SURA GATE – Seorang bapa ternyata pendek akal apabila tergamak menggunakan wang hasil kerja menebar roti canai yang sepatutnya dibelanjakan untuk keperluan keluarga bagi membeli pil khayal.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar setelah dia dicekup polis ketika menunggu bekalan berhampiran deretan premis perniagaan dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Suspek, 32, yang menyedari kehadiran polis berpakaian preman itu bagaimanapun dikatakan cuba meloloskan diri menyebabkan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan.
Hasil pemeriksaan, sebutir pil kemerahan disyaki Methapethamine ditemui dalam poket seluarnya yang menguatkan lagi dakwaan dia terbabit dengan kancah menyalahi undang-undang itu.
Suspek yang sudah lebih tiga tahun bekerja sebagai pembuat roti canai di kios makanan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan itu turut disahkan positif Methapethamine selepas menjalani ujian air kencing.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan suspek yang pernah ditahan polis kerana kesalahan dadah itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Rakan baikku, kekasih isteriku
ALOR GAJAH - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.
Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.
Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.
“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.
“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.
Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.
“Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.
“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.
Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.
“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.
“Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.
Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.
“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.
“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.
Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.
“Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.
“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya
KULIM - Usaha untuk menahan tiga remaja perempuan warganegara China yang terlibat dalam beberapa kes penipuan dan pukau melibatkan kerugian sehingga ribuan ringgit menemui kegagalan apabila mereka tidak hadir untuk mengambil wang dari salah seorang mangsa di Pasar Kulim pagi kelmarin.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, ketiga suspek itu sering menjalankan aktiviti berkenaan di sekitar Kulim dan sehingga kini usaha masih diteruskan untuk merangkap mereka.
“Terkini suspek berjumpa dengan seorang warga emas berusia 60-an dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai dan barang kemas yang ada kepada mereka. Mangsa ini seakan dipukau dan balik ke rumah untuk mengambil wang. Mujurlah ada ahli PPKM yang mengenali mangsa dan menasihatinya.
“PPKM merancang menahan suspek dengan menggunakan warga emas ini sebagai umpan, tetapi malangnya suspek terlibat tidak datang semula ke tempat yang dijanjikan. Sekiranya suspek berjaya ditahan, PPKM berjaya membantu polis menyelesaikan banyak kes penipuan yang dilakukan mereka,” katanya.
Menurutnya, selain kes penipuan, beberapa kes lain seperti kecurian motosikal dan pecah rumah masih berlaku.
Sehingga kini katanya, PPKM mengenal pasti beberapa kawasan yang sering terlibat dalam kegiatan ini.
Eng Khim berkata, kebanyakan kes pecah rumah berlaku pada waktu subuh d imana ketika itu mangsa mungkin sedang tidur atau belum balik ke rumah kerana bekerja.
“Selain itu, kehilangan motosikal juga sering dilaporkan berlaku di sekitar kawasan membeli belah dan terkini kawasan masjid. Ini menunjukkan kumpulan atau individu terlibat bukan sahaja melakukan kes jenayah curi motosikal di kawasan terbuka malah di kawasan ibadat.
“Sepanjang musim cuti sekolah ini saya menasihatkan kepada semua penduduk di Kulim yang akan meninggalkan rumah untuk bercuti supaya memaklumkan pemergian mereka di mana-mana balai polis berdekatan, PPKM atau jiran. Ini adalah untuk memastikan rumah mereka tidak dimasuki pencuri,” katanya.
KUALA KANGSAR – Niat 25 pelajar untuk berhibur di pusat karaoke sempena musim cuti sekolah ini terbantut apabila diserbu dalam satu operasi bersepadu di sini, Selasa lalu.
Operasi membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Jabatan Agama Islam Perak itu dilakukan di dua pusat karaoke berasingan di sekitar Pekan Kuala Kangsar kira-kira jam 8 malam.
Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF), KDN, Ngeh Kiet Fock berkata, dua buah karaoke diserbu ialah di Jalan Datuk Maharajalela dan Jalan Juragan Abdul Syukur membabitkan 80 pegawai dan anggota.
“Seramai 51 pengunjung termasuk 25 pelajar sekolah dari dua pusat karaoke berkenaan telah di tahan dan dibawa ke Pejabat AADK Cawangan Kuala Kangsar, di sini.
“Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 55 tahun menjalani ujian air kencing,” katanya kepada Sinar Harian.
Kiet Fock berkata, daripada jumlah yang ditahan. 42 daripadanya lelaki sementara sembilan pengunjung perempuan.
Menurutnya, kebanyakan mereka terdiri daripada remaja dan sebahagiannya masih di bawah umur.
“Selain ujian air kencing, kita juga menjalankan pemeriksaan ke atas kandungan telefon bimbit bagi mengesan kewujudan klip atau video lucah,” katanya.
Dalam ujian berkenaan, seorang remaja lelaki telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut kerana didapati positif dadah.
Kiet Fock berkata, hasil maklumat orang ramai, pihaknya telah menjalankan intipan hampir seminggu ke atas dua pusat karaoke berkenaan sebelum serbuan di buat.
Katanya, MPKK turut mengeluarkan dua kompaun ke atas pengusaha pusat karaoke atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa permit dan membiarkan tandas premis kotor.
“Operasi tamat kira-kira jam 10 malam, selepas ujian saringan air kencing dan pemeriksaan telefon bimbit dilakukan, kesemua pengunjung dibebaskan,” katanya.
Janda muda didenda
KUALA TERENGGANU - Seorang janda muda beranak dua didenda sebanyak RM4,500 setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan dadah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.
Engku Nor Shahirah Engku Chik Abdullah, 26, yang berasal dari Kampung Panjang, Kuala Terengganu dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di atas dua pertuduhan terhadapnya.
Dalam pertuduhan yang dibacakan Inspektor W Ravi, Engku Nor Shahirah telah ditangkap pada 6 September 2009 pada jam 3.30 pagi di sebuah hotel, bersama rakannya, Azihan Mohamad, 38.
Bagi pertuduhan pertama, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama, kerana memiliki 0.15 gram Methamphetamine.
Bagi pertuduhan kedua, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki ganja seberat 0.43 gram. Dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.
Majistret Nor Azizah Yusof kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 dan lima bulan penjara jika gagal membayarnya bagi pertuduhan pertama, manakala denda sebanyak RM2,000 dan penjara lima bulan sekiranya gagal membayarnya bagi tuduhan kedua.
Dia kemudiannya dibebaskan selepas ahli keluarganya membayar denda.
Rakannya, Azihan yang berasal dari Kampung Seberang Bukit Tumboh tidak mengaku bersalah dan meminta peguamnya membuat representasi kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk pertuduhan dikaji balik.
Majistret kemudiannya menetapkan 14 April ini sebagai tarikh sebutan semula bagi Azihan. Kedua-dua mereka diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad.
Rempuh guna Perdana V6 curi
SEREMBAN - Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini gempar kelmarin apabila seorang lelaki bertindak merempuh pintu pagar premis hingga tertanggal dengan kereta jenis Proton Perdana V6 curi yang dinaiki bersama rakan wanitanya.Kejadian menggemparkan itu berlaku pukul 5.40 petang apabila pasangan berusia lewat 20-an berkenaan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung satu laporan palsu berkaitan samun yang dibuat seorang lelaki berusia 55 tahun Ahad lalu.
Mereka yang tiba di IPD berkenaan kemudian enggan keluar apabila diarahkan sebelum memecut lalu merempuh sebuah kereta milik anggota polis. Mereka kemudian merempuh pula pintu pagar IPD berkenaan hingga tertanggal.
Difahamkan, dua jam selepas melarikan diri, polis menemui kereta suspek ditinggalkan di Seremban Dua iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, suspek dipercayai menaiki sebuah kereta lain ekoran kereta Proton Perdana itu telah rosak.
Pegawai bomba cedera dipukul
GEORGE TOWN - Seorang pegawai bomba tidak menduga, penat lelahnya bersama-sama 28 anggotanya memadamkan kebakaran sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini semalam bertukar kecoh apabila dia pula dipukul seorang penduduk.
Kejadian memalukan itu berlaku pukul 7.45 pagi apabila seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan dikatakan gagal mengawal emosi selepas permintaannya supaya anggota bomba menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tidak dipenuhi oleh pegawai berusia 50 tahun terbabit.
Ekoran itu, dia terus memaki hamun mangsa sebelum bertindak bergelut dengan ketua operasi berkenaan sebelum dileraikan oleh anggota lain. Mereka kemudian menghubungi polis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya dukacita dan kesal dengan kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
17 PATI jual ayam ditahan
JOHOR BAHRU - Seramai 17 warga Indonesia yang bekerja di sebuah pasar awam di Tampoi di sini ditahan dalam 'Ops Jaja' oleh Jabatan Imigresen Johor kelmarin.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, ketika serbuan pada pukul 8 malam itu, kesemua pekerja terbabit sedang sibuk bekerja tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan didapati melakukan beberapa kesalahan termasuk menyalahgunakan pas lawatan dan pasport tamat tempoh.
"Pemeriksaan mendapati kebanyakan daripada mereka ini menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai pembantu jurujual ayam.
"Majikan seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memeriksa permit pekerja warga asing terlebih dahulu sebelum mengambil mereka bekerja," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Hidang organ pak belang
TEMERLOH: Tawaran harga RM20,000 hingga RM40,000 untuk hidangan kemaluan harimau belang membuatkan seorang lelaki ‘gelap mata’ sehingga sanggup membuka restoran makanan binatang eksotik di Kampung Kubang Rusa, Merapoh, Kuala Lipis.
Restoran beroperasi sejak lebih tiga tahun itu bukan setakat menyediakan hidangan berkenaan malah lelaki berusia 44 tahun itu turut menghidangkan daging kijang, pelanduk serta pelbagai spesies burung kepada pelanggan.
Bagaimanapun, jam 10 pagi kelmarin, kegiatannya terbongkar apabila menerima kunjungan mengejut anggota penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sekali gus berdepan denda sekurang-kurangnya RM500,000 serta penjara.
Selepas pemeriksaan, Perhilitan menemui pelbagai organ harimau yang sudah dikeringkan serta disimpan di dalam botol di restoran berkenaan seperti kuku, lidah, daging dan bulu.
Pengarah Perhilitan negeri, Khairiah Mohd Shariff berkata, pemeriksaan membawa kepada penemuan 54 helai bulu burung kuang yang dijadikan hiasan.
“Kami juga merampas seekor burung ruak-ruak hidup, kira-kira 16.8 kilogram daging kijang dan dua pelandok yang disimpan di dalam peti sejuk.
"Lelaki itu pernah dikenakan tindakan udang-undang kerana memiliki daging kijang secara haram.
“Mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 seksyen 68(2)(c) yang dikuatkuasakan akhir tahun lalu, jika sabit kesalahan individu memiliki apa juga organ harimau belang boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun.
“Bagi kesalahan menyimpan bulu burung kuang, memiliki burung ruak-ruak, daging kijang dan pelanduk dia boleh didenda antara RM50,000 hingga RM100,00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Difahamkan, harga seekor harimau belang boleh mencecah sehingga RM300,000 seekor dan jumlah itu bertambah bergantung kepada saiz serta tahap kecederaan haiwan itu.
Restoran beroperasi sejak lebih tiga tahun itu bukan setakat menyediakan hidangan berkenaan malah lelaki berusia 44 tahun itu turut menghidangkan daging kijang, pelanduk serta pelbagai spesies burung kepada pelanggan.
Bagaimanapun, jam 10 pagi kelmarin, kegiatannya terbongkar apabila menerima kunjungan mengejut anggota penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sekali gus berdepan denda sekurang-kurangnya RM500,000 serta penjara.
Selepas pemeriksaan, Perhilitan menemui pelbagai organ harimau yang sudah dikeringkan serta disimpan di dalam botol di restoran berkenaan seperti kuku, lidah, daging dan bulu.
Pengarah Perhilitan negeri, Khairiah Mohd Shariff berkata, pemeriksaan membawa kepada penemuan 54 helai bulu burung kuang yang dijadikan hiasan.
“Kami juga merampas seekor burung ruak-ruak hidup, kira-kira 16.8 kilogram daging kijang dan dua pelandok yang disimpan di dalam peti sejuk.
"Lelaki itu pernah dikenakan tindakan udang-undang kerana memiliki daging kijang secara haram.
“Mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 seksyen 68(2)(c) yang dikuatkuasakan akhir tahun lalu, jika sabit kesalahan individu memiliki apa juga organ harimau belang boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun.
Difahamkan, harga seekor harimau belang boleh mencecah sehingga RM300,000 seekor dan jumlah itu bertambah bergantung kepada saiz serta tahap kecederaan haiwan itu.
Parah halang isteri disamun
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an cedera pada tangan kanan selepas bergelut dengan dua lelaki yang cuba menyamun isterinya di sebuah pasar pagi di Taman Bukit Maluri, di sini, kelmarin.
Difahamkan, tangan kanan mangsa cedera akibat terkena pisau yang digunakan seorang daripada suspek dalam pergelutan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa bagaimanapun gagal merampas semula beg tangan isterinya berusia 30-an yang mengandungi wang, telefon bimbit dan dokumen peribadi dianggarkan bernilai lebih RM650.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, ketika kejadian isteri mangsa berjalan ke tempat letak kereta di kawasan pasar pagi itu diikuti suaminya.
“Dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di hadapan wanita berkenaan. Seorang daripada suspek yang memakai topi keledar mengeluarkan pisau sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan beg tangannya.
“Suami mangsa yang menyaksikan kejadian berkenaan bergegas memberikan bantuan. Tindakannya cuba menghalang kedua-dua suspek menyamun isterinya menyebabkan berlaku pergelutan.
“Mangsa dan dua suspek bergelut hampir 10 minit sebelum mangsa terpaksa beralah apabila tangannya cedera kerana terkena pisau,” katanya.
Kesempatan itu digunakan dua suspek untuk melarikan diri.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.
Difahamkan, sehingga kini kedua-dua suspek belum ditahan, namun usaha memburu mereka giat dijalankan.

Bekas suami ditahan
JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut, manakala anaknya parah selepas ditikam seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Seniman, Kampung Sri Serdang, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, suspek yang juga bekas suami wanita berkenaan warga Indonesia berumur 40-an.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata suspek dan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an ditahan tidak lama selepas kejadian.
“Wanita berkenaan berusia 43 tahun dan mati akibat parah ditikam di perut oleh suspek, anaknya pula yang berusia 20-an parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Suami saya baik
PETALING JAYA: “Saya tidak terjejas dengan gosip murahan itu kerana ia tidak berasas. Saya wanita paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik sepertinya.
“Saya juga pernah mencadangkan kepada rakan wanita lain supaya mencari suami sebaik suami saya,” kata pelakon dan Presiden Enfinity Vision Media, Datin Seri Tiara Jacquelina.
Beliau mengulas gosip mengenai suaminya, Datuk Seri Effendi Nawawi yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pelakon jelita, Maya Karin.
Tiara berkata, dia tidak mengetahui daripada mana datangnya gosip liar itu.
“Semua rakan yang kenal saya mengetahui saya tidak pernah mengecewakan suami sepanjang kami berkahwin,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Musical The Secret Life of Nora yang berlangsung di The Amcorp Strand, Kota Damansara, di sini, semalam.

Upah tutup mulut
KUALA LUMPUR: Memilih golongan kaya dan profesional sebagai mangsa, sindiket ‘kamera pengintip’ yang didalangi warga asing dipercayai mampu memperoleh jutaan ringgit dalam tempoh singkat selepas memerangkap mangsa mereka dengan ugutan mahu menyebarkan rakaman video seks yang dirakam tanpa pengetahuan mangsa.
Sindiket berkenaan dipercayai hanya menggunakan kamera berharga kira-kira RM50, bergiat aktif di ibu negara dengan memperdaya golongan kaya termasuk ahli perniagaan, arkitek, jurutera dan peguam hingga mereka termakan pujukan untuk menjalin hubungan walaupun sudah berkeluarga.
Seorang mangsa dikenali sebagai Vincent, 65, dari Damansara, berkata, suspek wanita warga asing berjumpa dengannya pada awal Disember lalu sebelum memberitahu dia ditipu teman lelaki.
Vincent berkata, wanita berkenaan mendakwa teman lelakinya menghabiskan wang simpanannya sebanyak RM100,000 hingga menyebabkan dia dalam kesusahan.
“Saya bersimpati dengan wanita ini bersetuju membantunya dan menjalinkan hubungan serta menjadi pasangan seks.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu baik dan melakukan hubungan seks dua kali seminggu dengan bayaran antara RM200 dan RM400 di atas perkhidmatan yang diberikan bagi setiap sesi,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkejut apabila pada awal Mac lalu, wanita itu mengadu sudah mengandung tiga bulan dan meminta RM300,000 sebagai upah untuk menutup mulut.
Dia tidak mempercayai kata-kata wanita itu kerana setiap kali melakukan hubungan dia akan menggunakan alatan mencegah kehamilan termasuk kondom.
“Saya menafikan dakwaannya dan tidak bersetuju dengan permintaan itu sebelum dia mengugut mahu menyebarkan video rakaman hubungan kami di Internet selain memberitahu ahli keluarga,” katanya yang tidak mengetahui wanita sindiket itu merakam setiap aksi mereka menggunakan kamera pengintip yang dipasang di dinding bilik.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sindiket itu bergiat aktif sejak tahun lalu apabila pihaknya menerima lima aduan kes seumpamanya.
“Mereka memerangkap mangsa yang kaya untuk mendapatkan duit dengan merakam aksi seks menggunakan kamera mini tanpa diketahui mangsa.
“Kami minta orang ramai berhati-hati dengan sindiket ini kerana mereka akan terus mencari mangsa yang mempunyai banyak wang dan mangsa yang takut dengan ugutan berkenaan akan menyerahkan wang diminta sindiket berkenaan,” katanya.
Sindiket berkenaan dipercayai hanya menggunakan kamera berharga kira-kira RM50, bergiat aktif di ibu negara dengan memperdaya golongan kaya termasuk ahli perniagaan, arkitek, jurutera dan peguam hingga mereka termakan pujukan untuk menjalin hubungan walaupun sudah berkeluarga.
Seorang mangsa dikenali sebagai Vincent, 65, dari Damansara, berkata, suspek wanita warga asing berjumpa dengannya pada awal Disember lalu sebelum memberitahu dia ditipu teman lelaki.
Vincent berkata, wanita berkenaan mendakwa teman lelakinya menghabiskan wang simpanannya sebanyak RM100,000 hingga menyebabkan dia dalam kesusahan.
“Saya bersimpati dengan wanita ini bersetuju membantunya dan menjalinkan hubungan serta menjadi pasangan seks.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu baik dan melakukan hubungan seks dua kali seminggu dengan bayaran antara RM200 dan RM400 di atas perkhidmatan yang diberikan bagi setiap sesi,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkejut apabila pada awal Mac lalu, wanita itu mengadu sudah mengandung tiga bulan dan meminta RM300,000 sebagai upah untuk menutup mulut.
Dia tidak mempercayai kata-kata wanita itu kerana setiap kali melakukan hubungan dia akan menggunakan alatan mencegah kehamilan termasuk kondom.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sindiket itu bergiat aktif sejak tahun lalu apabila pihaknya menerima lima aduan kes seumpamanya.
“Mereka memerangkap mangsa yang kaya untuk mendapatkan duit dengan merakam aksi seks menggunakan kamera mini tanpa diketahui mangsa.
“Kami minta orang ramai berhati-hati dengan sindiket ini kerana mereka akan terus mencari mangsa yang mempunyai banyak wang dan mangsa yang takut dengan ugutan berkenaan akan menyerahkan wang diminta sindiket berkenaan,” katanya.
Jais siasat lagi
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan melakukan siasatan terperinci berhubung ajaran dibawa seorang lelaki dikenali sebagai Tok Belagak yang bernaung di bawah persatuan Darul Saka yang bergiat aktif di pinggir bandar raya ini.
Pengarah Bahagian Siasatannya, Shahrom Maarof berkata, pihaknya pernah melakukan siasatan berhubung perkara itu tahun lalu selepas menerima maklumat pengadu yang mendakwa ajaran dibawa lelaki berusia 50-an itu meragukan.
Menurutnya, ketika itu Jais mendapati tiada perbuatan menyalahi hukum syarak dilihat sewaktu melakukan penyiasatan terhadap Tok Belagak.
“Bagaimanapun kami akan menyiasat sekali lagi selepas pendedahan seorang pengadu disiarkan Harian Metro. “Dalam beberapa hal, (bukan merujuk kepada Tok Belagak) kita bimbang jika ilmu perubatan sesuatu ajaran yang disalurkan kepada pengikut menyebabkan pengikut taksub sekali gus apa pun kata guru, mereka kata betul.
“Mengikut Seksyen 8B Enakmen Jenayah Syariah Selangor, sesiapa menyatakan dia mengetahui perkara di luar pemahaman manusia boleh didakwa. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurutnya, Jais berharap pengadu tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya.
Katanya, beberapa tahun lalu pihaknya pernah menyiasat mengikut Seksyen 8B Enakmen Jenayah Syariah Selangor mengenai seorang wanita di Ampang yang mengaku wali dan mendakwa boleh nampak roh turun.
“Tetapi setakat diketahui, ajaran Tok Belagak tak menampakkan ciri-ciri penyelewengan namun kami akan tetap menyiasat,” katanya.
Laporan muka depan Harian Metro semalam memetik, seorang ibu tunggal berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti mendakwa bimbang dua anak lelakinya berusia lingkungan 30-an terpesong akidah Islam sebenar apabila didapati melakukan beberapa amalan pelik selepas didakwa menyertai kumpulan diketuai Tok Belagak itu.
MELAKA: Bagi menyelamatkan diri daripada dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), sepasang kekasih sanggup mengaibkan diri sendiri dengan melarikan diri dalam keadaan si lelaki bertelanjang bulat manakala si gadis hanya bercoli serta berseluar pendek, petang semalam.
Pengarah Bahagian Siasatannya, Shahrom Maarof berkata, pihaknya pernah melakukan siasatan berhubung perkara itu tahun lalu selepas menerima maklumat pengadu yang mendakwa ajaran dibawa lelaki berusia 50-an itu meragukan.
Menurutnya, ketika itu Jais mendapati tiada perbuatan menyalahi hukum syarak dilihat sewaktu melakukan penyiasatan terhadap Tok Belagak.
“Bagaimanapun kami akan menyiasat sekali lagi selepas pendedahan seorang pengadu disiarkan Harian Metro. “Dalam beberapa hal, (bukan merujuk kepada Tok Belagak) kita bimbang jika ilmu perubatan sesuatu ajaran yang disalurkan kepada pengikut menyebabkan pengikut taksub sekali gus apa pun kata guru, mereka kata betul.
“Mengikut Seksyen 8B Enakmen Jenayah Syariah Selangor, sesiapa menyatakan dia mengetahui perkara di luar pemahaman manusia boleh didakwa. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurutnya, Jais berharap pengadu tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya.
Katanya, beberapa tahun lalu pihaknya pernah menyiasat mengikut Seksyen 8B Enakmen Jenayah Syariah Selangor mengenai seorang wanita di Ampang yang mengaku wali dan mendakwa boleh nampak roh turun.
“Tetapi setakat diketahui, ajaran Tok Belagak tak menampakkan ciri-ciri penyelewengan namun kami akan tetap menyiasat,” katanya.
Lelaki lari telanjang bulat
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu cubaan remaja perempuan berusia 19 tahun dan lelaki 20 tahun itu yang cuba keluar melalui pintu belakang sebuah rumah di Bukit Rambai, dekat sini, gagal apabila anggota penguatkuasa Jaim sudah menunggu mereka di situ.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya membuat serbuan di rumah berkenaan selepas menerima maklumat mengenai remaja perempuan itu di rumah keluarga kekasihnya itu.
“Kami mendengar bunyi kecoh dalam rumah ketika mereka mahu melarikan diri dan apabila tombol pintu diputar ia didapati tidak berkunci dan ketika masuk, pegawai kami mendapati si lelaki dalam keadaan telanjang manakala perempuan terbabit hanya bercoli serta berseluar pendek sedang menuju ke belakang,” katanya.

Darul Saka Tok Belagak,
ReplyDeleteBoleh layari
http://darulsaka.blogspot.com/2009/10/zikir-dan-nafas-serta-kaitannya.html
untuk DAKWAAN BOLEH TENGOK AZAB KUBUR.
Dakwaan Ustaz Lokman Syifa al-hidayah (astro oasis) difitnah meliwat di brunei...lihat blog www.adikbelagak.blogspot.com
Layari www.darulsakit.com utk mengetahui pembohongan Tok Belagak Darul Saka.
Darul Saka menyalahi islam dgn menyatakan orang mati tidak ke alam barzakh sila lihat artikel di bawah
dipetik drp komen dlm post bertajuk derita sihir minyak dagu
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:82CeFqdTYzoJ:darulsaka.blogspot.com/2010/04/derita-sihir-minyak-dagu.html+dandiar+darul+saka&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my&source=www.google.com.my