Bayi 3 bulan mati tersedak susu di taska
KUALA LUMPUR - Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sejak tiga bulan lalu berakhir sekelip mata apabila bayi mereka mati didakwa akibat tersedak susu di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Presint 17, Putrajaya kelmarin.
Bayi perempuan berusia tiga bulan itu, Nur Alia Maisara Mohd. Idzwan (gambar kecil) yang baru diletakkan di taska tersebut sejak seminggu lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 pagi.
Ibu bayi itu, Mazuin Mardzuki, 27, berkata, dia dan suami, Mohd. Idzwan Mohd. Yusuf, 29, menghantar anak tunggal mereka ke taska berhampiran rumah di Blok D, Presint 17 itu selepas dia habis pantang bersalin.
Mengeluh harga ayam naik
KUALA LUMPUR - Bagaikan lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak.
Ramai pengguna mengeluh berikutan harga ayam melambung sehingga kadar tertinggi RM1.30 sen di pasar di Pulau Pinang.
Daging ayam bukanlah barangan keperluan harian yang dikawal harga oleh kerajaan pada setiap masa seperti beras dan minyak masak.
Harganya hanya dikawal pada musim-musim perayaan tertentu sahaja.
Dalam tinjauan yang dibuat di Pasar Chow Kit dan Pasar Keramat di sini mendapati ayam dijual pada harga antara RM7.50 hingga RM7.80 sekilogram naik 50 sen dan 80 sen berbanding dua minggu lalu.
Seorang peniaga ayam di Pasar Chow Kit, Sahar Abdullah, 25, mendakwa, mereka terpaksa menaikkan harga berikutan mendapat harga tinggi daripada pemborong.
"Kami dapat ayam daripada pemborong pada harga RM6.80 sekilogram dan kami menjualnya pada harga RM7.50 sekilogram," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Pasangan cacat penglihatan bertemu jodoh
KUALA LUMPUR - Biarpun tidak dapat melihat, ia tidak menghalang bagi pasangan mualaf untuk mendirikan rumah tangga seperti insan normal lain.
Muhammad Adam Lee Abdullah, 39, selamat diijab kabul bersama Nurul Khairani Choi Abdullah, 37, dengan mas kahwin RM80 di surau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam.
Adam yang telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu menceritakan detik pertama perkenalannya bersama Nurul.
"Saya mula mengenali Nurul selepas salah seorang rakan saya memberikan nombor telefon Nurul kepada saya. Pada mulanya kami hanya berkenalan atas dasar saudara sesama Islam.
"Hari ini (semalam) genap dua tahun tempoh perkenalan kami serta Nurul memeluk agama Islam," katanya selepas majlis akad nikah semalam.
Ceritanya lagi, sepanjang perkenalannya, mereka selalu bertukar-tukar pendapat serta bercerita mengenai agama Islam.
Adam juga mempunyai kelebihan dalam menterjemah buku atau apa-apa penulisan ke dalam bentuk braille dengan menggunakan komputer.
Nurul yang berwalikan hakim semalam memberitahu, keluarga tidak pernah menghalang dirinya untuk memeluk agama Islam dan berkahwin sekali lagi.
"Saya pernah berkahwin lapan tahun lalu tetapi sudah bercerai. Adam sanggup menerima diri saya seadanya dan juga anak-anak saya yang berumur 10 dan 12 tahun.
"Adam telah menganggap anak-anak saya seperti anak kandungnya sendiri. Dia banyak mengajar saya dalam mendalami agama Islam," jelasnya.
Mereka yang baru membina tiang masjid itu mempunyai perancangan tersendiri dalam merangka perjalanan hidup selepas bergelar suami isteri.
Tambahnya, ramai pihak yang telah terlibat dalam membantu perkahwinan mereka dengan menaja pakaian pengantin, alat solek serta hiasan.
Muhasabah diri
KUALA LUMPUR: “Apabila berlaku situasi seperti ini, kedua-dua pihak harus bermuhasabah diri mencari penyelesaian supaya krisis ini tidak berpanjangan,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut mengulas mengenai sengketa Pak Atan dan anak tunggalnya.
Beliau berkata, perkara sedemikian tidak wajar berlaku disebabkan masyarakat sering didedahkan dengan natijah menjadi anak derhaka dan mereka harus mengambilnya sebagai iktibar.
“Hukum dunia, setiap perbuatan pasti akan ada balasan. Kita sering mendengar cerita seperti anak tidak mampu mengucap ketika menghadap sakaratul maut, wajah bertukar menjadi babi dan mati dalam keadaan mengaibkan akibat menderhaka kepada ibu bapa.
“Apakah kejadian itu tidak mampu membuka hati kita?” katanya ketika dihubungi.
Noh berkata, Tuhan tidak zalim dan setiap kejadian pasti ada punca dan hikmah tersendiri, sebaliknya hanya manusia yang selalu alpa dengan perbuatan zaman lampaunya.
“Jangan sesekali kita melupakan Tuhan kerana Dia pasti melupakan kita, jangan memberikan rezeki haram kepada anak kerana tidak berkat selain memberi impak negatif apabila dewasa kelak.
“Ayah juga perlu tegur kesilapan anak dan sering mengingatkan mereka mengenai balasan Allah dunia akhirat dan bagi pihak si anak pula mereka tidak akan mencium bau syurga jika tidak meminta ampun daripada ibu bapa dan mereka harus ingat reda Allah adalah reda ibu bapa terhadap anak,” katanya.
Menurut Noh, jika kejadian ini berterusan si anak boleh didakwa di mahkamah syariah disebabkan gagal memberi nafkah kepada bapanya.
Katanya, jika si anak enggan bertaubat dan memohon ampun serta melakukan solat sunat taubat, tidak mustahil anaknya akan melakukan perbuatan sama apabila dirinya tua.
“Dunia ini ibarat roda. Ada masa kita di bawah dan di atas, sebab itu apabila berada di puncak jangan bongkak serta bangga dengan apa dimiliki kerana semua ini hanya pinjaman.
Beliau berkata, perkara sedemikian tidak wajar berlaku disebabkan masyarakat sering didedahkan dengan natijah menjadi anak derhaka dan mereka harus mengambilnya sebagai iktibar.
“Hukum dunia, setiap perbuatan pasti akan ada balasan. Kita sering mendengar cerita seperti anak tidak mampu mengucap ketika menghadap sakaratul maut, wajah bertukar menjadi babi dan mati dalam keadaan mengaibkan akibat menderhaka kepada ibu bapa.
“Apakah kejadian itu tidak mampu membuka hati kita?” katanya ketika dihubungi.
Noh berkata, Tuhan tidak zalim dan setiap kejadian pasti ada punca dan hikmah tersendiri, sebaliknya hanya manusia yang selalu alpa dengan perbuatan zaman lampaunya.
“Jangan sesekali kita melupakan Tuhan kerana Dia pasti melupakan kita, jangan memberikan rezeki haram kepada anak kerana tidak berkat selain memberi impak negatif apabila dewasa kelak.
“Ayah juga perlu tegur kesilapan anak dan sering mengingatkan mereka mengenai balasan Allah dunia akhirat dan bagi pihak si anak pula mereka tidak akan mencium bau syurga jika tidak meminta ampun daripada ibu bapa dan mereka harus ingat reda Allah adalah reda ibu bapa terhadap anak,” katanya.
Menurut Noh, jika kejadian ini berterusan si anak boleh didakwa di mahkamah syariah disebabkan gagal memberi nafkah kepada bapanya.
“Dunia ini ibarat roda. Ada masa kita di bawah dan di atas, sebab itu apabila berada di puncak jangan bongkak serta bangga dengan apa dimiliki kerana semua ini hanya pinjaman.
Anak tunggal berubah
PETALING JAYA: “Macam mana anak yang dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang memperlakukan saya begini? Binatang pun tahu makna sayang,” luah Pak Atan, 74, yang tinggal di pondok daif bersama isterinya di sini sejak September lalu, selepas dihalau anak kandungnya.
Lebih menyedihkan, pondok berkenaan hanya terletak bersebelahan rumah didiami wanita itu bersama suami dan empat anaknya.
Menceritakan peristiwa perit itu, Pak Atan berkata, dia tidak menyangka anaknya, Sara, 40-an, tergamak menghalaunya kerana sejak kecil dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
Sama ada daripada segi pendidikan agama, pelajaran dan keperluan harian, semuanya cuba dipenuhi meskipun terpaksa bertarung nyawa demi memberikan sesuap nasi kepada anak tunggal kesayangannya.
“Siapa tak sayang anak, ditambah dia satu-satunya zuriat kurniaan Tuhan kepada kami. Pendek kata, dialah racun dialah penawar.
“Sejak berkahwin dan memiliki pekerjaan baik membuatkannya semakin kurang ajar dan bongkak hingga lupa siapa saya,” katanya dalam nada kecewa ketika ditemui Metro Ahad di pondok buruknya.
Menurut Pak Atan, semuanya berpunca apabila dia meminta pertolongan anaknya membayar bil elektrik berjumlah RM250 yang sebelum ini dilakukan olehnya.
Itupun disebabkan dia mahu bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Sumatera, Indonesia melawat saudara maranya di sana.
Sepanjang menduduki rumah miliknya, Pak Atan tidak pernah meminta wang anaknya untuk membayar bil elektrik, air mahupun cukai pintu.
Selepas tiga minggu pulang ke Malaysia, Pak Atan menyangka anak tunggalnya sudah menjelaskan bil berkenaan, namun hairan kerana tiga bulan selepas itu dia tidak menerima bil elektrik seperti selalu.
“Kami mempunyai lapan rumah sewa (setinggan) yang disewakan kepada penduduk dengan kadar RM200 sebulan. Kebiasaannya saya turut membayar bil elektrik mereka sekali.
“Waktu itu saya tidak mengesyaki apa-apa hinggalah bulan seterusnya apabila menerima bil dengan catatan tunggakan berjumlah hingga RM7,000.
“Disebabkan terlalu terkejut, saya tanya dia dan terkedu apabila secara tiba-tiba dia meninggikan suara dan bercakap kasar menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya. “Akibat tidak mampu membayar bil, bekalan elektrik dipotong dan kami duduk dalam kegelapan buat sementara waktu hinggalah rakan menantu memberikan bantuan menyambung semula,” katanya yang bergantung hidup hasil jualan surat khabar, tanaman herba Mas Cotek dan menjual baju.
Sejak itu, hubungan Pak Atan dan anaknya dingin, malah hasutan daripada pihak ketiga juga menyebabkan situasi bertambah tegang.
“Perkataan seperti mampus, sial, kurang ajar dan orang tua kedekut sudah sebati dengan diri saya sampaikan sudah lali. Jika anak orang lain duduk serumah bersama ibu bapa tidak pernah meminta duit membayar bil, namun situasi sebaliknya berlaku kepada saya disebabkan anak terlalu berkira,” katanya yang turut mengakui anaknya sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghamburkan kata-kata kesat.
Selain itu, menurut Pak Atan, antara punca lain menyebabkan perbalahan antara dia dan anaknya juga disebabkan perkahwinan keduanya dengan orang seberang kira-kira tujuh tahun lalu.
“Anak saya memang tidak suka perkahwinan saya bersama isteri kedua disebabkan dia bukan orang tempatan. Sebab itu saya mengalah dan berpindah selepas dihalau bagi mengelak perbalahan menjadi lebih teruk,” katanya yang kematian isteri pertama yang juga ibu kepada anak tunggalnya akibat kanser usus 10 tahun lalu.
Tinjauan ke pondok Pak Atan mendapati rumah itu hanya berlantaikan permaidani tanpa simen, tanpa peralatan memasak lengkap, tiada perabot dan paling berbahaya melihat sambungan wayar elektrik daripada rumah anaknya yang mengundang risiko.
“Di sinilah tempat saya dan isteri berlindung daripada hujan dan panas. Tanah yang digunakan ini asalnya adalah bukit, tetapi saya tarah dan ratakan untuk dijadikan tempat tinggal.
“Anak kandung tidak sudi menjaga, padahal rumah yang diduduki itu milik saya yang dibina hasil titik peluh sendiri,” katanya sayu.
Situasi bertambah sebak apabila penulis menyaksikan cucu Pak Atan hanya menggunakan tingkap dapur untuk berkomunikasi atau meminta wang saku daripada datuknya untuk membeli makanan ringan mahupun belanja sekolah.
Penulis berasa pelik melihat hubungan yang masih baik antara cucu dan datuknya, Pak Atan menjelaskan pertalian antara empat cucunya akan tetap utuh disebabkan mereka tidak bersalah, malah tidak mengerti situasi sebenar.
“Beginilah kehidupan saya. Apabila cucu perlukan duit, mereka akan meminta daripada saya dan Alhamdulillah hubungan saya dan mereka tetap baik hingga kini.
“Mereka cucu saya dunia akhirat. Biarlah perselisihan faham ini hanya membabitkan saya dan ibu mereka,” katanya.

Karaoke gamat
ALOR GAJAH: Suasana di Dataran Keris di sini, semalam, digamatkan lagi dengan kebanjiran golongan muda yang hadir menguji bakat masing-masing dalam pertandingan Karaoke Santai Jelajah Metro.
Pertandingan yang menyaksikan persaingan sengit antara lapan peserta di peringkat akhir itu bukan hanya menerima penyertaan dari Melaka, malah turut disertai peserta dari Johor dan Negeri Sembilan.
Peserta, Nurul Aina Abdul Ghani, 18, berkata hasratnya untuk menyertai pertandingan ini sudah lama dipendam sejak bermula Jelajah Metro di Manjung, Perak, pada 15 Januari lalu.
“Sejak mengetahui adanya pertandingan ini di setiap lokasi terpilih, saya menetapkan sasaran untuk datang ke dataran ini bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
“Tiada petua diamalkan, hanya pastikan pemakanan dijaga dengan betul dan setiap hari minum sedikit madu. Bagi memantapkan suara, saya turut mengikuti kelas vokal,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Turut hadir memeriahkan majlis itu Pengarang Kumpulan Harian Metro (HM), Datuk Mustapa Omar; Pengerusi Jawatankuasa Sambutan 20 Tahun Harian Metro merangkap Pengarang Eksekutif (Berita) HM, Othman Mamat dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) HM, Ahmad@Salim Bachok.
Persembahan anak kelahiran Negeri Sembilan yang mendendangkan lagu Awan Yang Terpilu itu mendapat perhatian ramai berikutan kemantapan vokal dan kehebatannya beraksi di atas pentas.
Kemunculan peserta cilik, Farah Fazlina Ahmad, 10, turut mencuri tumpuan kerana kelincahan dan keyakinannya membuat persembahan di depan pengunjung yang hadir.
Menurutnya yang dikenali sebagai Baby Farah, semangatnya untuk menyertai pertandingan itu membara berikutan mengikuti kelas vokal sejak setahun lalu.
“Saya memasuki pertandingan seperti ini sejak berusia tujuh tahun. Malah, setakat ini empat kali saya dinobatkan sebagai pemenang.
“Lebih bermakna apabila saya turut berpeluang menyanyikan lagu hasil ciptaan guru, iaitu Alam dan Penghuninya yang banyak membantu meningkatkan mutu vokal saya,” katanya.
Program Jelajah Metro selama dua hari bermula semalam yang mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) itu diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-20 HM dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pembaca, termasuk persembahan artis terkenal.
Artis yang hadir termasuk Ramlah Ram, Diana Danielle, Jimbara, Izwan Pilus, Ifa Raziah, Zoey dan Roslan Shah.

No comments:
Post a Comment