Tangan ditetak, RM70,000 lesap
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan ketika dikejar penjenayah.
Difahamkan, mangsa yang ditemani rakannya berusia 20-an itu mengeluarkan wang berkenaan untuk urusan perniagaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang memandu Honda Civic ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jalan Loke Yew menghala pusat bandar itu mengesyaki kenderaannya diekori dua kereta.
Menurut sumber, mangsa memecut kenderaannya, namun gagal meloloskan diri daripada penjenayah apabila dia terlanggar sebuah kereta di hadapannya sebaik tiba di kawasan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.
“Kesempatan itu digunakan suspek untuk menghalang kenderaannya. Sebuah kereta menghadang di bahagian depan manakala satu lagi kenderaan di belakang.
“Mangsa dan rakannya yang terperangkap didatangi dua lelaki berusia 30-an mengarahkannya membuka cermin. Pada mulanya, mangsa enggan, namun suspek menunjukkan sebilah parang arahnya,” katanya.
Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, mangsa patuh arahan suspek sebelum dua lelaki terbabit mengarahkan mereka menyerahkan beg mengandungi wang berkenaan.
“Tindakan mangsa yang tidak mahu menyerahkan beg berkenaan menyebabkan suspek berang sebelum menetak tangannya.
Difahamkan, mangsa yang cedera, bagaimanapun dirawat sebagai pesakit luar Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Pengawal mati diserang
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu mangsa, S Selva Kumar, 24, putus tangan kiri selain cedera di perut dan kepala dipercayai akibat tetakan senjata tajam oleh penyerangnya manakala rakannya yang cedera belum dikenal pasti identitinya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata anggota dari Balai Polis Rawang menerima maklumat berlaku pergaduhan kira-kira jam 8.35 malam dan bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Pegawai kanan KSSB ditahan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata lelaki itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi di Seksyen 7, di sini, semalam berikutan satu laporan yang mengaitkannya dengan kes ugutan.
“Seorang lelaki ditahan kira-kira jam 9.30 pagi tadi (semalam) membabitkan laporan yang dibuat pertengahan Februari tahun lalu mengenai kes ugutan.
“Suspek dipercayai mengugut pekerja KSSB dengan menggunakan telefon,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Adnan enggan mendedahkan siapa lelaki itu dan jawatannya dalam KSSB.
Kenduri diterus tunai hajat arwah
KOTA BHARU: “Jika diikutkan, memang kami sekeluarga sudah tidak mahu lagi fikir majlis perkahwinan pihak lelaki hari ini (semalam) dan membatalkan semua tempahan termasuk khemah.
“Namun, demi niat arwah menjamu tetamu terutama penduduk kampung, kami tabahkan hati meneruskannya,” kata Razali Salleh, 50.
Bapa Allahyarham Muhammad Nur Farhan, 26, berkata, menjadi hasrat arwah melihat penduduk kampung serta saudara terdekat bergotong-royong memasak bagi majlis berkenaan.
Katanya, dia mahu semua hajat arwah ditunaikan sebagai tanda ingatan terhadap pemergiannya yang menyayat hati.
“Arwah sejak awal lagi tidak mahu menggunakan perkhidmatan katering kerana lebih suka ia diadakan bergotong-royong.
“Biarpun sebahagian tetamu dijemput sudah dimaklumkan dengan berita buruk ini, namun saya teruskan majlis ini kerana bimbang jika ada yang tidak tahu dan datang dari jauh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, semalam.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan Muhammad Nur Farhan yang bakal menikahi tunangnya terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bukit Gedombak, Jelor, Pasir Puteh, 11 Mac lalu. Kejadian memilukan kira-kira jam 4.10 petang itu berlaku apabila Proton Satria dipandu Muhammad Nur Farhan bertembung sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Pulau Kues, Kuala Berang, Terengganu ke rumahnya. Kemalangan maut itu menyebabkan impian Muhammad Nur Farhan melangsungkan pernikahan bersama tunangnya, Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24, sempena tarikh lahirnya yang ke-26 musnah.
Razali berkata kejadian menimpa keluarganya itu menyebabkan dia sering terfikir mengenai keselamatan dua lagi anaknya yang sering berulang-alik dari Singapura ke Kota Bharu kerana bekerja di sana.
Katanya, walaupun kejadian itu dianggap sebagai takdir, namun dia tetap bimbang jika perkara sama berulang.
KUALA LUMPUR: “Saya tidak boleh melelapkan mata kerana teringatkan anak bongsu saya,” kata ibu tunggal, Jummilah Ramly.
Jummilah, 51, dari Banting, Selangor, berkata dia risaukan keadaan anak bongsunya, Athirah Baharom, 15, yang keluar dari rumah sejak 15 Februari lalu tanpa perselisihan faham.
Menurutnya, gadis berkenaan yang masih belajar di tingkatan tiga itu seorang yang pendiam, tetapi percaya dia keluar dari rumah pada hari kejadian akibat pengaruh rakannya yang suka gaya hidup mewah.
Katanya, tahun lalu, Athirah pernah keluar rumah tanpa pengetahuannya, tetapi pulang sehari kemudian, bagaimanapun sehingga ke hari ini, dia tidak dapat dikesan.
“Saya berharap Athirah akan pulang segera, ibu dan adik-beradik lain merinduinya,” katanya, di sini.
Jummilah berkata, pada hari kejadian, Athirah bersama kakak sulungnya berada di rumah dan dia tidak menunjukkan reaksi pelik.
Bagaimanapun, katanya, selepas kakaknya keluar membeli barang dan pulang dua jam kemudian, dia tidak berada di rumah dan apabila menghubungi rakannya, masing-masing memberitahu tidak mengetahui mengenainya.
Jummilah berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Banting pada 22 Februari lalu dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Athirah diminta menghubunginya di talian 012-9275960 atau 012-3147334.
TEMERLOH: Kalau tidak disebabkan mukanya pucat ketika ditanya ibu selain kesan darah di seluar dipakainya, tidak mungkin keluarga seorang gadis sunti tahu bahawa dia menjadi mangsa rogol teman lelakinya sendiri.
Segala-galanya terbongkar apabila ibu kepada gadis malang berusia 15 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya sebaik mangsa pulang dari bertemu teman lelaki yang baru dikenalinya dan menetap di kampung yang sama itu.
Memang menyedihkan apabila lelaki yang baru saja dikenali menerusi seorang rakannya itu sanggup menjadikan pertemuan pertama di antara mereka sebagai titik permulaan kepada satu episod hitam di dalam diri mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu.
Kira-kira jam 2 petang kelmarin, mangsa terpaksa menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya selepas didesak berikutan gagal menjelaskan mengapa terdapat kesan darah pada seluar dipakainya selain mukanya yang berubah pucat serta-merta.
Bagaimanapun, sebaik mendengar kata-kata anaknya itu, ibu mangsa gagal mengawal perasaan kerana terlalu sedih dan hampir pengsan.
Berikutan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Berdasarkan laporan, ibu mangsa dikatakan mendesak anaknya supaya menceritakan kejadian sebenar sebaik melihat ada kesan tompokan darah di seluar yang dipakai anaknya itu,” katanya.
SELEPAS 24 jam ‘berkampung’ di Tokyo, penulis dan rakan media lain diberi kebenaran oleh polis tempatan untuk meninjau kawasan bencana yang terletak di utara dan timur laut Jepun hari ini.
Kebenaran itu perlu kerana jika tiada kemungkinan penulis tidak dibenarkan melalui di lebuh raya negeri kerana difahamkan banyak sekatan jalan raya diadakan sepanjang perjalanan yang mungkin memakan masa 24 jam ke kawasan bencana iaitu di Fukushima, Ibaraki, Iwate dan Miyagi.
Yang pasti, penulis tidak akan ke kawasan loji nuklear kerana dikhabarkan kini tiga daripada enam loji di kawasan Fukushima rosak dan ada yang sudah dikesan mengalami kebocoran.
Selepas mendapat kebenaran itu, timbul pula masalah baru, di mana hendak menyewa kenderaan dan siapa pula yang hendak memandu?.
Ini masalah juga, tetapi semua diatasi atas usaha Duta Besar Malaysia, Datuk Shaharuddin Md Som dan anak buahnya membantu mencarikan kenderaan berserta pemandu.
Sekalipun harga yang ditawarkan adalah tinggi kerana Jepun memang sebuah negara yang serba-serbi mahal, penulis tiada banyak pilihan kerana pengangkutan awam seperti bas dan kereta api laju masih lagi belum beroperasi.
Ini saja peluang yang ada ke kawasan bencana bagi melihat secara dekat apa yang sebenarnya berlaku daripada kaca mata orang Malaysia. - Yusri Abdul Malek
“Namun, demi niat arwah menjamu tetamu terutama penduduk kampung, kami tabahkan hati meneruskannya,” kata Razali Salleh, 50.
Bapa Allahyarham Muhammad Nur Farhan, 26, berkata, menjadi hasrat arwah melihat penduduk kampung serta saudara terdekat bergotong-royong memasak bagi majlis berkenaan.
Katanya, dia mahu semua hajat arwah ditunaikan sebagai tanda ingatan terhadap pemergiannya yang menyayat hati.
“Arwah sejak awal lagi tidak mahu menggunakan perkhidmatan katering kerana lebih suka ia diadakan bergotong-royong.
“Biarpun sebahagian tetamu dijemput sudah dimaklumkan dengan berita buruk ini, namun saya teruskan majlis ini kerana bimbang jika ada yang tidak tahu dan datang dari jauh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, semalam.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan Muhammad Nur Farhan yang bakal menikahi tunangnya terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bukit Gedombak, Jelor, Pasir Puteh, 11 Mac lalu. Kejadian memilukan kira-kira jam 4.10 petang itu berlaku apabila Proton Satria dipandu Muhammad Nur Farhan bertembung sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Pulau Kues, Kuala Berang, Terengganu ke rumahnya. Kemalangan maut itu menyebabkan impian Muhammad Nur Farhan melangsungkan pernikahan bersama tunangnya, Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24, sempena tarikh lahirnya yang ke-26 musnah.
Razali berkata kejadian menimpa keluarganya itu menyebabkan dia sering terfikir mengenai keselamatan dua lagi anaknya yang sering berulang-alik dari Singapura ke Kota Bharu kerana bekerja di sana.
Sukar lelap teringat anak ‘ghaib’
Jummilah, 51, dari Banting, Selangor, berkata dia risaukan keadaan anak bongsunya, Athirah Baharom, 15, yang keluar dari rumah sejak 15 Februari lalu tanpa perselisihan faham.
Menurutnya, gadis berkenaan yang masih belajar di tingkatan tiga itu seorang yang pendiam, tetapi percaya dia keluar dari rumah pada hari kejadian akibat pengaruh rakannya yang suka gaya hidup mewah.
Katanya, tahun lalu, Athirah pernah keluar rumah tanpa pengetahuannya, tetapi pulang sehari kemudian, bagaimanapun sehingga ke hari ini, dia tidak dapat dikesan.
“Saya berharap Athirah akan pulang segera, ibu dan adik-beradik lain merinduinya,” katanya, di sini.
Jummilah berkata, pada hari kejadian, Athirah bersama kakak sulungnya berada di rumah dan dia tidak menunjukkan reaksi pelik.
Bagaimanapun, katanya, selepas kakaknya keluar membeli barang dan pulang dua jam kemudian, dia tidak berada di rumah dan apabila menghubungi rakannya, masing-masing memberitahu tidak mengetahui mengenainya.
Jummilah berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Banting pada 22 Februari lalu dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Athirah diminta menghubunginya di talian 012-9275960 atau 012-3147334.
Kesan darah bongkar rahsia gadis
Segala-galanya terbongkar apabila ibu kepada gadis malang berusia 15 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya sebaik mangsa pulang dari bertemu teman lelaki yang baru dikenalinya dan menetap di kampung yang sama itu.
Memang menyedihkan apabila lelaki yang baru saja dikenali menerusi seorang rakannya itu sanggup menjadikan pertemuan pertama di antara mereka sebagai titik permulaan kepada satu episod hitam di dalam diri mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu.
Kira-kira jam 2 petang kelmarin, mangsa terpaksa menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya selepas didesak berikutan gagal menjelaskan mengapa terdapat kesan darah pada seluar dipakainya selain mukanya yang berubah pucat serta-merta.
Bagaimanapun, sebaik mendengar kata-kata anaknya itu, ibu mangsa gagal mengawal perasaan kerana terlalu sedih dan hampir pengsan.
Berikutan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Berdasarkan laporan, ibu mangsa dikatakan mendesak anaknya supaya menceritakan kejadian sebenar sebaik melihat ada kesan tompokan darah di seluar yang dipakai anaknya itu,” katanya.
Dari Pulau Honshu: Tinjauan selepas 24 jam
Kebenaran itu perlu kerana jika tiada kemungkinan penulis tidak dibenarkan melalui di lebuh raya negeri kerana difahamkan banyak sekatan jalan raya diadakan sepanjang perjalanan yang mungkin memakan masa 24 jam ke kawasan bencana iaitu di Fukushima, Ibaraki, Iwate dan Miyagi.
Yang pasti, penulis tidak akan ke kawasan loji nuklear kerana dikhabarkan kini tiga daripada enam loji di kawasan Fukushima rosak dan ada yang sudah dikesan mengalami kebocoran.
Selepas mendapat kebenaran itu, timbul pula masalah baru, di mana hendak menyewa kenderaan dan siapa pula yang hendak memandu?.
Ini masalah juga, tetapi semua diatasi atas usaha Duta Besar Malaysia, Datuk Shaharuddin Md Som dan anak buahnya membantu mencarikan kenderaan berserta pemandu.
Sekalipun harga yang ditawarkan adalah tinggi kerana Jepun memang sebuah negara yang serba-serbi mahal, penulis tiada banyak pilihan kerana pengangkutan awam seperti bas dan kereta api laju masih lagi belum beroperasi.
Ini saja peluang yang ada ke kawasan bencana bagi melihat secara dekat apa yang sebenarnya berlaku daripada kaca mata orang Malaysia. - Yusri Abdul Malek
Dakwa janda sakit mental
IPOH: Bekas suami kepada wanita yang mendakwa pernah bersekedudukan dengannya selama empat tahun dan tujuh kali menggugurkan bayi dalam kandungannya sepanjang tempoh itu, menyifatkan jandanya itu mengalami gangguan psikotik sehingga sanggup menabur fitnah yang tidak pernah dijangkakan itu.
Beliau yang hanya dikenali sebagai Din, 30-an, berkata, semua dakwaan bekas isterinya tidak benar dan berniat jahat bertujuan mengaibkan diri dan keluarganya serta menjejaskan kariernya sebagai guru.
Din mendakwa, beliau mula menyedari bekas isterinya itu ada ‘sedikit’ masalah mental tidak lama selepas mereka mendirikan rumah tangga berikutan sikapnya yang boleh berubah secara tiba-tiba.
“Dia mudah berprasangka buruk dan selalu berfikiran negatif serta boleh berubah sikap daripada lemah-lembut menjadi agresif secara tiba-tiba dan antara punca rumahtangga yang dibina kami hanya mampu bertahan setahun.
“Ada sebab lain, tetapi saya tidak mahu dedahkan demi menjaga aibnya. “Jika perkara sama dihadapi lelaki lain, mereka tidak teragak-agak menceraikan isteri mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Din berkata, dia tidak terkejut dengan tindakan bekas isterinya itu kerana tahu penyakit dihadapinya.
Katanya, dia cuma tidak menyangka wanita itu sanggup membuat fitnah seperti itu yang turut terkena tempias kepada dirinya sendiri.
Katanya, semua fitnah cuba ditaburkan bekas isterinya itu hanya disebabkan tidak dapat menerima hakikat diceraikan.
“Saya pasti ramai pembaca tertanya-tanya apa motif sebenar pendedahannya dan bagi mereka yang berfikiran waras, sudah pasti tidak akan melakukan tindakan itu kerana jika benar apa dikatakan itu, ia menjatuhkan maruah diri sendiri,” katanya.
Beliau yang hanya dikenali sebagai Din, 30-an, berkata, semua dakwaan bekas isterinya tidak benar dan berniat jahat bertujuan mengaibkan diri dan keluarganya serta menjejaskan kariernya sebagai guru.
Din mendakwa, beliau mula menyedari bekas isterinya itu ada ‘sedikit’ masalah mental tidak lama selepas mereka mendirikan rumah tangga berikutan sikapnya yang boleh berubah secara tiba-tiba.
“Dia mudah berprasangka buruk dan selalu berfikiran negatif serta boleh berubah sikap daripada lemah-lembut menjadi agresif secara tiba-tiba dan antara punca rumahtangga yang dibina kami hanya mampu bertahan setahun.
“Ada sebab lain, tetapi saya tidak mahu dedahkan demi menjaga aibnya. “Jika perkara sama dihadapi lelaki lain, mereka tidak teragak-agak menceraikan isteri mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Din berkata, dia tidak terkejut dengan tindakan bekas isterinya itu kerana tahu penyakit dihadapinya.
Katanya, dia cuma tidak menyangka wanita itu sanggup membuat fitnah seperti itu yang turut terkena tempias kepada dirinya sendiri.
Katanya, semua fitnah cuba ditaburkan bekas isterinya itu hanya disebabkan tidak dapat menerima hakikat diceraikan.
CAP dakwa guna telefon bimbit boleh akibatkan mati pucuk
GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan kaum lelaki berhati-hati ketika menggunakan telefon bimbit kerana berpotensi mengurangkan sperma lelaki sekaligus mengakibatkan mati pucuk.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, kajian mendapati pengguna yang membuat panggilan dari telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai jumlah sperma paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, kaedah penyimpanan dalam poket itu akan menghadapi pendedahan Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan badan.
“Doktor percaya kerosakan itu mungkin disebabkan radiasi elektromagnetik telefon bimbit atau haba dihasilkan,” katanya.
Katanya penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor menyumbang kepada penurunan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan.
Sementara itu, katanya, pengeluar telefon bimbit sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan.
“Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter dari tubuh,” katanya.
Sehubungan itu, CAP menasihati orang ramai menggunakan ‘speakerphone’ supaya telefon berada dalam jarak 20 sentimeter daripada kepala.
Sebelum ini, CAP menggesa kerajaan melancarkan kempen untuk mendidik dan memberi peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya pendedahan kepada radiasi akibat penggunaan telefon bimbit.
“Hasil kajian terkini Hospital Universiti di Orebro, Sweden menunjukkan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih boleh meningkatkan risiko tumor otak,” katanya.
Katanya, kajian yang diketuai Profesor Lennart Hardell itu menjelaskan ia berlaku memandangkan jarak otak yang hampir dengan antena radiasi dan berpotensi menyerap sejumlah tenaga elektromagnetik.
“Menurut kajian itu, bagi setiap tahun penggunaan telefon bimbit, tumor otak meningkat sebanyak lapan peratus dan selepas lebih 10 tahun, terdapat 280 peratus risiko tumor otak,” katanya.

Rugi RM370,000 ditipu rakan Internet
MELAKA: Biarpun hanya berkenalan melalui Internet dalam tempoh enam bulan dan tidak pernah bersua muka, seorang wanita warga emas yang terpesona dengan pujukan rakan mayanya itu ditipu bulat-bulat hingga mengalami kerugian wang berjumlah RM370,000.
Difahamkan mangsa yang berusia 58 tahun dari Ujong Pasir, dekat sini, yang juga seorang pesara berkenalan dengan suspek menerusi sebuah laman web sosial sejak enam bulan lalu sebelum ‘jatuh hati’ dengan pujukan dan rayuan suspek.
Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dirayu oleh suspek yang mendakwa wang pos miliknya berkaitan untuk pembiayaan projek membina jalan raya dan memasang lampu isyarat di Kuching, Sarawak, tidak dapat ditunaikan.
“Mangsa yang termakan pujuk rayu suspek yang dikenali menerusi laman web sosial, www.oasis.com kemudiannya bertindak memasukkan wang ke dalam satu akaun bank tempatan seperti diminta suspek. Wang berkenaan dimasukkan secara berperingkat dalam tempoh sebulan pada Januari lalu,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri (IPK) Bukit Beruang, semalam.
Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten, Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah dan Timbalannya (Perundangan), Superintendan R Gunarajan.
Chuah berkata, pada mulanya mangsa seakan-akan tidak percaya dirinya diperdaya oleh suspek. Katanya, ahli keluarga mangsa turut menasihatinya selepas mengetahui perkara yang berlaku, namun mangsa dikatakan enggan menerima teguran itu.
“Apabila wang dimasukkan oleh wanita berkenaan semakin bertambah, ahli keluarganya kemudian bertindak membawanya ke IPK untuk berbincang masalah dihadapinya dengan pihak polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
“Hasil maklumat dinyatakan dan siasatan dilakukan, barulah wanita itu menyedari bahawa sebenarnya dia menjadi mangsa penipuan internet atau ‘Africa Scam’ dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir pada 7 Februari lalu,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan berjaya memberkas empat individu berusia 20 hingga 30-an, tiga daripadanya warga Afrika iaitu dua orang dari Nigeria dan seorang dari Uganda serta seorang rakyat tempatan di Sungai Buloh, Selangor, Dang Wangi, Kuala Lumpur dan Mantin, Negeri Sembilan, antara 22 hingga 23 Februari lalu.
Difahamkan mangsa yang berusia 58 tahun dari Ujong Pasir, dekat sini, yang juga seorang pesara berkenalan dengan suspek menerusi sebuah laman web sosial sejak enam bulan lalu sebelum ‘jatuh hati’ dengan pujukan dan rayuan suspek.
Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dirayu oleh suspek yang mendakwa wang pos miliknya berkaitan untuk pembiayaan projek membina jalan raya dan memasang lampu isyarat di Kuching, Sarawak, tidak dapat ditunaikan.
“Mangsa yang termakan pujuk rayu suspek yang dikenali menerusi laman web sosial, www.oasis.com kemudiannya bertindak memasukkan wang ke dalam satu akaun bank tempatan seperti diminta suspek. Wang berkenaan dimasukkan secara berperingkat dalam tempoh sebulan pada Januari lalu,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri (IPK) Bukit Beruang, semalam.
Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten, Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah dan Timbalannya (Perundangan), Superintendan R Gunarajan.
Chuah berkata, pada mulanya mangsa seakan-akan tidak percaya dirinya diperdaya oleh suspek. Katanya, ahli keluarga mangsa turut menasihatinya selepas mengetahui perkara yang berlaku, namun mangsa dikatakan enggan menerima teguran itu.
“Apabila wang dimasukkan oleh wanita berkenaan semakin bertambah, ahli keluarganya kemudian bertindak membawanya ke IPK untuk berbincang masalah dihadapinya dengan pihak polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
“Hasil maklumat dinyatakan dan siasatan dilakukan, barulah wanita itu menyedari bahawa sebenarnya dia menjadi mangsa penipuan internet atau ‘Africa Scam’ dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir pada 7 Februari lalu,” katanya.
Awas ajakan orang baru
KUALA LUMPUR: Remaja tempatan diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan ajakan orang baru dikenali yang mungkin berniat menjadikan mereka keldai dadah, memandangkan karakter penjenayah sukar dikenal pasti.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Prof Dr Mahmood Nazar Mohamed, berkata tiada profil tepat yang boleh menterjemahkan kelakuan sebenar pengedar dadah dan kecenderungan sifat mereka, berikutan itu semua pihak perlu berwaspada.
Katanya, berdasarkan penelitian dan maklumat terkumpul daripada mereka yang pernah menjadi mangsa menunjukkan pengedar dadah sering mengumpan dengan tawaran lumayan bagi memujuk mangsa seperti wang tunai atau peluang melancong ke luar negara.
“Tawaran begini yang kita anggap macam tak masuk akal, tapi akhirnya menjerat sesetengah orang untuk menjadi pembawa dadah ke luar negara, lazimnya orang perempuan yang tertipu dan mereka ini jenis yang membuat keputusan sendiri tanpa panduan keluarga.
“Macam mana sekali pun, kita tidak patut percaya kepada orang baru dikenali atau pun pihak yang kita tak kenal secara rapat, tak tahu latar belakang pekerjaannya, keluarga dan siapa kenalan pihak berkenaan.
“Lebih penting apabila ke luar negara perlu peka kepada persekitaran dan apabila berjumpa seseorang yang menyuruh bawa bungkusan atau beg tertentu, harus ambil tahu apa isinya, jangan bawa begitu saja,” katanya, semalam.
Dr Mahmood Nazar, berkata remaja juga harus mengambil iktibar terhadap kes yang berlaku kepada beberapa mangsa yang menyebabkan mereka dipenjara di luar negara bertahun lamanya.
“Pihak AADK selalu mengadakan kempen kesedaran yang diselitkan informasi mengenai insiden keldai dadah dan kita kerap memperingatkan remaja agar tidak terjebak dengan insiden ini sebaliknya lebih berhati-hati.
“Sejak dua tahun lalu sudah mula aktif dengan kempen kesedaran berkenaan, cuma orang ramai perlu bersama-sama, prihatin dan jangan mudah percaya pada orang tak dikenali,” katanya.
Semalam akhbar melaporkan kisah Nur Dhiya Ain Rosman, 20, yang bersyukur dibebaskan dari penjara Cape Town, Afrika Selatan, 9 Mac lalu selepas menderita di sana selama tujuh bulan bermula 14 Ogos tahun lalu kerana bersalah membawa 1.2 kilogram dadah jenis syabu.

Gagal minta tebusan RM1j
RAWANG: Lima lelaki melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard selepas gagal meminta wang tebusan RM1 juta daripada seorang pemilik kedai apabila mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek cuba menculiknya di sebuah stesen minyak di Batu 20, Rawang, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang berusia 40-an pada mulanya ingin membuka kedainya sebelum didatangi dua lelaki bersenjatakan pistol bertindak ala samseng menyerangnya kerana mendakwa mangsa menipu seseorang berkaitan hal jual beli tanah.
Menurut sumber, mangsa yang ketika itu baru saja ingin membuka kedainya berada dalam keadaan terpinga-pinga dengan tuduhan itu.
“Dua lelaki terbabit mengarahkan mangsa mengikuti mereka ke suatu tempat untuk berjumpa dengan seseorang yang didakwa ditipu lelaki berkenaan.
“Mangsa yang bimbang dengan keselamatannya selepas diacu pistol bersetuju mengikut lelaki terbabit dengan mengekori mereka menaiki kereta sendiri jenis Toyota Alphard,” katanya.
Sumber berkata, suspek membawa mangsa ke satu tempat sebelum berhenti di sebuah stesen minyak di Batu 20, Rawang dan mengarahkan mangsa keluar dari kenderaannya.
“Mangsa yang pada mulanya menyangka akan berjumpa dengan orang didakwa ditipu olehnya terkejut apabila tiga lelaki sedang menunggunya memberitahu akan menculiknya.
“Suspek memberitahu mereka sebenarnya hanya mengumpan mangsa datang ke stesen itu untuk menculiknya dengan berpura-pura mendakwa kononnya dia ada menipu seseorang berkaitan hal tanah,” katanya.
Katanya, mangsa yang terkejut cuba merayu supaya dilepaskan namun tidak diendahkan oleh suspek yang meminta wang tebusan sebanyak RM1 juta jika mahu dilepaskan.
“Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan cuba membuat tawaran dengan suspek namun tidak berjaya.
“Suspek tetap dengan keputusan mereka mahu mangsa menyerahkan wang itu jika tidak mahu dirinya diapa-apakan mereka,” katanya.
Sumber berkata, kejadian terbabit tidak disedari orang awam yang menyangka mereka adalah kenalan kerana suspek bijak menyembunyikan cubaan menculik mangsa.
“Bagaimanapun, mangsa mengambil kesempatan di atas kelekaan suspek melarikan diri meminta bantuan orang awam yang berada di stesen minyak terbabit.
“Mangsa dengan bantuan orang awam membuat laporan di Balai Polis Rawang mengenai cubaan culik oleh lima lelaki di stesen minyak berkenaan,” katanya.
Selepas menerima aduan, polis pergi ke tempat kejadian, namun mendapati kereta milik mangsa sudah dilarikan suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan polis dibuat mangsa.
Menurutnya, bagaimanapun polis dapat mengesan semula kereta mangsa yang dibawa lari suspek di kawasan Serendah, awal pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan, kami menjumpai beberapa kesan cap jari dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek,” katanya.

No comments:
Post a Comment