Thursday, March 17, 2011

BILA NYAWA TIDAK BERHARGA LAGI...BALIKLAH KEPADA HUKUM ALLAH...ALLAH MAHA BIJAKSANA...MESTI DAN TENTU UNDANG2NYA TERBAIK SEKALI...TAK KAN MANUSIA YG DICIPTA LEBIH BIJAKSANA DARI ALLAH...ALLAH MATIKAN PUN TAK MAMPU HALANG....KESIAN ORANG YG DEGIL NI DIKUDAKAN OLEH IBLIS@SYAITAN...

Aku tikam jika kau urut lelaki'

Oleh Ibrahim Isa dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my

TERBARING...pasukan perubatan HSA merawat mangsa di tempat kejadian. Gambar kecil, Dewi.
TERBARING...pasukan perubatan HSA merawat mangsa di tempat kejadian. Gambar kecil, Dewi.
TRAGEDI...lokasi kejadian dua beranak terbabit ditikam, semalam.
TRAGEDI...lokasi kejadian dua beranak terbabit ditikam, semalam.
JOHOR BAHRU: Tidak tergambar kesengsaraan dialami seorang wanita yang hamil empat bulan apabila dia bukan saja ditikam bapa kandung di rumahnya di Kampung Sri Serdang, di sini, petang semalam, malah pisau berkenaan terpacak di belakang badannya kira-kira empat jam sebelum berjaya ditarik keluar.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Dewi, 43, maut ditikam di perut, manakala mangsa yang hanya dikenali sebagai Idah, 28, parah apabila pisau itu ditusuk sehingga hampir mengenai tulang belakangnya.
Difahamkan, pasukan perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan imbasan X-ray sebelum mengeluarkan pisau berkenaan bagi mengelak kecederaan lebih parah sekiranya senjata itu terkena tulang belakang mangsa.

Selain itu, pasukan perubatan perlu berhati-hati bagi memastikan bayi dalam kandungan mangsa selamat berikutan dia kehilangan banyak darah.


Dua beranak itu menyediakan khidmat mengurut badan secara sambilan di rumah berkenaan dan ketika kejadian, suami mangsa pulang ke Indonesia atas urusan keluarga.

Sementara itu, saksi, Farhana Zamir, 16, berkata dia tidak menyangka amaran yang didengarnya beberapa hari lalu menjadi kenyataan.

Katanya, dia terdengar seorang lelaki pernah memberi amaran kepada Dewi supaya tidak meneruskan perkhidmatan mengurut lelaki.

“Saya terdengar ‘kalau kau urut lelaki di rumah ini, aku tikam kau’, tetapi saya tidak menyangka ia menjadi realiti.

“Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi itu amaran yang saya dengar kerana lelaki terbabit sering ke rumah Dewi dan bertengkar dengannya.

“Ketika kejadian, saya sibuk membasuh baju sebelum terdengar orang bertengkar di rumah itu.

“Pada mulanya, saya tidak mengendahkannya, tetapi keluar selepas mendapati ia berbeza berbanding biasa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik keluar rumah, dia melihat Dewi dan Idah terbaring di lorong belakang rumah lalu segera berlari ke depan untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

Jiran, Aizuddin Ramli, 22, berkata sebaik keluar rumah, dia melihat Dewi keluar dari pintu belakang sambil memegang perutnya dan berjalan terhuyung-hayang.

“Ia diikuti Idah dengan pisau masih tertusuk di belakang badannya dan ia mengerikan. Pada masa sama, saya melihat seorang lelaki berbadan gempal minum air di depan rumah dua beranak berkenaan.

“Saya mendapatkan bantuan orang ramai untuk mengejar lelaki terbabit dan menahannya sebelum diserahkan kepada polis yang melalui kawasan ini,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan lelaki terbabit bukan suspek sebaliknya pelanggan mangsa kerana beberapa penduduk mendakwa terlihat kelibat suspek utama mengekori Dewi hingga ke lorong belakang rumah.

Penduduk mendakwa suspek mencium dahi bekas isterinya itu selepas wanita berkenaan rebah sebelum melarikan diri ketika orang ramai mengejar lelaki berbadan gempal terbabit.

Berikutan itu, polis menjejaki suspek dan menahannya ketika dia cuba mengambil motosikalnya yang diletakkan di lokasi berhampiran beberapa jam kemudian.


Basuh lepas bunuh


BEBERAPA jiran melihat mayat Demah (kiri) yang mati ditikam dua lelaki di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang penjenayah sempat meminta izin untuk menggunakan air seorang penduduk bagi membersihkan darah yang memenuhi muka dan bajunya selepas menyamun dan membunuh seorang tukang urut wanita semalam.
Kejadian pukul 3 petang di sebuah rumah di Jalan Seniman, Kampung Sri Serdang di sini itu menyebabkan Demah Cinak, 43, mati di tempat kejadian. Anak angkatnya, Mahmudah, 35, yang turut berada di rumah ketika kejadian pula parah ditikam.
Demah yang ditikam di perut mempunyai status penduduk tetap manakala Mahmudah warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci.
Seorang jiran, Norfarhana Zamir, 16, memberitahu, ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian sebelum terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh.
Katanya, sebaik keluar dia ternampak seorang lelaki bermandikan darah di muka dan bajunya sebelum penjenayah itu meminta izin seorang jiran lain menggunakan air untuk membasuhnya.

Mati ditembak di Sungai Golok

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

BERLUMURAN DARAH...mangsa  ditemui terbaring di tepi jalan.
BERLUMURAN DARAH...mangsa ditemui terbaring di tepi jalan.
SUNGAI GOLOK (Thailand): Penemuan mayat seorang rakyat Malaysia yang ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Mukim 3 Kampung Ka Wa berhampiran Sungai Padi, di sini, semalam, menimbulkan tanda tanya sama ada ia membabitkan kumpulan militan atau dibunuh selepas dirompak.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi (6.30 pagi waktu tempatan) itu, Thang Chong Yeong, 27, berasal dari Taman Sri Melintang, Hutan Melintang, Perak ditemui terbaring berlumuran darah di tepi jalan oleh seorang penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Jurucakap pasukan keselamatan Thailand berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan dia ditemui iaitu kira-kira 12 kilometer (km) dari Sungai Golok.

Katanya, polis hanya menemui kad pengenalan, lesen dan telefon bimbit milik mangsa.


“Sehingga kini, polis masih menyiasat punca menyebabkan kematian mangsa dan tujuan dia berada di Thailand.

“Polis hanya menemui tiga barang penting itu, namun dompet milik mangsa tidak ditemui.

“Polis juga masih menyiasat sama ada kejadian itu berkaitan dengan kumpulan militan atau terbabit dalam kejadian rompakan dan bunuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, polis wilayah berkenaan sudah memaklumkan kejadian terbabit kepada polis Perak.

Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk bedah siasat sebelum dihantar ke Malaysia untuk diserahkan kepada keluarganya.

“Ini kes pertama tahun ini membabitkan rakyat Malaysia ditembak di wilayah selatan Thailand,” katanya.


Abang Janet Khoo mati dibunuh

KAJANG - Abang pelakon dan model terkenal, Janet Khoo (gambar kecil) ditemui mati dalam keadaan tragis dengan mayatnya dibalut dengan tilam manakala kakinya diikat sebelum dicampak ke dalam semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat di sini baru-baru ini.
Menurut sumber, mayat Khoo Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan ditemui oleh seorang lelaki di tepi jalan setelah dia terhidu bau busuk di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.40 malam pada 6 Mac lalu.
"Siasatan mendapati mangsa telah dipukul, dicekik dan dipijak sehingga mati di tempat lain sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam semak tersebut.
"Difahamkan, sebelum kejadian mangsa terlibat dengan satu pergaduhan dan kes itu dipercayai bermotifkan dendam," katanya di sini semalam.

Mayat bayi tanpa kaki, tangan ditemui

RELAU - Mayat seorang bayi yang tidak diketahui jantinanya ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tangan, kaki dan kemaluanya hilang di sebuah tapak pembinaan berhampiran Blok 88, Desa Relau, Paya Terubong, di sini, petang semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang buruh binaan yang kebetulan melalui kawasan itu, kira-kira jam 4 petang.

Beliau yang hanya mahu dikenali Shanvogavellu berkata, pada mulanya dia menyangka objek ganjil itu batang pisang namum disebabkan curiga dia memberanikan diri untuk melihat objek berkenaan secara lebih dekat.

“Alangkah terkejut apabila mendapati objek ganjil itu sebenarnya bayi tanpa tangan dan kaki.

“Saya kemudian memberitahu majikan sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu,” katanya di tempat kejadian.

Difahamkan, tangan dan kaki bayi malang yang baru berusia sehari itu sudah dimakan haiwan liar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Kong Meng berkata, mayat bayi itu akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan pihaknya masih menyiasat dan belum membuat sebarang tangkapan.

“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian bayi terbabit,” katanya.
Dua beranak ditikam

JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut manakala anak angkatnya cedera parah selepas ditikam seorang penjenayah dalam kejadian di Jalan Seniman, Kampung Sri Serdang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, suspek lelaki dipercayai warga tempatan berusia 30-an pergi ke rumah mangsa sebelum bertindak menikam dua beranak berkenaan.

Bagaimanapun, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) yang menjalankan rondaan berjaya menahan lelaki terbabit selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata, mangsa Demah Cinak, 43, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas ditikam di perut dengan menggunakan senjata tajam.

“Anak angkat perempuan, Mahmudah berusia lewat 20-an juga ditikam di belakang badan, namun sempat dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan masih di peringkat awal. Kami bagaimanapun tidak menolak ia berunsurkan samun dan bunuh.

“Diharapkan orang ramai memberi peluang kepada polis untuk menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut sekali gus menyelesaikan kes dengan segera,” katanya ketika dihubungi dan mengesahkan kejadian, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa dipercayai warga Indonesia, tetapi mempunyai penduduk tetap (PR) dan bekerja sebagai tukang urut secara sambilan di rumahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Justeru, Ruslan meminta orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi pihaknya melalui hotline Polis Johor di 07-2212999 atau terus ke balai polis berhampiran.


Mayat ditemui terapung


BATU PAHAT – Penduduk di sini gempar apabila melihat satu mayat yang sudah kembung serta lengkap berpakaian t-shit berwarna merah dan berseluar panjang berwarna kelabu, terapung-apung di dalam Sungai Batu Pahat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon ketika dihubungi Sinar Harian berkata, sebaik sahaja menerima laporan pada 10.15 pagi, semalam, pihaknya bergegas ke tempat kejadian seperti dilaporkan orang awam menjumpainya.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada pengenalan diri bersama mayat tersebut dan berdasarkan ciri fizikal mayat tersebut, mangsa adalah lelaki berbangsa Cina yang berumur lingkungan 45 hingga 55 tahun.

“Polis percaya mangsa adalah warganegara Malaysia yang mungkin dipercayai terjatuh kerana tiada tanda-tanda kecederaan mahupun luka yang ditemui pada keseluruhan badan serta kepala mangsa yang mempunyai ketinggian lima kaki empat inci.

“Pihak kita juga percaya mangsa sudah meninggal dua hingga tiga hari lalu dan punca serta lokasi sebenar mangsa terjatuh masih belum dikenal pasti. Polis akan menyiasat kes ini untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Adnan berkata, mayat telah dihantar ke Hospital Daerah Batu Pahat untuk dibedah siasat dan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan ahli keluarga atau berhubung kes itu, bolehlah menghubungi pihak polis.

No comments:

Post a Comment