi menjelaskan perkara sebenar.
“Kami akan menyatakan pendirian keluarga kami yang telah menerima baik kehadiran Rita sebagai isteri kepada Aidil.
“Sebenarnya tidak timbul soal keluarga kami menolak Rita kerana itu tidak akan berlaku, lagi pun Rita sudah pun menjadi sebahagian daripada keluarga dan melahirkan zuriat Aidil,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini semalam.
Katanya, sidang akhbar itu dibuat bagi menyatakan pendirian keluarga dan menjelaskan penerimaan mereka dan merestui rumah tangga Aidil Zafuan dan Rita Rudaini.
BILA AGAMA TIDAK BERATKAN SEJAK KECIL ATAU UNDANG YG ADA TAK MAMPU MENYEKAT KEGIATAN BEGINI
NEGARA
Bimbang anak jadi pelacur
PERAI – Seorang ibu bimbang anak perempuannya diperalatkan oleh sindiket pelacuran dan dadah antarabangsa selepas keluar dari rumah di Taman Tasik Mutiara, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan dekat sini pada 14 Februari lalu.
Zaiton Din, 53, berkata, ini berikutan anak bongsunya Nur Farlihin Yahya, 20, menelefonnya menggunakan nombor antarabangsa iaitu 66883878343 baru-baru ini selepas lebih tujuh bulan menghilangkan diri.
Katanya, dia dan keluarga cuba menghubungi nombor itu dan diberitahu oleh operator panggilan tersebut dibuat dari Thailand.
“Nur Farlihin ada menghubungi saya termasuk pada hari raya pertama dan kali terakhir tiga hari yang lepas.
“Dia meminta kami jangan bimbang selain minta maaf di atas segala kesalahannya. Saya bimbang dia terlibat jadi pelacuran dan dadah di negara jiran kerana suaranya kedengaran ketakutan,” katanya
DUNIA
Pelakon lucah Australia kahwin doktor haiwan
|
|
SYDNEY - Pelakon lucah paling terkenal Australia, Monica Mayhem, 32, (gambar) meninggalkan kerjayan itu kerana berkahwin dengan seorang doktor, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang pernah berlakon dalam 40 buah filem lucah berkahwin dengan seorang doktor haiwan yang dikenalinya tiga bulan lalu semasa suaminya itu berada di sebuah kelab malam di Los Angeles bersama rakan-rakannya.
Doktor haiwan yang hanya dikenali sebagai Jason itu berasal dari North Shore, di sini.
Seramai 45 tetamu menghadiri majlis perkahwinan itu yang diadakan kelmarin di Sydney.
Pasangan itu akan bebulan madu di Pulau Hayman dan Tasik Como di Itali. - Agensi
DUNIA
7,200 pasangan kahwin serentak
ASAN, Korea Selatan - Kira-kira 7,200 pasangan Korea Selatan dan asing melafazkan ikrar perkahwinan pada majlis perkahwinan beramai-ramai di Gereja Penyatuan di sini semalam.
Pengasas gereja itu, Paderi Sun Myung-moon memberi restu kepada pasangan yang berkahwin di Universiti Sun Moon itu.
Universiti itu ditubuhkan Myung-moon yang terletak di selatan Seoul.
"Saya mengumumkan perkahwinan untuk merahmati wanita cantik dan lelaki tampan yang berdiri di depan Tuhan, dunia dan diri saya," kata paderi yang berumur 90 tahun itu.
Menurut beberapa pegawai gereja, pasangan itu melafazkan ikrar perkahwinan dalam majlis selama satu jam yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen satelit ke 194 buah negara.
Paderi itu mencetuskan kontroversi kerana pernah menyatakan bahawa semasa berumur 15 tahun, Nabi Isa memintanya meneruskan kerja-kerja yang tidak dapat disempurnakannya.
Kali pertama dia menganjurkan perkahwinan beramai-ramai ialah pada awal 1960-an dengan melibatkan 24 pasangan dan memperbaharui ikrar perkahwinan 12 pasangan. - AP
KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH SWT
DUNIA
Rakam gambar Bumi guna belon
NEWBURGH, New York - Seorang bapa, Luke Geissbuhler, 40, dan anak lelakinya, Max berusia tujuh tahun mencipta cara untuk merakamkan gambar Bumi yang kelihatan seperti dirakamkan dari angkasa lepas dengan hanya menggunakan telefon pintar iPhone dan kamera video, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gajet iPhone dan kamera video itu diletakkan di dalam sebuah bekas makanan kecil dan diterbangkan dengan menggunakan belon cuaca di sini pada Ogos lalu.
Selepas berada 30.57 kilometer dari Bumi dan merakamkan gambar serta terbang selama 102 minit, belon itu pecah dan jatuh ke Bumi dengan menggunakan payung terjun.
Geissbuhler mengesan belon yang jatuh itu berpandukan sistem penentu kedudukan global (GPS) iPhone tersebut.
Belon itu didapati jatuh di atas dahan sebatang pokok 48.28 kilometer dari tempat ia diterbangkan.
Telefon dan kamera itu mengharungi angin selaju 160.93 kilometer sejam dan suhu -60 darjah Celsius.
Rakaman imej Bumi selama tujuh minit itu boleh dilihat di www.brooklynspaceprogram.org. - Agensi
JIKA PANDANGAN YANG XMIKIR KEMUDIAN HARI...TIDAK BERPANDU HUKUM ISLAM
DUNIA
Pengasas Facebook sokong guna ganja
|
|
LOS ANGELES - Pengasas bersama rangkaian sosial Facebook, Sean Parker (gambar) menyumbangkan AS$100,000 (RM311,299) untuk menyokong cadangan supaya undang-undang membenarkan penggunaan ganja di California, lapor sebuah akhbar semalam.
Sumbangan Parker yang pernah menjadi Presiden Facebook itu telah diumumkan dalam kempen untuk membenarkan penggunaan ganja di negeri California, Amerika Syarikat.
Usul undang-undang penggunaan ganja itu akan diundi pada 2 November depan.
Sebelum ini pengasas bersama Facebook, Dustin Moskovitz telah membuat dua sumbangan berjumlah AS$70,000 (RM217,909) untuk kempen ganja itu.
Parker dan Moskovitz tidak lagi bersama dengan Facebook tetapi mereka masih mempunyai saham.
Anggaran terbaru menunjukkan nilai syarikat itu setinggi AS$33.7 bilion (RM104.90 bilion). - Agensi
DUNIA
Peguam editor majalah Playboy kritik mahkamah
|
|
JAKARTA - Seorang hakim telah melakukan kesilapan apabila beliau menggunakan kod jenayah berbanding undang-undang media apabila menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap bekas editor majalah Playboy Indonesia, Erwin Arnada (gambar), kata peguam editor itu.
Peguam itu, Todung Mulya Lubis mempertikaikan kelmarin keputusan itu dengan menyatakan hakim sepatungnya menggunakan undang-undang media sekali gus akan melindungi anak guamnya.
Erwin, 47, memulakan hukumannya kelmarin dalam kes yang telah menimbulkan kemarahan aktivis kebebasan di Indonesia yang mempunyai penduduk paling ramai beragama Islam di dunia.
Pada Ogos lepas, Mahkamah Agung telah mendapati Erwin bersalah di bawah kod jenayah kerana menyiarkan bahan lucah.
Peguamnya berkata, beliau akan menfailkan supaya keputusan itu dikaji semula sebagai langkah terakhir dalam proses undang-undang. - AP
TAKDIR ALLAH...INGAT KITA JUGA AKAN MATI
41 maut bas terbabas ke dalam sungai
DHAKA - Sekurang-kurangnya seorang pelajar universiti disahkan mati dan kira-kira 40 orang dikhuatiri lemas apabila sebuah bas yang dipenuhi penumpang terhumban ke dalam sebatang sungai dekat bandar Dhaka semalam, kata polis.
Semasa kejadian, bas itu dipenuhi dengan kira-kira 50 orang dalam kejadian yang berlaku di Aminbazar, 20 kilometer ke barat Dhaka.
Seorang pegawai daerah, Mohibul Haq berkata, bas itu terbabas ke dalam Sungai Turag sekali gus menyebabkan kira-kira 40 penumpang terperangkap.
Askar-askar dan penyelam tentera laut dikerahkan ke lokasi kejadian selepas para penyelam jabatan bomba gagal menemui bas tersebut di dalam sungai.
"Selama enam jam berlalu dan kami masih belum menemui bas tersebut. Saya bimbang semua penumpang itu mati," katanya.
Menurutnya, alat pengesan logam diterbangkan khas dari bandar Chittagong untuk digunakan bagi mencari bas tersebut.
Polis menyatakan lapan orang dapat berenang ke tepi tebing sungai.
Salah seorang yang berjaya berenang ke tepi pantai ialah seorang pelajar wanita sebuah universiti berumur 23 tahun.
Namun, kata seorang ketua polis tempatan, pelajar itu mati di sebuah hospital di bandar Savar. - AFP
TAKDIR MENGUJI KESABARAN MANUSIA
DUNIA
33 pelombong dikeluarkan Rabu ini
LOMBONG SAN JOSE, Chile - Selepas lebih dua bulan terperangkap di dalam sebuah lombong tembaga dan emas bawah tanah di sini, seramai 33 pelombong semalam bergembira apabila mengetahui mereka akan dikeluarkan pada Rabu ini.
Menteri Perlombongan Chile, Laurence Golborne berkata kelmarin, kerja-kerja untuk menyelamatkan pelombong itu mungkin bermula Rabu ini.
Berita gembira itu diperoleh selepas sebuah mesin menggerudi selesai menggerudi terowong kecil untuk membawa pelombong keluar selepas mereka terperangkap akibat dinding gua runtuh.
Kerja-kerja untuk menyempurnakan tebukan lubang berdiameter 71 sentimeter (sm) pada pagi kelmarin telah menyebabkan sejumlah saudara-mara pelombong yang tinggal sementara di dalam khemah di lombong berkenaan turut menjerit kegembiraan.
Para pelombong itu terperangkap selama 66 hari sejak sebuah dinding gua itu runtuh pada 5 Ogos lalu.
Anggota-anggota penyelamat menari dan menyanyi kerana berasa amat gembira selepas mereka bertungkus-lumus bekerja untuk mencari cara untuk menyelamatkan 33 pelombong itu.
Para pelombong itu akan menaiki satu kapsul kecil seorang demi seorang yang dimasukkan ke dalam terowong sedalam 630.02 meter yang ditebuk menerusi sebuah mesin gerudi dengan kos menyelamat dianggarkan lebih AS$4.2 juta (RM13.08).
Pelombong-pelombong yang merakamkan video detik-detik gerudi itu membuat terowong kecil di lokasi tempat mereka berlindung turut menjerit kegembiraan.
"Menerusi video itu, para pelombong itu berteriak dan berpelukan dan meraikannya (kejayaan membuat terowong penyelamat)," kata Pengurus Operasi Syarikat Menggerudi Geotec, James Stefanic. - Agensi
No comments:
Post a Comment