Sunday, March 13, 2011

WANITA JADI TABUNG UJI BAGI LELAKI JAHAT...DARA HILANG NAK PULIH MACAMANE....LELAKI KAWIN YANG ADA DARA..MEMANG DUA2 SEDAP...MENGANDUNG SORANG TANGGUNG MALU DAN SAKIT...UNDANG2 ALLAH TAK JALAN..LEPAS 100 ROTAN ATAU REJAM....BIAR ALLAH BALAS..LAIN KALI ANAK ATAU CUCUNYA PULAK ORANG ZINA...HUKUNM ALLAH KENA JALAN...RAGU2 ROSAK IMAN....MUFTI ASYIK TUTUP MULUT BILA SAMPAI BAB NI...

Stesen minyak NPE ‘port’ buat maksiat

Oleh Noozieyantie ‘Alia Adnan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kawasan tempat letak kereta di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Pantai Dalam, dekat sini, kini menjadi ‘port’ baru bagi pasangan kekasih memadu asmara di dalam kereta yang diletakkan di situ.
Tinjauan Harian metro di situ, mendapati sebilangan pasangan kekasih menjadikan kawasan tempat letak kereta itu sebagai tempat melepak dan bermesra sebelum kegiatan tidak bermoral itu berlarutan ke aktiviti yang lebih memalukan.

Hasil tinjauan bermula tengah hari hingga petang mendapati, kawasan terbabit bukan hanya merakamkan adegan gurau senda pasangan kekasih di dalam kereta yang dihidupkan enjin serta penyaman udaranya, malah turut sampai ke adegan lebih memalukan.
Menurut sumber, kebanyakan pasangan kekasih yang melepak di kawasan terbabit, pada mulanya hanya bertujuan untuk bersembang dan akhirnya berakhir dengan aktiviti tidak bermoral.

Kawasan sunyi, yang jarang digunakan pengguna bagi meletakkan kenderaan di situ memudahkan lagi mereka untuk memadu kasih.

Ketika tinjauan dilakukan, kelihatan si lelaki tanpa segan membuka baju sebelum menurunkan penyandar kerusi kereta sehingga mendapat posisi baring manakala si perempuan hanya memandang kekasihnya sambil membelai mesra sebelum turut menurunkan penyandar kerusinya.

Pengunjung, Nor Rozita Hamdan, 25, mendakwa pernah terserempak dengan sepasang kekasih bercumbu di kawasan terbabit.

“Selepas mengisi minyak, saya berjalan untuk ke tandas awam di kiri kawasan stesen minyak ini. Pada mulanya saya tidak nampak sebarang tanda-tanda yang mencurigakan pada kereta yang diletakkan di kawasan itu.
“Namun, apabila semakin hampir, saya lihat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bercium dengan kerusinya di baringkan untuk mengelak dari dilihat orang awam,” katanya yang sering mengisi minyak di stesen terbabit.

Pekerja stesen yang tidak mahu dikenali berkata, dia pernah menghalau sepasang kekasih yang mencurigakan di dalam kereta pada waktu tengah malam.

“Saya halau mereka selepas melihat pasangan terbabit duduk di satu kerusi sama. Apa yang berlaku kita boleh fikir sendiri, bila melihatkan butang baju wanita terbabit terbuka di bahagian dadanya.

“Si lelaki pula, kelam-kabut membetulkan seluar yang dipakai selepas disergah,” katanya yang sudah beberapa kali terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang bermadu kasih di kawasan terbabit.



Bukan sekadar berhibur

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Persembahan artis terkenal pada konsert mini program Jelajah Metro di Dataran Keris, Alor di sini, malam kelmarin berjaya memukau lebih 8,000 orang ramai yang hadir.
Pengunjung dari dalam dan luar daerah itu mula membanjiri dataran sejak jam 6 petang untuk tidak ketinggalan menyaksikan artis pujaan mereka membuat persembahan.

Antara artis yang ditampilkan, penyanyi Ramlah Ram; Diana Danielle; Ezlynn; Farhan; Diana Amir; Ifa Raziah; Roslan Shah; Izwan Pilus; Zoey; Yantzen dan kumpulan rock popular, Jinbara. Malah, suasana konsert mini yang bermula kira-kira jam 9 malam itu bertambah meriah dengan celoteh dan gelagat gandingan mantap Ifa Raziah dan Roslan Shah sehingga pengunjung tidak kering gusi dengan jenaka ditampilkan.
Rata-rata pengunjung yang ditemui teruja dengan konsert mini itu berikutan kehadiran beberapa artis terkenal yang menjadi idola mereka.

Pengunjung, Mohd Fikri Aziz, 27, berkata penganjuran konsert seperti itu memang dinanti penduduk setempat berikutan lokasi berkenaan lebih hampir dengan penduduk.

“Ada yang berpendapat konsert seperti itu hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi bagi saya ia antara kaedah yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam suasana santai.

“Syukur selepas menanti begitu lama sejak bermulanya Jelajah Metro di Teluk Batik, Perak, akhirnya konsert ini berlangsung dataran ini dengan menampilkan artis terkemuka tanah air. Kehadiran saya bukan hanya untuk berhibur tetapi membawa keluarga bersantai menyaksikan konsert ini,” katanya.

Antara yang hadir menyaksikan konsert itu adalah Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamarudin Md Shah; Pengarang Eksekutif (Berita) HM yang juga pengerusi Sambutan 20 tahun HM, Othman Mamat dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Ahmad@Salim Bachok. Sejurus tamat konsert mini itu, artis dan rombongan kakitangan HM dibawa menjamu selera di D’e Muara Ikan Bakar di Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru, dekat sini.
Program Jelajah Metro di Alor Gajah sejak Sabtu lalu, tidak berakhir di situ apabila dataran sekali lagi gamat dengan sorakan pengunjung yang menyaksikan acara sukaneka seperti tarik tali, sambut sayang, cari gula-gula dalam tepung dan ‘santapan diraja’ apabila peserta membabitkan penduduk setempat dan artis yang dibahagikan mengikut rumah selain senamrobik dan poco-poco, pagi semalam. Dalam acara itu pasukan merah dianggotai Diana Amir dan kumpulan Jinbara dinobatkan sebagai juara, tempat kedua dimenangi kumpulan biru yang disertai oleh Farhan, tempat ketiga kumpulan hijau (Yantzen dan Diana Danielle) dan tempat keempat milik kumpulan kuning (Ezlynn dan Zoey).

Malah, barisan artis tidak menang tangan untuk melayan permintaan pengunjung yang ingin bergambar kenang-kenangan selepas acara sukaneka itu selesai.

Sementara itu, Mustapa berkata, program Jelajah Metro yang diadakan sentiasa mendapat sambutan hebat masyarakat setempat di empat lokasi termasuk Dataran Keris.

Katanya, sebagai kemuncak program yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-20 HM itu, satu karnival akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mac ini yang turut dimuatkan dengan Konsert Terima Kasih HM. “Alhamdulillah Jelajah Metro yang diadakan bagi menyambut ulang tahun HM di empat lokasi yang mana lokasi terakhirnya di sini selesai diadakan dan sambutan di semua lokasi amat menggalakan hasil kerjasama Majlis Perbandaran dan Daerah.

“Diharap program ini dapat mengeratkan hubungan antara HM, artis dan penduduk,” katanya.


No comments:

Post a Comment