IPOH - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang ketika pulang ke rumahnya di Taman Banjar Jaya, Teluk Intan, 100 km dari sini semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, Somaswaran a/l Sooria dilaporkan hilang pada pukul 2 petang semalam oleh bapanya ketika dia dalam perjalanan dari sekolah ke rumah.
Somaswaran, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist di Teluk Intan, sebelum itu telah bertemu ayahnya di tempat kerja kemudian pulang sendirian ke rumah.
Kehilangan pelajar itu disedari oleh bapanya ketika pulang ke rumah pada waktu petang.
Goh meminta sesiap yang melihat pelajar itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Che Intan Subri di nombor telefon 05-6221222 atau telefon bimbit 013-9329614 untuk membantu siasatan
Mahkamah AS sokong askar homoseksual
CALIFORNIA - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengarahkan tentera negara itu berhenti menggunakan polisi 'don’t ask, don’t tell' (jangan tanya, jangan beritahu), sekali gus menamatkan larangan ke atas askar yang mengamalkan hubungan homoseksual secara terbuka.
Hakim mahkamah persekutuan, Virginia Phillips mengeluarkan perintah injuksi di seluruh dunia dan mengarahkan tentera AS 'menggantung serta merta sebarang siasatan atau pemecatan' yang dilakukan berdasarkan polisi itu, kelmarin.
Perintah itu dikeluarkan selepas kumpulan hak asasi homoseksual, Log Cabin Republicans memenangi saman terhadap angkatan tentera.
Jurucakap Pentagon berkata, Jabatan Pertahanan AS sedang meneliti keputusan mahkamah itu sebelum mengambil tindakan susulan.
Lebih 12,500 askar dibuang daripada perkhidmatan ketenteraan sejak polisi 'don’t ask, don’t tell' diperkenalkan, 17 tahun lalu.
Selain menghalang pengamal homoseksual secara terbuka daripada berkhidmat sebagai tentera, polisi itu juga menghalang pihak tentera daripada bertanya mengenai orientasi seksual anggota mereka
SHAH ALAM – Berdasarkan pemarkahan latihan menembak, Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian seorang remaja, Aminulrasyid Amzah dalam satu kejadian kejar dan tembak di Seksyen 11, di sini, April lalu adalah ahli tembak mahir.
Jenain, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April lalu.:
Ketua Cawangan Pensenjataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Sarjan Mohd Sani Mohd Hassan, 51, berkata, kali terakhir Jenain menjalani latihan menembak dari 13 hingga 15 Mac lalu di Lapang Sasar Jeram, Kuala Selangor dengan memungut antara 78 dan 90 markah.
Beliau turut mengesahkan, sebelum itu Jenain pernah menjalani latihan menembak dengan purata markah hampir sama.
“Berdasarkan pemarkahan latihan menembak, dia seorang Ahli Tembak dan rumusan tahap penembakan dengan markah demikian bermakna Jenain mahir menggunakan senjata api,” kata Mohd Sani ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar.
Menjawab soalan peguam Jenain, Salim Bashir mengenai definisi 'mahir', saksi menjelaskan, ia merujuk kepada target tembakan iaitu mengena sasaran.
Mohd Sani bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Jenain mengikut target sasaran pada hari latihan menembak pada jarak 25 meter
Mayat Aminulrasyid tertiarap
SHAH ALAM – Penolong pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) memberi keterangan bahawa mayat Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis April lalu, berada dalam keadaan tertiarap, muka tersembam dan separuh badannya di luar kereta Proton Iswara yang tersadai selepas melanggar pokok.
Muhamad Sahid Abdul Karim, 30, berkata, sejurus sampai di kawasan perumahan di Jalan Makyong, Seksyen 11, di sini, lebih kurang jam 2.23 pagi, beliau melihat sebuah kereta Proton Iswara putih tersadai di antara dinding pagar rumah dan pokok.
“Pintu kereta terbuka, saya nampak seorang lelaki terbaring meniarap di luar kereta dengan kaki lurus dan kepalanya menekup di atas kerusi pemandu,” kata Muhamad Sahid sambil menunjukkan demonstrasi keadaan tersebut kepada mahkamah.
Bagaimanapun, dia tidak ingat keadaan tangan Aminulrasyid ketika itu dan tidak melihat wajah mangsa.
“Saya periksa nadi pada leher, selepas itu keluarkan stetoskop untuk periksa pernafasan dan denyutan jantung tetapi tiada denyutan dan ini menunjukkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Untuk melihat kecederaan belakang, saya selak baju mangsa tetapi saya dapati tiada sebarang kecederaan; saya pegang dahi dan cuba pusing badan mangsa tetapi dilarang polis menggerakkan atau mengalih kedudukan mangsa itu,” katanya.
Muhamad Sahid berkata, selepas memegang dahi mangsa, sarung tangannya didapati berdarah.
“Selepas itu, saya tanya kepada polis siapa yang angkat mangsa di luar kereta, seorang anggota polis memberitahu, 'Apa-apa pun tunggu pegawai penyiasat sampai'," jelas saksi itu semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar
Jumpa janin di flat
KUALA PILAH – Penduduk Flat Wisma Sentosa di Kuala Pilah gempar apabila menjumpai janin di tingkat satu flat berkenaan, jam 2.30 petang, semalam.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 34, berkata, dia terbau busuk di tingkat itu dan mencari daripada mana arah bau itu.
“Apabila saya melalui tingkat terbabit, tiba-tiba bau tidak menyenangkan menusuk ke dalam hidung. Pada mulanya saya biarkan sahaja tetapi lama-kelamaan rasa tidak sedap hati.
“Saya cuba cari dan terkejut kerana ternampak janin yang mempunyai kaki bersaiz kecil. Keadaan janin masih berdarah, seolah-olah cukup sifat dan rasanya baru sahaja dibuang,” katanya.
Menurutnya, selepas penemuan itu, dia segera menghubungi pihak polis dan mereka tiba kira-kira jam 3 petang.
Arif berkata, dia kesal dengan kejadian itu kerana secara tidak langsung mencemarkan nama baik flat berkenaan
beli kereta ni...membeli benda yang akan susut nilai...selain menambah hutang...jadilah elok kita ada sifat memada...fungsi sama...cuma kereta yang ada model lama....
|
"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.
Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).
Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya.
"Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.
"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.
Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.
Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November.
Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.
Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.
Proton menyasar menjual 1,600 unit Inspira sebulan.
"Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.
Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport Inspira, "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran."
Inspira tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah.
- BernamaProton Lancar Model Terbaru, Inspira
SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis.
Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.
Ini adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan.
Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.
"Edisi terkini ini adalah produk berkualiti kami yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
"Dengan kombinasi DNA Lotus, kami percaya ia adalah pilihan tepat dengan harga yang bersesuaian," katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Proton Inspira di sini.
Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.
Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC
A.Aida Hilang Sabar, Mahu Saman Ameng
PETALING JAYA: Produser drama Halimah Jongang, Zaidah Awang,39, atau A.Aida berhasrat untuk menyaman bekas suaminya Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail,42, kerana melakukan fitnah membuat kenyataan kononnya dia telah melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Ameng.
A.Aida berkata selama ini dia berdiam diri mengenai segala perbuatan Ameng dan tidak tergamak mengambil tindakan kerana mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan terhadap bekas penyanyi Kumpulan Spring itu.
“Saya akan dedahkan segala-galanya di dalam sidang akhbar nanti. Saya sudah tidak boleh sabar lagi dengan sikap Ameng,” Katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.
Akhbar pada Raba melaporkan Ameng mendakwa A.Aida dan suaminya, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintenden Suffian Sulaiman telah melakukan konspirasi untuk memalukannya.
Tuduhan mengenai kes dadah yang dikenakan terhadapnya itu kata Ameng adalah bertujuan untuk memburukkan nama baiknya.
Sehubungan kenyataan Ameng itu, A.Aida bersama peguamnya akan mengadakan sidang akhbar tergempar di Restoran Rebung di sini, Khamis kira-kira pukul 3 petang.
Menurut A.Aida dia mempunyai bukti termasuklah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan daripada Ameng sehingga memaksanya membuat laporan polis pada April lalu menyebabkan Ameng ditahan.
Ujar Aida, Ameng turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anak iaitu Wan Aleesya,14, dan Wan Natasha,9, dengan tidak pernah memberi nafkah kepada mereka.
Kedua-dua anak itu berada di bawah penjagaan A.Aida.
“Satu sen pun dia tak bagi nafkah anak... dia nak cakap banyak pula. Saya dah lama bersabar. Kali ini saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya akan dedahkan semuanya,” katanya.
Ameng dan A.Aida berkahwin pada tahun 1995 dan berpisah tujuh tahun kemudian.
Ameng kemudian berkahwin dengan Sabariah Zakaria,40, pada tahun 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Amar Haikal yang kini berusia tiga tahun.
Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis.
Diliwat beberapa kali tanpa kondom, dakwa Saiful | ||
|
Beberapa pemimpin PKR telah menolak pendedahan Rahimi itu adalah hanya sebagai kempen memburuk-burukkan PKR dan Anwar menjelang dua pilihan raya kecil yang akan datang - Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah.
Seorang lagi peguam Anwar - Sankara Nair menerusi e-mail semalam berkata pihaknya kemungkinan besar akan memfailkan prosiding menghina mahkamah ke atas Rahimi.
Perbicaraan ini juga menarik minat usahawan Britain, Sir Richard Branson, yang pada bulan lalu ketika di Kuala Lumpur berkata, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Malaysia dan menghindarkan pelabur asing daripada datang ke negara ini.
Sebelum ini, Anwar juga gagal menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif seorang daripada peguam yang mewakili pihak pendakwaan mempunyai hubungan intim dengan Saiful Bukhari .
Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.
Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
LAPORAN LANGSUNG
9:41am Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya.
9:47am: Karpal berkata tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Rahimi berhubung kenytaannya kepada media.
"Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah.
"Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah.
Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau memandang berat perkara berkenaan.
Hakim Zabidin membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu.
Mahkamah bersambung dengan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng.
9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.
Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.
10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.
Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.
"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya.
"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.”
Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.
"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.”
Karpal kemudian memohon jumlah kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.
Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.
10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.
Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.
"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya.
"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.”
Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.
"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.”
Karpal kemudian memohon jumlah kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.
10.15am: Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan.
10.35am: Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal.
Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful.
10.35am: Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal.
Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful.
10.39am: Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan.
Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.
Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.
10.49am: Dr Siew berkata sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.
"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.
10.54am: Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor dari HKL kemudian hari nanti.
Mahkamah berehat seketika.
"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.
10.54am: Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor dari HKL kemudian hari nanti.
Mahkamah berehat seketika.
11.13am: Giliran seorang lagi doktor dari HKL memberi keterangan - Dr Khairul Nizam Hassan sebagai saksi seterusnya.
11.19am: Dr Khairul Nizam, 40 berkata beliau telah mengendalikan 20 kes liwat dan merawat Saiful pada 28 Jun 2008.
Ketika itu, Saiful memakai kemeja putih yang berlengan panjang dan jaket hitam.
Ketika itu, Saiful memakai kemeja putih yang berlengan panjang dan jaket hitam.
11.23am: Dr Khairul berkata dia ditugaskan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Saiful, manakala Dr Razali pula memeriksa bahagian sekitar dubur mangsa.
"Dr Siew bertanggungjawab mengambil sampel. Saya juga diberi tugas untuk mendapatkan latar belakang mangsa.”
"Dr Siew bertanggungjawab mengambil sampel. Saya juga diberi tugas untuk mendapatkan latar belakang mangsa.”
11.27am: Menurut Dr Khairul, beliau kemudiannya menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh ke atas Saiful. Beliau bermula daripada bahagian atas kepala sehingga ke bahagian khaki.
Beliau mendapati ada kesan parut lama di bahagian belakang mangsa dan mengukur serta mencatatkannya.
Beliau mendapati ada kesan parut lama di bahagian belakang mangsa dan mengukur serta mencatatkannya.
11.32am: Dr Khairul juga berkata beliau mengambil sampel air ludah dari bahagian kiri dan kanan puting, areola, sampel air mani dari mulut dan contoh darah.
Katanya, semua spesimen diambil dan dikedapkan oleh Dr Siew.
Katanya, semua spesimen diambil dan dikedapkan oleh Dr Siew.
11.44am: Saksi itu berkata berdasarkan adanya air mani lelaki di kawasan peri-anal dan bahagian bawah serta atas dubur, maka tusukkan zakar memang berlaku.
Menurut Dr Khairul ada kemungkinan tiada kesan kecederaan di kawasan dubur meskipun berlakunya tusukan.
Ditanya apakah perkara yang memungkinkan tiada kesan kecederaan, doktor itu berkata ia bergantung kepada jangka masa mangsa diperiksa oleh doktor setelah diliwat, tiada halangan atau pergelutan dan juga bergantung kepada penggunaan pelincir.
11.52am: Dr Khairul selesai memberi keterangannya dan peguam Karpal Singh sekali lagi menegaskan beliau ada hak untuk menyoal-balas saksi itu pada kemudian hari perbicaraan nanti.
Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 25 Oktober ini untuk bersambung semulaDitanya apakah perkara yang memungkinkan tiada kesan kecederaan, doktor itu berkata ia bergantung kepada jangka masa mangsa diperiksa oleh doktor setelah diliwat, tiada halangan atau pergelutan dan juga bergantung kepada penggunaan pelincir.
11.52am: Dr Khairul selesai memberi keterangannya dan peguam Karpal Singh sekali lagi menegaskan beliau ada hak untuk menyoal-balas saksi itu pada kemudian hari perbicaraan nanti.
Tindakan hina mahkamah ke atas pembantu Anwar | ||
|
"Tidak salah jika mereka membuat laporan polis, tetapi mereka tidak sepatut memberi komen,” kata Sankara.
"Ini adalah subjudis. Kita akan kaji apa yang diperkatakan kepada media dan akan memfailkan notis minggu depan,” katanya.
Rahimi dan Rasid masing-masing membuat laporan polis mendakwa peguam Anwar memaksa mereka menandatangani akuan bersumpah yang dicurigai kandungannya berhubung dakwaan Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat.
Kedua-dua mereka juga mengeluarkan kenyataan akhbar kepada pihak media
No comments:
Post a Comment