Pensyarah wanita mati melecur
PETALING JAYA - Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila hampir seluruh badannya melecur teruk selepas rumah sewa di tingkat tujuh sebuah apartmen servis di Jalan PJU8/7, Damansara Perdana di sini terbakar semalam.Mayat, Elizabeth Wong, 25, ditemui pada pukul 11 pagi oleh sepasukan bomba selepas operasi memadam kebakaran di apartmen jenis studio itu selesai.
Ketika ditemui, mangsa dipercayai pensyarah di sebuah kolej swasta di sini berada dalam keadaan terlentang di tepi katil dengan kesan melecur hampir 80 peratus di badan.
Kejadian tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan di apartmen tersebut yang terdengar bunyi letupan kuat.
Apartmen meletup
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
apendy@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Kebimbangan seorang wanita mengenai masalah soket elektrik di unit apartmen yang baru disewanya kira-kira sebulan lalu, terbukti berasas selepas kediamannya itu terbakar pagi semalam dipercayai berpunca litar pintas dan lebih malang dia terkorban dalam tragedi itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah apartmen perkhidmatan 18 tingkat di Damansara Perdana, dekat sini, wanita berusia 25 tahun itu ditemui terbaring atas lantai bersebelahan katilnya dalam keadaan bogel akibat pakaian dan seluruh badannya terbakar.
Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan terbabit ketika ditemui berkata, mengikut rekod mangsa sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak pengurusan dan pemilik namun tiada tindakan diambil.
Menurutnya, kali terakhir mangsa menghubungi pemilik awal pagi, kelmarin memintanya memeriksa sistem pendawaian elektrik.
“Wanita itu baru sebulan menyewa unit jenis studio dan mangsa bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta tinggal bersendirian,” katanya.
Menceritakan bagaimana kejadian berlaku pengawal terbabit berkata, pihaknya terdengar letupan kuat di tingkat tujuh bangunan terbabit dan tiga pengawal bergegas naik ke tingkat berkenaan sebelum mendapati unit didiami mangsa terbakar.
Katanya, ketiga-tiga pengawal kemudian bertindak memecahkan pintu rumah mangsa sebelum memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api.
“Mangsa hanya ditemui apabila bomba membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, mangsa dipercayai mati akibat sesak nafas terperangkap di dalam kebakaran dan identitinya sudah dikenal pasti namun pihaknya menunggu pengesahan daripada keluarga mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah apartmen perkhidmatan 18 tingkat di Damansara Perdana, dekat sini, wanita berusia 25 tahun itu ditemui terbaring atas lantai bersebelahan katilnya dalam keadaan bogel akibat pakaian dan seluruh badannya terbakar.
Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan terbabit ketika ditemui berkata, mengikut rekod mangsa sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak pengurusan dan pemilik namun tiada tindakan diambil.
Menurutnya, kali terakhir mangsa menghubungi pemilik awal pagi, kelmarin memintanya memeriksa sistem pendawaian elektrik.
“Wanita itu baru sebulan menyewa unit jenis studio dan mangsa bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta tinggal bersendirian,” katanya.
Menceritakan bagaimana kejadian berlaku pengawal terbabit berkata, pihaknya terdengar letupan kuat di tingkat tujuh bangunan terbabit dan tiga pengawal bergegas naik ke tingkat berkenaan sebelum mendapati unit didiami mangsa terbakar.
Katanya, ketiga-tiga pengawal kemudian bertindak memecahkan pintu rumah mangsa sebelum memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api.
“Mangsa hanya ditemui apabila bomba membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.
Rugi RM1,700 ditipu wanita kacukan di Facebook
KUALA TERENGGANU – Akibat termakan kata-kata manis seorang gadis menggelarkan diri sebagai Afrina Mohd. Abidin yang mendakwa kacukan Malaysia-England dan menetap di United Kingdom menyebabkan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun kerugian RM1,700.Semuanya bermula kira-kira sebulan lalu apabila gadis itu dipercayai berumur dalam lingkungan 20-an menegur mangsa yang mahu dikenali sebagai Adib di laman sosial Facebook memberitahu teringin datang ke negara ini namun tiada kenalan untuk dihubungi di sini.
Rakyat Malaysia di Jepun selamat
KUALA LUMPUR - Kesemua 5,009 rakyat Malaysia di Jepun disahkan dalam keadaan selamat dan mereka telah dipindahkan beberapa pusat pemindahan sejak tsunami melanda negara itu Jumaat lalu.
Menurut sumber pihak Kedutaan Malaysia di Jepun, sehingga pukul 2.30 petang waktu tempatan Jepun, seramai 544 pelajar telah berjaya dihubungi khususnya di wilayah timur laut negara itu yang terjejas teruk susulan bencana tersebut.
"Bekalan makanan di kawasan terbabit juga terkawal meskipun terputus bekalan elektrik memandangkan pihak Jepun begitu bersedia mengenai isu-isu seperti ini.
"Bagaimanapun, kita masih mengumpul maklumat sebenar bilangan rakyat yang telah dipindahkan itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jepun semakin bahaya
KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.
Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.
Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.
No comments:
Post a Comment