Friday, March 18, 2011

LAWAK DAN PELIK...MASA PILIHANRAYA DATANG RUMAH KERUMAH MERAYU UNDI...DAH MENANG JADI YB...KITA KENA JUMPA DIA...MALANG2...

Wakil rakyat minta mangsa tampil


SEREMBAN – Semua mangsa ribut di kawasan Temiang, kelmarin diminta tampil ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang untuk memudahkan urusan bantuan.

ADUN Temiang, Ng Chin Tsai berkata, dalam kejadian kelmarin, hampir 300 rumah membabitkan enam perumahan termasuk di kawasan Sikamat terlibat dengan bencana ribut yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu.

Bagaimanapun, katanya, beberapa nama mangsa belum dikenal pasti menyebabkan pihaknya sukar untuk membantu menguruskan hal bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Masih terdapat beberapa nama penduduk yang terlibat dalam kejadian itu belum dikenal pasti dan didaftarkan kerana kita tidak mendapat maklum balas daripada penduduk.

“Saya berharap, mana-mana penduduk terlibat dapat tampilkan diri di pejabat saya bagi memudahkan bantuan kepada mereka yang layak menerima,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk yang dilanda ribut di Kampung Bukit Temiang, dekat sini, semalam.

Chin Tsai berkata, aduan serta senarai nama yang ada di tangan pihaknya sudah dikemukakan kepada JKM negeri untuk sebarang tindakan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Menurutnya, beliau juga akan memohon peruntukan khas daripada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat ini.

‘Mereka yang terlibat dengan bencana ribut itu boleh menghubungi saya di talian 012-6820520 bagi membolehkan bantuan dihulurkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment