Sunday, March 13, 2011

JADI SIFAT MEMADA DAN BERSYUKUR...ZAMAN SEKARANG KITA DITIPU SICERDIK..JIKA BODOH...TAMAK SERTA GOPOH GAPAH...

Nenek rugi RM93,000



BAGAN DATOH: Kerana ingin cepat kaya, seorang nenek berusia 55 tahun kerugian RM93,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang bergerak mencari mangsa melalui satu panggilan telefon.
Penjenayah didakwa sengaja menjerat mangsa kononnya wanita warga emas berkenaan memenangi hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan sebuah syarikat membabitkan wang tunai RM500,000.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku selepas suri rumah terbabit menerima panggilan telefon daripada seorang gadis mendakwa mangsa memenangi cabutan bertuah awal minggu lalu.
Menurutnya, suspek memberitahu mangsa memenangi cabutan bertuah anjuran syarikat Far East lnternational Entertainment Group berpangkalan di Hong Kong.

0rang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi lbu Pejabat Polis Daerah (lPD) Hilir Perak di talian 013-9833988 dan 05- 6299136.


Remaja curi motosikal ala McGyver

Oleh FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my

KULIM: Aksi mereka bagaikan ‘MacGyver’ apabila mencuri motosikal hanya menggunakan pemutar skru tetapi tindakan itu membawa padah apabila ditahan polis tidak lama selepas melakukan jenayah terbabit.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Rabu lalu, dua remaja berusia 16 tahun ditahan kerana mencuri motosikal jenis Honda EX5 di Landmark Giant, dekat sini.

Kedua-duanya yang masih bersekolah, mengambil masa beberapa minit untuk membuka lampu depan motosikal berkenaan dan menyambungkan beberapa wayar sebelum menghidupkan enjin.
Difahamkan, mereka menolak motosikal berkenaan sejauh satu kilometer sebelum menghidupkan enjin.

Begitupun, tidak lama selepas itu, sepasukan polis diketuai Ketua Balai Polis Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir bersama tiga anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) berjaya menahan mereka.

Sebelum itu, pasukan berkenaan menerima maklumat daripada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim yang melaporkan kehilangan sebuah motosikal.

Jurucakap polis berkata, dalam rondaan dilakukan, mereka menemui dua remaja dalam keadaan mencurigakan di Jalan Chamar sebelum polis mengejar suspek.

“Kedua-dua remaja itu berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati motosikal itu adalah kenderaan yang dilaporkan hilang.
“Remaja itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.


Lima dakwa ditampar guru

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my

SAKIT... mangsa menunjukkan bagaimana guru didakwa menampar muka mereka.
SAKIT... mangsa menunjukkan bagaimana guru didakwa menampar muka mereka.
PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.

Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.
Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.

“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.

“Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, ibunya, Tan Sew Eng, 40, dan dua lagi rakannya, Lai Jun dan Jia Kei.

Menurut Je Yan yang mewakili semua rakannya, emosi mereka terganggu dengan kejadian itu kerana terpaksa menanggung malu dengan rakan pelajar lain.
Sementara itu, Sew Eng berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan.

“Saya tahu dia (anak) memang bersalah tetapi mengapa guru menampar muka mereka di depan pelajar lain?Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya jika dia merotan tangan atau anggota badan lain kurang tidak sensitif,” katanya.

Menurutnya, dia akan membuat laporan rasmi kepada Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran supaya guru terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.

Lawak Fizz keterlaluan

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat mulut, badan binasa. Itulah padah yang diterima pelakon Mohd Fairuz Zainal Abidin, 32, atau popular dengan panggilan Fizz Fairuz selepas membuat gurauan ‘terlampau’ di laman sosialnya, twitter, berkaitan tragedi tsunami yang menggegarkan Jepun sehingga mengakibatkan ramai mangsa terkorban, semalam.
Dalam web berkenaan, Fizz menulis: “Manalah ultraman n power ranger n doreamon dlm saat2 genting tsunami di Jepun.” Beberapa peminat Fizz Fairuz dalam web berkenaan mengkritik gurauan terbabit yang dianggap lawak tidak bertempat dan langsung tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat.

Sedar tersilap langkah, pelakon kelahiran Raub, Pahang ini enggan mengulas lanjut perkara terbabit ketika dihubungi Metro Ahad.
“Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya,” katanya semalam.

Sementara itu, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik menasihati aktor berkenaan supaya lebih peka dan berhati-hati dengan apa saja yang hendak dikatakan dalam laman sosial, terutama twitter dan facebook.

“Bergelar selebriti bukan tugas mudah, setiap percakapan, malah pergerakan mereka menjadi perhatian peminat dan masyarakat.

“Mungkin apa yang Fizz katakan bukan berniat mempersendakan sesiapa tetapi orang lain akan memberi persepsi berbeza dan menganggap apa diluahkannya sebagai melampau,” katanya.

Harun berkata, beliau tidak menafikan kesal dengan perbuatan Fizz Fairuz dan berharap aktor terbabit mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.
“Saya mengenali Fizz sebagai pelakon, dia seorang yang ceria dan mesra. Mungkin apa diluahkannya dalam (laman web) twitter adalah untuk rakannya, tetapi lihatlah impaknya, ia membuatkan ramai peminat serta orang ramai marah.

“Jadikan kesilapan ini satu pengajaran bukan untuk Fizz saja, bahkan artis muda lain juga perlu berhati-hati dengan apa saja yang mereka hendak katakan, tidak kira di laman web manapun, facebook, twitter atau blog mereka,” katanya.

Menyentuh mengenai kejadian tsunami yang melanda Jepun, kelmarin, Harun turut meluahkan rasa simpati terhadap mangsa bencana alam terbabit dan mendoakan semoga rakyat Malaysia di negara matahari terbit berkenaan selamat.


Kenduri tukar pilu

Oleh OMAR OSMAN
am@hmetro.com.my

BALING: “Mak Su (Wan Sarwani) sepatutnya mengadakan kenduri bersama ahli keluarga seperti dirancangnya semalam (kelmarin) tetapi majlis itu tiba-tiba bertukar menjadi pilu dan sedih apabila hanya jenazahnya serta dua anaknya yang tiba.”
Begitu kata Zulkhairi Ishak, 25, anak saudara kepada Wan Sarwani Zainol, 34, yang terbunuh bersama dua anaknya, Muhammad Izwan Hanif Mohd Zainuddin, 9, dan Muhammad Imran Haziq, 3, dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Raya Timur Barat di Grik, Perak, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Wan Sarwani bersama Muhammad Imran Haziq dan Muhammad Izwan Hanif mati di tempat kejadian manakala suaminya Mohd Zainuddin Omar, 35, serta seorang lagi anak mereka, Muhammad Iqbal Hakim, 13, cedera parah.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza dipandu Mohd Zainuddin terbabas ketika menuruni selekoh dan memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh oleh kereta pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dari arah bertentangan.

Zulkhairi berkata, ibu saudaranya menelefonnya untuk bertanya khabar kira-kira dua hari lalu dan memberitahu mahu mengadakan kenduri, malah menghubungi tiga abangnya supaya pulang ke Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, di sini, pada hujung minggu.

Katanya, selepas itu ibu saudaranya tidak menghubunginya lagi dan dia pelik kerana biasanya jika mahu pulang ke kampung, Wan Sarwani pasti menelefonnya atau ahli keluarga terlebih dulu.

“Saya bersama bapa saudara lain hanya menanti kepulangan keluarga Mak Su di rumah semalam (kelmarin), malah makanan disiapkan kerana biasanya mereka tiba antara jam 1 atau 2 petang, namun sehingga jam 2 petang kelibat mereka masih tidak muncul.

“Ketika itu saya berasa tidak sedap hati dan percaya mungkin sesuatu yang buruk berlaku kerana telefon bimbit Mak Su tidak berjawab walaupun dihubungi berulang kali, menyebabkan kami sekeluarga bertambah resah.
“Namun, saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Hospital Kubang Kerian, kira-kira jam 5.30 petang memaklumkan Mak Su serta sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Grik dan kini berada di Hospital Taiping,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Teloi Timur, di sini, semalam.

Katanya, bapanya memberitahu kelmarin dia bermimpi melihat kematian berlaku, tetapi tidak tahu siapa dan di mana, namun tidak sangka sama sekali mimpi itu petanda mereka kehilangan ahli keluarga.

“Saya sedih dan tidak menyangka akan kehilangan tiga ahli keluarga serentak dalam sekelip masa, tetapi tetap reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi rumah abang mangsa, Ishak Ismail apabila jenazah Wan Sarwani serta dua anaknya, Muhammad Imran Haziq dan Muhammad Izwan Hanif dimandi serta dikapan untuk disemadikan.

Ketiga-tiga jenazah itu kemudian disembahyangkan di Masjid An-Nur kira-kira jam 11 pagi sebelum dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Felda Teloi Timur.


Jiran lihat mangsa kemas rumah


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOTA BHARU: “Sehari sebelum kejadian, Allahyarham Wan Sarwani bersungguh-sungguh mengemas dan memunggah barang, macam orang nak pindah, selain bermimpi saya sakit kuat,” kata jiran kepada Wan Sarwani Zainol, 34, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), kelmarin.
Jiran yang mahu dikenali sebagai Salmi, 51, berkata kelainan tingkah laku Nor Salwani yang beria-ria membersihkan rumahnya, termasuk memunggah segala jenis barang selepas memberitahu sudah lama tidak membersihkannya, memang ketara.

“Saya masih ingat, kali terakhir kami bersembang pada Rabu lalu dan arwah ketika itu sibuk mengemas rumahnya. Malah dia sempat beritahu sudah lama tidak mengemas rumah kerana bimbang tidak sempat membersihkannya.
“Ketika itu, dia juga meluahkan hasratnya untuk sedekah baju terpakai yang tidak digunakan lagi, sebelum memberi daun limau purut yang di tanam di sekitar rumah kepada jiran tetangga,” katanya ketika di temui di rumahnya di Taman Baung Perdana, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Salmi berkata, kemalangan itu diketahui sebaik dihubungi seorang anaknya selepas menonton berita di televisyen, menyebabkan Salmi bergegas ke rumah jirannya untuk mengetahui apakah benar insiden yang meragut nyawa tiga beranak itu.

“Saya tidak perasan berita kemalangan itu dan tanpa berlengah saya ke rumah jiran saya. Sejurus kemudian kejadian itu disahkan, menyebabkan hati saya berdebar-debar kerana baru saja melihat mereka sekeluarga meninggalkan rumah kira-kira jam 9 pagi.

“Pada masa sama saya menghubungi keluarga mangsa dan mereka mengesahkan Wan dan dua anaknya, Muhammad Izwan Hanis Mohd Zainuddin, 9, dan Muhammad Imran Haziq, 3, maut di tempat kejadian, manakala suaminya Mohd Zainuddin Omar, 35, serta anaknya, Muhammad Iqbal Hakim, 13, cedera parah,” katanya.

Menurutnya, kehilangan jirannya bersama dua anak mereka begitu terasa kerana terlalu akrab, selain sanggup meluangkan masa untuk membantu jiran jika mengadakan majlis kesyukuran dan juga kenduri tahlil.
“Walau sesibuk manapun, pasangan suami isteri berkenaan tetap meluangkan masa dan membantu. Kalau tidak sempat pun, dia datang ke rumah “Saya terlalu terkilan kerana sehari sebelum kejadian, arwah melambai-lambaikan tangan, seolah-olah ingin memperkatakan sesuatu, namun saya hanya sempat memberitahu terlalu ‘lorat’ (sibuk) dan berlalu begitu saja,” katanya.

Katanya, dia juga pelik kerana didatangi jirannya sehari sebelum kemalangan dengan mengatakan ada bermimpi mengenai dirinya mengalami sakit kuat.

“Ketika berada di luar rumah, Wan sempat bertanya keadaan kesihatan saya kerana bermimpi saya sakit kuat. Tidak sangka rupa-rupanya sakit kuat yang dimaksudkan membawa petanda kemalangan menimpanya,” katanya.

No comments:

Post a Comment